Tampilkan postingan dengan label Tempahan 2013. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tempahan 2013. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 September 2013

Order : Kek Bola Haqim

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama jugak saya tak update apa-apa. Bukan kerana sibuk, tetapi kerana moodnya sudah ke laut. Beberapa kali juga saya merenung post yang sama tetapi tidak di catatkan apa-apa. Sudahnya saya tutup semula dan tidak berjaya mengupdate apa-apa. Tambahan pula sekarang dengan kemudahan yang boleh digunakan melalui telefon membuatkan saya agak malas untuk online melalui laptop. Tetapi nak sign in tak boleh menambahkan lagi mood ke laut saya.

Tetapi hari ni saya nak publishkan order minggu lepas. Tahun ni tak banyak sangat, tetapi alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Kalau ada permintaan boleh buat, kalau tak buat untuk diri sendiri. T_T


Kek span vanilla dengan peach. Di tempah oleh Kak Lia untuk sambutan hari jadi anak bongsu. Request kek bola. Jadi saya deco simple aje.

 

Terima kasih kerana Kak Lia sudi menempah dengan saya. Harapnya semua berpuas hati...

'SELAMAT HARI MALAYSIA'

Kamis, 22 Agustus 2013

Order : Tat Nenas Raya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali dapat tempahan biskut raya. Dari kawan2 je pun yg dh lama mengidam nk makan tat nenas gulung. Untuk tidak menghampakan mereka...saya pun bersetuju sambil2 buat biskut raya sendiri saya buat la sekali tempahan ini. Tak la banyak..dalam 150 biji je. 


Buat yang menempah tu saya harap berpuashati la ya dengan tat yang diperoleh. Jika ada kekurangan minta halalkan. Untuk resepi saya masih mengekalkan resepi tat tulung sebelum ini.

Selasa, 30 Juli 2013

Order : Kek Aiman & Syafikah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah. Rezeki bulan puasa. Kek dua beradik yang diminta oleh kaunselor sekolah yang mana tarikh ulang tahun 2 anaknya jatuh pada bulan ini. Nak buat makan2 semua berpuasa. Jadi beliau meminta saya membawanya ke surau sekolah tempat berterawih untuk dimakan selepas selesai bersembahyang.


Fikir2 tak tahu nak deco apa. Maka terjadilah badut yang mewakili adik dan abang. Saya menggunakan whip cream coklat untuk kek ni. Nampak macam suram sikit gabungan whip cream dengan hiasan orea tu. Nak deco lebih2 tak pandai, jadi berpuas hatilah dengan apa yang mampu.


Terima kasih pada Kak Lia yang sudi menempah dengan saya.


[Kek vanilla oreo]

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 22 Juni 2013

Order : Kek Pelangi Hafiz

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Order segera dari kawan sekerja untuk sambutan ulangtahun anaknya. Bagitahu petang, malam buat dan deco, besoknya makan.  Alhamdulillah bebudak suka. Dengan rasa dan deco..


Mula2 katanya nak ke Upin dan Ipin tapi tak dapatlah saya nak buat sebab nak kena belajar dulu. Kalau kata ada banyak masa, boleh la saya uli dengan fondant. Pikir2 saya buatlah kek ala2 ceria sikit, untuk kanak2 4 tahun. Jadi ada pelangi dan matahari kononnya.


Kek span coklat dengan filling peach dan FC. TQ kerana sudi order.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 01 Juni 2013

Order : RVC Hari Guru

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petang di kampung. Panasnya boleh tahan. Rasa nak duduk je dalam sungai atau kolam. Hiiiiii... Jom tengok cerita tempahan yang dah dibuat sebelum cuti sekolah dulu.Tempahan rakan sekolah untuk sambutan hari guru sekolah anaknya. Tempahan segera pun ada. Bagitahu petang untuk pagi esoknya. Lepas je LADAP saya terus balik dan memulakan projek RVC.


RVC dengan peach mousse dan peach filling. Saya tak guna CC, hanya aising WC + mousse tu sahaja. Pertama kali buat RVC dua adunan, tak dapat nak bajet lagi. Dapat kek seberat 2.9 kg. Tak dapat nak hias lebih sebab tak muat kotak nak tutup. Next time boleh ejas dah adunan untuk 2 kg ++.


