Kalo sesiapa yang yang berminat nak join sila klik Blog Pilihan Malaysia
AL-KISAH SEORANG MAHASISWA
Saya seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia , IPTA yang ke-20 di Malaysia ini.Lokasinya terletak bersebelahan dengan Maktab Tentera Diraja Kem Sungai Besi Kuala Lumpur.Saya merupakan pelajar jurusan sarjana muda teknologi maritim.Mula memasuki universiti ini pada 26 Mei 2007 dan dijangka menamatkan pengajian pada pertengahan tahun ini.
Pengalaman
Kalo nak ceritakan pengalaman saya di UPNM memang banyak.Yelah dan nak masuk 4 tahun.Tapi saya nak ceritakan tentang pengalaman saya mengikuti latihan ketenteraan.Saya sebenarnya memang malas nak ikut training bukan apa penat tapi nak buat macamana gaji diberi tiap bulan.Teringat kalo bukan disebabkan kawan saya memang malas betul nak pergi training.Namun saya kuatkan juga kaki melangkah.Satu hari tu saya tertidur dan tak hadir training kebetulan masa tu kawan saya pun tak tersedar.Apa lagi satu rumah kene hukum angkat log (kayu balak) keliling universiti.
Malam tu saya termuntah-muntah kepenatan.Habis masam satu badan.Tapi mujur kawan saya pandai buat lawak mengajuk jurulatih yang hukum kami.Saya ketawa terbahak-bahak.Memang lupa semua penat yang ade.Harap mereka bace entri saya ni sebab tanpa mereka saya mungkin dah hidup tertekan kat sini.Bagi saya pengalaman semasa training banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan hidup sebagai satu pasukan.Cewah gedik giler ayat nih hehe.Apapun thanks kat kengkawan kat U ,'You're da best man'.
Kenangan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar