Tampilkan postingan dengan label Kek / Cupcake. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kek / Cupcake. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 September 2013

Kek Durian Delight

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek durian delight ni selalu saya tengok di blog Kak Ita. Dengan deco yang kemas dan cantik bagaikan memanggil-manggil saya untuk turut mencuba. Kebetulan balik dari kampung, emak ada membekalkan saya satu bekas durian, nak menghabiskannya begitu saja saya dah muak, jadi sekejap saja saya terfikirkan kek ini yang resepinya saya gunakan dari blog ABM... anak teruna yang gigih memasak walaupun sibuk belajar di Jepun nun...

Untuk santapan sendiri, kek ni togel tanpa sebarang deco. Nak taruk apa weh, kang ada pulak yang tanyak sambut hari jadi siapa pulak.. Saya hanya buat kek bersaiz kecil, dalam 1/2 kilo sahaja. Tetapi krim duriannya saya buat lebih kerana saya sudah jatuh cinta dengan gandingan durian dan krim semasa musim-musim crepe dulu. Tetapi sebaiknya kek ni di makan sekali habis kerana kek yang di simpan di dalam peti sejuk semalaman akan masam (bahagian krimnya). Tapi tak tahulah kalau peti ais saya yang dah tak sejuk...yang menyebabkan krim tu jadi masam.

Sebab itulah saya katakan kek ini super sedap. Bila dimakan masa sejuk, langsung tak sedar laju menyuap ke mulut.Kek yang spongy dengan krim lemak manis sangat sangat sesuai... Kawan-kawan kalau ada durian lebih-lebih boleh cuba buat kek ni tau, gerenti puas hati.

Untuk keknya saya gunakan vanilla shortcake dengan menggunakan resepi ini. Saya kongsikan juga resepi yang dikongsikan ABM untuk rujukan akan datang. Arigatoozaimas....



KEK DURIAN DELIGHT
Sumber : ABM

BAHAN BAHAN (loyang 18cm)

Kek Span Vanilla
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula halus (blender halus gula biasa)
50g minyak sayuran
150g tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking powder
100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
3 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
60g gula kastor

Cream Durian Delight
500g isi durian (dikisar)
250ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil gelatin halal
2 sudu besar air

Outer Layer Cream
100ml non-diary whipping cream
1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)

CARA CARA
Kek Span Vanilla
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.

Cream Durian Delight.
1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.

Outer Layer Cream
1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan.
(Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)

Penyediaan.
1. Belah kek kepada 3 bahagian. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya. 
3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.

Kamis, 05 September 2013

Kek Span Pandan Berbadam & Kelapa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dua hari blog tak berupdate, entah apalah yang disibukkan tuan tanah kedaung. Sejak kebelakangan ni memang agak sibuk sikit. Dengan line internet yang dok over limit memanjang, payah jugak nak online. Nak update ikut telefon tak puas hati la pulak tengok skrin cinonet aje...

Jadi saya kongsikan jugaklah kek yang dibuat untuk majlis hari raya kuarters baru-baru ni. Tak tahu nak buat kek apa jadi saya cuba gabungkan badam dengan kelapa untuk menyaluti kek span pandan. Di dalamnya saya gaulkan serbuk badam bersama whip cream dan di sapu dengan jem raspberri. Kemuadia ditabur sedikit kelapa kering. Rasanya boleh tahan jugak, baunya mengancam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.


Kononnya nak tulis jawi, tapi silap eja la pulak. Hi hi hi... nak kena study lebih lagi lepas ni. T_T


Di tepinya saya salut dengan kepingan badam bakar dan ditabur dengan kelapa kering.

Errr...cukup la dulu ya, tak ada idea nak bebel apa....

Rabu, 05 Juni 2013

Kek Span Oren

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Saya hentikan seketika cerita pengembaraan ke Banda Acheh dan memberi laluan kepada n3 masakan pula. Kek span oren ni merupakan salah satu olahan saya terhadap resepi yang selalu saya buat. Asyik buat yang sama saja kan, apa salahnya cuba lain sikit tengok macam mana pula hasilnya. Kebetulan pulak dekat rumah ada stok Peel Fresh, tu yang terus je jadi kek span oren.


Alhamdulillah...walaupun ada sedikit penderhakaan, menjadi juga keknya. Gebu dan lembut macam span. Bila pegang rasa macam kapas saja. Saya tidak menghiaskan kek ni hanya diletakkan topping simple sahaja iaitu air Peel Fresh (oren) yang dididihkan dan disapu diatasnya. Kira balance la dengan manis kek tu.


Terima kasih pada yang sudi berkongsikan resepi ini ya. Kalau ada yang nak mencuba dipersilakan dan anada juga boleh mengolahnya mengikut citarasa masing-masing.

KEK SPAN OREN
Resepi : Sharm1969
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan ( Saiz 9" )
50g gm gula kastor
60g tepung naik sendiri
 2 biji telur
10 gm ovalette
20 gm jus oren (saya guna Jus Oren Peel Fresh)
10 ml minyak jagung

Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 160’C
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Lapikkan loyang dengan baking sheet dan masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
Hiaslah mengikut citarasa kita.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 31 Mei 2013

Moist Chocolate Cake. Panaskan Enjin Dulu...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kata cuti sampai 29 Mei, tapi sekarang dah masuk bulan baru dah belum ada cerita lagi. Mmmmm biasalah kalau dah tinggal lama. Nak ambil mood, nak sapu2 sawang memang ambil masa sikit kan kawan-kawan. Tambah2 dengan keletihan pasca perjalanan, kena cover la sikit sebanyak. Trip yang lepas memang kaw2 punya. Letih tapi seronok. InsyaAllah bila dah selesai editing saya akan kongsikan. Korang ke mana semua? Macam sepi je. Mesti masing-masing sedang menghabiskan cuti bersama keluaga.