Deco pun sangat 'biasa-biasa'. Coating un tak rata. Bab tulisan masih gagal lagi. Agak banyak jugak yang nak ditulis, tu yang sesak napas jugak saya nak membuatnya. Feedback daripada rakan yang menempah tu, katanya sedap, puas makan, kaya dengan rasa buah. Errrr...terima kasih banyak-banyak. Puas hati la kiranya tu :)

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 17 Mei 2013

Order : Program Sekolah Penyayang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tempahan unit kaunseling sekolah untuk program PrOD (Mei) 2013 bagi meraikan sambutan ulangtahun pelajar yang jatuhnya pada bulan Mei. Kisah lanjut boleh di baca di sini.
 

Kek span pandan dengan filling jem epal dan peach. 1st time buat span pandan weh, nasib baik menjadi. Kek seberat 2 kg dengan simple deco. Bunga ala tulip dengan menggunakan fondat segera. Sekali tengok macam RVC. Aising tu saya warnakan dengan light yellow.


Tak sempat nak rasa sebab puasa. Namun kata Kak Lia sedap keknya. BTW terima kasih kerana sudi menempah.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 16 April 2013

Order : Kak Rini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Buat pertama kali, tempahan saya dibawa jauh dari Pahang, yang ini menuju ke Kelantan. Bukan apa sebenarnya, ditempah oleh Kak Rini yang kebetulan nak balik ke Tanah Merah. Kena pulak dengan hari jadi anak ke 3 beliau Nur Hawa, maka kek ini di bawa untuk makan2 di kampung. Takut jugak kek tu cair ke hapa. Jadi sebagai persediaan saya balut kotak tu dengan plastik dan masuk ke dalam beg tahan sejuk.


Kekonon nak buat tema taman, tapi macam dah lari aje dari tajuk.  Tak mengapalah, nampak cantik jugak. Nak buat camana, orang keras tangan gini lah..


Untuk kek ni saya gunakan choc shortcake dan peach filling. Mintak2 mereka berpuas hatilah. Terima kasih kerana sudi menempah...

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 14 April 2013

Order : Kek 'Pintess' Aqilah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Happy birthday Aqilah!!! Order dari ustazah sekolah untuk anaknya yang ingin kek princess, tapi oleh sebab cakap pun masih belum fasih , princess dah jadi pintess... He he he, masih kanak2 lagi, dalam 4 tahun umurnya. Jadi inilah yang dapat saya hasilkan untuk Cik Lah, macam dalam masterchef tu pulak kan... siapa kata wanita cantik tak pandai masak...........


Walaupun yang direquest adalah kek princess, tapi saya sengaja membuatnya ala-ala muslimah gitu. Sebab dah lama tak dapat tempahan kan, dan instant fondant pun ada, maka saya saje lah menguji kesabaran bermain dengan fondant tu. Dan sesungguhnya ia memang mencabar. Berair mulut beb..


Gambaran keseluruhan kek. Oleh sebab menggunakan doll yang kecil, saiz skirt kek pun tak la besar sangat. Semua kek ni adalah menggunakan chiffon coklat dan peach filling. Terima kasih kerana sudi menempah dan semoga berpuas hati....

Update : Selamat sampat ++ 3.30 petang. Alhamdulillah!

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 09 Maret 2013

Order : Atikah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tempahan dari ibu mengandung, Atikah yang me'request' kek seperti yang dahulu. Jadi kek yang simple ni akhirnya terhasil. Katanya just nak makan-makan bersama keluarga. Emak dan anak sama-sama mengidam nak makan kek.


Vanilla sponge + peach filling + apple jam + choc WC


Konon-konon nak buat peach blossom, tapi tak ketara pulak warna kiwi dan peachnya. Walaupun guna kiwi hijau, tapi dah potong hampir sama pulak dengan warna peach. Agaknya kiwi tu dah terlampau masak agaknya. Nak kata kiwi gold tak ada pulak ditulis kat paket dia tu. Walau apapun, semoga kek ini dapat memenuhi apa yang Tikah inginkan. TQ juga kerana sudi order.

Update : OTW balik CH. InsyaAllah jumpa di sana!!

 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.

~ Wassalam ~

Jumat, 08 Maret 2013

Order : Farewell Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Belek-belek folder, ada satu n3 tertinggal rupanya. Dah lama pun buat kek ni, masa majlis perpisahan 2 GPK baru-baru ini. Alkisahnya rakan sekolah menempah 2 biji kek untuk majlis tersebut.


Strawberry shortcake + fresh s'berry filling + WC


Mewah dengan strawberry. Memang sepeket beli 1/2 kg tu khas untuk kek ini sahaja. Puas hati!


Choc oreo mousse cake + choc WC


Memang puas hati sungguh dapat makan kek ni, segala-galanya kena. Gandingan mousse dengan oreo memang tersangatlah ngam. TQ pada Siti yang membuat tempahan.

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
 ~ Wassalam ~