Tampilkan postingan dengan label Puding / Agar-Agar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Puding / Agar-Agar. Tampilkan semua postingan

Selasa, 09 April 2013

Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya jarang sangat membeli roti, tak kiralah roti sandwich ataupun roti berinti. Tak tahulah mengapa, saya agak selektif tentangnya. Kadang-kadang kalau beli peket kecil tu sampai seminggu tak habis lagi. Baru2 ni pulak saya beli sepeket besar Gardenia, konon nak makan dengan jem orpal, tetapi sebagai insan biasa yang mempunyai sedikit perasaan cerewet dan memilih, masih ada banyak roti yang berlebih-lebih. Jadi saya memilih untuk membuat puding roti yang saban masa saya lihat di blog Kak Hana. Untuk resepi puding roti pun, saya lebih suka puding roti yang agak keras sikit, bukan keras macam mana, maksudnya masih boleh gigit lah, bukan kata terus je masuk ke tekak. Hish, macam2 la cerewetnya saya ni kan...



Oleh sebab saya tak ada kismis, maka saya gantikan dengan coklat cip. Seperti yang dilihat di blog Kak Hana, kejadian puding roti ni sungguh sempurna. Dan seperti yang saya mahu, puding roti ni tak la terlalu hancur sangat. Ibarat gambar bekas sos kastard tu,mmmmmm yummy! Cantik kan? Saya beli di kedai bundle aje, 2 RM5...


Sakit hati betul dengan gambar ni. Konon2 nak tuang sos tu, tapi sebelah tangan pegang kamera, sebelah lagi pegang bekas sos, nasib baik tak tertuang atas alas pinggan tu, tak nampak weh, mana nak fokus lagi, mana nak tuang.... ^_^


Dan inilah hasil akhirnya...semangkuk puding roti dengan sos kastad yang sangat sedap untuk dinikmati. Kalau dibiarkan sejuk dulu lagi sedap, tapi makan gitu aje pun sedap jugak. Pada Kak Hana, saya copy resepinya di sini ya buat rujukan di masa akan datang. Terima kasih...

PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~

Selasa, 02 April 2013

Puding Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Memulakan tarikh ke 3 dalam bulan baru tahun ini juga adalah puding cendol yang simple tapi sedap. Masih juga n3 basi, yang menunggu di dalam draf sejak bulan lepas. Maklumlah sibuk ke sana sini. Untuk resepi puding ni, saya terjumpa di blog Kak Ummi, yang mana ianya dikongsikan oleh Kak Hanieliza. Bukan apa, ada banyak sebenarnya resepi puding cendol, tapi saya cari yang pali senang dan tidak menggunakan santan. Dan alhamdulillah resepi ini kena dengan apa yang saya inginkan. Cuma untuk lapisan cendol tu tak berapa nampak sebab sikit benar cendolnya, lebihan dari nagasari cendol je sebenarnya.


Dalam satu adunan yang dibuat tu dapat banyak jugak. Puas la makan, boleh bagi member dan bawa ke sekolah pula. Daripada acuan tu jugak ada yang terpisah adunan cendol dan gula merahnya, memang nak kena tuang betul2, jangan tunggu lapisan gula merah tu sejuk sangat baru nak masukkan adunan cendol. Kalau tak memang confirm jadi puding cendol yang terpisah. Hiiii...

Saya memang suka puding cendol ni, tak berapa manis dan tak tawar sangat, kira ngam2 je. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak cuba buat lagi selepas ni.


Buat kawan2 yang nak mencuba, saya copykan resepinya di sini pula. Mintak halal ya...

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan:-
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
1 cawan gula
1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara-Cara:-
Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
Hidangkan.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

Kamis, 07 Maret 2013

Puding Coklat Oreo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut je biskut oreo, mesti ramai yang suka. Biskut yang lemak manis berkrim dan ada sedikt rasa masin sungguh menggoda jiwa. Cheq sue sendiri pun memang peminat oreo, dan sangat suka dengan oreo ungu @ perisa aiskrim. Nak dijadikan cerita terhasilnya puding ni kerana ada 2 3 bungkus oreo di rumah ni. Lama jugak dok peram resepi, jadi bila ada stok tu boleh la cuba.

Resepi ni cheq sue pasti ramai yang dah cuba. Kalau tengok dari sumbernya iaitu di blog Kak Ros, puding ni ada dua lapisan, tapi entah macam mana yang cheq sue buat ni tak ada pulak. Tak jadi la tu agaknya... Tapi dalam tak ada layer tu pun laju aje masuk mulut. Pada cheq sue, puding yang terhasil agak kurang manis sebab cheq sue kurangkan sedikit sukatan gulanya.


Nah, cantik tak kejadian ros hitam ni? Kali ni heq sue gunakan mould silicone berbentuk rose, memang perfect sangat kejadian pudingnya. Bila bagi pada dak Faiz, boleh pulak dia tanya macam mana buat tu...

Terima kasih pada Kak Ros yang berkongsi resepi ni. Cheq sue C&P aje di bawah untuk rujukan lain kali.

 
PUDING COKLAT OREO

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar (boleh ganti susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

***********************************
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
 ~ Wassalam ~

Rabu, 26 September 2012

Puding Karamel Lapis Coklat

 
 
Puding karamel terbaik setakat ni. Memang maveless sesangat. Sebelum tu sila abaikan rupanya yang tidak se'vogee da vass' tu. Ini kali kedua cheq sue buat. Resepinya taksoh cakap la dekat bertahun dok simpan. Pertama kali buat masa cuti raya Aidilfitri lalu, separuh adunan aje. Mak aihhhh mana tahu tak cukup ghupenye. Makan time sejuk-sejuk, berderet dok menunggu. Anak buah dok berulang tanya bila boleh makan. Menyesal buat setengah adunan aje.

So kali kedua cheq sue buat terus guna adunan penuh. Tapi agaknya ada silap haribulan kat mana-mana, puding yang terhasil agak lembik dan tidak melekat. Siap terpisah lagi selapis demi selapis, hancusss. Gambar ni sebelum dikerjakan, lepas tu memang tak nampak rupa.. Agaknya sebab cheq sue guna acuan besar sangat kot.. Kalau guna acuan kecik2 tu mesti lagi kiut. InsyaAllah lepas ni nak cuba buat lagi.
 
Untuk karamelnya (larutan gula) memang cheq sue letak lebih sebab masyuk sikit nak makan dengan manis air gula tu. Tapi yelah, bila dah berair tu payah jugak nak mengeluarkannya...kena hati-hati la. TQ pada yang berkongsi resepi ni di MyR, juga kepada Maklang Azie dan Kak Ummi... Kawan2 sila la cuba. Wassalam...

 
PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT
Resepi : Maklang Azie & Kak Ummi
Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara
Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
Potong dan hidang.

Stylish Thankyou

Rabu, 25 Juli 2012

Puding Karamel Feqah


 
 
Cheq sue buat hari apa ni ya... Tengah-tengah kat sekolah tu boleh pulak terfikir nak makan puding karamel sejuk. Cheq sue bukanlah penggemar puding karamel tapi bila dah rasa nak makan tu kena lah buat. Bila search kat tenet terus je jumpa resepi ni yang sangat mudah dan sukatannya pun dalam cawan-cawan aje. Tapi satu adunan tu pun dapat macam banyak aje, cheq sue bagi adik 3 potong selebihnya makan dengan kawan-kawan.
 
Menurut sumber resepi ni, beliau mendapatkan resepi ni dari bloh Kak Zai (Teratak Impian) tapi bila cheq sue cari xde pulak linknya. Apapun terima kasih pada penyumbang2 resepi ni.Mula2 tu bila tengok macam konfius jugak sebab untuk gula hangusnya tu digunakan 1 cawan gula + 1 cawan air panas. Cheq sue dok fikir tentu manis puding ni. So dengan kepandaian mengoter (he he he) cheq sue cuma letak dalam 3 sudu makan gula dan dibuat karamel. Dan....bila dah masak tu memang la pudingnya agak ketawaran gittew. ^U^ Tapi xpelah, at least dah dapat makan...
 


 
PUDING KARAMEL FEQAH
Sumber : Zai Dubai

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Note :

Jom join GA cheq sue yang masih berlangsung. Jangan segan-segan... ^_^

Stylish Thankyou

Sabtu, 19 Mei 2012

Puding Jagung



 
 
Bila tengok keputusan pertukaran tadi, terus xde mood nak berkata-kata. Tahniah kepada Kak Yus @ Antan Bertingkah kerana akhirnya dapat bersama kembali dengan keluarga di Pahang. Rasa macam cepat je keluar keputusan. Hu hu hu...

Layan ajelah gambar2 dan resepi kat bawah ni. Sebenarnya nak pos puding jagung tu, tapi kebetulan buat jugak puding roti dan agar-agar santan, masuk ajelah sekali gambarnya. Dah 2 3 hari buat, baru dapat pos... Wassalam...

Mode : ^x^



 < Puding Jagung >
 


 < Puding Roti >
 


 < Agar-agar Santan >
 
PUDING JAGUNG
Resepi : F&N @ MyR

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.


Stylish Thankyou

Jumat, 11 Mei 2012

Puding Pelangi.. Mana Pelanginya?



 

He he he... gelak dululah sebelum cite panjang. Bukan apapun, tiap kali buat puding pelangi ni, memang xde pelangi langsung. Entah la ya, tak reti camana nak membuat pelangi yang cantik tu...last2 puding lapis pulak yang jadi.

Puding ni memang sedap. Dah selalu buat, sampai tak ingat dah. Biasa mesti buat 2 adunan. Yang ni cheq sue buat malam Jumaat semalam, 1 adunan je pun, konon2 nak bawa ke majlis baca Yasin tapi x sempat, ditahan dek budak2 terus ngap aje. Kalau makan time sejuk2 tu alahai memang syok sangat lah. Cara nak membuatnya pun senang, cuma kena sabar sikitlah masa nak melapisnya tu. Yang tu kendian la kita studi, cheq sue nampak ada beberapa blogger buat tuto cara2nya tu.

Apapun TQ pada Alma yang berkongsi resepi ni. Kebanyakan dah pun cuba dengan deretan laporan di MyR. Sekali buat mesti nak cuba lagi.. Wassalam...







 
PUDING PELANGI 
Resepi : Alma @ MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak)
650ml air
180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis. 



Stylish Thankyou

Rabu, 09 Mei 2012

Puding Mangga Lemak Manis



 
 
Kebelakangan ni, cheq sue memang tak berkesempatan nak BW mahupun meninggalkan komen di n3 teman-teman. Masa begitu cemburu. Di sekolah memang tak sempat nak bukak, kalau bukak pun sekadar baca aje. Ye lah, segan jugak nak hadap blog lama2 kat sekolah kan. Dah kebanyakan n3 dibuat secara autopost, jarang sangat nak dapat online lama-lama. Pada kawan2 yang x jemu bertandang, tak segan2 meninggalkan komen cheq sue ucapkan terima kasih banyak-banyak, terharu sangat dengan sokongan korang semua.
 
Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi yang dibuat petang semalam. Tengok la gambar tu, blur semacam, memang tak puas hati sungguh. Nak buat camana, gitulah kalau ambil gambar malam2, dalam rumah pulak tu. Mmmmm sabar ajelah.
 
Kebetulan minggu lepas nampak Kak Zila post puding ni kat blognya, cantik sungguh susunan hirisan mangga menjadi bunga ros, tak mampu cheq sue nak buat sepertinya, sekadar meletakkan hirisan mangga aje di dalamnya.
 




 
 Puding mangga ni memang sesuai sangatlah dijamu time panas2...memang laju aje kat tekak. Kalau xde ketul2 mangga kat dalam tu memang xyah gigit pun, nenek yang xde gigi pun leh makan ni... ^^
Cheq sue kalau bab puding yang lembik2 lembut ni agak kurang jugak tapi sebekas SM dekat bawah ni dah selamat cheq sue makan...

Pada sape yang belum terbuat tu sila2 la skodeng resepi ya, kalau xde mangga leh jugak tukar dengan buah2 yang lain. Sesuai di makan seisi keluarga. TQ penyumbang resepi... Wassalam...





 
PUDING MANGGA LEMAK MANIS
Resepi : Che Mat @ DTS
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...