Tampilkan postingan dengan label Ikan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ikan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 01 September 2013

Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar semuanya hari ini? Dua hari tak ada khabar berita kan... Nak menengok blog kengkawan pun tak berkesempatan. Alkisahnya saya balik ke kampung...tak bawa balik lappy. Tengok gitu-gitu through phone aje lah. Sekarang ni dekat kg tengah musim buah. Setakat rambutan, duku, dokong dan durian tu semua ada keliling rumah. Memang makan tak hengatlah sampai badan pun dah seram sejuk dek sakit urat. Masa ni la sesuai sangat nak balik kampung sambil menengok mak dan ayah. T_T

Berbalik pada n3 hari ni, saya buat minggu lepas sebenarnya. Beli ikan talapia sebesar tiga jari...satu dah buat kheng som / asam pedas Thai, satu lagi di buat pulak ikan dalam taman a.k.a pla lui suan. Ini merupakan masakan Thai yang saya dapat dari blog Kak Nor yang mana beliau memperolehinya daripada buku masakan Thai.


Kalau tengokkan ikan saya ni, bukan kata ikan dalam taman, tapi dah boleh kata ikan dalam semak, sebab banyak sangat pulak dah benda-benda kat atasnya tu. Iyalah kan, saya buat ni lebih pada agak2 saja segala bahan-bahannya. Berdasarkan resepi ni juga saya buat sedikit ubahsuai kerana ada benda yang saya tak ada, jadi saya gantikan. Contohnya seperti pes cili sangai tu, dah pernah sekali buat dulu. Untuk kali ni saya tak buat dan digantikan dengan Thai dipping sauce.

Untuk kelainan masakan ikan, saya syorkan kawan2 cuba resepi ni. Selain mudah, ianya sangat sedap dan aromanya sangat menyelerakan. Saya pun insyaAllah akan membuatnya semula. TQ Kak Nor yang berkongsi resepi ni...



IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN
Resepi : Buku Masakan Thai

Sumber : Kak Nor

1 ekor ikan siakap saya guna ikan talapia
¼ cawan tepung gandum

Bersihkan ikan dan kelar sedikit
Lumur dengan sedikit garap. Perap sebentar
Salut ke dalam tepung dan goring hingga garing.
Letakkan ke dalam pinggan

Bahan-bahan  Sos :
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 biji cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai saya ganti dengan Dipping For Chicken Mae Pranom

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

Rabu, 28 Agustus 2013

Kheng Som @ Asam Pedas Thai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semua? Di sini suram je hari ni, dingin dan masih sejuk sejak kebelakangan. Sesuai kalau sapa yang nak datang berkunjung melancong bersama keluarga. Heeeee... promote siap!

Saya buat asam pedas Thai ni buat berbuka minggu lepas. Dah jemu agaknya makan yang goreng2, yang bersambal, jadi saya cuba la resepi yang dikongsikan oleh Yana. Memang sedap, rugi kalau tak cuba buat. Saya memang dah lama teringin nak buat. Jadi belek2 resepi tengok senang sesangat cuba ajelah. Saya agak bahan2nya untuk seekor ikan sebesar 3 jari. Kalau tengok kheng som ni agak berbeza sikit dari asam pedas biasa... lebih authentic gitu. Wanginya pun lain...ada bau-bau Thai food sikit T_T


Cuma tak tahulah kepala ni dok pikir apa, terlupa nak masukkan asam keping, jadi agak kurang masam sikitlah. Asam pedas ni kalau tak masam memang la kurang kick kan... Next time memang kena alert lagi la bila tengok resepi.

Kalau sesiapa yang nak rasa kelainan boleh la cuba buat resepi ni. InsyaAllah, pada saya memang sedap je. Lain kali boleh cuna dengan ikan patin pulak. Yang saya buat ni guna ikan talapia merah. Ikut kesukaan la nak gunakan ikan apa. Kalau ikan laut pun boleh juga agaknya.

Jadi saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang. TQ Yana...


KENG SOM @ ASAM PEDAS THAI
Resepi : Yana

Bahan kisar:
1 labu bawang putih update : 1 labu bawang besar (maaf, copy dari blog...T_T). TQ Kak Besah
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
sedikit belacan

Bahan lain:
1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya 

CARA NAK BUAT :-
Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..

Minggu, 21 Juli 2013

Gulai Acheh Ikan Tongkol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar hari ini? Nampaknya dah masuk hari ke 13 kita menjalankan ibadat puasa. Semoga segala amal ibadat kita di terima Allah SWT. Dah berkira2 ke nak buat biskut raya apa? Saya baru skodeng resepi. Menunggukan gaji ni baru nak membeli bahan2. Kalau tak buat macam tak meriah pulak, semuanya nak kena beli. Bukan tak ada yang dibeli langsung, tapi rasanya lebih puas hati jika buat sendiri. Nak makan pun tak yah nak jimat-jimat.

Kita tinggalkan dulu cerita raya ni. Saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat untuk makan2 di sekolah sebelum puasa baru2 ni. Alkisahnya nak cuba buat gulai Acheh sebab dah ada resepi ori dari sana. Tapi cari punya cari tak hengat pulak di mana letaknya buku catatan tu. Jadi saya search la dalam internet dan terjumpa satu resepi seakan2 sama.


Yang saya gunakan ni ikan tongkol saiz kecil, kira macam anak2 je lagi. Sekilo dalam RM8, boleh tahan jugak. Istimewanya gulai Acheh ni sebab ianya menggunakan bahan ori dari sana iaitu asam sinti dan jugak rempahnya. Memang dapat rasa kelainannya. Walaupun guna agak banyak, dalam 15-20 biji tak ketara sangat masamnya. Semasa di Acheh tu, boleh kata tiap2 hari makan nasi dengan gulai Acheh sampaikan termimpi2lah jugak. Yang paling sedap apabila digulai dengan ikan tenggiri segar. Mmmmmm terasa-rasa sampai sekarang. *_* Tapi maklum sajalah di sini berapa pulak harga ikan tenggiri tu...


Terima kasih pada Resepi Bonda yang berkongsikan resepi ni. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan kongsikan pula resepi yang saya perolehi dari sana.


GULAI ACEH
Sumber : Resepi Bonda

1/2 kg ikan tenggiri/sebarang jenis ikan yang disukai saya guna 1 1/2 kg. Jadi bahan2 lain tu saya gandakan ikut kesesuaian
1 sudu makan ketumbar kasar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
10 biji cili merah
5 biji cili kering saya guna cili giling, tu warna agak gelap
10 biji belimbing kering
sebesar kelingking kunyit kering
2 biji limau nipis
garam dan belacan

Kisar ketumbar, jintan putih, lada hitam, cili kering, cili merah, belimbing kering, kunyit kering, garam dan belacan. Bersihkan ikan dan potong ikut suka. Gaul mikan dengan rempah yang dikisar tadi.. Jerangkan kuali dengan air secukupnya untuk kuah. Bila air mendidih, masukkan ikan beserta rempah tadi. Kacau biar rata. Masak hingga mendidih dan ikan masak. Rasakan garamnya dan perahkan air limau. Kacau, biarkan selama 2 minit dan angkat..

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 21 Mei 2013

Resepi Ikan Kekek Kukus Buah Prun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada jam ini, pastinya semua dari kita sudah selamat menjamu hidangan makan tengah hari. Apa menunya? Mesti sedap dan seronok makan bersama keluarga atau rakan sekerja. Makan di mana pun tak kisahlah, janji kenyang dan halal. Tak gitu?

Jadi, bertepatan dengan waktunya ni, saya nak kongsikanlah satu resepi yang dah lama saya buat. Biasalah sekarang ni tak ada menu fresh from kitchen, hari2 sibuk bizi memanjang... Pada yang selalu datang berkunjung dan meninggalkan komen tu, terima kasih banyak2. Maafkan saya jika tidak dapat membalas komen anda tu, hanya mampu BW je sekilas lalu.

Ikan kukus ni saya buat ikut suka je. Ada soy honey glaze - masuk. Ada prun - campak. Masa ke pasar malam, saya beli ikan kekek setengah kilo, dapat dalam 6 ekor. Tengok saiznya tu tak besar sangat, dalam separuh tapak tangan je. Dua dah dibuat goreng garam kunyit selebihnya empat ekor dok bertapa dalam peti. Nak buat camana, lepas mengundi tu memang malas betul nak masak nasi, setakat makan sorang saya support je lah kedai makan yang ada dekat sini. Yang saya buat ni pun saya bawa makan di rumah kawan...


Alhamdulillah, kejadiannya tidak lah mengecewakan. Walaupun hasilnya agak manis sebab masa buat tu saya puasa (mungkin jugak sebab soy honey glaze tu). Next time kena lebihkan sikit garam atau serbuk cukup rasa. Kalau kata tak ada ikan kekek, boleh juga gunakan ikan laut yang lain. Buat yang nak mencuba saya letakkan resepi di bawah ni. ^^


IKAN KEKEK KUKUS BUAH PRUN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
5 ekor ikan kekek (saiz kecil) - kelar badannya
1 biji bawang besar (saiz kecil)
1 biji bawang putih
2 biji cili hijau - potong bulat nak pedas letak lebih
Sedikit halia, lobak merah
4 biji prun kering (tak ada biji) - hiris kasar

Cara membuatnya :
Ratakan 1 1/2 sb soy honey glaze di dalam bekas kukusan
Tabur hirisan halia, bawang besar, bawang putih dan cili hijau
Kemudian susunkan ikan
Di atasnya tuangkan lebihan soy honey glaze, hirisan halia, bawang besar, bawang putih dan cili hijau 
Kemudian tabur prun cincang dan parutan lobak merah
Akhir sekali taburkan sedikit serbuk Cukup Rasa
Kukus hingga masak
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 11 Februari 2012

Talapia Bakar Sambal Belacan

 
 
Pagi yang hening, bening dan sepi. Entah di mana mentari pagi ini. Sudah beberapa hari mentari memancarkan sirnanya ke pelusuk CH ni, nampaknya sudah kembali ke cuaca seperti sediakala. Harap2 dapat la menikmati dingin bayu untuk masa2 seterusnya. Perit pedih kulit ni rasanya bila dijamah panas mentari. Panas di sini dengan di tempat lain sudah tentulah tidak sama kerana faktor ketinggian dari aras laut. Eh.... ye ke? Iya...betul ni, tak tipu! He he he...

Menu ikan talapia ni menjadi santapan lunch cheq sue pada minggu lepas. Suka dinyatakan disini, ini adalah resepi untuk sapa yang x makan pedas. Sambal belacan tu pulak versi campak2 aje, mungkin ada resepi yang berlainan tu cheq sue tak pasti pulak. Sebenarnya hayat ikan talapia tu dah lama jugak dalam peti ais, hampir dua minggu rasanya. Kalau boleh guna ikan talapia segar lagi sedap hasilnya. Yang cheq sue guna ni saiz sederhana, dalam 3 jari. Kalau guna ikan bersaiz besar, kena la gandakan bahan-bahannya tu. Resepi ni menggunakan bahan yang simple aje, yang ada kat rumah. Nak letak daun kesum x ada. Nak letak bunga kantan malas nak pergi ambik. Nak balut dalam daun pisang pun malas nak ambik. Heeeeee serba serbi malas la rasanya. Takpelah, untuk mulut sendiri ni kira halal lah, janji masak dan boleh makan. Udah!

Rupa-rupanya bila dah makan, kena pulak dengan selera cheq sue. Air daripada rempahnya tu memang sedap dicicah dengan isi ikan. Nasib baik jugak tak tapis masa blend bahan kisar tu. Korang kena cuba la dulu kalau nak tahu camana rasanya. InsyaAllah puas hati. Wassalam...




 
TALAPIA BAKAR SAMBAL BELACAN 
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
* 2 biji cili merah segar (cheq sue guna 1 cili merah + 1 cili hijau) - potong kecil
(kalau nak pedas boleh lebihkan cili / tambah cili padi)
* 1/2 biji bawang besar
* 1 batang serai - hiris halus
* Sehiris halia - mayang
* Sedikit belacan - sebesar ibu jari
1 ekor ikan talapia - bersihkan dan kelar sedikit
Sedikit garam, minyak @air (opt)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan goreng hingga wangi dan layu bahan *. Kisar lumat - boleh menggunakan air atau tidak (bergantung pada blender masing2. Cheq sue guna air sikit untuk melumatkannya)
Buang minyak yang digunakan untuk menggoreng bahan * tadi, kemudian masukkan bahan yang dikisar.
Perasakan dengan garam, masak hingga agak2 pekat.
Kemudian masukkan ikan, masak 5 minit, matikan api dan perap 15 minit.
Pindahkan ikan dan bumbunya ke dalam bekas tahan panas, dan bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit (bergantung pada oven masing2 dan tahap kegaringan ikan yang diingini)

Senin, 16 Januari 2012

Akhirnya Dah Pandai Pun Makan Tempoyak....

 
 
Meh nak tanya ni...sape yang tak reti makan tempoyak atau something yang menggunakan tempoyak? Ish ish ish.. memang rugi bebenor la ye. Macam cheq sue ni dah berapa puluh tahun rugi sebab baru semenjak dua menjak tahu makan tempoyak. Semuanya bermula dengan sambal sumbat ikan yang menggunakan tempoyak, yang dipost oleh Kak Besah di MyR...pastu buat sambal kering dengan sambal sumbat tu. Perghhhhhh memang x pandang kiri kanan dah. Lepas pada tu, dah boleh pulak makan gulai masam. Dekat sekolah memang selalu ada menu ikan patin masak tempoyak. Cheq sue memang suka makan ikan patin, jadi dah sekali mencuba memang jatuh cinta abes. Cuma sambal tempoyak belum boleh nak makan lagi. Agak-agaknya kalau ke Benta, suruh mak masakkan gulai masam, mesti dia suka sebab anaknya ni dah boleh makan. Selalu kalau dia masak tu, memang kena masak lauk lain...
 



Tapi sayang sekali nak cerita kat sini. Cheq sue memang tak reti nak masak gulai tempoyak tu. Ada la jugak bertanya pada kawan2 yang pakar, katanya tak payah masukkan bawang. Korang ada ke nak syor kan resepi gulai tempoyak ni kat cheq sue. Nanti balik kg ni nak cuba buatlah...mana tahu ada yang tergoda pulak. Gambar kat atas tu cheq sue buat menggunakan kuah yang tak habis dimakan. Pada Sabtu lepas kan kami ada buat makan-makan. Ada la sorang kawan ni, Kak Lia buat gulai tempoyak ikan patin. Tapi isi dah habis dulu, tinggal kuahnya aje. Kebetulan ada ikan talapia kat rumah, so cheq sue tapaulah kuahnya. Jadi ikan tu dilebur aje kat dalam periuk guna kuah yang dah dibuat orang. Heeeeee bijak tak? Sekor ikan tu dapat jugak dua kali makan. Memang puas hati sungguh!! Pada sape yang belum terbuka hati nak cuba tu...bawak2 la belajar makan....memang tak rugi. Wassalam...

Kamis, 05 Januari 2012

Ikan Masak Cincuan @ Pindang Serani

 
 
Ikan ni cheq sue masak untuk dinner semalam. Bila dah stat persekolahan, jadual masak dan makan memang akan berubah, jadi kat dalam blog pun n3 keluar ikut dan aje, mana yang ada, yang sempat terus je publish. Jadi, tak kisah la ya kena time atau tidak, yang penting publish!
 
Dah lama jugak skodeng resepi ni, tunggu masa aje. Kebetulan malas nak masak banyak2, tu yang cuba masak cincuan ni. Rasa2nya macam ikan singgang versi Terengganu, sebab ada kunyit dan bawang. Rasanya memang sedap, ada masam2 gitu. Cuma cheq sue tak goreng dulu ikan tu, maklumlah buat pun seekor aje. Ikan pulak cheq sue tukar pada ikan selayang. Bahan-bahan tu pulak cheq sue kurangkan ikut kesesuaian. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau ada ulam-ulam ke sambal belacan ke adehhh mau makan bertambah.




Kat sini cheq sue tempekkan jugak resepinya, kalau2 ada yang nak cuba. Tq pada Kak Jee jugak sebab sudi berkongsi resepi ni. Mudah, ringkas dan puas hati. Jangan lupa cuba ya... Wassalam...
 
IKAN MASAK CINCUAN @ PINDANG SERANI
Resepi : Kak Jee
 
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru (boleh ganti juga dengan ikan lain)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
½ sudu kecil serbuk kunyit
Cili api (ikut suka)
1 inci lengkuas/serai

Cara-cara :
Ikan dibersihkan dan digoreng separuh masak. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan cili api dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air mengikut banyak mana kuah diperlukan. Kjee bubuh kira2 dua cawan. Masukkan juga asam gelugor serta lengkuas yang telah dihiris dan biarkan mendidih. Kemudian bubuh garam dan pak aji (jika guna). Apabila mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Reneh dan balik2kan ikan. Siap. Sedap dimakan dengan ulam2 dan sambal belacan. Rasa lauk ni masam2 sikit. Kalau suka bolehlah bubuh sedikit gula tapi tadi Kjee tak bubuh.

Kamis, 03 November 2011

Ikan Bawal Bakar Portugis



 
 
Hari ni insyaAllah akan balik kg selepas sekolah. Rasa baru je balik bercuti... kalau x raya memang nak lepak aje sini. Badan pun masih penat, barang2 pun dok bersepah2 aje lagi. Tak cukup kaki tangan nak membuat itu semua. Tambah pulak ada rasa malas, mmmmm lagi la x buat.

Cerita tentang ikan  bakar portugis ni, cheq sue buat semalam, habiskan stok ikan bawal. Dulu dah buat ala-ala portugis tapi caranya sedikit berbeza. Kali ni cheq sue skodeng resepi ni jauh tau...merentas selat Melaka hingga ke Singapura. TQ Kak Nur...



 
Kalau nengok ke ikan dan hidu baunya tu memang nyaman aje. Nak rasa x boleh lagi, sebab too early. Cheq sue bawak ni ke sekolah. Tapi bukan nak kata lah... naluri hatiku berkata memang sedap! Heeeeee. Selalu kalau kat kedai, memang semerbak aroma ikan bakar ni sebab mengandungi bermacam rempah ratus yang mengembang ngempiskan hidung. Tambah2 pulak bila dah bakar dalam daun pisang. Cheq sue bakar dalam oven aje, beralaskan daun pisang di dalamnya.
 
Cara penyediannya pun senang, kalau disiapkan lebih awal dulu rempahnya pun boleh sebab kita akan tumis dulu nanti. Untuk wanita yang sentiasa bz @ tak cukup masa tu memang sesuai la masak ni. Cheq sue dah buat, harap2 lepas ni korang bolehlah cuba. Mmmmm tak sabar nak makan ni!
Wassalam...
IKAN BAWAL BAKAR PORTUGIS
Resepi : Chef Wan
Sumber : Nuridah S'pore
 
Bahan-Bahan :
1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang

Dikisar Halus :
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .
3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Senin, 31 Oktober 2011

Ikan Bawal Masak Kuali

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah kol 6, kira halal la ye masukkan n3 ikan bawal ni. Masak tadi untuk lunch merangkap dinner. Alhamdulillah dah kenyang pun rasanya. Cerita tentang ikan bawal masak kuali ni, memang unik rasanya. Tak tahu la pulak kenapa dinamakan begitu, padahal memang memasaknya menggunakan kuali pun... Agaknya ada kisahnya sendiri kot.  Kalau dilihat resepi asalnya menggunakan ikan kembung, tapi boleh saja ditukar kepada ikan2 yang disukai. Cheq sue ni kebetulan ada ikan bawal...memang kena sungguh. Istimewanya kalau guna ikan bawal ni, bila digoreng sedikit garing, semua boleh makan kecuali tulang belakangnya itu saja... Percaya tak???

Nak dijadikan cerita pulak waktu salin resepi ni, terlepas pandang si halba, jadi x la cheq sue masukkan. Asam jawa tu pulak agak terlebih, dah jadi sedikit masam pulak. Tapi bila dimakan dengan nasi + kangkung goreng belacan, mmmmmmmm sedap aje lalu kot tekak ni. Masalah betul kalau resepi yang disalin ni...mesti ada miss apa-apa. Cicip pulak rempahnya dengan salad butterhead tu... sedar2 dah habis pun sepinggan


Kalau tengok ke laporannya di MyR tu memang dah ramai yang cuba. Cuma yang cheq sue ni xde la jadi merah sgt sosnya, tenggelam dek kuning kunyit barangkali. Cili giling yang digunakan pulak x berapa merah. Pastu cheq sue pun x ikut sukatan bahan2 ni, agak2 ajelah sebab ikan pun saiz sedang2 saja... Rempah2 tu pulak cheq sue tumbuk aje. Sempat jugak berpeluh kat ketiak tadi. Hi hi hi...

Kalau korang dah kehabisan idea nak masak apa, boleh la cuba buat ikan ni. Kata Che' Iza lagi, lagi sedap kalau diperam semalaman baru dimakan. Pada cheq sue, makan terus pun dah sedap, kalau semalaman lagi mesra bumbunya tentulah lagi sedap! Cuba jangan x cuba tau... Wassalam...

IKAN BAWAL MASAK KUALI

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap) cheq sue guna ikan bawal
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Selasa, 25 Oktober 2011

Gula Ike Tawa Nga Nenah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apo koba saing sobat cheq sue pete2 ni? Dok wak gapo tuh? Bakali lepah kenye make nasik dok guling-guling sambil kelih tb. Kalu ado hok kijo pete ni gak dok tengoh ngatok la tu bakali. Xdok nak gi mano-mano ko? Kalu tengok ko cuaco ni jo'o jah nk huje dok sero Maklo lah musim loni tengoh setat doh nak banjir. Keno jago2 la hok mano ado anok kecik tu siyak dok lepah main sunga ko tali air. Takut gapo2 jah mugo nk geroh ni dio x royak...

Eh... apo ha pulok cheq sue spiking London kali ni? Huk aloh...sesekali kelik kapung braso lecah eh dok kecek di luar smace. Lagi ore dok Mesir kebuk kecek Klate. Bahasa Klate ni xdok doh ore x pehe, Melayu, Cino, India, Serani semo tahu blako. Kalu dok CH nu gak, mace dok PP doh sero. Laaaa, panje pulok crito pasal bahaso Klate ni... pada niat nok kosi gula ike nga enah ni bena nyo.

*** Setakat ni, ada orang tak paham ke?



Kemarin g banda nga mek. Aloh kelik tu dio singgoh di Pasar Pelade beli buah timun, tengok ado nenah ni beli la sbutir. Dale 4 riya jugok regonyo. Jadi hari ni meme wojib la gula nga ike tawa. Nenah ni kalu wak gula meme sedak lah...kalu guno ike kering lagi la... Kalu nak guno ike hidup ko buat lagu cheq sue ni pun buleh jugok. Sokmo2 pun kalu nak gula gak gini la caro2nyo. Kalu buat cili api ko, kari mari ko demo x wapo brehi. Kalu ni gak tehe tamboh nasik la.....


Gula stai ni diguno jugak untuk gula nasik pagi @ nasik belauk. Kalu kato xdok nenah buleh jugak gati dengan timun bate atau lado hija. Meme nyakuk la make, namboh tak kaba. Tamboh2 pulok kalu ado samba jate @ samba belace. Bui pulok woh timun bate ko timun cino.... Mmmmmm sedk xleh nak royak! Kalu kato sapo2 nak tra buat ni cheq sue ado letok resepi, siak rusing la resepi ni dale bahaso Melayu, lamo keh x pehe hk nak buat jadi xser... He he he...cukuk la dulu deh...kalu sapo2 baco n3 cheq sue ni x pehe, waso nak suko....  Dok diye2 jah la....jange royak sapo. Ni buke gapo...untuk kenange anok2 cucu seksok lah... Wassale...

GULAI IKAN TAWAR DENGAN NENAS
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- ikan selayang bakar (separuh masak) - dalam 7 ekor - boleh juga diganti dengan kembung atau tamban
- 1/2 biji benas - buang kulit, potong dadu dan rebus seketika, perah airnya
- santan sederhana pekat dari sebiji kelapa
- 5 biji bawang merah *
- 1 biji bawang putih *
- 1 cm kunyit hidup dan lengkuas *
- 1 sudu kecil ketumbar *
- 2 sudu besar rempah gulai (boleh ganti dengan rempah kari ikan) * biasa kami di Kelantan ni guna rempah @ Awah Selising
- 3 sudu besar cili boh *
- 1/2 keping asam gelugur
- gula dan garam secukupnya

Cara-cara :
- tumbuk dan sebatikan bahan *
- masukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan. Masak hingga mendidih, kacau selalu supaya tidak pecah minyak
- kemudian masukkan nenas, ikan tawar dan asam gelugur. Masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula. Tak perlu masak lama sebab ikan dan nenas sudah dimasak sebelumnya
- setelah beberapa seketika bolehlah diangkat

Senin, 24 Oktober 2011

Asam Pedas Kerisi ~ Kak Anymz


Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmm...pagi ni nak ke mana ya? Seminggu bercuti (Nani, sila jangan jeles okeh) ni jangan sampai boring sudah. Nak membeli membelah ni kena beringat2 jugak. Jangan asik nak kuar duit aje, minggu depan nak balik lagi untuk Aidiladha. Pastu ada pulak ambik 1 bahagian korban. Aduhhhh... Sabar..sabar

Tengok dah ramai orang cuba asam pedas resepi Kak Anim ni, terasa nak cuba jugak. Kalau kat kg, asam2 pedas ni agak kurang, kalau masak selalunya ala-ala singgang pedas gaya Kelantan. Kalau cek tu, asam pedas (tumis), berminyak merah aje tu dijelingnya aje la. Tapi cheq sue masak jugak tengah hari semalam, guna 2 ekor ikan kerisi. Memula sekali nak mintak maap la dengan tuan resepi ni, memang banyak bahan2 yang x dimasukkan. Kuah pulak penuh satu tempayan. Oleh sebab kuantiti ni sikit sgt, tu yang cheq sue x tumis, main reneh aje guna api perlahan.

Pada tekak cheq sue, memang sedap jugak rasanya, masam2 pedas sesikit. Seperti yang dijangka, setengah aje dari ikan tu dimakan, selebihnya terpaksa cheq sue yang habiskan. Sebab tu la cheq sue kata awal2... xyah masak pelik2 kat rumah ni.... Tensen kan?



Untuk asam pedas ni, gandingan dengan bendi memang ngam tapi cheq sue memasukkan timun batang (itu aje yang ada kat rumah), rasanya macam buat acar masak pulak. Takpe la kan Kak Anim, janji boleh makan. Rasa x la pelik sangat, kira ok la... Kalau nengok ke dalam kuahnya tu, bersepah2 dengan rempah2nya. Maklumlah kat rumah ni dekat 10 minit, xde nak lumatnya bende yang dikisar tu... Boleh hint dah dekat tuan rumah ni suruh beli baru... He he he...

Agak2 kalau korang xde idea nak masak, bolehla cuba asam pedas ni, dijamin tidak mengecewakan. Wassalam...



ASAM PEDAS ~ KAK ANIM
Resepi : Kak Anim
Sumber : Yana

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah cheq sue guna kerisi
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar
  • air asam jawa secukupnyacheq sue ganti 1 keping asam gelugur
  • 1 kiub ikan bilis x masukkan
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi ganti dengan timun
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara memasak :
  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biarkan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

Jumat, 21 Oktober 2011

Simple Tapi Sedap...

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua... Apa aktiviti hari ni? Ada ke mana-mana ke? Cheq sue bersantai2 aje, tadi mek baru tanya nak makan durian atau tidak. Ehhhh...mestilah nak kan. Mungkin petang nanti akan ke rumah sepupu di Jertih untuk nengok kalau2 ada...

Dah lunch? Mmmmm dah dekat pukul 3, saje je la kalau belum makan. Cheq sue tadi bersarapan dengan nasi kerabu, masih kenyang lagi. Untuk adik2 kat rumah ni cheq sue masakkan ikan goreng berkuah. Memang wajib la lauk ni. Selalunya stok garam kunyit memang ada dalam peti. Sejak dah xde anak perempuan kat rumah ni, selalu mek siapkan terus ikan garam kunyit, kalau nak makan tinggal goreng aje. Ye la, dah semuanya lelaki. Adik cheq sue yang bongsu tu takat goreng2 bolehla... Kalau abang dia sorang lagi tu bolehla nak masak macam2 sikit..



Ikan goreng ni pulak memang kena masak kuah banjir. Budak2 ni kalau makan ditimbanya segala kuah tu macam makan ikan gulai. Sebab tu la cheq sue ni dah lekat tabiat, kalau masak camni mesti nak berkuah2 gitu. Budak2 laki ni tau aje la kalau makan, kur semangat sampai satu pinggan pun tak rasa apa.. Kalau adik bongsu tu, haaaa siap la ada lauk camni.

Kalau ada sape2 yang nak cuba lauk camni, jemputlah nengok resepi ni ya...Bahan2nya cukup simple, cuma kali ni cheq sue x gunakan halia (xde kat rumah). Kalau ada lagi membangkitkan bau lauk ni. Tapi yang ni pun dah cukup menyelerakan. Jangan lupa ya... Wassalam...

IKAN GORENG BERKUAH
Resepi : Cheq Sue

- ikan goreng (cheq sue guna 3 ekor ikan selayang) - letak sedikit garam kunyit *boleh juga diganti dengan ayam atau telur
- 1/2 biji bawang besar - mayang
- 1 biji bawang putih - tumbuk kasar
- 2 biji bawang merah - tumbuk kasar
- 2 sudu besar cili giling (nak pedas bubuh lebih)
- sedikit kicap, air, garam dan gula
* jika ingin menggunakan halia, tumbuk kasar dan tumis bersama bawang.

Cara-cara :
- goreng ikan yang telah digaram kunyitkan sehingga garing
- panaskan minyak dan tumis cili & bawang yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing
- masukkan bawang besar dan air (bergantung kuah yang dikehendaki)
- bila mendidih, masukkan kicap dan ikan
- kemudian rasakan garam dan gula
- masak seketika sebelum diangkat

Minggu, 16 Oktober 2011

Talapia Bakar Dalam Sos Cili Siam

Assalamualaikum & salam sejahtera

Nampaknya hari Ahad sudah hampir ke hujungnya. Macam mana? Cukup tak rehat 2 hari? Esok dah nak kerja. Cheq sue hari ni mencuba 2 3 resepi, tapi silap haribulan lagi. Aduhhh, nak gelak, nak marah, geram macam2 ada. Nasib baik cuaca mendung aje, dingin x terasa, marah pun terpendam di dada...

Okay...ari ni jugak, abeslah sudah ikan talapia hitam cheq sue. Setelah 3 hari, resepi yang penghabisan ni nampaknya paling memikat berbanding garlic fich dan talapia dalam sos sambal bunga kantan. Kali ni memang superb.  Kebetulan sos tu terbanyak, cheq sue cuba pulak masukkan dengan udang, memang tidak mengecewakan. Cheq sue agak, kalau di cecah dengan sotong segar panggang mesti meletup kan!


Ikan yang ketiga ni paling kecik saiznya. Sekali makan tu, ratah2 sikit memang kenyang. Bila dah makan kat rumah ni sampai ke tulangnya cheq sue korek. Memang berbaloi-baloi-baloiiiii.... Bila panggang dalam oben ni jadi lembut pulak isinya. Agaknya ikan ni memang sesuai dipanggang kot. Pasni xnak dah beli ikan talapia hitam ni...nak beli yang merah aje, kecik2 2 ekor cukuplah. Satu penderitaan makan lauk yang sama berulang-ulang... -_-


Yang ni pulak versi udang. Memang sedap jugak. Manis2 udang tu kena aje dengan pedas2 masam sos cili thai. Aroma daun ketumbar tambah membangkitkan selera. Eh...memang alongRoz x guna daun ketumbar, cheq sue gantikan daun selasih dalam resepi tu. Kalau x ada bukannya xleh buat resepi ni kan Along? Ampunn ya. Macam biasa jugak, cheq sue sesuaikan dengan bahan2 yang ada kat rumah ni. Sape yang belum cuba tu bolehlah buat. Cheq sue jamin memang sedap... Kalau tak sedap? Errrrr...tu kena tanya Along... He he he... ** Gurau aje ye...jangan risau...memang sedap! InsyaAllah... Cuba tau... Wassalam...

TALAPIA BAKAR DALAM SOS CILI SIAM

Bahan-bahan :
  • 1 ekor Terubuk
  • 2 ulas Bwg Putih*
  • 1 hiris Halia* (* tumbuk) 
  • 1 bj Tomato**
  • 1/2 bj Bwg Besar** (** cincang)   bahan2 tumbuk & cincang ni semua cheq sue cincangkan aje
  • 1 st Chili Oil (tengok sini) cheq sue ganti dengan minyak tumisan cili boh
  • 1/4 cwn Sos Cili Thai
  • 3-4 helai Daun Selasih ganti dengan daun ketumbar
  • Garam
  • cheq sue tambah sedikit sos ikan / nampla
Cara-cara :
1. Biarkan sisk ikan & lumur dgn garam. Panaskan 2 sb minyak dlm kuali leper & letakkan ikan tadi. Masak sehingga masak pd sebelah bahagian sebelum dibalikkan.
** cheq sue bakar letak atas aluminium foil yang telah disapu minyak sikit, tutup & bakar suhu 240'C selama 15-20 minit
2. Sementara menunggu ikan masak, sediakan sos. Panaskan 2 sb minyak & tumis bhn tumbuk sehingga wangi. Masukkan tomato & bwg besar & masak lebih kurang 1min. Masukkan cili oil, sos cili, daun selasih & garam. Masukkan sedikit air supaya tak hangus.
3. Apabila ikan masak, tuangkan sos ke atas nya dgn api yg belum di padamkan. Padam apai sebaik sahaja sos habis di tuangkan ke atas ikan & meruap panas. Hati2 kerana sos akan meruap.
4. Hidangkan segera.