Atas : Ayam Selasih Bawah : Ayam Sutera (Silkie) |
Perbezaan nyata boleh dilihat bagi membandingkan di antara ayam selasih dan ayam sutera (silkie). Walaupun kedua-duanya mempunyai isi berwarna hitam,namun pada bahagian bulu ayam selasih adalah berbulu pelepah manakala ayam sutera(silkie) berbulu halus seperti bulu anak (sutera).
Pada asalnya hanya ayam sutera (silkie) sahaja yang berwarna hitam isinya. Namun di atas permintaan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional cina, ayam sutera (silkie) dikacukan dengan ayam pedaging komersial bagi mendapatkan baka ayam yang isinya berwarna hitam namun pertumbuhan sehebat dengan ayam pedaging komersial. Maka terjadilah ayam selasih di mana isinya berwarna hitam dan yang penting ayam selasih mempunyai bulu PELEPAH.
Kerana itu bila ditanya kepada pengguna-pengguna di kalangan orang berbangsa cina, ayam sutera (silkie) lebih dikenali sebagai ayam selasih original atau ayam kampung original ( hokkien : oo bak ke).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar