Tampilkan postingan dengan label Ayam / Itik / Burung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ayam / Itik / Burung. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 September 2013

Kerutuk Itik Serati (Gaya Kelantan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah antara n3 yang saya nanti-nantikan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Setelah melihat Kak Azie menayangkan kerutuk itik serati di blognya, terus saya terasa nak makan juga. Saya ni pelik sikit, kalau kata nak makan memang saya kena dapatkan. Jangan kata orang mengandung aje berperangai pelik mengidam begitu....

Kebetulan balik ke kampung, memang saya dah pasang niat nak cuba cari daging itik di pasar Pasir Puteh. Sembang punya sembang rupa-rupanya di kampung kawan saya di Kok Lanas, memang ada orang yang jual itik (siap proses) juga ayam kampung. Jadi pucuk dicita ulam mendatang, maka saya pun bookinglah seekor. Macam dah terbayang-bayang rasanya nak makan kerutuk itik masa tu.

Seekor yang saya beli tu harganya dalam RM30. Boleh tahan jugak ya. Tapi tak apalah, janji dapat. Bab harga ni tak kisah sangat. Semuanya saya bawa ke CH sebab tak menyempat nak memasak di kampung. Lagi pula emak dan ayah saya tak makan itik.


Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap. Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang membaca.


Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Rempah kerutuk tu agaknya kalau tak ada bolehlah digantikan dengan rempah kari. Cuma rasanya mungkin agak berbeza la sikit. Kerisik tu sampai keluar minyak dikerjakan kawan sekolah saya Kak Norjanah. Hiiiiii kuat betul stamina dia. *_*


Ini pula antara langkah2 penyediaan awal. Saya gunakan kuali untuk memudahkan kerja mengacau. Masa ni boleh nampaklah kerja mengacaunya memang tak berhenti sebab tak mahu rempah tu hangit. Api agak2 la ya, kalau boleh biarlah sederhana sahaja. Masa ni juga ditambahkan gula dan garam secukupnya. Bab ni saya memang fail. Selalu je termasin atau tawar...

Cuba tengok gambar ke 4. Itu adalah daging itik yang telah direbus lebih kurang 15 minit dalam periuk tekanan. Memang empuk sungguh. Tak terasa menggigitnya. Masa memasak pun tak lama sebab itik pun dah lembut. Saya paling suka bahagian kulitnya. Rasa sedap sangat. Nak terangkan pun susah kecuali siapa yang pernah memakannya. Terbaik!


Bila rempah dah bercampur dengan daging itik bolehlah dimasukkan santan. Saya hanya gunakan sebiji kelapa sahaja. Jadi kerutuk ni tak la lemak sangat, terpulanglah pada citarasa. Kalau tengok gambar tu bukanlah rempah tu hangit, tetapi memang warnanya begitu. Bila rempah dah sebati dengan santan, tengok warnanya pun dah berubah.

Gambar yang di bawah ni pula apabila kuah dah mula mendidih. Daripada warna yang agak kemerahan, ianya bertukar ke warna yang lebih gelap. Masa ni bolehlah kita biarkan ia merenih dan kacau sesekali. Kalau rasa masa ni macam ada yang kurang bolehlah ditambahkan apa yang perlu.

Bila dah masak, kerutuk ni sudah tentu sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam timun. Jika ada boleh disertakan dengan 'sambal jantan' atau sambal belacan. Tak perlu kawan yang lain dah...tak gitu Kak Azie?



Jadi, alhamdulillah dah lepas rasa nak makan kerutuk itik. Terima kasih tak terhingga buat Mok Ja yang sudi memenuhipermintaan selera saya. Sayang dia ketat-ketat... T_T... Di bawah ni saya kongsikan resepi yang telah saya salin daripada beliau kalau2 ada yang nak mencuba. Saya pun lepas ni kalau nak buat kerutuk nak refer resepi ini jugaklah....

Rasa macam panjang lebar je penerangan n3 ni... He he he he....

KERUTUK ITIK SERATI
Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang

Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.

Nota : 
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

Senin, 16 September 2013

Roti Jala & Kari Ayam Caca Marba

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nampaknya masih juga kena keluarkan n3 tertunggak. Sekarang ni payah sikit nk dapat n3 fresh. Tak menyempat rasanya nk mengadap lappy lelama dek kerana komitmen yang sangat diperlukan dalam pekerjaan yang lain. Saya harap kawan2 boleh faham la ya!

Berbalik pada n3 kali ini saya buat setelah 2 3 kali dok tengok roti jala yang dibuat oleh Kak Yatie. Kebetulan pula saya memang dah lama nak makan roti jala. Dan kebetulan pula lagi ada bahan2 untuk membuat kari ayam yang mudah2.


Daripada adunan yang dinyatakan, saya hanya buat separuh saja. Dapat agak banyak, boleh la makan 2 3 kali dan boleh bawa bekal ke sekolah juga. Seperti selalu..saya menggunakan acuan muncung 3 untuk menjala dengan menggandingkan warna hijau dan kuning.


Untuk roti jala tu, agak suram sikit gandingan warnanya. Rasa macam dah letak banyak tapi masih tak terang. Tak ngapelah... ♥

Untuk karinya pula saya buat ikut suka aje... guna apa yang ada je. Karinya lebih banyak air dari santan. Yang penting dapat masuk tekak dan menepati citarasa.

TQ pada Kak Madihaa dan Kak Yatie yang berkongsikan resepi ni.



ROTI JALA
Resepi : Kak Madihaa
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
 
Cara2nya
Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
 

KARI AYAM CACA MARBA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Semangkuk kecil ayam (cincang saiz kecil) 
1/2 bji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 sb serbuk kari - saya guna serbuk kari ikan
1 sk serbuk cili
1/2 kotak santan
1 cawan air
1 biji ubi kentang - belah 8
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan - agak-agaklah
Gula garam secukupnya

Cara membuatnya :
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang yang dicincang. Setelah agak layu masukkan daun kari, rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga garing
Masukkan ayam. Tambah air dan ubi kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Kalau kentang kecil boleh masukkan lambat sikit.
Bila sudah mendidih masukkan santan, kacau hingga rata. 
Perasakan dengan garam dan gula. Manis sikit pun tak apa.

Senin, 09 September 2013

Ayam Palembang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sejuknya sejak dua menjak ni. Matahari langsung malu nak tunjukkan diri. Secara purata duhu setiap hari di bawah 20 darjah. Paling sejuk 14 darjah... macam duduk di negara 4 musim pulak. Musim2 gini memang syok dok diam dalam rumah. Budak2 pun kurang aktifnya dek kerana sejuk. Cikgu nak marah pun tak jadi kerana cepat sangat rasa cool down... 

Inilah dia kawan kepada nasi harissa yang saya dah publish dalam n3 sebelum ini. Resepi sebenarnya adalah daging palembang, tetapi kerana ada ayam je maka saya tukarlah menjadi ayam palembang. Stok daging jarang2 sangat ada di rumah sebab tak boleh nak simpan lama dan nak memasaknya pun tak padan kalau sikit2. Ayam ini pun dah hampir seminggu lebih baru habis sebelah.


Skodeng punya skodeng saya terjumpa resepi ni di blog Kak Yatie dan Kak Amie (beliau menggunakan daging) di mana beliau mengatakan resepi ini diperoleh dari FP Kak Maria Hakem. Setelah buat memang agak unik dan sedap. Lebih kurang sama dengan resepi masak hitam tetapi resepi ini menggunakan santan. Satu kelainan.Yang saya buat ni kuantiti ayam tak banyak sangat, dalam 4 ketul je jadi saya tambahkan 2 biji ubi kentang (goreng dulu) untuk memberikan rasa sayur pada masakan.

Kalau sape2 yang nak cuba rasa kelainannya tu boleh la buat resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


AYAM PALEMBANG
Sumber : Kak Yatie

Bahan-Bahan:
700 gm daging - potong lebar dan nipis saya guna ayam yang digoreng 3/4 masak
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah

Cara Memasak
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.
  
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik (Kak Amie)

Kamis, 29 Agustus 2013

Resepi Ayam Sos Lada Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila cerita tentang lauk ayam yang kita masak seharian, saya percaya kebanyakan kita dah habis idea tentang bagaimana mahu memasaknya. Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahu nak masak apa walaupun hanya untuk di makan sendiri. Kalau ada suami dan anak-anak lagilah pening nak menyediakannya. Tentulah saja kita tidak mahu menyediakan juadah yang sama. Asyik-asyik tomyam, atau ayam goreng..sesekali kita masaklah lain sikit....

Baru-baru ni ketika nak masak untuk berbuka, saya fikir-fikir la nak masak apa. Dalam dok belek perencah segera yang ada, saya terjumpa rempah campuran lada hitam MAGGI. Jadi, terus je datang idea untuk mencampurkannya dalam masakan. Selalunya kalau masak saya suka mencampurkan dengan sayur, kiranya dah tak perlu masak sayur berasingan. Saya ni suka jugak kalau makan nasi ada sayur...kalau tak ada macam pelik la pulak.

Buat yang nak mencuba, saya tuliskan resepi di bawah ini ya...


AYAM SOS LADA HITAM  
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
4 ketul ayam - cincang kecil, garam kunyitkan. Goreng hingga agak garing.
1 biji ubi kentang - potong dadu, goreng
1/2 biji bawang besar - mayang kasar
2 bawang putih - ketuk
Sedikit halia - mayang
Bunga kobis
Lobak merah
2 sb serbuk  perencah berlada hitam MAGGI (black pepper mix MAGGI)
Air
Kicap manis
Minyak

Cara membuatnya :
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi
Tambahkan sedikit air, masukkan serbuk perencah lada hitam MAGGI. Masukkan pula kobis bunga dan lobak merah. Kalau nak berkuah, lebihkan air.
Masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tambahkan sedikit kicap.

Catatan : 
Saya tak masukkan garam kerana rasa macam dah masin (Puasa, malas nak rasa). Kalau kata kurang masin (tambah sedikit garam) atau termasin (tambahkan sedikit air)

Kamis, 11 April 2013

Korean Sweet Soy Chicken & Potato

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 ini adalah susulan daripada sweet soy glaze, yang mana ini adalah hasil akhirnya pada ayam dan potato. Minta maaf lah bebanyak, dah tak berbeza ayam dan ubi kentang dek kerana saiz dan warna yang hampir sama. Seperti yang telah saya nyatakan dalam n3 sebelum ini, glaze tu agak manis, jadi hasil pada ayam ni pun agak manis jugaklah. Saya sengaja tak meletakkan cili kerana nak rasa keasliannya. Kononn... Masa saya buat ni pun memang malas nak masak nasi, jadi saya makan gitu ajelah, macam ratah pulak. Rasanya tak la berat sangat, macam side dish aje...

Minta maaflah, gambar memang takde kualiti langsung. Saya memang tak berapa reti sikit nak setting gambar dengan lense 50mm ni, bila tengok dekat skrin macam dah lawa, tapi bila upload kelabu asap pulak jadinya. Ayam tu lagi cantik sebenarnya kalau dibuat sekeping2, baru la nampak glaze yang disapu. Ini oleh sebab saya guna tak banyak sangat, maka potong suka hati sajalah, sengaja tambah ubi kentang untuk karbohidrat dan membanyakkannya. Tapi saya copy aje semua resepi tu kalau2 ada yang nak membuat rujukan...


Untuk kawan2 yang nak rasa kelainan boleh la cuba resepi ni. Sekurangnya dapat la menambahkan kepelbagaian koleksi makanan..

KOREAN SWEET SOY CHICKEN RECIPE
Source : Koreanfood

Ingredients:
3 lbs of chicken breasts, pounded very thin or cut into pieces
3 cloves garlic, minced
1 cup Soy Honey Glaze

Preparation:
Cover chicken in soy honey mixture and garlic and marinate for at least 20 minutes.
Put chicken and marinade into pan, cover, and bring to a low simmer.
Cook until chicken is done, turning once, about 20 minutes.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

Minggu, 10 Februari 2013

Ayam Pongteh & Selamat Tahun Baru Cina

 
 
Hai semua...apa khabar? Semestinya sedang enak bersantai di hari cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi teman-teman dan rakan blogger yang menyambut TBC semoga ceria-ceria selalu. Bagi yang berkenduri hari ini, selamat meraikannya. Begitu juga di kampung sekarang ni, telah pun selesai majlis sambut menantu ubi saudara, yang menerima rombongan dari Perak pula.
Aduhhh, memang agak sibuk sikit setelah sampai di kampung Jumaat (8/2/2013) yang lepas. Dengan kepulangan semua adik beradik, tambah anak saudara rasa macam nak raya pulak. Iyalah, bukannya sellau dapat berkumpul cukup 6 beradik. Seronok sangat rasanya dengan riuh rendah budak-budak walaupun sedikit pening. Dalam kesempatan ini juga cheq sue ingin merakamkan takziah buat keluarga mertua (emak) kakak yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan kekasihNya.
Eh, panjangnya celoteh. Terus sajalah pada n3 kali ini. Sebenarnya cheq sue tak pernah lihat lagi ayam pongteh, makan pun tak pernah. Kebetulan ada stok ayam pelihara, lebih kurang ayam kampung jugak lah, terus saya godek resepi dan cuba. Tak tahulah rasanya kena, menepati rasa yang sebenar. Bila makan rasa macam ayam kicap aje cuma yang ini ada taucu. Tak tahulah, lain kali boleh cuba buat pulak tengok camana pula hasilnya. Tq pada Che Mat yang berkongsi resepi ni. Sampai jumpa lagi....Wassalam.
 
 
AYAM PONGTEH
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan...

Stylish Thankyou

Senin, 13 Agustus 2012

Ayam Bakar Lada Hitam Mayonis & Sos Cendawan

 
 
Asyik-asyik keluar n3 biskut raya... nak buat camana kan dah gitulah resamnya. Makin dekat nak raya makin banyak koleksi biskut yang ditunjukkan sehingga menggoda-goda nak membuatnya juga. Tapi kali ni nak bagi laluan dulu pada ayam panggang ni. Cheq sue buat minggu lepas, panggang dengan pemanggang ajaib aje pun. Memang mudah kerjanya, letak aje kat dalam tu...tak sampai sejam dah buleh makan.
 
Ni kes berkenan dengan manok panggang yang Q tunjuk la ni. Tapi masa tu tak sempat nak search resepi, guna je resepi dari e-book Ros dan digandingkan dengan sos cendawan campak-campak. Ada pulak hirisan kentang untuk melengkapkan hidangan. Memang kebaboooom sungguh la. Budak-budak makan bertambah. Lain kali boleh la cuba buat lagi....
 
Pada kawan2 yang kehabisan idea nak buat lauk berbuka tu boleh la cuba ayam panggang ni. Memang tak menyesal punya! Wassalam...
 
AYAM BAKAR LADA HITAM MAYONIS

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Stylish Thankyou