Tampilkan postingan dengan label TECHNOLOGY. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label TECHNOLOGY. Tampilkan semua postingan

Rabu, 14 November 2012

Ferrari California dan Fakta 30

Setelah menikmati kejayaan di seluruh dunia sepanjang kerjayanya dalam industri permotoran, evolusi baru Ferrari California dicirikan dengan bilangan 30. 30 mewakili fakta tentang kereta ini di mana ia adalah 30 kilogram lebih ringan dan 30 kuasa kuda yang lebih kuat.

California V8 kini mempunyai kuasa maksimum 490 hp dengan tork maksimum mencecah kepada 505 Nm pada 5000 rpm, terima kasih kepada senibina ekzos baru dan kejuruteraann enjinnya. Lengkung tork juga telah diubahsuai menjadi lebih tinggi di samping revolusi per minit yang sangat pick-up.
                                             
Teknik fabrikasi aluminium dan teknologi pengasuhan yang digunakan oleh pusat Scaglietti membuktikan kecemerlangan dalam pembuatan California keseluruhannya yang juga membawa kepada pengurangan 30 kg dalam berat kereta tanpa menyentak aspek ketegaran struktur atau prestasi.

Bagi pelanggan mencari satu pengalaman memandu yang lebih dinamik lagi masih tidak terlalu ekstrem, Ferrari kini juga diperkenalkan dengan Pengendalian Speciale - pakej pilihan yang mempunyai pengubahsuaian kepada kedua-dua gear auto dan manual dan set-up yang mengurangkan roll badan dan memastikan respon terbaik kepada pemandu.
                                               
Pakej termasuk peredam magnetorheological yang lebih laju dikawal oleh ECU (tindak balas -50% masa) dengan algoritma proprietari Ferrari. Spring penggantungan adalah juga lebih keras untuk kawalan yang lebih tepat tanpa menjejaskan keselesaan. Akhir sekali, kelajuan yang lebih tinggi semasa membelok di selekoh dan pengurangan penggunaan stereng dijamin oleh kotak stereng baru dengan nisbah pengurangan yang lebih rendah (-10%).
                                             

Credit : Google,Ferrari

Rabu, 07 November 2012

Komunikasi Hanya Dengan Bau???

Bolehkah manusia berkomunikasi dengan bau? Perkara ini jika difikirkan amat jauh daripada asas logik namun ia tidak mustahil. Baru-baru ini seorang daripada saintis Belanda telah melakukan kajian terhadap bau yang dihasilkan oleh manusia berdasarkan keadaan emosi mereka. Ternyata sebenarnya bau juga bergantung kepada emosi.


                                                         Can We Communicate Emotions By Smell
Beberapa eksperimen telah dilakukan kepada beberapa orang lelaki yang melihat filem seram dan juga filem yang jijik.Peluh mereka diambil sebagai sampel dan diberi bau kepada beberapa orang wanita untuk diuji. Seperti yang dijangkakan oleh saintis, ekspresi wajah wanita tersebut menunjukan wajah ketakutan manakala wanita yang membau 'peluh jijik' menunjukan wajah loya. Perkara ini berlaku kerana setiap peluh manusia mengandungi chemosignal - bahan kimia atau hormon di mana ia berhubung terus dengan emosi seorang manusia. Kebiasaannya chemosignal boleh ditemui di dalam air mata manusia.
                                                        
Chemosignal ini juga kebiasaannya digunakan oleh binatang bertujuan untuk memberi amaran tentang bahaya dan sebagainya. Sebenarnya komunikasi bukan sahaja daripada lidah dan reaksi tubuh badan. Komunikasi sebenarnya juga adalah daripada aspek bau. Kajian ini dilakukan dan dibangunkan bertujuan dalam mencari komunikasi alternatif kepada manusia yang koma atau tidak sedarkan diri berhubung dengan manusia yang sedar. Sehingga hari ini kajian ini masih lagi berjalan dan diharapkan ia dapat membantu manusia untuk berhubung dengan pesakit yang koma.

                                       

Sabtu, 27 Oktober 2012

Peperangan Blackberry,Windows,Android dan Apple

Salam semua readers.Post kali ni ingin membincangkan tentang bagaimana peperangan teknologi mampu membuat rakyat miskin.Hahaha...Sifirnya mudah...
Teknologi dan masa sentiasa meningkat dari satu tahap ke satu tahap.Ia sentiasa bergerak.Manusia pula sentiasa inginkan sesuatu yang memudahkan kerja yakni teknologi (agak malas di situ).Jadi nak mudah = teknologi , nak teknologi = duit , nak duit = kerja.Tapi bagaimana kita mampu miskin dengan peperangan teknologi??? .
Mudah jawapan die.Bila teknologi berperang  maka teknologi semakin pelbagai dan dari situ akan berlaku variasi dalam teknologi.Misalnya Blackberry dengan OS 7.1,Windows pula keluarkan Windows 8,Android keluarkan Jelly Beans 4.1 dan Apple keluarkan IOS 6 . Masing-masing nak produk mereka laku.Namun manusia yang bekerja ni dah ade handset dah pon.Jadi mereka yakni company akan melantik promoter tidak kira manusia atau pon Youtube dan iklan-iklan di setiap website bagi memberi sales pada company.Pelbagai perbandingan akan dilakukan.Haha..dan dari situlah keperluan teknologi ni menjadi keinginan.Bila manusia inginkan teknologi berlebihan dari keperluan maka gaji yang takat 4 angka tadi akan pokai kerana membeli tablet,smartphone dan sebagainya.
Walaupun begitu bagaimana kita mahu mendapatkan teknologi tanpa mengeluarkan duit?Senang jer caranya, pergi masuk peraduan dapat Iphone ker Ipad pastu tunggu result dier.Kalau ade rezeki adelah tapi kenalah sabar sikit.Haha gurau jer...Bagi penggemar gadget IT ni korang kenalah bijak berbelanja jangan ikutkan nafsu sangat.Kalau nak beli Iphone..beli lah tpi korang jangan terliur kalo ade Iphone 6 lepas ni sebab Iphone 4 dan 5 pon masih relevan lagi masa Iphone 6 kuar nti.Jika bertukar smartphone setiap kali model baru di pasaran itu adalah satu pembaziran sebab harga smartphone bukannya murah.Pastikan smartphone yang kita beli menepati citarasa dan boleh memudahkan kita.Itu sudah memadai.Di sini ade guideline untuk korang berdasarkan Operating System (OS) smartphone yang korang nak.Kalo korang nak beli pikirlah yer.

Apple IOS 6
Iphone 5,Ipad 4 (Model Baru)
Application  sangat bagus dan menarik(lebih dari 550 000 application)
Download lagu di Itunes dengan jutaan lagu,tahan lasak
Kekurangan banyak Apps yang free so banyak apps kena beli
Processor bagus dan lagu tapi hanging tu biasalah tak perfect.
Harga pula agak mahal namun sangat branded dan kebanyakan Apps untuk golongan profesional,remaja

Android 4.1 Jelly Bean
Samsung Galaxy S 3,Note,Nexus HTC ONE X , S,Desire X Sony Xperia U, T, Tx, P Lg Optimus G ,LG Nexus 4 (Model Baru)
Application best seperti Apps Apple dan mempunyai 300 000 application
Kebanyakan Apps adalah free
Processor terbaik adalah daripada Samsung (brand terbaik)
Untuk Android Phone Kebanyakan Orang mampu milik tak semesti dari golongan kaya.Bussinessman,remaja semua boleh.Terbuka.

Blackberry OS 7.1 dan 7.0 Tablet 2.0
Bold 5,6 Torch 9860,Curve 9320,9360,9380 Playbook (Model Baru)
Application sangat kurang lebih kepada Social Apps
BBM adalah kelebihannya dan BIS antara Plan Internet termurah
Processor bagus
Harga ada murah ada mahal dan  BB antara smartphone yg branded
Kebanyakan yang pakai adalah golongan Profesional dan remaja juga especially yang suka ber-BBM

Windows 7.5,7.8,8
Nokia Lumia Series,Samsung Omnia,HTC 7,Titan 2,Lg Optimus 7,Jil Sander (Model Baru)
Application sederhana
Sangat sesuai untuk golongan yang duduk OFFICE dan student kerana memudahkan kerja-kerja mengedit dokumen
Processor bagus dan Interface menarik.
Harge ada murah ada mahal tertakluk kepada model
Golongan yang gemar Windows adalah dari kalangan Profesional

Amacam.Diharapkan ia dapat membantu korang sedikit sebanyak la.Kalo dah beli harap jagalah ia dengan baik.Mungkin ia boleh dipakai bertahun-tahun.Tak payah membazir.Nasihat kat korang sebelum membeli smartphone ikutlah budget,citarasa dan apa kelebihan yang ada serta sesuai untuk korang.Anyway thanks for reading.Salam.




Kamis, 25 Oktober 2012

Kuasa Tuhan Yang Agung : Penemuan Kuasa Eletrik Bawah Laut

Sesungguhnya kuasa tuhan itu adalah mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi.Kerana setiap daripada kejadian di bumi ini membuat manusia berfikir tentang kebesaran dan keagungannya.Dalam Al-Quran ada menyebut " And those who have no knowledge say: "Why does not Allah speak to us (face to face) or why does not a sign come to us?" So said the people before them words of similar import. Their hearts are alike, We have indeed made plain the signs for people who believe with certainty."[AL-Baqarah:117-118­].

Dalam ayat tersebut menerangkan yang bahawa tanda dan kebesaranNYA bukan sukar untuk di cari kerana ianya sudah jelas di hadapan kita,cuma yang membezakan ialah ilmu dan pengetahuan kita dalam menafsir segala kekuasaan dan kejadian yang telah diperlihatkan. Sempena Hari Raya Haji atau Raya Korban yang mulia ini,mydecrescendo berbesar hati untuk berkongsi tentang satu keunikan yang ditemui oleh sekumpulan saintis yang di ketuai oleh Lars Peter Nielsen seorang ahli microbiologi daripada Denmark's Arhus University tentang rangkaian jaringan semulajadi yang menghasilkan signal dan juga mengalirkan elektrik di dasar laut di Teluk Arhus pada 2010 yang lalu.




Jangkaan pertama Nielsen ianya hanyalah keadaan
muka bumi yang menghasilkan elektrik namun apabila kajian mendalam dijalankan ia adalah sejenis bakteria yang dipanggil Desulfobulbaceae .Bakteria ini mempunyai keunikan tersendiri yang agak luar biasa kerana mampu hidup di dasar laut yang hampir tiada bekalan oksigen serta keadaan yang gelap ditambah dengan suhu yang ekstrem ,Subahanallah! Organisma laut dalam ini juga dilihat mempunyai struktur yang jarang ditemui iaitu mempunyai enzim elektron yang mampu menghasilkan aliran elektron serta perpindahan tenaga yakni energy transfer dalam jarak yang sangat jauh.Walaupun ditemui hanya sepanjang badan seorang manusia di bawah laut namun signal yang dihasilkan menjangkaui sejauh 12 batu atau 20 kilometer.Nielsen menambah lagi bahawa ia tidak menjangkakan bahawa bakteria ini bukan sahaja melakukan eletric transfer namun ia juga dilihat sebagai sambungan rangkaian signal.Baginya ini amat unik sekali kerana kebiasaannya kabel elektrik hanyalah daripada jasad-jasad yang tak bernyawa dan penemuan ini adalah seperti fantasi yang pernah dipopularkan dalam movie blokbuster Avatar di mana pokok juga mempunyai jaringan rangkaian tersendiri.

                                                

Rabu, 06 April 2011

Konsep Hyundai Blue2 - Kenderaan Hidrogen Berkuasa Penuh

Salam semua.
kereta teknologi tinggi,kereta masa depan,hyundai blue2,kereta hidrogen,hydrogen car,fuel-economy car,save petrol,teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,planes,boeing,tv addicted,spam,external hard disk,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,ramalan teknologi,tech prediction,joke,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone
Konsep yang dipanggil Blue2 adalah merupakan produk pertama sedan daripada Hyundai yang sepenuhnya menggunakan bateri oleh kuasa Hidrogen.Fuel Cell Electric Vehicle(FCEV) merupakan teknologi baru yang bakal diperkenalkan bagi mengatasi masalah kepada sumber Petrol yang semakin berkurangan dan juga ia adalah solusi kepada pencemaran udara yang kian meruncing di setiap pelusuk dunia.Nama Blue2(ditulis sebagai Blue Kuasa Dua) mendapat namanya daripada kombinasi di antara Jenama Hyundai yang mesra alam iaitu "Blue Drive" dan nombor dua daripada H2 iaitu simbol kepada Hidrogen.
Direka bersama HND-6,saiz sederhana FCVE ini dikuasakan oleh sistem elektrik yang menerima kuasa padu 90 kW (1.65 kW/L),dan menurut syarikat itu lagi hasil daripada kuasa yang dijanakan adalah sangat menjimatkan berbanding petrol iaitu 34.9 km/l.

kereta teknologi tinggi,kereta masa depan,hyundai blue2,kereta hidrogen,hydrogen car,fuel-economy car,save petrol,teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,planes,boeing,tv addicted,spam,external hard disk,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,ramalan teknologi,tech prediction,joke,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone
Terdapat banyak lagi ciri fizikal yang bersifat mesra alam dapat ditemui di dalam kereta ini.Salah satunya ia dilengkapi dengan tayar yang rendah rintangan di mana ia direka khas untuk meningkatkan prestasi aerodinamik,manakala rekabentuk dalaman dilengkapi dengan bahan mesra alam yang sesuai.
Rekaan luar pula digelar "Intersected Flow" kerana rekaan yang sangat berteknologi tinggi.Nombor plat yang menggunakan Screen LED nyata sangat elegan dan eksklusif.Di samping itu terdapat sistem Pengaluan di mana ia mengenali pemandu dan secara automatik membuka pintu dan kamera sisi(menggantikan penggunaan cermin sisi) serta kamera pada bumbung sebagai teknologi tambahan.
kereta teknologi tinggi,kereta masa depan,hyundai blue2,kereta hidrogen,hydrogen car,fuel-economy car,save petrol,teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,planes,boeing,tv addicted,spam,external hard disk,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,ramalan teknologi,tech prediction,joke,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone
Aliran rekaan exterior dalam kenderaan,dengan rekabentuk dashboard asimetri dan pintu on call.Ruang dalaman yang luas untuk keselesaan keluar dan masuk.Terdapat juga ionizer untuk memelihara udara bersih dan kulit yang anti bakteria dikenali sebagai "eco-graphic perforation" menjadikan ia adalah kereta mesra alam berteknologi tinggi.
Meter pemanduan dan screen pusat digabungkan.Ia dipersembahkan dalam bentuk siaran yang menggunakan teknologi advanced iaitu monitor Transparent Organic Light Emitting Diode(TOLED) dan juga dilengkapi dengan gelas ringan yang tahan lasak iaitu Gorilla Glass.Manakala sistem infotainment dioperasikan oleh Stick Tetikus yang menggunakan sensor pergerakan,ia adalah sebuah roda yang bertindak-balas dengan sensor sentuhan daripada pemandu dan juga pergerakan tangan bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

Senin, 28 Maret 2011

Buah-buahan mampu menguatkan kereta dan tingkatkan efisyen minyak?

Salam semua.
Topik kali ini agak menarik dan sedikit pelik kalau nak difikirkan secara logik.Betul ke buah-buahan boleh kuatkan kereta dan menjimatkan minyak?Ini persoalan yang bermain di minda apabila melihat sahaja kepada tajuk post kali ini.Jawabnya ya,boleh.Aku harap lepas ni korang dah bersedia untuk naik pisang bergerak ataupun wagon nenas, hehe just melawak jer.Artikel ini aku terbaca baru jer lagi lepas tuh terus aku share dengan korang.Biasalah kalau bende-bende interesting ni aku terus jadi excited nak share.
steady,darah,melaka,teknologi,kereta,generasi baru,pisang,korea,info,isu semasa,inovasi,ilham,cerita pelik,cerita menarik,berita,berita terkini,hiburan,korean wave
Apapun artikel ni mengatakan Saintis di Brazil telah menemui satu penemuan yang luar biasa di mana kajian yang dilakukan selama beberapa tahun menunjukkan respon yang positif.Mereka menemui cara baru dengan menggunakan fiber ataupun serat daripada buah-buahan untuk dijadikan plastik yang lebih kuat dan ringan Plastik ini juga bakal digunakan sebagai bahagian pada kenderaan.

Jelas Alcides Leao,Ketua Projek daripada Sao Paulo State University, plastik yang diperbuat daripada serat buahan amat mengagumkan.Ia ringan tetapi sangat kuat lebih kurang 3 kali lebih ringan dan 4 kali lebih kuat.Leao juga percaya bahagian seperti dashboard,bumper,side panel akan dihasilkan daripada serat buah bersaiz nano pada masa hadapan.Hanya untuk satu sebab kukuh pengusaha kereta berbuat demikian kerana masing-masing ingin meringankan kereta mereka agar ia boleh menjimatkan minyak.
Produk ini hampir sama dengan Kevlar yang digunakan dalam vest kalis peluru kata Leao semasa hadir di Persidangan Kebangsaan dan Persatuan Bahan Kimia Amerika untuk mempersembahkan kertas kerja beliau yang berlangsung selama hampir dua hari.
Di antara tumbuhan yang terlibat untuk menghasilkan bahan mentah untuk serat ini adalah daun dan batang pokok nenas,tempurung kelapa,pisang,agave,tanaman paya seperti mengkuang dan sebagainya.
Selain daripada ringan dan kuat,plastik ini juga adalah tahan haba,kalis air serta gasolin berbanding plastik konvensional kata penyelidik.
Ia mungkin akan digunakan dalam masa 2 tahun lagi.Pembiayaan kajian ini datangnya daripada kerajaan Brazil sendiri,Pematic,Toro Industri,Comercio Ltd dan syarikat yang lain kata saintis.

p/s : akan datang kereta jadi lebih ringan untuk jimat minyak,takut-takut ada yang salah-guna kelebihan ni jadi Alonso (^^,)

Sabtu, 26 Maret 2011

Samsung dan Blackberry lancar pembunuh Ipad 2

Salam semua.5 hari yang lepas Samsung dan Blackberry telah melancarkan dua lagi tablet yang bakal menggegarkan pasaran.Tablet canggih yang dilancarkan oleh Samsung dan Blackberry nyata akan memberikan saingan hebat kepada pasaran tablet kerana kecanggihan dan spesifikasi terbaru yang dipertaruhkan dalam memasuki pasaran gadget dan telefon mudah alih tidak dapat kita nafikan lagi.Bayangkan walaupun di Malaysia Ipad 2 baru dilancarkan pasaran telah pun melonjak tinggi kerana permintaan yang banyak dan persaingan promosi daripada syarikat gergasi telekomunikasi seperti Digi,Celcom mahupun Maxis.Apapun ini adalah senario yang cukup sihat kerana masing-masing mahu memberikan perkhidmatan terbaik dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi di Malaysia.
teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone
Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah model yang dipertaruhkan oleh Samsung,Syarikat Pengeluar Telefon Bimbit kedua terbesar dunia.Ia menawarkan spek yang terkini seperti Operating System Terbaru dan Rekabentuk elegan serta mudah dikendalikan.
Selain itu Blackberry pula memberi saingan yang begitu mantap dengan menawarkan Playbook yang begitu unik serta lebih banyak application berbanding model sebelum ini.Jika dulu blackberry lebih memfokuskan kepada pengguna dari sektor perniagaan dan kegunaan pejabat namun model Blackberry Playbook ini amat berbeza kerana ia dikatakan sudah mula berjinak-jinak dengan aplikasi hiburan serta games.
teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone

Berikut adalah spek perbandingan antara ketiga-tiga model ini :
teknologi inovasi,teknologi,gadget,telefon bimbit,tablet,ipad 2,samsung galaxy tab,blackberry playbook,permainan,games,application,aplikasi,telefon mudah alih,perbandingan telefon bimbit,perbandingan tablet,dunia inovasi,kemudahahan,pasaran handphone,handphone
p/s : Untuk korang yang nak beli tablet pastikan korang survey dahulu sebelum korang membeli.Pastikan korang membuat keputusan yang betul dan tak terburu-buru.Korang juga dinasihatkan berhati-hati semasa membeli kerana model sekarang ni banyak yang AP daripada Original.

Jumat, 11 Maret 2011

Menarik : Laptop Kawalan Mata

Salam semua.Post kali ini agak menarik.Ia adalah tentang satu lagi inovasi baru yang akan menjadi teknologi masa hadapan kelak.Inovasi pertama global ini yang menawarkan pengguna Laptop membuka fail,memainkan muzik dan melihat gambar hanya dengan kuasa mata telah menjadi bualan hangat pada minggu lepas setelah ianya diperkenalkan pada satu Pameran Teknologi Tinggi Sedunia yang berlangsung di Hanover,Jerman.

Laptop ini juga kelihatan biasa namun ia adalah Laptop yang mengintegrasikan 'cutting edge' atau teknologi terkini dengan sebuah syarikat Sweden iaitu Tobii yang mengilhamkan teknologi di mana laptop akan mengikuti gerakan mata pengguna dan mengendalikan menu serta ikon pada komputer riba anda.
Prototaip ini juga baik untuk persekitaran kerana ia dapat mengesan bila anda tidak melihat screen maka secara automatik ia akan masuk ke mod screen saver dan menjimatkan tenaga.
Untuk menggunanya semula hanya perlu memandang screen semula dan ia akan terbuka.
Seorang jurucakap bagi syarikat Sweden Ander Olsson berkata laptop ini pasti akan menjadi laptop masa hadapan jelasnya.Laptop ini juga dikatakan mampu melakukan multi tasking dan ia berkeupayaan meningkatkan produktiviti kita berbanding dengan menggunakan laptop biasa.Untuk pengetahuan semua manusia telah menggunakan keyboard dan mouse lebih 1/4 abad dan kini sudah masanya kita berubah angin menggunakan mata dan deria yang lain.
Sebenarnya teknologi ini sudah berkembang jika kita lihat ada teknologi kereta sekarang yang menggunakan sensor mata untuk langkah keselamatan di mana kereta itu akan mengetahui samada pemandu itu mengantuk ataupun tidak dan ia juga digunakan bagi membantu manusia yang lumpuh untuk melakukan kerja harian mereka hanya dengan menggunakan gerakan mata.Namun ini adalah kali pertama ia dilakukan ke atas Laptop.
Prototaip baru ini hanya menunggu permintaan daripada syarikat IT yang ingin membangun teknologi ini agar ia dapat dipasarkan kelak.Ini mungkin untuk beberapa tahun lagi.Jadi pada mereka yang ingin gadjet baru ni dah boleh mengumpul duit dari sekarang kerana tenologi baru kebiasaannya tidak dijual dengan harga yang murah.So that's all for today.Thanks.

Senin, 21 Februari 2011

Samsung Versus LG


Salam semua readers.Hari ni aku nak perkenalkan 2 model handset baru yang mungkin akan membuat korang jatuh hati khasnya bagi mereka yang memang meminati dan mengikuti perkembangan smartphone.Di Malaysia model ni memang belum memasuki pasaran tapi ape yang aku bace kat artikel mengenai gadget dan IT kemungkinan akan ada permintaan di Malaysia dan mungkin memasuki pasaran pada suku ketiga tahun ini.Model handset jenama Korea ni memang banyak kelebihan berbanding dengan model smartphone sebelum ni.Spek yang lebih menarik dan lebih application pasti menjanjikan kepuasan pada pengguna.LG Optimus 2X merupakan keluaran LG yang bakal menggegarkan pasaran smartphone.Berikut merupakan speknya :


  • GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
  • HSDPA 900 / 2100
  • 123.9 x 63.2 x 10.9 mm
  • 139g
  • 4" TFT capacitive touchscreen, 16M colours
  • 3.5mm Jack
  • 8 GB storage, 512 MB RAM
  • microSD, up to 32GB
  • GPRS
  • EDGE
  • WiFi
  • Bluetooth
  • 3G
  • microUSB
  • Camera - 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
  • O/S Android OS, v2.2 Froyo, upgradable to v2.3
  • CPU - Dual-core 1GHz ARM Cortex-A9 proccessor, ULP GeForce GPU, Tegra 2 chipset
  • Stereo FM radio with RDS
  • A-GPS
  • HDMI port
  • Digital compass
  • DivX/Xvid/MP4/H.264/H.263/WMV player
  • MP3/WAV/WMA/eAAC+ player
  • Organiser

Selain itu ia merupakan smartphone dual core yang pertama menggunakan operating system 2.2 Froyo.Touchscreen yang agak pantas dan bentuk yang menarik cukup membuatkan ia hanset pintar yang menawan.Selain itu screen 4 inci yang besar dengan teknologi hibrid TFT LCD memberikan kecerahan sempurna.Ia juga dilengkapi dengan resolusi HD pasti memberi kepuasan sebenar untuk pengguna menonton tv,bermain game dan juga menonton video di mana-mana website ataupun file video.8 MP kamera menambahkan lagi kelebihan pada hanset ini.



Handset kedua ialah Samsung Galaxy S 2.Berikut adalah speknya :

  • HSPA+ 21Mbps/ HSUPA 5.76Mbps
  • EDGE/ GPRS Class 12
  • Quad band GSM 850/900/1800/1900
  • Quad band UMTS 850/900/1900/2100
  • 125.3X66.1X8.49mm
  • 4.3" WVGA SUPER AMOLED Plus *
  • 1GB RAM, 16GB/32GB
  • MicroSD (up to 32GB)
  • 8MP AF with LED Flash + 2MP Front
  • Wi-Fi a/b/g/n
  • BT v3.0+HS
  • USB 2.0 OTG
  • MicroUSB, 3.5mm Ear Jack
  • * May not be applicable in some regions.
  • * Display: "4.27" in actual measurement
  • 1650mAh
  • Android OS Gingerbread
  • SMS/MMS (OMA v1.2)
  • Email (POP3/IMAP/SMTP, SSL/TLS)
  • Exchange ActiveSync Email
  • MP3, OGG, AAC, AAC+, eAAC+, AMR-NB,AMR-WB, WMA, WAV, MID, AC3, IMY, FLAC, XMF
  • Video
  • MPEG4, H.264, H.263, WMV, DivX, Xvid, VC-1
  • Recording & Playback 1080@30fps
  • JPEG, PNG, GIF, WBMP, BMP, AGIF
  • A-GPS
  • Easy Set-up (WPS PIN/PBC, Wi-Fi Direct)
  • AllShare (DLNA1.5)
  • Samsung Kies 2.0, Samsung Kies air
  • 4 Hubs
  • Social Hub / Readers Hub / 
  • Music Hub / Game Hub
  • TouchWiz
  • Google Mobile Services

Handset ini juga mempunyai dual core processor.Menggunakan operating system 2.3 Gingerbread dan mempunyai screen super AMOLED.Ini merupakan kelebihan pada handset ini kerana amat jarang smartphone menggunakan teknologi screen seperti ini.Tahan lasak dan juga calar,screen ini memang begitu unik berbanding yang lain.
Aplikasi yang baru dan lebih hebat berbanding model sebelum ini pasti memberi saingan sengit pada pengeluar smartphone yang lain.Ia dijangkakan akan menguasai pasaran gadget tak lama lagi berikutan dengan kejayaan Samsung Galaxy S baru-baru ini.Harga kedua-dua handset ini tidak diumumkan lagi tapi yang pasti ia memang mahal.Anggaran adalah RM 3000++.Ok sampai di sini saja informasi gadget untuk kali ini.Thanks for reading.

Rabu, 09 Februari 2011

IPAD 2 LAGI GEMPAK

Salam kat semua readers.Hari ni aku nak kongsi satu lagi gadjet baru daripada Apple.Bukan apple yang korang makan tu tapi Apple Corp.Kalau korang nak tau sekarang ni Apple sedang berusaha dalam pembikinan iPad yang baru.Ape lagi seperti yang korang sedia maklum tentulah Apple sedang menghasilkan iPad 2.Selalunya syarikat gergasi dalam telekomunikasi jarang mengumumkan produk yang bakal mereka lancarkan tapi Apple tak pernah langsung menafikan pembikinan iPad 2 kerana kejayaan besar mereka dalam penjualan iPad.


Hampir 5 billion dollar keuntungan hasil daripada penjualan iPad dalam suku ketiga sejak dari ia dilancarkan.Seperti model iPhone yang sentiasa mengeluarkan model baru setiap tahun iPad juga dikatakan harus diperkembangkan dan ia dijangka dilancarkan pada 3 April 2011.
Model prototaip iPad 2 pada minggu lepas telah pun dipamerkan kepada beberapa wartawan majalah gadjet dan IT.
Dikatakan juga kilang pembuatan iPhone dan iPad di China telah pun diarahkan untuk menyediakan komponen dan barangan untuk menghasilkan iPad 2 sebelum Febuari.
Daripada beberapa wartawan dunia gadjet mereka menjangkakan iPad 2 akan memberi lebih kepuasan dengan bentuk yang lebih elegen dan mudah,application yang sangat tiptop dan kamera depan muka untuk video conference.
Apa yang menjadi persoalan adakah iPad 2 dapat menandingi iPad yang hanya berbeza dari segi bentuk dan penambahan kamera?Mungkinkah iPad 2 ini ada slot SD card?Bagaimana bentuk dan teknologi yang disisipkan terus menjadi pertanyaan ramai sehingga kini.So just nantikan jelah April ini.Mana tau April fool ker..hehe.That's all for today.Thanks for reading.Don't forget to like my fanpage in Facebook.Bye and Aneyoong! (^_^)

Senin, 07 Februari 2011

Imej 3D Matahari Yang Pertama

Halloo semua readers.Hari ni aku nak share something interesting pada korang semua.Ini sebagai tanda sayang aku kat korang hehe.Bukan ape aku just nak kongsi tentang perkembangan semasa pengetahuan angkasa lepas ni kat korang supaya kita sentiasa update dengan dunia sains yang global ni.Baru-baru ini NASA telah mencapai satu lagi kejayaan iaitu berjaya menghasilkan gambar 3D Matahari yang pertama dengan menggunakan imej dari satelit.Hah,pada yang ade spek 3D kat umah tu bolehla pakai sebelum korang baca entri ni dengan lebih mendalam.

Satelit  STEREO (Solar TErrestrial Relations Observatory) kepunyaan NASA telah berjaya menyediakan gambar atau imej tiga dimensi matahari yang pertama.Kalau korang nak tau STEREO ni macam satu unit khas dalam NASA untuk mengkaji tentang matahari dan segala perhubungan yang berkait antara matahari dengan bumi.Untuk pertama kalinya para saintis akan dapat melihat struktur matahari dalam tiga dimensi.Dengan pandangan baru ini dijangka dapat membantu keupayaan para saintis untuk memahami segala sifat fizik matahari disamping itu memberi lebih ruang untuk mereka meningkatkan ketepatan dalam ramalan cuaca.Imej ini boleh dilihat dengan menggunakan kacamata 3D yang berwarna cyan dan biru.
Imej penuh matahari.Dikiri ialah imej 2D dan di sebelah kanan adalah imej 3D.Dengan hanya melihat warna ilustrasi 3D kita dapat menentukan suhu pada matahari :
Biru : 1 juta darjah celcius
Hijau : 1.5 juta darjah celcius
Merah : 60,000 - 80,000 darjah celcius
Kuning : 2.5 juta darjah celcius
Setiap suhu mampu membantu para saintis memfokuskan sifat matahari dengan lebih tepat.
Imej di atas menunjukkan kutub selatan bagi matahari.Dengan siri gambar 3D ini kita dapat melihat imej mozek ultraviolet ekstrem.
Imej ini menerangkan tentang kawasan aktif pada matahari.Setiap warna dalam imej ini mampu menyelongkar tentang bahagian aktif pada matahari berserta dengan suhunya.
Inilah warna yang mewakili suhu pada matahari.Hanya dengan warna yang diperolehi daripada imej ini para saintis mampu mengkaji dengan lebih dalam tentang segala sifat matahari yang boleh dihubungkan dengan cuaca di bumi malah dengan planet-planet yang lain.
Ok rasenyer sampai sini saje entri untuk kali ni.Harap post ni dapat menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan kita.So jumpe lagi.Thanks for reading.
Aneyoong!
Adios!

Imej diambil daripada IBNlive










Kamis, 03 Februari 2011

Bila Tradisional Dimodenkan

Hi guys....For today's entry  is quite interesting.It's about innovation.Kalo korang nak tau Jepun ni memang macam-macam bende pelik yang ade kat sane pasal tulah memang kene dengan gelaran negara matahari terbit.So aku nak citer sikit tentang satu lagi kenderaan yang memang tradisional tapi lepas di upgrade terus nampak moden giler.

Ape lagi kalo kenderaan tradisional orang Jepun masa dulu.Rickshaw atau beca Jepun ni memang waktu dulu terkenal sebagai beca buluh sebab bende ni memang sangat unik menggunakan buluh sebagai pengangkutan tapi sekarang tak lagi.Jurutera dari Jepun sentiasa penuh dengan idea mereka yang unik dan mencipta sesuatu yang begitu hebat dan salah satunya ialah kenderaan yang dipanggil Meguru ini.
Meguru nampak seperti Rickshaw tapi ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan kalo korang perasaan,bentuk beca elektrik ni nampak seperti kereta kat padang golf atau lebih dikenali sebagai golf-cart : golf-buggy. Ape yang menarik tentangnya ialah Meguru hanya menggunakan bateri jenis litium ion dan apabila ianya di-charge penuh ia mampu untuk bergerak sejauh 25 batu dan maksimum speed 25 mph.Fuyoo jauh tuu..laju lak tu.Gile kentang...Sori over lak..
Berbalik pada tajuk,korang tau tak ape yang paling unik dekat kereta ni ialah lantai diperbuat daripada buluh sebenar manakala pintu yang boleh flip ni diperbuat daripada pulpa kayu berkualiti tinggi(kertas tradisional orang Jepun ).Harga Meguru dianggarkan mencecah sehingga $10,000 dan kalo korang nak tengok lebih lanjut keunikkan kenderaan ni sila la tengok video ni.

Beca moden berkuasa elektrik

7 SEO Plugin Chrome Paling Berguna Untuk Blogger

Hi readers.hari ni aku nak share 7 Plugin Chrome paling berguna untuk Blogger tingkatkan SEO mereka.SEO tu ialah Search Engine Optimization untuk membuatkan blog kita senang untuk dicari dalam search engine.Antaranya :
1.ChromeSEO : Plugin ni mengandungi pakej lengkap yang membantu kita untuk menganalisis SEO statistik kita dan mempunyai tools yang memudahkan kita untuk memantau dan menjalankan task SEO harian kita.

2.SEO & Website Analysis : Add-ons ni pulak lagi gempak sebab dia dapat menganalisis statistik SEO kita lebih terperinci dan ape yang menariknya ialah dia mempunyai Traffic Estimation dimana kita boleh menggangar sejauh mana traffic yang kita perlukan seperti membuat targeting plan.

3. SEO Site Tools : Ini pulak extension yang akan menyebabkan sesiapa sahaja bertukar kepada Chrome browser sebab tool ni memang terbaiklah dan paling comprehensive kalo nak diceritakan sebab dia mampu menarik lebih metrik dari pelbagai sumber untuk website dan juga blogger.Tool ni jugak dilengkapi dengan segala media info , PR , numbering on Yahoo , Bing , Google SERPs dan banyak lagi.

4. WebRank SEO : Lagi menarik sebab tool ni lengkap menceritakan tentang semua Rank dan PR yang ade dari Google sampailah ke Bing.Lagipon die juge boleh digunakan untuk check backlink korang.

5. SEO Status PR / Alexa Toolbar : Ok ni pulak same jer function dier dengan tool yang kat atas cume die terhad untuk Alexa dan Google jer.Tapi ramai jugak yang gune ni sebab simple dan loading pon cepat.
6. iPageRank | SEO Tool for Chrome : Plugin ni memang lain dari yang lain daripada checker PR yang lain sebab tool ni akan memberitahu kita berapa lagi dofollow link diperlukan untuk menaikkan PR korang.

7. SEO Quake : Ni salah satu SEO extension untuk menunjukkan PR dan SEO parameter yang pelbagai.Tak sia-sia kalo korang ade plugin ni sebab tool no banyak membantu korang dalam memantau performance SEO korang.

Harap dengan entri ni dapat membantu korang menaikkan SEO korang dan memudahkan kerja korang dalam arena blogger ni.Adios (^^,)

p/s : hanya untuk Google Chrome sahaja.





Jumat, 14 Januari 2011

Motorola ATRIX

Hi kepada sume reader.Entri kali ini saye nak cerite sikit tentang smartphone yang paling baru dan masih belum ade kat pasaran kite di Malaysia.Bukan ape entri ni sebagai guide untuk sesiape yang nak beli handset agar buat pilihan yang sebetul-betulnyer.Ini kerana sekarang ni banyak sangat pilihan dan sebagai pengguna kite mestilah mencari produk yang betul-betul berkualiti.
Memang dalam hati rase nak tukar handset nih tapi handphone lame baru jer 2 minggu pakai rase sayang pulak lagipun duit memang tersangat-sangatlah kering hehe.
Kire ok la handset yang saye pakai sekarang Samsung Galaxy S function die pon masih releven.
So bercerite pasal smartphone sekarang ni dunia telekomunikasi sedang berperang dengan smartphone masing-masing yang mempunyai kelebihan yang berbeza membuatkan pengguna sukar untuk membuat keputusan.Nokia mengeluarkan model baru iaitu symbian X7,manakala Samsung dengan Siri Galaxynyer,Sony Ericson tidak ketinggalan memperkenalkan Xperia Arc dan Blackberry memilih Dakota.So giliran Motorola mengeluarkan model barunye iaitu ATRIX.Untuk pengetahuan semua ATRIX ni ade kelainan yang besar berbanding handset-handset yang lain kerana ATRIX adalah handset yang menggunakan jaringan 4G iaitu kelajuan maksimun mencecah sehingga 14.4 Mbps.Internet tanpa wayar berkelajuan tinggi memang menjadi pilihan ramai kerana zaman ini internet bukan lagi satu keinginan tapi keperluan asas yang perlu ade dalam menghadapi cabaran dunia IT.Jika nak disentuh dari aspek fungsi teknikal handset ini mempunyai kamera 5.0 MP dengan LED Flash.Dari segi memori pula ATRIX mempunyai storage sebesar 16GB dan 1GB RAM.Yang paling menarik ialah handset yang menggunakan processor 1Ghz ini mengoperasikan ANDROID 2.2 Froyo dan boleh upgrade sehingga 2.3 Gingerbread.Handset ini juga menyokong penggunaan micro SD Card sehingga 32 GB.Uniknya handset ini ialah processornya adalah dual-core dan mempunyai graphic card NVDIA Tegra.Selain itu rakaman video adalah HD ,pemain MP3 yang menyokong pelbagai format muzik dan kelengkapan asas handset yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Dari segi saiz handset ini mempunyai panjang 117.8 lebar 63.5 dan tebal 10.1mm dengan seberat hanya 135g.
Screennya adalah sama dengan handset Smamsung Galaxy S iaitu sebesar 4 inci menggunakan Gorilla Glass yang tahan lasak dan calar.ATRIX menggunakan handset Lithium 1930mAh dan waktu bercakap boleh mencecah sehingga 9 jam.So pade sesiape yang baru bercadang nak tukar handset saye cadangankan ATRIX adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan.Walaupun masih belum berada di pasaran dijangkakan harganya akan mencecah dalam lingkungan RM 2700.So sampai disini jelah entri untuk kali ini diharapakan ia dapat memberi sedikit guide pade semua readers yang memang kaki handset.Sekian saje entri untuk kali ini,Aneyoong. :)

Sabtu, 08 Januari 2011

Smart Phone War !

Become a trending topic for this week is Sony Ericson Xperia Arc.Using the latest android 2.3 Ginger Bread and can be upgrade up to 3.0 Honey Comb.1 GHz processor Qualcomm.Use Sony Mobile Bravia Engine - high definition (HD) and the screen also scratch resistant.For the internet specs the phone still  considered as 3.5G Smart Phone because the fastest speed it can get is 7.2 Mbps.Music play up to 31 hour and the battery it uses a standard 1500 mAh Li-Po which mean it use the common battery for smart phone.The dimension is 125 x 63 x 8.7 mm.The phone is more thinner then Samsung Galaxy S.It come with 2 colour - misty silver and midnight blue.The weight is 117 g - more light then Samsung Galaxy S 119 g.

Rabu, 22 Desember 2010

Gadget Blackberry Apple Motorola LG

                                                       LG Star - Fast and Reasonable price

Coming soon 2011. Many of the tablet and smartphone will compete with each other to enter the market. As a customer we only choose for the best.Hi-Speed internet,HD video,Hi-Resolution Camera and many more.This only can be find if we update with the latest innovation.So for my entry today i just wanna share with you all the artist impression of the future gadget.So have a look.
                                                              Tablet Motorola Android - Elegance and Efficient 

                                                           Blackberry Playbook - Smart and dual core processor

                                                                         iPhone 5 - Powerful and Entertaining


What do you think?Cannot wait for 2011?Haha this is just illustration but i will try to get more info and i will post all this gadget features in my next entry.See U Soon. =)