Rabu, 25 Juli 2012

Sembang Ramadhan...


Diam tidak diam, sudah setahun juga blog Serama Malaysia ini usianya. Saya tak perasan sangat, tapi hari ini bila saya baca post artikel saya yang lepas, baru saya perasan yang blog ini sudah berusia setahun. Maknanya, sudah setahun juga saya aktif kembali meminati ayam serama ini.

Asalnya saya membangunkan blog ini secara spontan. Artikel pertama saya juga ditulis beberapa hari sebelum bulan ramadhan (tahun lepas). Pembaca blog ini boleh membaca semula artikel yang terawal saya post di sini. Blog ini dibangunkan lebih bersifat 'suka-suka'. Saya seorang yang suka 'membaca' dan juga suka 'menulis'. Apatah lagi jika subjeknya pekara yang saya minati. Kerana itu banyak juga tulisan saya yang agak panjang ditulis (moga ada yang mampu habis membacanya).

Media percuma. Mudah diakses. Bila suka, boleh dibaca, jika tidak, boleh pindah ke homepage yang lain. 

Alhamdulillah, selepas setahun, blog ini mencatatkan hampir 40,000 pageviews dengan jumlah pengunjung seramai 14,000 lebih. Satu angka yang memberangsangkan di saat Facebook menjadi pilihan bagi kebanyakan pelayar-pelayar internet.

Saya suka tulisan yang semulajadi (natural) iaitu yang saya tulis sendiri. Juga gambar yang saya ambil sendiri, buka 'copy-paste'. Saya menghargai 'genuinity' dalam banyak pekara. Kecuali jika tidak ada pilihan.

Walaupun blog ini banyak gambar ayam serama, saya bukan peminat tegar fotografi. Saya hanya suka merakam momen menarik dan juga ekpresi sesuatu benda. Kerana saya minat ayam serama, maka saya menjadikan serama sebagai 'subjek' saya bereksperimentasi dan merakam dari sudut yang lain.

Saya agak aktif berblog kerana mendapati ada beberapa pekara yang kerap hilang di dalam dunia arena serama. Walaupun banyak blog kerap mewar-warkan informasi tentang pertandingan atau bon ayam serama, saya dapati sebaik sahaja atau selepas sahaja bon tersebut selesai atau tamat, suasana di blog akan menjadi sunyi-sepi tanpa ada  sebarang maklumat lanjut tentang suasana atau informasi menarik yang boleh dikongsikan di blog tersebut TERUTAMA blog yang serius menonjolkan dan menghebahkan keputusan bon yang telah dipromosikan sebelum itu. 

Malahan kebanyakan pihak penganjur juga tidak bersungguh-sungguh untuk menghebahkan dan mewar-warkan keputusan pemenang-pemenang ayam cantik tersebut. Walaupun ia mungkin nampak agak remeh - temeh, saya berpendapat sebagai penganjur, pemenang bagi setiap kategori perlu dihebahkan kerana memang tujuan peserta menyertai sesuatu pertandingan dengan niat untuk mengetahui dan mempromosikan kecantikan ayam serama mereka kepada orang luar(apatah lagi sudah banyak media percuma yang boleh digunakan)

Peserta akan merasa lebih dihargai sesuai dengan nilai wang dan pengorbanan masa yang telah mereka beri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Maka, itulah satu sebab utama yang menjadi alasan kenapa blog ini dibangunkan. Berkongsi informasi terutama bagi aktiviti-aktiviti serama di sebelah zon selatan ini. Apatah lagi, jumlah peminat ayam serama di sebelah sini masih kecil jika mahu dibandingkan dengan jumlah peminat di sebelah utara dan di pantai timur.

Alhamdulillah, sudah ada momentum peminat baru dan juga orang lama yang kembali aktif kesan dari kerja-kerja rakan-rakan peminat serama di sini. (semalam datang seorang peminat lama yang mahu aktif semula...Insya Allah, tambah ceria)

Apapun, nanti kita sambung cerita saya di atas. Kita lihat apa cerita terkini tentang serama bulan ini....

Sekarang ini bulan ramadhan..segala aktiviti pertandingan akan berehat sebulan. Sebelumnya, terdapat 2 bon besar berlangsung. Satu di Kenyir dan satu di Alor Star. Keputusan penuhnya di Kenyir ada disiarkan di Facebook (BOTB : Zali Bakong), manakala di Alor Star saya tidak perasan keputusan penuhnya (BOTB : Kuzai Group). Selain itu terdapat 2 bon kecil iaitu di Kelantan (BOTB : Pok Eid)  dan Kuala Lumpur (BOTB: Azreen Batu Pahat).

Sudah terdapat khabar-khabar, bon selepas raya akan diadakan seawal yang mampu terutama bagi pemain tegar yang tentu sudah tidak sabar mahu melihat aksi ayam serama masing-masing.

Harapannya, selepas raya ini , lebih meriah lagi arena bon dijalankan di seluruh negara. Saya juga berharap dapat juga berjalan-jalan ke bon yang belum sempat saya hadiri lagi. Kata orang, '....jauh perjalanan, luas pemandangan...'.

Apapun...salam Ramadhan Al Mubarak buat teman-teman pembaca blog ini. Terima kasih atas kesudian  melawat dan membaca bahan yang dicatatkan di sini. Moga pekara yang baik, Allah swt permudahkan buat saya...dan yang tidak baik dijauhkan dari saya dan rakan-rakan semua.
Insya Allah kita sembang serama lagi....





cara mengatasi lapar di bulan puasa

Kalo bisa malah yang ber-AC. Tujuannya adalah agar tidak terlalu banyak cairan tubuh kamu yang terbuang lewat keringat dan kamu bisa bertahan segar lebih lama! Dengan demikian dijamin kamu akan bisa bertahan saat puasa. Namun poin yang satu ini tentu hanya berlaku buat yang kerjanya di dalam ruangan ya. Buat yang kerja di lapangan…ya maap-maap 


Puasa adalah saatnya bagi kaum muslim untuk menahan diri dari segala bentuk godaan duniawi, termasuk di antaranya adalah menahan diri dari godaan makan dan minum. Kalo kata K.H. Zainuddin MZ, “Intinya adalah pengendalian diri”. Nah, tapi mungkin banyak di antara kamu yang masih bingung bagaimana sesungguhnya cara bertahan saat puasa agar tidak batal? Di luar sana mungkin banyak yang ngasih kamu caranya, tapi pasti caranya kurang praktis, seperti misalnya kamu dibilang harus menahan diri. Tapi gimana caranya?!


Nah, hari ini MBDC akan ngasih tau kamu sebuah cara praktis: Cara bertahan saat puasa!


*1. Usahakan Selalu Berada di Tempat Teduh*


Kalo bisa malah yang ber-AC. Tujuannya adalah agar tidak terlalu banyak cairan tubuh kamu yang terbuang lewat keringat dan kamu bisa bertahan segar lebih lama! Dengan demikian dijamin kamu akan bisa bertahan saat puasa. Namun poin yang satu ini tentu hanya berlaku buat yang kerjanya di dalam ruangan ya. Buat yang kerja di lapangan…ya maap-maap nih.


*2. Jangan Terlalu Banyak Ngomong*


Apalagi buat kamu yang cerewet. Banyak ngomong itu bikin cepet haus lho. Dan kalo kamu haus…godaan untuk batal tentunya semakin besar. Nah, dengan mengurangi bicara, diharapkan kamu bisa mengurangi rasa haus kamu. Tapi gimana kalo kerjaan kamu adalah motivational speaker?! Ya itu resiko kamu sih. Siapa suruh jadi motivational speaker.


*3. Jangan Pecicilan*


Kalo kamu sehari-harinya adalah seseorang yang sangat pecicilan, gak bisa diem,

 dan suka mengganggu orang lain, mungkin ini adalah saat yang tepat untuk diem sejenak. Jangan banyak gerak, jangan lompat-lompat, jangan gangguin orang. Terlalu banyak gerak itu akan bikin kamu cepet capek, dari capek jadi haus, trus batal deh. Makanya jangan pecicilan. Duduk manis aja di pojokan. Gih.


*4. Hindari Gambar-gambar Makanan yang Menggugah Selera*


Nah ini penting banget! Biasanya yang kayak gini-gini nih yang suka bikin kamu jadi tergoda dan bikin laper! Maksudnya gambar seperti apa nih MBDC? Maksudnya tuh gambar-gambar kayak gini lho:




Nah yang kayak gitu-gitu lah. Dihindari.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 24 Juli 2012

cara mengatasi ngompoll

Mengompol atau kencing di tempat tidur merupakan hal yang sering terjadi pada anak berusia kurang dari 2 tahun. Penyebabnya antara lain harena kapasitas kandung kemihnya yang relatif lebih kecil dari rata-rata, produksi urinenya cenderung lebih banyak (karena kurangnya produksi hormon antidiuretik).


Untuk mengatasi  masalah anak yang suka ngompol, berikut ini ramuan dari blog tips kesehatan:


*Bahan:*

  * Biji duwet (jamblang) 7 butir

  * Air 2 gelas

  * Gula merah / gula jawa*Pemakaian:*


Giling biji duwet sampai halus, lalu rebus bersama gula jawa sampai airnya tinggal separuhnya. Minum ramuan ini 1 gelas setiap hari, sekitar jam 5 sore sampai sembuh.


Semoga *obat tradisional untuk mengatasi ngompol pada anak* di atas bisa bermanfaat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ini Pun Dah Cukup... & Update Peserta GA


Cabaran berbuka seorang @ masak untuk seorang memang la sangat memedihkan. Masak dalam kuantiti sedikit, sekali makan, ehhhhhh letih tau nak fikir. Cheq sue ni pulak bukan suka makanan berulang kali, hangat dan makan lagi, kecuali makanan tertentu. Nak tak nak, kena juga masak. Dan oleh sebab itulah menu di bawah ni menjadi santapan iftar ke 4 semalam.
 
 
Sebenarnya stok lauk langsung tak ada, nasib baik stok telur masin ada banyak lagi. Berjasa jugak telur masin tu, bila darurat lauk boleh guna on the spot. Tapi sebiji tu memang tak habis pun, kena makan lagi hari ni nampaknya. Pucuk ubi tu pula sebenarnya nak dibuat pecal, tapi serbuk pecal segera yang dibuat sendiri oleh seorang rakan dah berkulat pulak. Nasib baik jugak sambal goreng tempoyak ada lagi, dapat la cheq sue buat cicah. Rasa-rasanya lepas ni memang kena buat stok sambal tempoyak tu. Dah macam ketagih pulak. Nak bagi berkuah sikit letak pulak kicap. Heeeee... Tak menjadi masalah pun, janji dapat isi perut.
 
Harini entah nak masak apa lak ya? Gaji dah masyuk, boleh gi pasar malam. Dok plan nak masak asam tempoyak. Mmmmmm entah jadi ke tidak. Sama-sama kita tengok. Selamat berpuasa semua... Wassalam...
 
NOTE :

Pada semua yang ingin nak join GA cheq sue sekarang, masih ada masa lagi. Harap dapat beri sokongan eh... Tak susah pun, jangan risau. Senarai peserta setakat ini adalah :
.
.
.
.
.
Kak Wan
Onni Q
Nuwairani
Cheq Da
 
 
TQ very much. Muahhhaaaaaa.....
 
 
Stylish Thankyou

Senin, 23 Juli 2012

Kek Span Coklat & Ganache


 
 
Tiba-tiba rasa nak makan kek yang ada ganache. Mmmm sebab tu la terhasilnya kek ni. Ceritanya camni.. mula-mula test 1 resepi kek span coklat, di samping test mixer from UK.Alhamdulillah sukses aje kejadiannya. Bila dah ada kek tu, terlintas di fikiran nak makan kek dengan ganache. Selalu buat ganache memang fail, memang kecewa. Kali ni pun kecewa jugak, ada la 2 3 kali letak periuk coklat tu atas dapur. At last nasib baik jadi walaupun serba kekurangan.  Bukan apa, tiap kali buat ganache konon2 tahu kaedahnya, tapi tiap2 kali tu jugaklah silap haribulan. Orang panaskan whip cream dulu, kita cairkan coklat dulu. Ish ish ish.... mana nak jadi kan?
 


Bab deco ni pulak cheq sue sekadar habiskan aising belen tempahan kek Kak Lia aje, banyak jugak jadinya. Konon2 nak buat rose riben, entah ape2 yang jadinya. Bahagian bawahnya pula sekadar dipaip aising dengan nozzle daun, katanya jadi macam gaun princess aje.



 Inilah pula kejadian di dalam kek tersebut. Agak perfect layernya dengan aising yang sederhana. Di antara lapisan tu cheq sue letak blueberry filling. Kalau dok lama sikit lam peti ais mesti sedap. InsyaAllah lepas ni nak buat lagi kek ni. Kat bawah ni cheq sue kongsikan resepinya.

Resepi akan diupdate kemudian ya, susah benar nak masuk ke MyR puasa-puasa ni. Wassalam...

Opppssstt : Jangan segan-segan sertai GA cheq sue yang sedang berlangsung ni ya. Kalau penyertaan tidak memberangsangkan, terpaksalah GA tu dibatalkan.... :(

Senarai peserta setakat ini :
.
.
.
.
.
Kak Wan

BAHASA TEMPATAN CITRA JENAMA TEMPATAN

Riang-riang terbang riang,
    Camar indah terbang rendah;
Takkan Melayu di dunia hilang,
    Itu sumpah wira Hang Tuah.

DASAR Pandang Ke Timur (DPKT) yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982 bertujuan membentuk budaya kerja cemerlang seperti yang diperlihatkan masyarakat Korea Selatan. Kuasa timur yang terkenal gah sebagai negara maju itu diramalkan mampu menandingi kemajuan ekonomi Amerika Syarikat dalam empat dekad akan datang. Korea Selatan yang memperlihatkan pembangunan mantap dari segi ekonomi dan pertahanan budaya telah menjadi teladan banyak negara yang mengimpikan kejayaan, kekayaan dan kemajuan. Sejarah sebagai sebuah negara miskin berserta penglibatan dalam Perang Saudara dengan Korea Utara tidak mematahkan semangat Korea Selatan untuk bangkit dan membina empayar unggul di mata dunia.

Malaysia antara negara yang berusaha mencontohi kemajuan Korea Selatan dan Jepun. Kekuatan dua negara ini untuk bangun dari sejarah hitam Perang Dunia Kedua diteladani menerusi gagasan DPKT yang umumnya lebih menjurus corak dan budaya kerja terbaik dua negara matahari terbit ini. Hakikatnya, kejayaan Korea Selatan dan Jepun bukan terletak pada budaya kerja semata-mata. Selain diterapkan dengan kepentingan Sains dan Matematik dalam melahirkan masyarakat pintar, Korea Selatan amat mementingkan aspek budaya dan sistem sosial gaya tersendiri secara tekal. Republik Korea Selatan yang berpecah dengan Korea Utara sebagai dua entiti berbeza pada tahun 1948 serius mempertahankan tradisi budaya khususnya aspek bahasa dan adat resam agar tidak goyah dilanda pengaruh globalisasi dan Barat yang kuat menyusup ke dalam minda masyarakat Timur. Atas kejayaan dua negara terbabit mempertahankan bahasa dan adat resam mereka, adalah wajar untuk Malaysia turut mencontohi dan meyakini betapa keunggulan bahasa dan budaya sendiri bukan penghalang negara dalam mengecap kejayaan seperti yang dibuktikan dua negara kecil tersebut.

Sekiranya negara-negara berkenaan berbangga dengan keunikan bahasa sendiri, Artikel 152 yang disahkan dalam Perlembagaan Malaysia pula semakin mendapat “kecaman” pihak yang mempunyai krisis keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan baik. Jika pada zaman dahulu bahasa Melayu diiktiraf sebagai lingua franca, dikenali seantero dunia, era moden memperlihatkan garis-garis yang cuba memisahkan bahasa Melayu dengan fungsinya sebagai penggerak Tamadun Melayu sepanjang zaman. Seandainya negara maju seperti Korea begitu menghormati dan berbangga dengan bahasa ibunda mereka, bangsa Malaysia khususnya Melayu semakin dibelenggu rasa ragu-ragu terhadap kebolehan bahasa kebangsaan sendiri. Hal ini jelas tercitra apabila semakin banyak jenama Malaysia yang tidak lagi berwajah Malaysia, dengan bahasa Melayu sebagai tunjangnya.

Fungsi bahasa dalam kehidupan manusia bukan sekadar sebagai alat komunikasi yang melancarkan perhubungan, juga proses dekod dan enkod antara manusia. Sebaliknya, bahasa berperanan menampilkan imej bangsa, tamadun dan budaya yang tersendiri. Bahasa juga boleh dipandang sebagai fenomena sosial yang menghubungkan seorang individu dengan individu lain dalam satu masyarakat bahasa (Hashim Musa: 2006). Fungsi ini sekali gus menjadikan bahasa sebagai medium utama terhadap pengenalan jati diri penutur dan pemilik bahasa itu sendiri. Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” yang diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka wajar tersemat utuh dalam jiwa bangsa Melayu dan Malaysia umumnya sebagai garis panduan bagi penggunaan bahasa yang baik. Hal ini penting agar sebarang perkara berkaitan penggunaan bahasa tidak tersasar daripada menjadikan jati bahasa Melayu sebagai akarnya.

