Tampilkan postingan dengan label kisah benar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah benar. Tampilkan semua postingan

Minggu, 01 September 2013

Kisah Benar Seorang Pelajar IPTA

Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.


Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!

Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.

Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.

Luahan Hati Tomboi Yang Sering Dihimpit

Gambar Hiasan


Mungkin cara dan gaya pakaian saya menyebabkan dua golongan itu salah sangka.
Bagaimanapun, hasrat di hati ingin berubah tetapi biarlah perlahan-lahan.

Tambahan pula saya ada ramai kenalan lelaki dan persekitaran kerja menyebabkan saya tak mahu melakukan perubahan secara drastik.

Saya pernah menyimpan rambut hingga paras bahu namun diejek rakan sekerja lelaki, menyebabkan saya terus mengguntingnya. Saya malu untuk berubah meskipun jauh di hati memang mahukannya.

Umur lewat 20-an juga menyebabkan saya ingin berubah dan mempunyai teman lelaki. Sekali lagi apabila saya meminta nasihat rakan serumah, mereka memperlekeh saya.

Saya terasa seolah-olah keadaan tidak membenarkan saya berubah. Mungkin nasib badan saya tertulis sebegini.

YAYA
Muar, Johor

Perubahan tidak selalunya menerima maklum balas positif daripada individu di sekeliling.

Ada kalanya pelbagai pihak yang melihat perubahan saudari memberi persepsi berbaur negatif hingga usaha itu berakhir di pertengahan jalan.

Namun lebih molek jika saudari menganggap ia sebagai cabaran yang perlu ditempuh, sekali gus membantu meyakini diri dengan perubahan yang ingin dilakukan berbanding terus menyerah.

Personaliti saudari yang ‘kuat’ dan tahan lasak boleh menjadi perisai ketika berdepan individu sebegini.

Melengah-lengahkan menukar perwatakan ‘tomboi’ kepada feminin merugikan diri sendiri.

Dibimbangi apabila saudari terus kekal dengan perwatakan itu, cabaran lebih besar bakal menyekat saudari daripada berubah.

Anggaplah perubahan perwatakan sebagai perkara positif supaya usikan nakal rakan tidak memberi kesan mendalam kepada emosi saudari.

Selain itu, cari rakan yang boleh menjadi pendorong apabila menerima tekanan daripada individu yang tidak peka dengan keutamaan saudari.

Minta sokongan keluarga kerana mereka lebih ‘masak’ dengan tingkah laku dan mempunyai pandangan lebih tepat mengenai diri saudari berbanding rakan.

Luahan Hati Isteri Yang Kecewa, Suami Suka Berfoya-Foya

Saya seorang guru dan ingin meminta pandangan berkaitan masalah rumah tangga. Saya sudah berkahwin hampir lima tahun. Saya mencintai suami sepenuh hati.

Masalah saya, suami mempunyai hobi suka berfoya-foya. Dia mengaku hal ini. Sebelum ini saya cuba memberi nasihat dan bersabar, tetapi dia tak pernah berubah.

Kami tidak mempunyai anak, malah pemeriksaan doktor mengesahkan sperma suami tak normal.

Saya kecewa dengan sikap suami. Malah, sehari sebelum berangkat ke tanah suci untuk melakukan umrah beberapa bulan lalu, dia masih sempat berfoya-foya dengan perempuan lain di tasik selain berjanji keluar makan bersama.

Gambar Hiasan

Kami pernah bertengkar sehingga saya masuk ke hospital. Saya tertekan mendapat tahu suami berjanji bercuti dengan kekasihnya di Genting Highlands.

Mereka sudah setahun bercinta dan ingin bertunang sedangkan saya menunggunya di rumah. Suami memberikan alasan kerja tak boleh balik.

Buat pengetahuan Dr, saya sanggup susah bersamanya walaupun setengah tahun perkahwinan dia tidak memberi nafkah.

Selepas itu saya menerima nafkah melalui potongan gaji kerana suami tentera. Selama berkahwin saya menggunakan duit sendiri untuk perbelanjaan dapur.

Malah, saya keluarkan duit membeli motosikal untuknya kerana kewangannya tak stabil. Suami selalu minta duit setiap bulan. Kadangkala gajinya sudah habis dalam masa seminggu.

Ada ketika setiap minggu dia akan minta duit. Jika keluarganya juga memerlukan duit, dia akan minta daripada saya.

Sekarang dia bertugas di luar negara. Saya minta dia tinggalkan saya secara baik, tetapi dia tak mahu lepaskan saya. Alasannya dia malu jika orang lain tahu sikapnya yang sebenar dan berjanji untuk berubah.

Bagaimanapun, kepercayaan saya padanya kini sudah hilang. Sukar untuk saya teruskan hidup bersamanya selepas dikhianati berkali-kali.

Saya cuba memberitahu ibunya kes terbaru, tapi ibunya tak percaya. Malah, keluarganya menganggap saya cemburu.

Untuk menghadapi masalah ini saya selalu melakukan solat Istikharah minta diberikan petunjuk, tetapi tak nampak apa-apa. Saya tak boleh salahkan suami, mungkin apa yang dia kehendaki tiada pada saya.

Saya hendak dia bahagia, tapi tak boleh memaksa diri untuk terus begini lagi. Saya mohon nasihat Dr.

Isteri buntu
Kuala Lumpur

Puan boleh memohon untuk memfasakhkan perkahwinan di mahkamah syariah dengan mengemukakan alasan di atas. Alasan berkenaan diterima syarak.

Namun, satu lagi pilihan, puan juga boleh bersabar dengan keadaan yang ada dan menerimanya sebagai ujian Allah kepada puan.

Pilihan pertama lebih baik jika ia membawa kebaikan kepada puan sendiri. Bagaimanapun, fikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum mengambil sebarang keputusan agar tidak menyesal kemudian hari.

Luahan Hati Azura Yang Tidak Dapat Berkahwin Kerana Mak & Ayah Menghalang

“Sudah masuk empat kali lelaki datang meminang tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh mak. Alasannya kerana lelaki itu tidak mempunyai kerjaya kukuh seperti pegawai tinggi dan belum memiliki rumah. Sepanjang itu juga saya cuba mencari pasangan kerana timbul pula rasa risau melihat kawan-kawan yang sudah bahagia dengan keluarga dan anak-anak.

“Tapi sayangnya, rasa fobia dan trauma untuk mengenali lelaki pula wujud dalam jiwa. Mana tidaknya, kalau sudah terlanjur sayang dan tiba-tiba mak masih tidak menerimanya, boleh jadi gila nanti,” kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Azura yang kini menginjak usia 30 tahun.

Sejak usia remajanya lagi, Azura berdepan masalah dengan mak dan ayahnya yang terlalu memilih dan cerewet untuk merestui pasangan hidupnya. Ada saja syarat dan kriteria yang ditetapkan, kononnya demi kebahagiaan dan jaminan masa depan.

Gambar Hiasan

Ketika di usia 18 tahun hingga tamat universiti, alasan mak masih relevan dan boleh diterima akal kerana ingin melihatnya menamatkan pengajian dulu dan tidak mahu soal cinta mengganggu pelajaran.

Mengenali seorang lelaki ketika mula bekerja masih juga ditolak kerana mak berpendapat biarlah dirinya merasa puas mencari duit poket sendiri dan memberi laluan kepada mana-mana lelaki untuk mengukuhkan kewangan diri sebelum berkahwin.

Tapi hingga usianya kian meningkat ini, mak Azura masih ada saja alasan kononnya tidak yakin lelaki yang datang mendekatinya mampu membahagiakan anak gadisnya ini dengan sempurna.

Jelas Azura, selepas lama tersepit dengan kemelut tiada penyelesaian ini dan berkali-kali perasaannya seakan dipermainkan, hatinya tertutup dan takut untuk mendekati lelaki.