Berbalik pada n3 ni, saya dah buat sebelum cuti sekolah lagi. Memang teringin nak makan kek coklat tapi seperti selalu juga tak pernah dapat kek yang betul2 memuaskan hati. Semacam juga kek ini, ke'moist'annya tak ada. Agak kering sikit. Mungkin ada la tu silap di mana-mana. Kadang2 saya agak 'berfikir dua kali' untuk buat moist choc cake. Ada saja yang tak menjadi. Tapi tak mengapalah, next time menjadi la tu.



Keratan rentas dari dalam. Boleh nampak keringnya kek ni. Tetapi alhamdulillah dengan toppingnya yang meleleh tu agak sedap juga.

Untuk resepi ni kek yang diperoleh agak kecil. Tak la ambil masa sangat nak habiskan. Next time boleh cuba lagi tengok macam mana pula hasilnya. TQ pada Che Mat dan Izah yang berkongsikan resepi ni.

MOIST CHOCOLATE CAKE
Resepi : Che Mat
Sumber : Izah ML

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...

UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 15 Mei 2013

Kek Span Coklat & Aising Krim Keju

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Balik kampung mengundi baru2 ni, saya bawa bersama sebiji kek yang dibuat di CH, maklumlah ada anak buah dari KL yang balik, sedap sikit nak makan ramai2. Bukan kek apa pun sebenarnya...nak buat yang ditempah tetapi rasa macam terkecil pulak saiznya. Kek ok, gebu elok aje tapi tak menepati saiz yang dikehendaki. Jadi saya ejas la sikit, buat CC buttercream. Lagipulak masa tu whip cream dah habis ^^


Antara "pelanggan" tetap saya. Anisa dan Amar yang berjauhan dari ibu dan abah kerana tuntutan PRU 13. Tengok ajelah gambar tu, budak2 tak menipu tau...


Simple je deco untuk kek ni. Nak makan2 sendiri aje kan. Saya kurangkan sedikit aising di bahagian luar sebab dah lebihkan di bahagian dalam. Memang sedap rupanya CC aising ni digandingkan dengan kek span coklat. Kalau dapat makan sejuk2 tu lagi sedap. Tambah lagi dengan masam2 jem epal... Waduhhhh..

 
Potongan di dalam. Cukup berpuashati dengan hasilnya. Memang puas makan. Saya masih menggunakan resepi kek span coklat yang sama seperti sebelum ini manakala buttercreamnya saya menggunakan resepi Kak Zati dengan membuat sedikit ubahsuai. Dengan menggunakan shortening, aising yang terhasil lebih lembut serta tidak terlalu terasa minyaknya. TQ...
 
CHEESE BUTTERCREAM
Resepi : Buku Panduan Asas Menghias Kek - Zati D'Hati
 
Bahan-bahan :
250 cream cheese (suhu bilik)
125g mentega saya ganti dengan shortening
120g gula aising
1/2 sk perisa lemon saya masukkan jem epal
 
Cara-cara :
Putar cream cheese sehingga lembut dan tidak berketul
Masukkan mentega dan putar lagi
Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 12 April 2013

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 Salam Jumaat kawan-kawan... Cepat sungguh masa berlalu kan... hari ni dah pun 12 haribulan dalam April. Pejam celik pejam celik nanti dah masuk bulan Mei pulak. Dalam dok sibukkan urusan dunia ni dah semakin banyak yang saya lupakan. MasyaAllah... Walau apapun, semoga hari ni lebih baik dari hari semalam dan menjanjikan keberkatan buat kita semua. Aminnnn.........



Saya buat cuppies ni untuk di bawa ke majlis makan-makan dan bacaan Yaasin di rumah seorang member minggu lepas. Malam sebelum tu dilanda kebosanan, jadi saya godeklah satu adunan red velvet menggunakan resepi daripada MyR.

Saya pernah juga sekali buat cuppies guna resepi ni, hasilnya kira boleh tahan lah, agak tak berpuas hati sebenarnya kerana  cuppies tu agak padat dan tak gebu macam kek yang saya selalu buat. Mungkin ada tak cukup pukul kot kat mana-mana.


Untuk toppingnya tu saya hanya guna whip cream saja. Kalau nak guna CC frosting ada disediakan juga resepinya. Saya copy semula resepinya di sini buat rujukan akan datang. Terima kasih pada naz79 yang sudi berkongsi resepi.

Update 8.46 malam : Ada di kampung, tak plan pun nak balik, tetiba je rasa nak balik. Meriah sungguh nak pilihanraya, bendera merata-rata, hijau biru merah...
 
RED VELVET CUPCAKES

Bahan-bahan ( 12 biji )

Bahan kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)

Bahan basah
2 biji telur
1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah saya guna pink

Cream cheese topping
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara
Panaskan oven 180 degree celcius
Ayak bahan kering
pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~