Kemunculan model Preve keluaran Proton pada April 2012 sebagai kereta global pertama menimbulkan aneka persoalan terutamanya dalam kalangan pencinta bahasa. Bukan kemampuan kereta yang bakal menembusi pasaran Eropah September 2012 ini yang dipersoalkan. Namun, pemilihan nama daripada perbendaharaan kata asing itu yang menjadi polemik. Proton Preve yang disebut sebagai Prae-vae telah diubah suai daripada diksi asal bahasa Inggeris yang bermaksud “bukti”. Kosa kata itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol iaitu Preve yang bermaksud “memperuntukkan”.

Apakah kosa kata bahasa Melayu semakin kontang sehingga bahasa asing dipilih sebagai jenama untuk sebuah kereta buatan Malaysia yang akan merentas sempadan geografi ekonomi automotif? Apakah kurangnya bahasa Melayu sehingga tidak layak untuk menjadi label jenama kereta global Malaysia ini? Kemunculan Preve dengan enjin 1.6 liter berserta teknologi RESS menghangatkan lagi isu dan bukti kecelaruan bangsa natif terhadap bahasa Melayu apabila bangsanya sendiri menganggap bahasa Melayu tidak mampu merentas ruang antarabangsa.

Bahasa asing dipilih bagi mengisi ruang jenama produk tempatan dengan alasan komersial. Bagi segelintir pihak yang tandus jati diri dan kepercayaan terhadap bahasa Melayu, pemilihan bahasa asing berupaya menjadikan produk diterima mudah oleh masyarakat global. Sememangnya tidak dinafikan dalam urusan perniagaan, penjenamaan ialah perkara penting dalam kelancaran produk meningkatkan graf pendapatan negara. Walau bagaimanapun, perkara yang lebih utama di sebalik penjenamaan ialah pemasaran dan rangka promosi yang mantap serta berkesan. Hyundai, Kia, Toyota, Nissan, Honda dan Mitsubishi ialah jenama-jenama kenderaan khususnya kereta dari Jepun dan Korea yang cemerlang biarpun menggunakan ciri bahasa tempatan untuk jenama bagi pasaran antarabangsa.

Proton sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM 150 juta telah mencipta sejarah dan menjadi kebanggaan negara apabila berjaya mengeluarkan model Proton Saga sebagai kereta jenama Malaysia yang pertama. Kelahiran Proton Saga diikuti Proton Iswara, Proton Tiara, Proton Putra, Proton Satria, Proton Wira, Proton Waja, Proton Perdana serta Proton Persona mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat tempatan. Lebih membanggakan apabila jenama seperti Proton Waja berjaya mendapat tempat di hati pemilik kenderaan di Indonesia dan China. Penerimaan baik masyarakat luar terhadap jenama-jenama bernada Melayu ini membuktikan bahawa bukan nama yang menjadi taruhan, sebaliknya kualiti dan rangka pemasaran berkesan ialah tunjang kejayaannya.

Sekiranya maksud-maksud bagi setiap diksi yang diangkat sebagai jenama kereta Proton terdahulu ini diteliti, maka akan jelaslah betapa tingginya nilai makna kedua yang cuba ditampilkan menerusi Saga, Perdana, Wira, Waja, Persona, Satria, Putra dan sebagainya. Pemilihan diksi-diksi ini secara tidak langsung membawa usaha dan semangat Melayu dalam jenamanya. Dengan mengetahui maksud, pengguna seharusnya berbangga memiliki Proton Waja, Proton Wira mahupun Proton Perdana seperti di dalam jadual di bawah. Walau bagaimanapun, Proton Myvi, Savvy, Viva dan terkini Preve jelas tidak memaparkan citra Melayu dan Malaysia. Sekiranya hal ini berlarutan, dikhuatiri keunggulan dan kecemerlangan sektor automotif Malaysia yang seharusnya membawa nama Malaysia disalah anggap sebagai jenama-jenama dari negara Barat lantaran pemilihan bahasa asing bagi jenama tempatan.

Jenama dan Maksud

Waja = Kuat (berkaitan semangat dan cita-cita)
Wira = Pahlawan lelaki yang mempunyai sifat wira
Satria =  Sateria, Kesateria, perajurit yang gagah berani
Putra = Putera, anak lelaki raja
Persona = Watak yang ditampilkan
Perdana = Yang terutama
Saga = Sejenis tumbuhan berbuah merah

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997, DBP, Kuala Lumpur

Dalam bidang kosmetik Malaysia – pemilihan nama Sendayu Tinggi oleh Puan Rozita Ibrahim selaku pemilik jenama dan pengeluar kosmetik berprestij ini membuktikan penggunaan “wajah” Melayu pada jenamanya mampu menarik hati pengguna dengan jaminan kesan positif serta pembungkusan produk yang menarik. Kejayaan Sendayu Tinggi terbukti apabila wujud lebih daripada sembilan anak syarikatnya dengan lebih 2000 pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu, pengeluar kosmetik Sri Mawar turut mencatatkan kejayaan apabila mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli. Jika diteliti, kejayaan yang diraih kosmetik berjenama Melayu ini ialah reka bentuk pembungkusan berserta rangka promosi terancang dan berkesan.

Sekiranya semua usahawan yakin bahawa nama yang elegan dan komersial semata-mata ialah tunjang kejayaan sesebuah produk, maka apakah nama Chery bagi jenama kenderaan dari China itu mempunyai nilai komersial yang tinggi? Namun demikian, dari nama sejenis buah - Chery semakin mendapat permintaan antarabangsa termasuklah di Malaysia. Kejayaan Chery Easter menembusi pasaran global tidak lain atas faktor reka bentuk menawan, beberapa kit tambahan dan aksesori kecil dengan tawaran harga di bawah RM 100 000. Walau bagaimanapun, tanpa usaha promosi di ruang supranasional yang berterusan, Chery tidak akan mendapat tempat yang baik dalam dunia automotif tanpa sempadan.

Masalah keyakinan masyarakat tempatan terhadap jenama dengan label bahasa Melayu semakin jelas apabila kebanyakan drama dan filem Melayu lebih bangga memaparkan variasi bahan elektronik keluaran negara lain. Namun demikian, sekiranya masyarakat meneliti drama-drama terbitan Korea Selatan khususnya - jelas memaparkan penggunaan alatan elektronik buatan negara mereka sendiri. Malah, amat sukar bagi khalayak penonton mahupun pengkaji untuk menemui jenama asing sama ada pada kenderaan mahupun telefon bimbit. Dasar penerbitan media elektronik khususnya menerusi drama di Korea Selatan seolah-olah diwajibkan memperlihatkan kemajuan teknologi mereka sebagai satu promosi lantaran drama-drama Korea Selatan begitu diminati masyarakat antarabangsa. Keyakinan warga Korea Selatan terhadap bahasa dan mutu kerja mereka diiktiraf dan diyakini oleh dunia sehingga syarikat Samsung Engineering & Construction diberi kepercayaan untuk membangunkan Burj Dubai, gedung tertinggi di dunia.

Pemikiran ini menjadikan kebanyakan pengarah Korea Selatan melakukan teknik fokus dekat (zoom in) pada alatan yang digunakan pelakon sebagai prop. Sebagai contohnya, drama bersiri Yes, Captain! siaran One Asia TV menunjukkan berulang kali telefon pintar Samsung Galaxy Note, Anycall digunakan oleh watak Kim Yoon Sung, Han-Da jin dan Kang Dong Soo. Seandainya drama-drama tempatan dengan kisah korporat berbangga dengan kereta-kereta mewah seperti BMW dan Mercedesz Benz, drama-drama Korea Selatan berbangga dengan Kia, Hyundai berserta perkakas rumah jenama LG dan Samsung. Namun, di negara kita – mengapa sukar sekali khalayak melihat jenama tempatan dengan bahasa tempatan di kaca televisyen menerusi drama tempatan? Perkara ini kelihatan remeh namun besar implikasinya terhadap pemikiran khalayak yang menonton. Sama ada sutradara mahu membentuk rasa bangga masyarakat terhadap jenama tempatan dengan bahasa tempatan atau membiarkan masyarakat terus dibuai cinta puja terhadap barangan jenama asing - bergantung pada tingginya akar jati diri mereka.

Bahasa tempatan untuk jenama tempatan perlu diberi perhatian serius dalam usaha melestarikan keunggulan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Kedudukan bahasa Melayu di tangga keenam selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan India daripada ribuan bahasa di dunia memperlihatkan keupayaan bahasa Melayu di persada global. Keyakinan terhadap bahasa Melayu menampilkan budaya Melayu perlu diteruskan. Sebagai contohnya, Bonda Cafe yang beroperasi di 190 Sussex Gardens Paddington, London menghidangkan juadah-juadah Melayu dan mendapat sambutan yang memberangsangkan baik dari pada masyarakat Malaysia mahupun warga London sendiri.

Juadah di Bonda Cafe

Nasi Lemak (Malay coconut rice served with prawn sambal, anchovies, peanuts, egg & cucumber £5.00)
Nasi Goreng Kampung (Spicy Malay fried rice with egg, anchovies & salted fish £4.50)
Rendang Daging Traditional Malay spicy beef cooked in (Coconut sauce & lemon grass £5.00)
Asam Pedas (Mackerel cooked in hot and sour gravy £4.80)
Sambal Ikan Bilis & Petai (Anchovies fried with chillies & petai beans £6.50)

Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa menunjukkan budaya. Bahasa menjadi lambang sesebuah tamadun di dunia. Usaha menyemai semangat cinta akan bahasa kebangsaan seharusnya dimulakan sejak anak-anak masih kecil. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – seperti itulah masyarakat khususnya pemimpin negara mempertahankan bahasa Melayu daripada diragui oleh generasi akan datang. Di Bangladesh, bahasa Laleng yang menjadi bahasa asal negara itu semakin menemui ajalnya. Di Malaysia, janganlah begitu jadinya. Bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Korea Selatan, Rusia, Perancis dan Jepun sudah membuktikan betapa keyakinan terhadap bahasa sendiri yang tampil sebagai jenama produk negara mereka mampu merentasi sempadan antarabangsa. Berbanggalah dengan bahasa kebangsaan kerana dengan bahasa itulah masyarakat mengenal sejarah, alam persekitaran, dunia pendidikan serta keindahan budaya sendiri yang tiada terperi. Bahasa tempatan untuk jenama tempatan.

Bunga mawar di laman bonda,
    Indah dipandang dipetik jangan;
Biar hilang jasad dan nyawa,
   Bahasa Melayu dipermainkan jangan.

Esei ini tersiar dalam Dewan Bahasa, Julai 2012

Minggu, 22 Juli 2012

Angry Bird Untuk Syafikah, Bola Untuk Aiman



Dua kek atas permintaan Kak Lia untuk anak-anaknya. Ini merupakan kek terakhir sebelum mula berpuasa. Birthday mereka berdua ni jatuhnya sehari sebelum puasa. Jadi kebanyakan geng di kuarters ni balik ke kampung, maka tak sempatlah beliau nak buat makan-makan di rumah. Oleh itu Kak Lia meminta cheq sue membuat kek-kek ini untuk di bawa ke sekolah anak-anaknya belajar. Oleh sebab permintaannya adalah kek bola dan kek angry bird, maka bolehla cheq sue ambil kedua-dua tempahan tu. Kalau kek yang rumit designnya cheq sue tak dapat jugak nak terima. Kira-kira kali ni pecah rekod jugak sepanjang baking membaking ni sebab cheq sue bukan saja buat 2 kek tapi 3... Haaaaaaa....



Untuk design angrybird kali ni cheq sue refer pada blog Zack Zachoes, kejadiannya better pada angry bird yang pertama dulu... Cumanya namapak sangat la deco angrybird tu agak kasar dan garang. Warna pun tak berapa terang, maklumlah guna fresh cream, nak letak warna banyak-banyak takut cair pulak.






S'berry sponge cake + s'berry jam & FC + FC




Kek bola ni pulak cheq sue refer di buku Kak Zeti yang menonjolkan banyak deco-deco sebagai panduan. Mula-mula nak buat warna hitam dan putih, guna pewarna dia jadi warna kelabu. Dah jadi tak cantik. so cheq sue mix pulak dengan warna merah, dan hasilnya jadi warna maroon. Mmmmm tak kisahlah ada ke tak bola kaler ni ye dak... Janji ada bentuknya ^_^. Harapnya kedua anak Kak Lia berpuas hati. Wassalam...




Choc sponge cake + s'berry jam & FC + FC & choc rice

Stylish Thankyou