Tampilkan postingan dengan label EVENT. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label EVENT. Tampilkan semua postingan

Selasa, 13 November 2012

Gerhana Penuh Hari Ini di Australia

Fenomena langit yang jarang sememangnya menjadi acara ulung kepada manusia untuk melihat. Begitu juga peristiwa gerhana matahari yang dijangka akan melepasi Utara Australia hari ini. Untuk melihat gerhana matahari, langit yang kosong sudah tentu menjadi sebahagian daripada kriteria para astronomi mahupun pemerhati biasa.
Timur Indonesia dan New Zealand juga bakal berpeluang menyaksikan separuh gerhana. Gerhana Matahari atau Solar Eclipse ini berlaku apabila bulan berada tepat di antara matahari dan bumi. Bulan akan menghalang matahari sepenuhnya dan bakal berlaku kegelapan selama lebih kurang 2 minit. Penduduk Australia seramai ribuan orang akan berkumpul untuk menyaksikan fenomena ini. Saintis juga bakal meletakkan kamera di hutan serta bawah laut terutama di Great Barrier Reef untuk mengkaji kelakuan haiwan dan hidupan air yang mungkin akan terkeliru berikutan perubahan cuaca.

Solar eclipse

Credit : Google

Kamis, 08 November 2012

Aneh : Titian di tengah-tengah laut

Fenomena alam semulajadi sememangnya adalah kurniaan tuhan yang sangat indah. Sebagai hamba-Nya wajib kita berfikir dan mencari isi yang tersirat disebalik tiap-tiap kejadian itu. Nescaya kita akan tergolong dalam manusia yang diredhai. Bagi masyarakat di Malaysia fenomena alam yang luar biasa sememangnya menjadi tarikan sebagai contoh Misteri anak sungai yang hilang di Kampung La Besut ataupun Misteri pasir bewarna hitam di Langkawi.
Begitu juga dengan negara lain mereka amat mengagumi keindahan semulajadi. Bagi penduduk di Korea pula mereka di anugerahkan dengan ratusan pulau-pulau yang indah. Di antara pulau yang menjadi tarikan ialah Jindo dan Modo. Pulau yang terletak di selatan negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelancong yang berkunjung di pulau ini untuk menyaksikan sendiri keunikannya.
Jindo and Modo
Namun keunikannya hanya boleh dilihat 2 kali setahun. Mengapakah agaknya ini berlaku? Ini adalah kerana keunikan yang dimaksudkan adalah beting pasir yang terhasil daripada air surut di Laut Kuning. Beting pasir sejauh 3 km (2 batu) dan selebar 40 meter yang menghubungkan Jindo dan Modo ini hanya boleh direntas dalam masa tertentu sahaja. Ya pada masa tertentu sahaja kerana beting pasir ini bergantung kepada sistem pasang surut di kawasan itu yang menyebabkan fenomena ini berlaku hanya 2 kali setahun.

Penduduk di sini tidak akan melepaskan peluang melalui beting yang popular ini kerana ia adalah acara terulung di kawasan tersebut. Festival yang diberi nama Jindo Moses Miracle atau Jindo Sea-Parting Festival ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk Korea malah di serata pelusuk dunia. Pelancong yang datang kebiasaannya akan berjalan kaki dari dua pulau tersebut dan meraikannya di tengah-tengah beting sebagai mengagumi keindahan semulajadi ini.

Credit : Google

Kamis, 20 Januari 2011

Jom pergi KARNIVAL IPT

Hai readers.Esok satu karnival IPT akan dibuat di MITC Melaka.Ini sebagai satu lagi kempen untuk membantu pelajar lepasan SPM untuk memilih IPT yang sebetulnya dengan jurusan yang mereka gemar.So jangan lepaskan peluang ini dan mari kita beramai-ramai ke MITC dari 22-23 Januari ini.Sekian harap maklum.

Minggu, 12 Desember 2010

Keputusan Debat 1 MALAYSIA 2010

UPNM terpaksa akur dengan kekalahan hari ini kepada UITM setelah sedaya upaya merebut gelaran juara.Keputusan Juri memutuskan untuk menobatkan UITM sebagai Johan walaupun agak sukar untuk menilai pendebat yang sama hebat.Walaubagaimanapun diharapkan ini dapat menjadi kayu ukur agar memberi sengatan yang lebih berbisa oleh skuad UPNM pada tahun hadapan.Apa yang penting usaha harus diteruskan untuk menjadi yang lebih baik.Tahniah kepada UITM dan UPNM kerana berjaya merangkul JOHAN dan NAIB JOHAN.

Pertandingan Akhir Debat 1 MALAYSIA : UITM VS UPNM



          


                             Versus







Piala Satu Malaysia sudah pun sampai ke peringkat akhir.Saya difahamkan oleh rakan saya yang menjadi sukarelawan dari UKM yang esok merupakan penentuan untuk merangkul gelaran juara pertandingan debat.Dikatakan debat yang berlangsung di UKM itu memberikan saingan yang begitu sengit diantara kesemua IPT yang bertanding.Berikut merupakan keputusan debat semasa peringkat suku akhir :


NONAMA PASUKAN
1UITM
2UKM 1
3UPNM
4UMS
5UTP
6UKM 2
7UIAM
8UTM
9USM
10UM
11MMU
12UTHM
13MSU
14USIM
15UNISZA
16UTEM
17UPM
18UPSI
19KUIS
20UNIMAS
21UNIMAP
22KTAR

Jadi jemput beramai-ramai memberi sokongan kepada pendebat yang bertanding esok.Dan yang paling penting sekali jangan lupa saksikan debat antara UITM dan UPNM yang pasti sengit dalam merebut gelaran juara.

Jumat, 19 November 2010

My Decrescendo

Why i named my blog as my decrescendo...?anyone...haha....so this is the story.......i got this idea from the korean drama....Beethoven Virus...  Music is a part of our life...where ever you go.....music can be hear anywhere whether we realize it or not.......so decrescendo is a music interpretation....its mean the gradually decrease of loudness....it is italian language actually......

Gradual changes

In addition, there are words used to indicate gradual changes in volume. The two most common are crescendo, sometimes abbreviated to cresc., meaning "get gradually louder"; and decrescendo ordiminuendo, sometimes abbreviated to decresc. and dim. respectively, meaning "get gradually softer". Signs sometimes referred to as "hairpins" are also used to stand for these words (See image). If the lines are joined at the left, then the indication is to get louder; if they join at the right, the indication is to get softer. The following notation indicates music starting moderately loud, then becoming gradually louder and then gradually quieter.
Why it related?
It is easy.....decrescendo is a symbolic that describe my life.........Recently i become more mature..not like before ....r u think so?When i'm still young(since when i'm old?) i hardly to control my anger and always yell at my friends..but now i think i've change....i become more.....sentimental.....this is the word i can describe......hope everyone clear now and i hope you all can share your opinion and idea with me since i am new in blog....ok...bye aneyo =)