“Bayangkan, banyak kali rasanya saya menangis kerana kecewa. Sudah sayang dan yakin dengan teman lelaki, tiba-tiba mak tak izinkan dan menolak sekeras-kerasnya. Tak mungkin saya sanggup melawan kehendak mak yang membesarkan saya selama ini.

“Ada saja alasan mak untuk tidak membenarkan saya berkahwin dengan mana-mana lelaki yang dilihat kurang sesuai di matanya. Masalahnya, semua lelaki itu tidaklah teruk mana dan masing-masing sudah pun mempunyai kerjaya stabil dan mampu menjamin sara diri.

“Tindakan mak membuatkan saya menjadi takut untuk bercinta atau membuka ruang kepada mana-mana lelaki. Kalau mak tak setuju nanti, saya yang merana kerana terpaksa memutuskan hubungan.

“Lebih baik saya serahkan pada takdir dan sebolehnya menjauhkan diri dari lelaki kerana bimbang akan membuatkan mereka pula kecewa,” katanya.

Bimbang ‘lepaskan’ anak

Ada juga alasan lain yang acap kali diberikan oleh mak dan ayah termasuk berlainan negeri dan berbeza budaya. Contohnya mak menghalang jika anak gadisnya bercinta dengan lelaki kelahiran Kelantan atau pun Kedah kerana bimbang nanti anaknya akan susah untuk pulang beraya.

Malah ada juga lelaki yang berdepan masalah ini kerana mak dan ayah terlalu sayangkan mereka dan tidak mahu anaknya berkongsi kasih dengan individu lain. Kebiasaannya ‘anak mak’ akan lebih cenderung menghadapi kemelut ini.

Ada juga anak lelaki yang terikat dengan tanggungjawab membantu keluarga dulu dan selalunya mereka yang berasal dari pedalaman atau dibesarkan oleh ibu tunggal. Mak akan mengharapkan anak lelakinya itu memikirkan soal keluarga dan adik-beradik terlebih dulu sebelum sibuk memikirkan soal cinta dan teman wanita.

Azura menjadikan teman-teman baiknya sebagai alternatif melepaskan tekanan yang bersarang dalam jiwanya. Pelbagai nasihat yang diterima namun semuanya tidak boleh diguna selagi mak dan ayah berkeras dengan pendirian mereka.

“Kalau pergi ke rumah kawan-kawan universiti atau rakan sekerja, memang saya akan terasa hati kerana melihat kebahagiaan mereka bersama keluarga dan anak-anak. Teringin sangat rasanya untuk mempunyai keluarga sendiri.

“Semuanya sudah ada, baik harta dan kewangan, fizikal dan kesihatan juga sudah membenarkan saya mendirikan rumah tangga. Tapi sayang mak dan ayah pula cerewet dan tidak mudah mengizinkan saya berkahwin,” katanya lagi.

Ada benarnya juga kata Azura. Ada saja nasihat atau langkah penyelesaian tidak boleh diguna pakai kerana masalahnya ini bergantung kepada budi bicara si mak dan ayah. Mungkin orang tua pula perlu dinasihatkan oleh rakan sebaya mereka agar sedikit sebanyak boleh juga diterima pakai.

Tapi kemelut ini bukanlah berakhir dengan jalan buntu sebaliknya sesiapa saja yang berdepan masalah sama seperti Azura masih boleh berusaha mencari jalan terbaik untuk berkomunikasi dengan mak dan ayah.

Semuanya kini bergantung kepada bagaimana cara dan gaya untuk anda bersemuka dengan mak dan ayah menjelaskan perasaan di hati.

Halangan si cerewet

Isu kahwin lari dan membelakangkan keluarga sudah biasa kita dengar. Lebih 80% daripada punca masalah itu adalah desakan ibu bapa yang terlalu cerewet dan tidak merestui hubungan mereka.

Adakah mak dan ayah mahu melihat anak mereka berkahwin dengan cara yang salah?

Itu adalah alasan terbaik yang boleh digunakan. Soal jodoh dan tuntutan batin adalah sesuatu yang normal bagi manusia dan kejadian itu tidak sepatutnya disekat atas alasan yang tidak munasabah.

Jika sudah lengkap dengan aspek fizikal dan mental, sempurna pada soal kewangan dan harta, maka itu bermakna seseorang sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia digalakkan untuk mengelakkan maksiat dan dosa lain.

Justeru mengapa ada lagi unsur lain yang cuba menghalang?

Tapi apabila ia dihalang oleh ibu bapa yang cerewet seperti ini, masih ada cara lain yang boleh dilakukan bagi menyelesaikannya dengan cara baik. Seperti kata orang tua, tarik rambut dalam tepung, rambut dapat dan tepung juga tidak berselerak.

Perlu ada komunikasi yang baik, pujuk dan merayu dengan alasan yang kukuh bagi meyakinkan orang tua kita akan masa depan dan kepentingan untuk mendirikan rumah tangga.

Jangan sampai wujud pula rasa trauma dan fobia seperti mana Azura kerana tidak mahu lagi dikecewakan atau mengecewakan mana-mana lelaki yang bergantung harap. Itu sudah kronik dan fasa yang membahayakan.

Mana tahu, ia boleh mendorong kepada sakit jiwa dan otak pula. Ia bukan mustahil kerana sudah banyak kes direkodkan membabitkan pasangan kekasih yang kecewa hingga melarat menjadi masalah mental.

Doa dan sembahyang jangan sekali putus kerana Tuhan mendengar dan sangat memahami. Insya-Allah jika benar tujuan dan permintaan itu, ada jalan cuba dibuka. Mohon agar hati mak dan ayah dilembutkan dan berikan sedikit keyakinan kepada mereka yang masa depan anda terjamin.

Rabu, 21 Agustus 2013

Anak Berumur 11 Tahun Tidak Mahu Melihat Ibunya Masuk Neraka

Sayu hati...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.


Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor.

Selasa, 20 Agustus 2013

Masa Untuk Hidup Hanya Tinggal Satu Jam Sahaja

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.


Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma,beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya kalaupun dia mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

Senin, 19 Agustus 2013

Kisah Benar Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Gambar Hiasan

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :) Tolong  SHARE

Akibat Gugurkan Janin Sebanyak 4 Kali Azimah Merana Seumur Hidup

DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.

Gambar Hiasan

Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.

Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.

Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!

Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!

Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.
Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.
Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.

"Hei kamu!!!" laung saya.

Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?

Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

"Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan...

Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut...

Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi... siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.

Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!

Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya... saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.

Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"

Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.

"Nah... kalau begitu gugurkan saja.

Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.

Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.

Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.

Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.

Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.

Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.
Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.

Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.

Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.

Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

"Jangan gugurkan lagi, bahaya."

Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.

Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.

"Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.
Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.

Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.

Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.

Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.

Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!

Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.

Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.

Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Berapa ramai lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.

********************************

Saya dalam cerita di atas adalah Juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Mastika baru-baru ini.

♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥

Senin, 05 September 2011

Kisah Kasih Sayang Seorang Ibu

Kisah benar ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang (mengikut statistik daripada Wikipedia).



12 Mei 2008 Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.
Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.
Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.
Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”
Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya.

  

AZAB NERAKA : PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARIPADA API NERAKA

Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah..Ikuti kisah yang saya dapat ini daripada seseorang yang mengemelkan saya..Kredit kepadanya untuk cerita ini..(^^,)...Diharap cerita ini dapat menjadi teladan kepada semua


Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


Sama-samalah kita ambik iktibar daripada cerita ini ye..Aku harap korang sudi la share kan cerita ini supaya lebih ramai lagi yang tahu..Moga kita diberi kebaikan olehNya terutama di bulan puasa ini..Amin...

Kisah Benar : Kerana Nafsu Tidur Isteri Menyesal Seumur Hidup


"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..