Namun walaupun caranya senang kaedah ini masih mempunyai kekurangan kerana jika seseorang yang berotot kebiasaannya nisbah BMI adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga Obesiti sedangkan ianya tidak.
Kajian baru berjaya mencari alternatif kepada kekurangan yang ada.Ia dikenali sebagai Body Adiposity Index(BAI) dimana ia menganggar lemak individu secara tepat.
Selalunya untuk mendapatkan kiraan yang tepat ia memerlukan kos yang tinggi atau peralatan yang canggih seperti X-ray absorptiometry scanner.Kalau tiada salah satu darinya,jangan risau cara baru ini sudah cukup untuk korang mendapat perkhidmatan yang sama taraf dengan kaedah mahal yang lain.Begini caranya :
Hip circumference / (Height X √Height) – 18
Panjang lilitan pinggul / (Tinggi X √Tinggi) - 18
Untuk mengira lilitan pinggul adalah dalam sentimeter(cm) manakala tinggi dalam meter(m)
Body Adiposity Index yang sihat untuk Wanita adalah di antara 21-32,berat berlebihan di antara 32-38 manakala 38 ke atas adalah obesiti.
Body Adiposity Index yang sihat untuk Lelaki adalah di antara 8-20,berat berlebihan di antara 20-25 manakala 25 ke atas adlah obesiti.
Mudahkan.Dengan cara ini korang akan dapat menganggar peratusan lemak dalam badan korang secara efektif.Namun pengasas kajian ini,Richard Bergman berkata walaupun kaedah ini hampir tepat namun untuk mendapat keputusan yang paling tepat kita tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah ini dan juga BMI.Mengira peratusan lemak dengan tepat dan jitu kita masih memerlukan kaedah yang mahal.BAI tak ubah seperti doktor mendengar nafas pada paru-paru kita melalui stethoscope sekadar mengetahui keadaan kesihatan.Adakah doktor itu mampu mendalami tahap kesihatan pada badan kita berbekal dengan maklumat itu?Begitulah juga dengan BAI ini.Untuk mendapat peratusan lemak dengan terperinci,kita memerlukan kaedah yang cukup mahal.Lebih daripada itu kita perlu membuat ujian X-ray bagi menentukan lemak dalam badan jika ingin mendapat keputusan paling tepat.
Oklah sampai di sini sahaja.Harap kaedah ini dapat di share kepada semua orang agar masyarakat kita lebih sihat di masa yang akan datang.Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar