Tampilkan postingan dengan label Famili. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Famili. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Maret 2013

Happy Birthday Sis!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini...entah kenapa saya tak dapat keluarkan n3... otak memang beku, jem dok fikirkan kerja2 sekolah yang perlu dibuat. Rasanya malas nak stress sangat, tapi bila berkerja dengan orang yang dot dot dot ni...nak kena jaga diri sendiri la supaya segalanya berjalan lancar...

Tetapi, memandangkan 13 Mac setiap tahun merupakan satu tarikh istimewa dalam keluarga...saya nak keluarkan juga satu n3 tentangnya. Ya...hari ini merupakan hari ulangtahun kakak saya, satu-satunya. Iyalah, dah tak ada kakak lain dah. Yang ke berapa jangan tanya...saya tak hengat. Bertuah punya adik... -_-
 

Saya di kejauhan ini mendoakan semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berbahagia hendaknya. Jika ada jodoh pertemuan insyaAllah kami akan berjumpa di cuti sekolah nanti... Love ya...

********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 

 ~ Wassalam ~

Jumat, 22 Februari 2013

Suka Suki Di Desa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat berhujung minggu. Ke mana agaknya hari ini? Cheq sue hanya bersantai-santai di rumah. Melihatkan kain baju yang bersidai dan yang akan bersidai sudah cukup memeningkan. Denga rumah yang lintang pukang seperti tongkang pecah, dah tak ada gaya rumah anak dara dah... Nak kemas jugak la sikit-sikit nampaknya.

Sebagai mengisi n3 hari ni, sekali lagi cheq sue nak kongsikan gambar2 anak-anak buah yang balik semasa CNY (11 Feb 2013) baru2 ini. Memang seronok sangat, jarang dapat jumpa semuanya. Masing2 ada di rumah. Yang Kolumpo, yang Terengganu semuanya balik. Jadi ini adalah sebagai kenang-kenangan untuk mereka lihat lah. Cuma yang ralatnya bila tengok gambar tu balik, langsung tak ada gambar baby Nazirah, maklumlah dak kecik tu asyik nak berkepit dengan uminya saja.


Amar Zariff. Susah sangat nak dekat ngan budak ni. Kadang2 boleh, kalau datang anginnya memang tak boleh cuit langsung. Budak Adam tu pulak tak pernah duduk diam. Boleh pulak dia start motor Tok Ceknya tu sendiri....


Aktiviti mencari serangga pun selalu je dibuat. Pantang ada nampak apa-apa, mesti nak tengok.


Anisa dan Sarah mengenakan busana yang dibeli dari Indonesia. Cute aje budak2 ni, nampak suci bersih, yang dua kat belakang tu tak tahulah kena apa...


Ini pulak semasa mandi sungai pada suatu petang. Gambar tengah mandi tak boleh nak tunjuk. Seksi dan seksa. Ayuni tu suka sangat bergambar ala-ala retis tak glemer...pesen budak sekarang agaknya nak bergambar begitu. Tak paham makcik! Dia, Aina dengan Anisa sama spesisnya saja.


Dah siap mandi. Kat belakang tu la tempat bermain airnya. Dulu kat situ airnya dalam, memang tak lepas. Sekarang ni sesuai la untuk budak2, Tok Cek diorang selalu jugak mandi kat sini. Airnya sejuk. Siap ada batang pokok kelapa untuk terjun ke sungai. Memang seronok ah..


Jalan balik dalam kebun getah. Tak jauh pun dari rumah. Kalau jalan kaki dalam 15 minit sampai la. Tapi kami ni pergi dengan kereta. Hala balik tu nengok budak2 main bola sekejap.


Ini pulak gambar saja2 bebudak main. Tengok ajelah si Sarah tu, bukan main lagi pemalu dia, nak bergambar pun terkasa-paksa. Dapat snap 2 3 keping cukuplah. Kat rumah ni memang glemer sangat aktiviti mencabut kemuncup dan menangkap kumbang. Kalau balik kampung, lumatlah rumput dekat pokok limau Tok Mek, masing2 nak cari kumbang, pastu buat main-main.

Entah bila la pulak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.Semoga semua anak buah Makcik sihat seadanya. Makcik sayang korang semua....

~ Wassalam ~

Selasa, 19 Februari 2013

Budak Key Ell Turun CH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hentikan sebentar n3 tentang masak memasak, cheq sue nak kongsikan sedikit bingkan semasa anak buah datang ke CH baru-baru ini. Nak send through email besar sangat, so kita kompilekan dan buat n3. Nak upload dalam FB cheq sue tak ada. Tak ada??? Iya, tak ada!

Anak buah KL ni sebenarnya ada 5, tapi masa ni 2 dan mak ayahnya dah gerak ke Perak, tinggal ke 3 stooges ni. Hingar rumah jadinya dengan depa bertiga ni + Pok Muda. Jom kita lihat gelagat Ayuni, Adam dan Aina.


Gambar ni masa jalan2 ke sekitar sekolah, saja la bawak round2 tengok kebun. Selalu budak2 ni nengok bangunan aje...


Dibawak sekali mengutip cendawan yang kebetulan ada di dalam rumah cendawan. Seronok tengok budak2 yang penuh tanda tanya, macam2 soalan ditanya.


Malamnya pula berjalan2 ke Pasar Malam. Orang tak la ramai sangat, boleh tahan aja. Diorang ni dah 3 kali datang, kira tak adalah jakun kannnn... Cuma masa makan tu macam nak gelak pun ada. Ingat nak makan kat kedai tapi tutup pulak. Beli bungkus nasi ayam dan makan dekat parking kereta. Nak balik makan dekat rumah sah2 mengantuk bila sampai.

Bila ingat balik masa makan tu, rasa macam pemerdagangan kanak2 pulak. Korang baca tak kat paper, kan selalu ada sindiket budak2 yang mintak derma tu... agaknya macam nilah diorang dikumpulkan oleh tokeh setelah habis rutin mencari duit. Haaaaaaaaaa, kan?

JAdi, untuk anak2 buah makcik, korang datang lain kali kita pergi tempat lain pulak ya. Haritu datang sekejap sangat, dalam sibuk2 tu tak buat apa pun tak sempat.

 ~ Wassalam ~

Minggu, 03 Februari 2013

Selamat Pengantin Baru Fazlee & Azie

 
 
Entry pertama Febuari. Kemain lama rasanya tinggal blog dek sibuk bizi dengan pelbagai perkara. Sampai sekarang letihnya masih terasa. 
 
Alhamdulillah, yang dirancang sudahpun selamat dilaksanakan. Fazlee dan Azie, sudahpun selamat bergelar suami isteri dengan satu lafaz sahaja. Tanggal 1 Feb 2013 (malam) menjadi saksi penyatuan itu. Rombongan pihak lelaki dari Pasir Putih berkonvoi pagi Jumaat menuju ke Perak kerana pernikahan dijalankan pada malamnya. Keluarga cheq sue sendiri sempat singgah sebentar di CH sebelum meneruskan perjalanan. Cheq sue and the gang pula bertolak dari sini pada pagi Sabtu.
 
Dalam pukul 1 ++, barulah dibuat majlis berarak pengantin ke rumah pengantin perempuan. Betapa panasnya cuaca hanya Allah yang tahu. Macam nak masak dalam perjalanan tu. 
 
 
Bersanding, serba kuning + purple. Colour block? Tak sempat nak tengok sangat, sesak + panas.
 
 
Bukan main pengantin menjamu selera. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Yang tak menahan minum jus kedondong asam boi, macam nak tanya je buat camana. Kena try jugak nanti, best sungguh!
 
  Antara rombongan kami, semuanya kaum keluarga....
 
Rombongan balas pihak perempuan akan dibuat di kampung 10 Feb nanti. InsyaAllah jika ada masa dan ruang cheq sue akan kongsikan ceritanya juga di sini. Buat sepupuku Fazlee dan isteri, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. May GOD bless you forever. Wassalam.
 
** Coret-coret lain boleh juga baca di sini... **
 
Stylish Thankyou

Senin, 09 Juli 2012

Sepi @ Kampung



 
 



 
6 Julai lepas, cheq sue balik kg setelah agak lama jugak tak balik, last pada cuti sekolah baru-baru ni. Maklumlah kekangan masa, tugas dan sumber kewangan yang tidak mengizinkan. Kenapa tajuknya SEPI @ KAMPUNG? Mmmmm sebenarnya bukan apa, sekadar meluah rasa dari perspektif orang tua. Sekarang ni memang tinggal mek, cek dan adik aje kat kampung. Dengan adik-beradik cheq sue rata riti di sana sini mencari rezeki, ada di KL, ada di Terengganu, ada di Pahang, yang tinggal kini hanya mereka  3 beranak. Adik bongsu pula yang semakin menginjak dewasa lebih banyak masanya di luar rumah. Kerja, bola, jalan-jalan.... sudahnya hanya tinggal mak ayah di rumah.

Bila ada anak-anak balik, betapa sukanya mak ayah kita kan? Kalau ada makanan, terus teringat pada anak-anak yang lain. Anak itu suka makan ni, anak ini suka makan ni...masing2 membangkitkan nostalgia pada mereka. Bila cheq sue balik tu, kebetulan ada durian, lalu mek pun bercerita tentang anak-anak yang bermacam pesen suka makan durian. Ada yang suka makan gitu aje, ada yang suka makan dengan pulut. Malah dalam peti ais pun dah ada durian yang siap difrozenkan untuk anak-anak tersayang. Begitulah emak ayah kita kan, sentiasa memikirkan anak-anak. Cheq sue terfikir, alangkah tewasnya seorang anak yang tidak mengutamakan emak dan ayah melebihi segala-galanya. Mmmmmm, aku lah tu!

Kemudian, pagi Sabtu tu cheq sue diminta untuk mengambil kelapa di belakang rumah. Bawak kereta buruk macam bawa bas rasanya. Mek menebas semak dan cek menurunkan kelapa dengan beruknya. Bila cheq sue peratikan mereka berdua, alangkah sayunya hati mengenangkan betapa simplenya hidup, betapa mudahnya kehidupan, tak perlu fikir masalah lain. Sampai masa solat, makan, motong getah, kalau malas boleh cuti..... hish kalau la kita tu tak dapat hak  buat cam deme. Pastu diorang pun tidak berkehendakkan apa-apa, malamnya ke masjid dan berehat. 

Namun satu yang pasti, di sebalik kehidupan itu memang ketara sangat mereka merindui anak-anak. Nun yang jauh di sana, sekadar dihubung dengan suara yang sangat-sangat jarang menerjah ke telinga. Aduhai, cheq sue sebagai anak berkali-kali mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertanya khabar mereka. Sekali sebulan insyaAllah boleh balik tapi kadang-kadang tak boleh. Mek atau cek tak pernah sekalipun bertanya bila mahu balik kampung (kecuali musim raya) tidak seperti emak ayah orang lain. Bila balik mereka tersenyum, yang sakit jadi sihat, yang demam boleh kebah.

Bila bercerita tentang mak ayah ni, memang mudah sangat air mata bergenang. Satu-satunya perkara yang membuat cheq sue menangis tanpa paksaan adalah bila memikirkan tentang mereka. Jadi, buat semua anak-anak diluar sana, sekali pun tidak dapat balik bersua muka dengan emak ayah anda, sekurang-kurangnya telefonlah selalu untuk menghilangkan kerinduan mereka. ... Wassalam

Stylish Thankyou

Kamis, 03 Mei 2012

Selamat Ulang Tahun Dear Bonda & Adikku


 

Eceli, lupa harini besday ke 22 adik  yang dok study UITM. Sejak xde fesbuku ni lambat betul dapat maklumat. Terpandang sekilas tadi di sidebar, baru teringat. Dia ni adik nombor 5 dalam keluarga...dari kecil sampai ke besar memang x bagi masalah langsung. Skema dan cukup berjimat a.k.a kedekut (he he he) orangnya. ** Kena paksa dulu baru leh belanja.
 


Seingat2 cheq sue lah, dia ni lahir dalam bulan Syawal, sebab itulah namanya MUHAMMAD SYAWAL. Masa tu cheq sue umur berapa ya.... kita sibuk nak raya, tetibe mek nak bersalinkan dia. Sudahnya tak sempat kita nak pi jalan2 kena duduk rumah aje.

Istimewanya hari ini juga merupakan ulang tahun ke 57 tahun  ibunda kami yang tercinta. Dia tu bangga la dapat share besday ngan mummy...hi hi hi...

Buat keduanya yang tersangat istimewa di dalam hidupku, semoga kalian berdua dirahmati Allah selamanya, sihat walafiat dan dapat melalui kehidupan ini seadanya. Moga Allah memelihara kasih sayang kita semua.
Wassalam...

Selasa, 13 Desember 2011

Ayuni ~ 9 + Aina ~ 6


 
 
Jika 11.12.11 adalah harijadi Anisa, 12.12.11 adalah harijadi kakaknya pula iaitu AINA SOFIYA yang ke 6. Kakak sulungnya, MIRZA AYUNI masuk 9 tahun pada bulan Disember juga tapi tak ingat bila, 5 hb kot.  Jadi sekali lagi makcik yang baik hati ni membuat kek untuk anak-anak buah. Udah deme asyik menyebut nak potong kek, kita no hal nak membuatnya. Sebenarnya plan nak buat kek princess, tapi sayang bahagian skirtnya telah dibelah sebab Tok Cek nak makan. So cheq sue buat kek biasa2 aje. Ayah cheq sue tu x makan kalau kek yang ada aising2 ni, so bila dia nampak kek span tu terus dia tanya xleh makan ke... Mmmm tak sampai hati la pulak kan, terus aje kek tu dibelah-belah dan habis terus pada malamnya.
 
Kali ni cheq sue cuba satu resepi kek span, alhamdulillah menjadi. Gebu dan lembut aje. Deconya pula cheq sue hantam saja, menggunakan baki WC untuk kek Anisa. Dah semalaman dalam peti ais, asyik dok buka tutup, tengoklah sedikit kecatatan pada kelopak bunga dan bahagian tepi kek. Haisssshhh budak2 ni. Berulang kali dok tanya bila nak potong kek, bila nak makan. Jadi pada petang semalam dah selamat dikerjakan di rumah arwah nenek, sebelah aje dengan rumah cheq sue. Kalau korang tengok kereta kat belakang tu ada kemek sikit, sebab tersondol tiang rumah. Heeee





 Anisa tu walaupun dah selebrate dia punya besday, sibuk aje nak potong kek sama. Mula2 tu xmo dibagi kakak2 dia pegang, bila makcik dah pujuk nasik baik dia hendak. Kira2 terer jugak la makcik ni kan... Apapun makcik harap korang berdua ni akan membesar sihat bagai johan, jadi anak yang solehah semuanya. Jangan dok ngadap lappy aje tau, tu mata dah nak rabun. Makcik sayang korang 4ever.... (*_*)



Kek span + blueberry filling + fresh cream
Deco versi hantam sajalah. Bende untuk buat rose tu lupa nak bawa balik jadi guna apa yang ada. Nampak bentuk sesikit tu jadi la kan... Asik2 letak kumbang, nak buat camana udah itu aje yang ada... Apapun... layanzzzzzz!! Wassalam...

Senin, 12 Desember 2011

Anisa Is 3 ~ 11.12.11


 
 
ANISA QASRINA, anak sedara cheq sue yang ke 4. Paling suka merajuk dan agak bengkeng. Anak ke 4 dalam keluarga. Kalau dah sampai anginnya jenuh nak memujuk. Kalau dekat nursery, Opah kata suka merajuk. Adehhhh... kalau kurang sabar jenuh jugak budak camni kene pelengkung. Tu yang kat paper ada aje citer budak2 kena dera. Tapi, cheq sue sayang anak2 sedara cheq sue ni...bukan tak sayang wehhh...
 




 
Sempena dengan ulang tahunnya yang ke 3, cheq sue buat kek coklat dengan fresh cream dan ditambah dengan filling blueberry. Seronok tengok dia tiup lilin tapi nak amik gambar punya la payah, yang ni aje dapat diselamatkan. Budak tengah aktif le katakan... Apapun, makcik harap Anisa dapat membesar sebagai seorang insan yang solehah dan menjadi anak berguna kepada keluarga. Saaaaaaaaayang Anisa.... muahhhhhhssssss....





 Kek coklat (DBCC) + blueberry filling (inside & outside) + fresh cream

Minggu, 04 September 2011

Tragedi Akhir Ramadhan... Bawa Pergi Dua Sepupuku

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejujurnya Aidilfitri kali ini agak suram bagi kaum keluarga cheq sue dengan pemergian mengejut dua orang sepupu akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan kereta, dua hari sebelum hari raya. Patutlah dalam hati ni tak berapa nak ada rasa nak beraya...baju pun x berjahit, dan biskut raya pun ada yang belum siap sampai sekarang.

Pada pagi 29 Ogos, cheq sue ke rumah sebelah untuk menjahit tepi baju anak-anak buah. Tiba-tiba anaknya heboh bercerita tentang kemalangan di kampung berdekatan yang melibatkan budak kampung cheq sue...katanya seorang mati di tempat kejadian. Masa tu belum tahu lagi siapa... sudah tentulah rasa terkejut sangat...pada akhir2 ramadhan sebegitu...tak dapat dibayangkan dengan dugaan yang datang. Bila balik ke rumah barulah tahu yang sepepu cheq sue yang dipanggil Duan (Mohd Ridzwan) yang meninggal itu. Subhanallah... lemah longlai seluruh anggota... Selalu kita baca kemalangan pun dah seriau bulu roma...bila melibatkan keluarga terdekat ni masyaAllah hampir pitam jadinya..

Mek dan cek bergegas ke hospital... cheq sue dan yang lain2 menunggu di rumah. Sungguh tak percaya...rasa macam bermimpi-mimpi je... Sungguh berharap berita itu tidak betul tetapi bila Allah telah suratkan ajalnya begitu...terpaksa juga redha. Sepupu yang seorang lagi, mesra dipanggil Kimi (Nuzul Haqimi) diberitakan masih ada harapan, tetapi dengan kecederaan serius di bahagian mulut dan pendarahan dalaman, Allah akhirnya menamatkan juga penderitaannya sejam kemudian.

Kata orang, apalah gunanya air mata menangisi yang telah pergi...tetapi kita tumpang bersimpati. Duan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga manakala Kimi pula baru saja bekerja dan belum sempat berbakti lama. Dengan hubungan adik beradik yang erat, sayu hati melihatkan wajah suram kaum keluarga yang ada.

Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang2 yang soleh dan diampunkan segala dosa-dosanya... Ingatlah semua...bila sudah sampai masanya kepada kita...sesaat pun tak akan dilambatkan atau dicepatkan.. Bersedialah...
Alfatihah..

Wassalam...

Keratan akhbar Sinar Harian, muka hadapan

Antara keratan akhbar, kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana ada sedikit fakta yang bercanggah. Wallahua'lam