Tampilkan postingan dengan label Kisahnya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisahnya. Tampilkan semua postingan

Selasa, 09 Juli 2013

Salam Ramadhan 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah...selesai sudah terawih pertama tahun ini. Berimamkan adik sendiri di surau berdekatan, saya bersyukur masih di beri peluang untuk mengimarahkan Ramadhan. Harap2 tahun ni dapatlah berterawih tanpa keuzuran. InsyaAllah.

Saya bagaikan terlupa pada cinta hati yang satu ini. Sekadar melihat melalui telefon, tak dapat nak online lama-lama. Dek kesibukan dan kepenatan, agak sukar mencari masa dan ruang untuk berlama-lama di sini. Banyak n3 menarik yang saya sudah tertinggal nampaknya. Cuaca di sini yang agak sejuk sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi emosi yang sentiasa berada di lingkungan awan mendung.

Ramadhan kali ini pastinya berbeza kerana tiada lagi yang akan bertanya tentang bersahur atau berbuka saya. I have to... Sedih tapi segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Apa juga keputusan yang telah saya buat, yang telah saya ambil tentunya di bawah perancangan Yang Maha Kuasa juga.


Sambal hitam? Apa kena mengena... Sebenarnya dah lama jugak saya buat ni. Kalau buat sambal hitam, saya suka yang basah2 sikit. Banyak yang dijual tu agak kering. Sesekali balik kampung kalau ada belimbing buluh, selalu jugak saya rebus sendiri, ikut suka hati aje pun. Kalau sambal hitam ori tentulah tak sama. Kalaulah ada stok di bulan puasa ni tentu sedap di makan semasa berbuka, pasti menambah selera.


Buat kawan-kawan ku sekalian, selamat berpuasa saya ucapkan. Semoga di Ramadhan kali ini kita semua dikurniakan keberkatan, kesihatan dan keupayan yang baik untuk melaluinya. Semoga juga segala amal kebaikan kita dapat dilakukan dengan lebih bersemangat lagi.

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 28 Juni 2013

Jerebu @ PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak tak berupdate blog saya ni. Ingatkan semasa bermesyuarat dapatlah keluar n3 autopublish tapi nampaknya line internet di sana tak berapa nak bagus. Dapat tengok n3 kawan2 je sekilas lalu. Jadi n3 ni sebagai pemanas untuk n3 yang seterusnya. Kepala macam dah jem nak mengayat bila lama tak guna. Hi hi hi...

Semasa ke PD tu, saya drive sambil ditemani rakan dari Taiping. Masa tu jerebu memang tengah tebal di highway. Dekat nak masuk KL jarak penglihatan agak kelabu-kelabu asap sikit. Kawan saya tu beriya ambil gambar, saya memandu tengok sajalah. Walaupun kereta bertutup (pasang aircond) tetapi masih juga dapat bau asap (jerebu) yang masam kesan terbakar. Masa jerebu teruk tahun 1997 dulu, saya masih di bangku sekolah, jadi tak la terasa sangat kesannya di Kelantan.
 

Semasa sampai, IPU di PD masih menunjukkan paras sangat tidak sihat iaitu melebihi 300. Inilah pandangan dari balkoni apartmen. Menghadap laut tetapi langsung tak nampak, cuma dengar bunyi ombak je. Memang kelabu sangat. Masa ni pagi, agaknya udara masih belum bergerak dan perolakan masih belum berlaku. Kiranya saya ni macam menyerah diri je bila ke PD tu. Hidung tersumbat, suara serak dan mula batuk-batuk.
 

Matahari petang. Walaupun kelabu jerebu tu macam mendung, tetapi suhu masih panas. Di semua tempat rasanya boleh nampak yang matahari tu kelihatan 'sakit' dengan lingkaran merah di sekeliling.
 

Pada hari terakhir (Khamis) barulah boleh nampak laut dengan jelas dan cahaya matahari mulai memancar ke bumi. Dah ada yang mandi manda serta bermain jet ski atau banana boat. Masa bertolak tu alhamdulillah keadaan lebih baik sikit daripada hari datang. Semoga jerebu ni akan cepat-cepat hilang...
 
 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 23 Juni 2013

The Ragency Tanjung Tuan Beach Resort, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seminggu lagi saya terpaksa meninggalkan sekolah kemenuhi tuntutan kerja luar yang di adakan di PD. Tak pernah lagi ke PB, zaman U dulu ada la sekali bercamping dengan kawan2. Kali ni nak drive, tak tahulah camana, harap2 dapat sampai dengan selamat dan tak la sesat. Kalau belah2 KL atau dalam bandar ni saya selesa naik bas aje, tapi dari CH nak ke PD boleh tahan banyak jugak la yang kena. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan, pastu baru ambil bas, dan kemudian baru teksi. Nak heret beg pun dah satu hal...


Apa kisah dengan jerebu di PD tu ya? InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian. Nak gerak dulu.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 10 Juni 2013

Hotel Goldcourse, Klang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah diberi peluang untuk bersua kembali di sini. Saya kini berada di Hotel Goldcourse, Klang kerana menghadiri mesyuarat (10-13 Jun 2013) bersama Lembaga Peperiksaan. Kiranya tak sempat masuk sekolah, terus je bertolak pagi tadi ke Kuala Lumpur. Turun di KL Sentral dan menaiki komuter ke Klang sebelum naik teksi ke hotel ini.


Sesiapa yang pernah ke hotel ini tentulah mengetahui bagaimana keadaannya. Tak perlulah saya nak huraikan panjang lebar. Ada dua tiga kursus dari KPM yang dijalankan di sini. Tengoklah apa yang menarik nanti dapat saya ceritakan.
 
********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 15 April 2013

Hotel Plaza, KL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Outing lagi ke KL. Kali ini ke Hotel Plaza pulak, terletak di area Chow Kit. Sesungguhnya saya teramat malas sangat. Memang kalau diberi pilihan saya taknak dah datang KL ni. Saya takut, setiap kali saya berjalan dari sana ke sini, contohnya dari stesen LRT ke Puduraya, Tuhan saja yang tahu ketakutan di hati saya. Tetapi apakan daya, ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tahu2 sajalah, bila dah empat hari meninggalkan sekolah, berapa banyak perkara yang terpaksa saya tinggalkan? Dengan kelas PBS ada tiga dan kelas peperiksaan SPM ada dua, terlalu banyak yang perlu saya cover selepas itu.

Jadi saya tinggalkan seketika CTS selama 4 hari, 15-18 April dengan n3 autopublish. Sampai kita berjumpa lagi Jumaat nanti.

Note : 9.00 pagi, dalam bas OTW ke KL T_T

Update : Alhamdulillah selamat sampai. Daripada LRT Plaza Rakyat (Puduraya) terus ke Stesen Sultan Ismail, jalan kaki sikit je dalam 5 minit dah sampai ke hotel. Tengah pening2 lalat lagi. Udahhhhhh.....

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~


Minggu, 17 Maret 2013

Hotel Radius International Pula...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi, hari ini, saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat, sambungan yang pertama dulu di Hotel Summit Subang Jaya. Kali ini lokasinya di dalam bandar, di jantung Kuala Lumpur iaitu Hotel Radius International Bukit Bintang. Salah satu lokasi yang saya tak mahu jejaki, yang penuh dengan manusia bermacam ragam. Dan sudah pastinya menimbulkan ketakutan dalam diri...namun kerana tuntutan tugas, terpaksa.



Sekali lagi juga, kena bertanya di situ di sini bagaimana untuk ke sana. Terjumpa dalam internet tadi, katanya naik LRT dari Plaza Rakyat (Pudu) ke Hang Tuah, kemudian tukar ke monorail dan menuju ke stesen Bukit Bintang. Dari situ, boleh berjalan kali ke hotel, jaraknya dalam 10 minit.

Semoga perjalanan pergi dan balik kali ini berjalan sempurna. Harapnya tiada apa yang berlaku. Doakanlah saya. Dan sepanjang bermesyuarat sehingga 21 Mac ini, saya tinggalkan anda semua dengan n3 autopublish ya... InsyaAllah bertemu nanti .

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

Jumat, 01 Maret 2013

Corelle Oh Corelle

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama nak kongsikan dengan korang semua tentang alkisah membeli set Corelle ni secara online. Memang kaw-kaw sungguh citer ni, korang kena baca hingga akhir rancangan taw...

Gini citernya. Hujung tahun lepas cheq sue and the gang bersepakat untuk membeli set Corelle daripada sebuah laman web ni. Ianya didatangkan dalam set 4 dengan harga yang agak bagus juga, yang mana ianya bermula dengan RM2XX. Kami semuanya 4 orang bersetuju untuk membeli 7 set Corelle tersebut dengan pelbagai design yang diinginkan. Cheq sue sendiri memilih 2 set Winter Frost, plain tanpa corak.


Oleh sebab cheq sue tak ada FB maka segala urusan dibuat menggunakan email. Masa hujung tahun tu cheq sue masih menggunakan broadband Celcom, jadi linenya ala-ala semput gitu. Masa tu tempoh untuk pre order dah nak tamat, kiranya tak menyempat nak tengok FB, cheq sue terus je bayar deposit untuk tempahan yang berjumlah RM 1XXX ++. Haaaa, masa tu tak fikir apa pun, fikir nak beli Corelle aje, memang dah standby duit untuknya. Tapi kan sebulan lepas bagi deposit tu mulalah datang perasaan tak senang. Sebabnya langsung tak ada apa-apa berita tentang pembelian ataupun post di FB. Cheq sue dah tak senang duduk. Bukan hanya fikirkan duit sendiri yang dikeluarkan untuk deposit tu tetapi juga mengingatkan kawan-kawan yang berharap.

Hinggalah pada penghujung Januari cheq sue mendapat sms untuk menjelaskan baki bayaran dan mengesahkan alamat penghantaran. Allahuakbar, masa tu barulah boleh bernafas dengan lega. Baru boleh senyum. Kawan-kawan yang sama order pun dok gelak kat cheq sue. Hampeh betul derang neh...

Ceritanya tak berakhir di situ. Bila barang tu dah di pos, cheq sue mendapat panggilan daripada pihak penghantaran, yang mengatakan barang tu akan dihantar pada hari Jumaat. Kebetulan pulak masa tu nak balik kampung, tak ada pulak telefon pasal penghantaran tu. Bila cheq sue telefon semula, katanya tak boleh hantar, sebab cuti la, tak sihat la, apa la, bila kita bangkitkan dia dah janji, dimarahnya kita pulak. Hish rasa nak sumpah seranah je apek tu. Jadi, janji semula untuk hantar barang tu pada hari Isnin berikutnya.

Pada hari Isnin yang dijanjikan tu, dari pagi sampai ke petang tak ada panggilan yang diterima. Memang sakit hati la sangat, sampai malas nak buat apa-apa. Pihak yang mengepos dah pun bertanya di mana status barang, lagi la tambah sakit hati. Keesokan harinya, kami menelefon beberapa kali tetapi tiada jawapan. Kalau korang kan, tak sakit hati ke bila jadi macam tu? Tension tau bila fikir kot-kot la barang tu rosak dalam simpanan diorang, kita pulak yang susah nanti.

Hari Rabunya barulah ada panggilan daripada pihak penghantar. Katanya barang akan dihantar pagi tu. Oklah, tunggu je. Ingatkan nak suruh terus hantar ke rumah. Iyalah, 7 set kau, mana aku nak angkat sensorang. Yang tambah menggeramkan lagi, si penghantar barang mengong tu letak aje di pondok jaga. Masa tu diorang hantar barang bersekali dengan bungkusan member dan baju yang diorder pihak sekolah. Semuanya diorang lambakkan di situ. Geram kan. Puas la kami cakap nak suruh bawa masuk dalam sekolah tapi 1000 alasan diorang beri. Sudahnya cheq sue balik ambil kereta dan punggah semua masuk dalam bonet.

Sebenarnya yang bagi masalah dalam pembelian ni bukannya dari pihak penjual, tetapi dari pihak penghantar yang entah apa-apa. Lepas ni kalau beli terus nak buat alamat kakak di KL. Masa order barang dari UK tu tak ada masalah pulak, terus je hantar ke Tanah Rata.

Itulah sedikit perkongsian, sekadar nak bercerita kalau-kalau ada yang pernah terjadi kisahnya begini. Bukan kata nak burukkan sesiapa, tetapi itulah kisahnya kita sebagai pengguna.
~ Wassalam ~

Sabtu, 23 Februari 2013

Pesta Cahaya Malam Chap Goh Mei

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salam hujung minggu. Pagi ni cuaca mendung, hujan berkabus sangatlah melemahkan. Rasa macam nak berbungkus aje dalam toto. Tapi tak boleh la nak layan sangat, kang semua kerja ke mana. Jadi n3 ni cheq sue nak kongsikan  Pesta Cahaya yang di adakan malam tadi, bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei, iaitu pengakhiran sambutan Tahun Baru Cina citulah.


Masa tu cheq sue tengah nak keluar, tetiba je bunyi meletup-letup. Dah agak dah diorang ni main mercun, raya la katakan. Pada malam2 sebelum ni pun diorang dah galak berdentum dentam, nak tidur pun tension. Cumanya yang malam tadi dentuman tu agak berlarutan. Jadi sempatlah cheq sue snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
 

Pesta cahaya malam tadi tu cheq sue agak berlaku 20-30 minit jugaklah, dengan pelbagai corak bunga api. Rasanya tak perah tengok corak2 sebegitu. Memang cantik sangat2 walaupun sakit lagi di telinga mendengar dentumannya.
 

Kos? Mmmmmm jangan cakaplah. Mahu puluh2 ribu RM. Kalau yang koman biasa kita main masa raya pun dah beratus2 hengget, inikan pula yang bercorak kebaboom serta lebih besar bunga apinya.
 

Bunga2 api ni dipasang di Kampung Raja. Memang agak dekat dengan rumah. Ini dari depan rumah cheq sue. Yang herannya kenapa la syik dok snap belakang tiang lampu tu. Ish ish ish..
 

Kesemua gambar ni cheq sue snap menggunakan Canon 550D dengan lense 50mm menggunakan bermacam2 mode antaranya full auto, night potrait dan  flash off. Dalam gelap, nak pilih mode pun tak nampak. Jadi inilah sahaja yang dapat dikongsikan.

~ Wassalam ~

Minggu, 17 Februari 2013

Cuti Berblog Seketika

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pada ketika n3 ni dikeluarkan, cheq sue sedang dalam perjalanan menuju ke Hotel Summit, Subang Jaya untuk menghadiri mesyuarat. Aduhh, bercinta! Sungguh... Kalau zaman muda-mudi dulu memang seronok sangat nak menghala ke KL, tapi sekarang ni memang tak hengen langsung. Kalau boleh, kalau tak ada apa kerja penting tak hendaknya cheq sue nak ke sana.

Oleh sebab itu, CTS akan berehatlah seketika, sehingga hari Khamis atau Jumaat. Yelah, tengah bermesyuarat tak nak la online, henpon cap ayam pun memang tak ada wifi, jadi cheq sue akan pendamkan segala kerinduan nak berceloteh sehingga kita dipertemukan semula. Ewaaahhh...

 The Summit Hotel, Subang Jaya

Jadi, segala n3 yang bakal dipublish adalah ditetapkan secara outopublish, memang tak dapatlah nak berBW dan membalas komen, kalau ada. Harap kawan2 dapatlah memahami dan semoga kita akan berjumpa lagi.

~ Wassalam ~

Jumat, 09 November 2012

Bola Jaring ~ Setelah 32 Tahun

 
 
Hari ini bermula secara rasminya cuti persekolahan akhir tahun sesi 2012. Pada yang sudah mula bercuti di kampung atau melancong bersama keluarga selamat bercuti cheq sue ucapkan. Jangan lupa berhati-hati dalam apa jua yang anda lakukan. Bersempena dengan cuti Deepavali dan awal Muharram, peperiksaan SPM juga ditangguhkan seminggu untuk membolehkan calon-calon beragama Hindu meraikan hari besar mereka. Cheq sue masih lagi di CH, mungkin sehari dua baru balik kampung. Tak sihat, demam, batuk... tak selesa nak bawa kereta.
Sambil2 berehat tu cheq sue nak kongsikan sedikit tentang aktiviti di sekolah beberapa minggu lepas. Perlu dikongsi sebab ianya sangat istimewa! Selepas selesai peperiksaan akhir tahun, sekolah mengadakan aktiviti sukan berupa permainan bola sepak dan bola jaring untuk pelajar. Para guru perempuan ditugaskan mengawal permainan bola jaring. Dan untuk penentuan tempat ketiga, kami bersetuju untuk melawan pelajar yang rata-ratanya dari tingkatan dua dari kalangan pelajar Asli.
Yang kelakarnya sebelum permainan siap berbincang lagi. Bukan kata nak berbincang strategi, tapi tak tahu kedudukan dan pergerakan sepatutnya. Cheq sue sendiri memakai bip WA tak tahu di mana sepatutnya berada atau apa yang perlu dibuat. Maklumlah, sejak muda sampai ke tak berapa muda ni memang tak pernah main bola jaring.
GENG CHE KIAH   .:. Risha, Kak Rini, Atikah, Lini (Pengadil), Dasilla, Siti, Cheq Sue, Ina
Rupa2nya kederat budak2 ni memang kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan para cikgu. Cara diorang passing bola, bertahan dan menyerang memang mengagumkan. Cikgu ni menjerit je lebih, siap dicubitnya pelajar yang tak lepas  bola. Dalam riuh rendah bermain tu ada yang terjatuh dan berebut sampai tak hengat. Budak2 ni memang tinggi semangat kesukanan, memang tak bagi muka langsung pada cikgu, takde nak segannya. Mana yang patut rebut, patut lawan memang depa tak kasi can. Semput + sakit urat jugak la cikgu dikerjakan budak2 umur 14 tahun tu. He he he... Tapi dalam apa jua keadaan pun cikgu tetap juara. Kami menang dengan 3 gol berbalas 2. Kira sengit jugak la kan... Nasib baik jugak memang kalau tak malu kat budak-budak. Berbaloi la sape yang sakit urat, sakit betis dan sakit paha tu...
Jadi geng...camana lepas ni? Nak lawan lagi tak? He he he... Wassalam.
Stylish Thankyou

Rabu, 10 Oktober 2012

Ceritera Kedekut

 
Kedekut? Di dalam dunia ini sebenarnya ada pelbagai jenis ragam manusia dan kedekut adalah salah satu di antaranya. Kedekut harta benda, ilmu atau apa saja sangat menjengkelkan. Pada cheq sue, tak sepatutnya ada perasaan kedekut ni. Memang cheq sue akui, di dalam diri cheq sue sendiri pun ada sekelumit perasaan kedekut terutama tentang penggunaan barangan peribadi dan juga dalam keadaan tertentu. Tetapi cheq sue tak la mahu memperkatakan tentang kedekut itu sebab masing-masing tentunya ada alasan sendiri mengapa bersikap demikian.
 
 
Sebagai seorang yang sangat suka masak dan sangat suka makan... (opstttt), cheq sue memang tidak lokek untuk berbelanja bagi membuat sesuatu masakan. Kadang-kadang apa yang dimasak tu tak habis untuk seorang makan, memang kena berkongsi dengan kawan-kawan. Bukanlah kata bila memasak tu kita mengharapkan pujian. Kalau ada yang memuji itu satu bonus, kan?
 
Yang geramnya bila ada sesetengah orang yang sangat berkira tentang makanan. Kalau dapat yang free dibungkus tak hengat, bila sampai turn dia asyik berjimat cermat. Memang menyampah la sangat orang macam ni. Sepatutnya dalam bab makanan ni biarlah kita memegang prinsip 'sikit sama sikit, banyak sama banyak.' Barulah dapat makan sama-sama. Bukanlah kita ni nak berkira tapi selalu je macam tu sakit sungguh dalam hati. Pernah tak rasa camni?
 
Satu lagi kalau orang kedekut berkaitan resepi. Cheq sue ni tak pernah belajar bab-bab memasak, hanya pandai-pandai sendiri dan selongkar dalam internet. Mana-mana resepi yang dicuba, yang sedap, yang menjadi biasanya cheq sue akan war-warkan kepada kawan-kawan (istilahnya jual) supaya mereka dapat buat paling tidak untuk makan-makan dirumah. Yang dah pandai tu kadang-kala bila kita tanya selalu berdalih itu dan ini. Cheq sue faham la depa keluar duit untuk attend kelas tapi tak salah berkongsi, bukan kata nak bocorkan resepi, cukup dengan memberikan teknik atau cara sahaja..
 
Mmmmm...seterusnya berkaitan dengan peralatan masak memasak ni @ gajet dapur. Bila kita selalu masak, dari sebesar-besar alat atau sekecil-kecil peralatan, sangat seronok kalau kita milikinya sendiri. Kalau nak pinjam-pinjam ni macam segan aja. Sampai bila kan? Seeloknya beli la sendiri. Bukan kata nak guna untuk berniaga pun..cukup sekadar ada bila perlu. Sebab benda-benda peralatan ni bukannya habis guna. Kalau dijaga dengan elok bertahun pun masih boleh pakai. Tak gitu?
 
Wahhh... lega dapat membebel-bebal. Macam keluar peluru M16 rasanya. Maaf kalau ada yang terasa. N3 ini tidak ditujukan pada sesiapa sekadar meluah apa yang di rasa. Wassalam...
 
Stylish Thankyou

Sabtu, 22 September 2012

Karnival RIMUP 220912

 
 
Salam bahagia, selamat berhujung minggu buat kawan-kawan semua. Rasanya inilah saat paling lama blog terbiar tanpa sebarang n3 mahupun menjengok blog kawan-kawan. Selepas balik dari bercuti, terus pula membuat persiapan untuk berjualan di Karnival RIMUP sempena dengan sekolah ganti Sabtu semalam. 
 
Pertamanya cheq sue nak ucapkan selamat pergi dan kembali buat Kak Anim dan Kak Ummi sekeluarga yang akan memenuhi jemputan ke Baitullah pada kali ini, semoga mereka mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Di LCCT baru2 ini pun cheq sue ada terserempak dengan sekumpulan jemaah haji dari Malaysia. Alhamdulillah... Untuk sahabat di Sabah yang dengarnya dah berpindah rumah tu...camana, dah siap ke mengenas barang-barangnya semua? *_^
 
 
Untuk karnival semalam tu, cheq sue menerima risiko untuk berjualan tanpa ada yang membantu selain seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun, Faiz. Antara menu yang dijual adalah nasi kerabu (telur masin & ayam bakar), conney dog, roti sosej dan keropok goreng. Nasib baik nak menyediakan bahan-bahan tu dibantu Mok Ja. 
 
Maklumlah, kita bukannya keturunan orang berniaga. Memang agak kalut pada mulanya. Bila masing2 mendesak mahu itu dan ini, semuanya nak cepat. Setelah selesai larian kemerdekaan, para pelajar dan guru memasing dah lapar, maka terus je diorang menuju ke nasi kerabu. Ish ish ish... ingatkan sambutan tak ada, rupanya sampai tak cukup. Belum pun pukul 10 nasi dah habis. Malah tak sempat nak diberikan pada guru yang dah order sebelum itu. Bila dah habis telur masin dan ayam bakar, nasi kerabu kosong pun diorang mahu. Di akhir2 masa hanya tinggal keropok goreng aje. Yang tertinggal hanya gerai Divalicious dan D'Lijah's Corner aje... untung besar deme tu gamaknya...
 
Demikianlah sedikit perkongsian untuk kembali aktif semula. TQ pada yang sudi ke sini dan membaca... Wassalam... 
 
Stylish Thankyou

Senin, 30 Juli 2012

Pengalaman Shoping Raya Dengan Anak


Selamat petang korang semua. Dah siap masak ke belum? Mesti dah setel dah semuanya tunggu nak hidang dan ngap aje kan? Cheq sue and the gang dah siap dah...dok rilek2 kejap tunggu masa. Nak share sikit pengalaman bershopping raya dengan anak angkat pada 28 Julai baru2 ni. Anak angkat? Hish... member sekolah sebenarnya, memang selalu pun cheq sue bawa ke mana-mana. Tu dah jatuh anak angkat dah tu. ^^
Sebelum ni memang tak pernah pun cheq sue bawak budak pi beli barang2 raya. Kalau barang sendiri tu memang adat la kan. Dari Ch cheq sue bertolak dalam pukul 9.15 gitu, sampai di Ipoh (Greentown Mall) dalam pukul 10  lebih, masih tak ramai orang, parking pun masih banyak. Terus aje masuk ke kedai yang memang khas untuk jualan baju2 raya lelaki dan perempuan. Abahnya memberikan RM 250 untuk segela keperluan tu. Fuhhhh...cheq sue dulu jangankan nak bagi jumlah gitu, nak bawa ke bandar pun jangan harap, tahu2 baju raya cuma baju kurung yang ditempah aje.
Budak Hawa yang cheq sue bawa tu berkehendakkan baju kaler pink @ ungu untuk baju rayanya. Dari satu kedai ke satu kedai punya lah payah nak dapatkan apa yang dihajati. Kebanyakan bajunya mahal dek perincian yang ada macam manik dan batu sulam. Dalam dok mencari tu ke sana sini sampai 4 jam barulah jumpa baju yang dihajati. Penat xsoh cakap la, dengan puasanya, panasnya, cuba bayangkan kalau ada 3 4 orang anak yang perlu dibeli keperluannya? Cheq sue termenung jugak seketika, barangkali begitulah yang dirasai kebanyakan ibu bapa di luar sana semasa menyediakan keperluan raya anak-anak. Dah jumpa baju, terus pula cari tudung. Budak2 sekarang ni dah tahu melawa, nak pula selendang nak dipakaikan lilit2 ala-ala Najwa Latif tu la kot. Bila dah dapat baju dan tudung, tinggal kasut pulak yang kebanyakan kedai dimasuki semuanya tidak berkenan. Ada jugak rasa nak sekeh kepala budak tu, geram jugak cheq sue pun. Padahal diri sendiri pun kemain payah jugak nak beli ape-ape... *_*
Itulah sedikit pengalaman cheq sue masa bershopping itu hari. Memang jadi ingatan sungguh. Jom nak berbuka. Wassalam...
Stylish Thankyou

Jumat, 15 Juni 2012

Kesibukan Seminggu. Inilah...


 
 
Petang ni sebenarnya ada aktiviti. Cheq sue dan 5 orang budak Pandu Puteri sekolah (bersama-sama dengan ahli dan pemimpin dari sekolah lain) dikehendaki berada di AVANT Chocolate (Jalan Simpang Pulai) bagi menyambut keberangkatan Tengku Puan Pahang dan ahli rombongan dari 10 buah negara ke Cameron Highlands bagi ACARA PERAYAAN  SAMBUTAN  10 TAHUN ‘FRIENDS OF ASIA PASIFIC ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS’.

Fuhhhh… itu mengambil masa cheq sue selama seminggu untuk membuat persiapan. Mengerah segala tenaga dan kepandaian. Bukan setakat hari ini sahaja programnya, malah esok team kami dikehendaki pula menunjukkan demo kraftangan kepada ahli rombongan yang akan dibuat di MARDI Tanah Rata. Sebanyak 75 buah penanda buku telah dibuat manually oleh cheq sue dan Mok Ja (big thanks to her!!) manakala selebihnya akan dibuat oleh 5 orang pelajar yang sama, yang sebenarnya baru saja diajar semalam. Harap semuanya berjalan lancar…


Mula-mula fikir nak buat bunga telur tapi takut lambat nak siapkan. Pikir punya pikir inilah yang termampu dihasilkan dalam masa singkat dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Ada lagi sebenarnya kraftangan lain yang boleh dihasilkan tapi dek masalah masa dan nak mendapatkan bahan-bahannya tu inilah rasanya paling sesuai.

So di sini cheq sue ingin la nak kongsikan sedikit gambar2 yang berkaitan serta cara-cara nak menghasilkan kraftangan ni. Untuk 100 buah penanda buku, kos keseluruhannya di bawah RM100.


Antara bahan-bahan yang diperlukan. Ada riben yang telah dicantumkan, bunga manik dan kertas warna




 Kat sini pulak ada hot glue, kain lace, riben kain dan alat2 lain




Yang ini pulak masa tengah kemaskan bahagian hujung dan cantum pembaris dengan bahan-bahan hiasan. Memang sakit pinggang masa buat ni. Kaki tangan tu bukan cheq sue tau...
 
Moga2 n3 ni memberi idea pada sape yang nak buat kraftangan begini. Wassalam...
 
 
PENANDA BUKU PEMBARIS
 
BAHAN DIPERLUKAN
Pembaris
Kertas A4 warna – potong ikut saiz untuk membalut pembaris
Kain lace bercorak – potong ikut saiz untuk membalut pembaris juga
Solotape
Double tape
Hot glue / gam panas
Riben yang telah dibentuk
Riben kain yang dibentuk bunga
Bunga manik yang disukai
Penampal (kertas tampal yang disukai)
Gunting / pisau

CARA-CARA
Balut pembaris dengan kertas A4 warna. Lekatkan menggunakan solotape
Lekatkan double tape di bahagian ataskertas  yang di solotape tadi dan balut dengan kain lace bercorak
Kemudia kemaskan bahagian hujungnya dan lipat lebihan kain lace itu ke dalam dengan menggunakan gam panas
Kemudian, lekatkan riben, riben kain dan bunga manik di salah satu hujung pembaris tadi. Kemaskan dan tekan sedikit supaya 3 bahan ini melekat kuat
Akhir sekali tampalkan pula kertas kata-kata di bahagian belakang pembaris tadi. Ianya akan menutup bahagian yang kita tampal untuk lekatkan kain lace tadi.
Akhir sekali bolehlah dikemaskan semua bahagian supaya kelihatan cantik


Stylish Thankyou