SEMINGGU yang lalu saya telah mendapat sebuah e-mel daripada seorang pelawat blog ini yang tidak saya kenali sebelumnya ini iaitu saudara Nik Adrieyman. Nik mendarat di laman blog saya dalam kembara Nik untuk mencari seseorang yang pernah berjasa kepadanya. Rupa-rupanya Nik sedang goggle mencari nama seseorang iaitu Julia Juis. Seorang guru yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Melewati blog saya, Nik menemui Cikgu Julia dan nyata Nik begitu gembira dengan penemuan tentang cikgu di blog saya. Menurut Nik, sudah hampir 20 tahun Nik tidak menemui cikgu. Mengapa Nik mencari cikgu? Sebab yang Nik berikan, Cikgu Julia telah banyak menabur jasa dalam memberi kejayaan kepada dirinya sehinggalah Nik berjaya berada di tahap kerjaya yang cemerlang sekarang ini. Buat masa ini, Nik sedang berada di University Of Hull, United Kingdom bagi menyambung pengajian peringkat kedoktorannya.
Pulang ke rumah, saya bertanya kepada cikgu sama ada cikgu kenal atau tidak pelajar yang saya maksudkan itu dan ya, cikgu mengingatinya dan masih dapat memberikan gambar tentang rupa pelajar tersebut dan cikgu masih ingat cikgu mengajar Nik di tingkatan satu dan dua di SMB St. Augsutine, Betong, Sarawak.

Wardah bersama Cikgu Julia di majlis Hi-Tea Pengawas tahun 2004
Bagi saya, kata-kata Nik betapa Cikgu Julia telah banyak menabur jasa dan memberi semangat kepada dia sehingga mencapai kejayaan tidak dapat disangkal. Saya berani mengatakan, semangat dan jiwa Cikgu Julia dalam mendidik tidak pernah berubah. Dalam banyak situasi, cikgu sering ingin memastikan pelajar-pelajarnya bebas daripada sebarang masalah yang mampu menganggu gugat emosi dalam sesi pembelajaran dan itulah asbab yang membawa kepada pertalian saya dengan cikgu yang sudah mencecah enam tahun.
Kritikan cikgu memang pedas, sangat pedas dan sering menyakitkan. Mungkin kerana emosi saya sebagai seorang remaja satu masa lalu, saya sendiri sering memberontak namun cikgu tidak pernah berputus asa membimbing saya ke jalan yang benar. Mengajar saya untuk memahami keadaan dan sentiasa mengingatkan saya betapa pentingnya pelajaran dalam membentuk kejayaan di masa hadapan.
Saat membaca kiriman e-mel daripada Nik, hati saya berkata sendiri bahawa seorang guru tetaplah seorang guru. Begitu gembira apabila mendengar khabar gembira tentang kejayaan anak didiknya walaupun dia masih seperti dulu. Terus berdiri di setiap sesi pembelajaran, melukakan suara menabur ilmu. Saat anak didiknya meraih pendapatan lumayan dalam masa yang singkat, guru tetap setia mengajar tanpa mengeluh tentang kenaikan gaji yang sukar didaki.
Buat Cikgu Julia, terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah merahmati diri cikgu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar