Tampilkan postingan dengan label Info Penternak/Breeder. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Info Penternak/Breeder. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Maret 2013

Sembang-sembang

Seminggu dua nie memang Stm agak sibuk. Urusan bisnes dan urusan keluarga yang perlu diselesaikan buat badan agak kepenatan dan letih. Tambahan pula Stm perlu fokus pada urusan kerjaya Stm. 
Tapi hobi serama tetap macam biasa cuma Stm tak sempat nak update kerap sangat. Alhamdulillah, hari ini Stm kuatkan hati untuk tulis sikit buat sahabat pembaca yang rajin follow baca artikel yang tak seberapa nie.
Okay, lepas artikel tentang penyediaan dan latihan yang Stm kongsikan pada beberapa artikel lepas (klik untuk membaca artikel tersebut), Stm terima banyak juga telepon dan sms dari rakan-rakan yang tanya tentang teknik penjagaan dan ubat-ubatan.

Untuk pengetahuan, Stm memang tak jual ubat-ubat untuk ayam. Apa yang ada semuanya dapat dari kawan-kawan yang dah lama main ayam...baik ayam laga mahupun ayam serama. Bagi yang berminat, Stm rekomenkan cuba tanya Saudara Rahman Persona yang ada keluarkan produk vitamin dan makanan tambahan untuk kesihatan ayam serama. Manakala untuk ubat ayam laga yang boleh guna untuk ayam serama, boleh cuba masuk FB Hafiz Demon. Tak silap Hafiz ada jual banyak ubat-ubatan (termasuk maajun) untuk kesihatan ayam serama.
Untuk latihan, Stm pun masih belajar. Terutama dari kawan-kawan yang sudah lama main dan bergiat dalam hobi serama nie. Kalau boleh Stm memang nak kongsi mana yang tahu, tapi kalau nak tulis memang susah sikit. Kalau ada free singgah reban, bolehlah kita sembang kongsi mana yang patut. Kadang orang yang bertanya ada lagi banyak informasi yang bagus. Jadi kita saling belajar boh....
Kat bawah nie, Stm kongsikan sedikit gambar yang boleh jadi sedikit gambaran tentang apa yang Stm tulis di dalam artikel ini......
Ekor antara aspek yang kerap jadi perhatian buat Pok Eik
Kekemasan
Antara aspek yang kerap tercicir bagi orang yang baru main serama
Kebersihan
Satu pekara penting dalam penjagaan serama
Itu yang ditekankan oleh Pok Ki

Orang lama yang sudah belasan tahun main serama...
Tapi tetap ada perkongsian tentang tips yang berguna
(Dalam gambar : Stopa Dungun, Majid Besi Buruk, Pok Ki SP, Jang Speed dan saya)


Spartacus yang sedang meluruh
Sekor lagi muda di Telok Mas yang belum datang perangai...

Rabu, 20 Februari 2013

Antara pembaka reban

Di reban Telok Mas sekarang ini, Stm hanya menggunakan 2 bapak pembaka untuk menghasilkan pelapis serama berwarna 'gelap'- (warna Ara dan Manisan Hangus).  Kedua bapak ini Stm 'cross' dengan induk-induk yang pelbagai jenis bloodline. Dari yang dekat (inbreed) hingga dengan pasangan yang jauh darahnya (outbreed).

Dua bapak teras ini mempunyai cutting dan aksesori yang agak berbeza walaupun darah asalnya kemungkinan dari reban breeder yang sama. Stm memang minat dengan susuk tubuh pembaka "BS" nie dari sudut aksesori yang menawan dari pandangan mata Stm lah. Orang lain mungkin ada pandangan dan citarasa yang tersendiri. 

Cuma bagi Pembaka Cobra pula, Stm memang terpikat dengan perangai aktif kebas dan buah lonjaknya. Jadi masing-masing ada ciri-ciri yang Stm cuba ambil dan hasilkan dalam reban Stm. 

Memang semenjak dari awal Stm mula 'main' serama nie, Stm cukup minat gila dengan warna yang 'gelap-gelap' nie. Terutama ayam dari reban Mie Bukit , Pendi Dungun dan juga Kodik. Sekarang ini Stm perasan, Abg Madzi (Mesra Serama -FB) pun ada banyak peluru yang warnanya gelap duduk ranking di bon-bon.
Black Star (Bintang Hitam)
Sekarang cuba cross dengan 3 induk. 
Cobra
Setakat ini hanya 2-3 ekor je pewarisnya yang dapat Stm simpan.
Salah seekor serama berwarna gelap yang Stm suka tengok.
Peluru yang selalu membawa tuah kepada Hairi Sik.
Tapi sayang, ayam ini hilang semasa menyertai salah satu bon baru-baru ini

Jumat, 25 Januari 2013

Santai di reban Abg Ramli..

Cuti baru ini, sempat STM melawat ke rumah seorang peminat serama yang baru sahaja berpindah dan akan menetap terus di Melaka. Kebetulan, rumah baru beliau dekat sahaja dari rumah STM. Mungkin sekitar 5-10mins sahaja jarak perjalanan.

STM panggil beliau Abang Ramli. Orangnya asal Kelantan tetapi menetap di Ipoh Perak. Mungkin sahabat-sahabat di Perak dan sebelah utara kenal beliau kerana beliau kerap juga bertandang ke rumah sahabat kita di sana.

Cuma sebelum ini beliau tinggal di taman perumahan, jadi mungkin minat beliau agak terbatas sedikit.

Jadi selepas berpindah ke Melaka ini, beliau nampaknya gembira betul kerana memiliki kawasan tanah yang agak luas. Sesuai dengan jiwa beliau yang suka menternak dan hobi membela pelbagai haiwan kesayangan beliau.

Snap! hehehe. Abg Maizal bersama Abg Ramli


Ini remaja reban STM yang bawak jalan-jalan rumah Abg Ramli sekali..
PS: sebenarnya di Melaka ada ramai juga peminat-peminat baru. Cuma STM tidak sempat nak berkunjung kerana agak sibuk dengan urusan bisnes STM....In Shaa Allah, ada rezeki hendak juga jalan rumah sahajabt baru yang lain di sini.

Sabtu, 17 November 2012

inbreed atau outbreed...?

"In-breeding is more likely to help "set" or "fix" a particular trait within a breed or a line by narrowing the gene pool to favor those traits. So if a breeder is looking to set a particular desirable feature of their line then in-breeding and choosing the offspring most strongly possessing that trait can be beneficial."

Saya tidak pasti ada berapa method atau kaedah di dalam breeding. Kalau kita  rajin melakukan carian dalam google, memang terdapat banyak kaedah yang kita boleh gunakan. Tapi saya lebih suka memudahkan kaedah-kaedah ini kepada 2 method sahajaPada saya setiap breeder pasti akan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut. samada inbreed ataupun outbreed.


Bagi peminat baru, pasti pening sekejap dengan perkataan-perkataan ini. Tapi tidak mengapa...kerana ia cuma pelik dari segi sebutan tetapi mudah dari segi applikasinya. Yang susah adalah KESABARAN dalam breeding...hehehehe

Inbreed adalah pesilangan sepasang serama yang mempunyai pertalian susur galur darah (bloodline) yang rapat, dekat  atau berkaitan. Tujuannya tidak lain adalah untuk menstabilkan ciri-ciri (genetik) yang dimiliki oleh kedua-dua pembaka dan induk tersebut pada generasi barunya.

Metafora mudah, jika seorang bangsa Melayu dipasangkan dengan pasangannya juga seorang berbangsakan Melayu, Insya Allah, anak-anak yang bakal dimiliki sudah tentu mempunyai genetik,indentiti dan ciri-ciri bangsa melayu. TETAPI jika seorang lelaki Melayu berkhawin dengan pasangannya dari bangsa afrika, maka anak yang keluar mungkin mempunyai ciri-ciri bangsa samada seorang melayu atau juga seorang afrika. 

Ada ciri-ciri melayu lagi ke..?
Ini mungkin contoh outbreed (mungkin bandingan
yang mudah). Kacukan 2 'bangsa' (Melayu dan
Inggeris). Indentiti melayu yang hilang 
Inbreed selalunya digunakan dengan tujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri genetik yang dimiliki oleh bloodline dari pasangan serama yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Semakin rapat proses ini atau inbreed ini diteruskan pada generasi seterusnya...semakin kukuh ciri-ciri yang dimiliki oleh generasinya akan diturunkan. Inbreed banyak dilakukan dalam usaha mendapatkan semula 'model' serama juara yang pernah dilahirkan di dalam keluarganya.

Manakala outbreed adalah proses persilangan (cross)  sepasang serama yang berlainan bloodline atau susur galur. Pembaka dan Induk selalunya mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan dipasangkan jika kita ingin mengabungkan (atau menutup kekurangan) ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka dan induknya. Selalunya proses outbreed dibuat dalam satu proses persilangan (kacukan) pada bentuk dan aksesori serama yang ada di reban kita. dan kaedah outbreed akan diikuti pula dengan kaedah inbreed..iaitu proses mengukuhkan genetik ciri-ciri pembaka dan induk yang mula diturunkan pada generasi pertama dan dikukuhkan pada generasi yang seterusnya...

Saya tertarik dengan cutting dan beberapa aksesori yang ada pada bapak pembaka reban TM ini. Tapi balung dengan aber ada sedikit kekurangan. Jadi STM guna sekor induk balung halus STM- (out breeding) dan dalam masa yang sama STM cross inbreed juga seekor induk yang ada pertalian susur galur yang nampak balung macam halus.

Inilah induk yang dimasukkan dengan bapak kuning di atas
dari bloodline balung halus dan aksesori yang molek

Ini hasil outbreed di Telok Mas. Alhamdulillah ...cutting menarik dan  aksesori yang bolehlah.
Tapi ayam masih belum galak lagi
Bapaknya  Sri Temas sudah lama sampai di Klang...

Terima kasih kepada Along yang sudi berkunjung. Kehadiran orang baru macam ini,
Insya Allah akan memerihkan lagi serama di Melaka
Insya Allah...
Along datang bersama gengnya...
PS: Ini hanya pandangan dan perkongsian peribadi STM. Berdasarkan pengalaman 'setahun jagungnya' dalam arena serama. Jika ada sebarang pandangan, pembaca boleh menghubungi STM di talian berikut : 0126990793.

Minggu, 11 November 2012

Santai bersama geng serama...

Sabtu lepas, saudara Mizi Idris dari Penang Serama Group telah bercuti di Melaka sempana cuti sekolah yang baru sahaja bermula.

Apalagi, peluang bersua dan berkongsi cerita pasti tidak di lepaskan. Akhirnya rumah Pok Ki menjadi 'pot'-nya hahahaha. Sambil cerita sambil 'menjamu' mata.

Terbaik buat Pok Ki..hahahah

Terima kasih juga buat saudara Mizi yang sudi berkunjung. Insya Allah nanti kami cuba ke sana pula...

saudara Mizi dan adik iparnya.


"jamu mata' sambil borak pasal ayam heheheh

Tubuh mantap...kebas tak ingat. Pok Ki kata baru seminggu berkokok.

Kamis, 01 November 2012

dari reban STM.....layan sahaja

Sekarang ini memang STM fokus pada 'breeding'. Kalau ada 'bare' sesuai, STM akan daftar masuk bon, kalau tidak ada 'bare', STM support cara lain-lah supaya bon jadi lebih meriah sedikit.

Walaupun citarasa STM agak cenderung pada warna dan jenis serama yang pelbagai, akhirnya STM terpaksa akur menumpukan 'breed' di reban pada warna ara dan kuning sahaja. Ini bersesuai dengan buget, masa dan kualiti pembaka dan induk yang mampu dikumpulkan. Kalau besar range warna yang nak STM breed di reban, sudah tentu ia memerlukan banyak pembaka dan induk yang perlu dipasangkan. Jadi lebih besarlah ongkosnya nanti...hahahaha

So, work smart better then work harder. Kata orang puteh tue..hehehe

Bagi pembaka kuning. STM guna 3-4 ekor pembaka yang ada bloodline yang dekat ciri-ciri aksesori yang menarik (turun ke anak ke tidak...walllahu alam). Tapi induk masih belum cukup. Maka, anak-anak betina di reban STM mungkin simpan buat pelapis sahaja.

Di bawah ini adalah sedikit informasi yang STM dapat update buat pembaca blog ini.  Ada 3 ekor lagi induk yang sedang mengeram di reban. Ada rezeki, terima kasih Alhamdulillah.

Tidak lupa juga, ada 2-3 kawan yang sudi singgah dan bersilaturrahim di Telok Mas. Almaklumlah, orang baru macam STM nie apa sangat yang STM mampu kongsikan. Takat dengar cerita basa basi bolehlah. Lainlah macam kawan-kawan lain yang sudah lama 'berserama' dan berpengalaman luas soal 'breeding dan juga masuk bertanding.

Bagaimanapun STM ucapkan terima kasih yang datang berkunjung, semoga perkenalan ini menjadi persaudaraan yang bermanfaat buat kita semua...Insya Allah.

Bapak pembaka teras STM- Sri Ibol
Tengok pada balung ada ciri tok uban dan kelopak muka sedikit keputihan.
Bapak ini bulu dia kemas tetapi kaki ada problem sikit
sebab tue dia jadi pembaka sahaja...
Janji masalah kaki tidak diwarisi pada genetik

Sri Ibol dari shot yang berlainan

Ini anak-anak Sri Ibol. Macam ada ara sekor. Kemungkinan mewarisi
genetik Tok Uban


Seekor lagi anak jantan nak masuk B... masih cacang
Tak pe...sabau aje

Remaja yang dah senget.....apa nak buat..?
Simpan aje lah boh..

Nak masuk muda...tapi mungkin kena pindah geran

Rabu, 31 Oktober 2012

Apa yang dilihat pengadil pada "peluru" anda di atas meja pertandingan?

Semua peminat ayam serama tahu dalam skema pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama terdapat 2 bahagian penting yang dinilai oleh pengadil.

1. Gaya
2. Aksesori


Saya puas juga cuba 'mengorek-gorek' maklumat detail tentang skema yang digunakan oleh kebanyakan pengadil ( masalahnya, di Malaysia, semenjak dahulu kita mempunyai 3-4 : ataupun lebih versi skema yang dijadikan panduan dalam menilai kecantikan dan kesenian ayam yang dipertandingkan).

Malangnya sehingga hari ini saya masih belum berjaya mendapatkannya dalam bentuk 'hitam putih'. (kebanyakan informasi tentang skema yang saya ketahui di perolehi melalui perbualan dan perkongsian dengan orang-orang lama dan berpengalaman di arena ini)

Sebagai seorang peminat baru setahun jagung, memahami keperluan dan kehendak pertandingan adalah penting supaya ayam yang dihasilkan d ireban kita dapat memenuhi skema kecantikan yang ditetapkan oleh penilai-penilai ayam serama yang berpengalaman.

Jadi semasa menbaca artikel-artikel lama, saya terjumpa satu artikel yang  menarik dari Blog Lawi Mas Serama Farm (LESF) yang boleh dijadikan sedikit panduan buat orang-orang yang masih 'blur' dengan ciri-ciri yang diperlukan supaya ayam yang kita bawa boleh berjuang untuk mendapatkan 'mata-mata' penting supaya ranking di dalam pertandingan terus meningkat naik.

                  ---------------------------XXXXXXX----------------------------------
Nota : Artikel ini ditulis sekitar tahun 2010. Harap maklum tentang informasinya.

Gaya Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

PS: Saya tidak pasti samada ciri tubuh ayam serama disebut sebagai aksesori serama. Saya berpendapat, ia patut dibezakan kerana bentuk tubuh sangat berkait rapat dengan gaya ayam tersebut.

Aksesori Ayam Serama 

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.

SayapPemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

KakiPemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Sumber : Blog Lawi Emas Serama Farm 


Gaya dan Aksesori yang mantap
(Juara Kategori dan BOTB Bon Melaka tahun lepas)
Johan Kategori dan BOTB Selayang KL
Ayam aksesori mantap

Selasa, 23 Oktober 2012

Bagaimana menghasilkan serama yang cantik bergaya...?

Inilah persoalan yang banyak bermain di dalam fikiran seseorang peminat kesenian dan kecantikan ayam serama. Baik ia untuk peminat yang baru..mahu pun juga bagi peminat yang sudah lama berkecimpung di dalam arena ini.

Menternak serama memang mudah. Dengan reban yang sederhana kecil dan kos pemakanan yang rendah, kita sudah boleh memulakan proses menternak ayam serama. Tetapi menghasilkan ayam serama yang cantik dan juga bergaya memang MENCABAR. 

Tidak seperti unggas lain seperti burung dan juga jenis ayam yang lain, serama mempunyai 'skill' menternak yang lebih teliti. Menggunakan pembaka dan induk berbeza akan menghasilkan bukan sahaja warna, bulu, bentuk tubuh-'cutting' yang berbeza, tetapi perangai dan gayanya juga akan berbeza. Maka pilihan kombinasi pembaka dan induk yang tepat adalah sangat penting di dalam langkah utama untuk menghasilkan ayam serama seperti yang diidam-idamkan.

Kerana itu soalan-soalan seperti 'jenis baka, bloodline, susur galur, cutting dan sebagainya sememang popular di kalangan peminat ayam serama. Kerana di situlah, proses pertama dalam menghasilkan ayam serama akan bermula.

Sebenarnya, jenis baka atau bloodline HANYAlah sekadar satu JENAMA di dalam dunia serama. Ia  adalah NAMA yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA ayam serama tersebut. Apabila kita menyebut nama baka itu, akan terbayanglah ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA baka tersebut.

Jika mahu dipermudahkan, bayangkan kita menyebut nama JENAMA sebuah kereta. Kita sudah terbayangkan ciri, bentuk dan aksesori yang dimiliki oleh JENAMA kereta tersebut. Begitu juga bagi ayam serama, bila menyebut BAKA A, ia sebenarnya mewakili ciri-ciri yang dimiliki oleh ayam serama yang berjenama A tersbeut.

Bagi sebuah nama baka atau bloodline, ia patut mempunyai kestabilan genetik ciri-ciri yang mewakili nama bloodline-nya.  Contohnya, baka jenis A sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti warna bulu, jenis balung, bentuk tubuh (cutting), bentuk perangai dan gaya dan sebagainya.. Itu barulah satu bloodline yang mampu membantu di dalam proses breeding. Ada bloodline memang selalu di sebut tetapi ciri-ciri bakanya susah dikenalpasti dan tidak stabil. Kerana itulah hanya terdapat beberapa jenis baka atau bloodline sahaja yang agak sustain (terus) di sebut oleh peminat serama. Ini kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka tersebut agak jelas dan diwarisi semula oleh keturunannya berbanding dengan bloodline yang tidak stabil genetik cirinya.

Kalau kita lihat di dalam dunia ayam serama ini, kita akan dapati ramai peminat yang menyebut baka itu dan baka ini. Dia punya bloodline ini dan itu. Malangnya jika di tanya, apa ciri-ciri yang ada pada ayam itu yang dikatakan dia baka tersebut..? dia pun melopong tidak tahu ciri yang ada pada ayam tersebut.

Kerana itulah proses ternak atau 'breeding' di dalam serama memang mencabar. Tetapi itulah yang menjadikan ia lebih menarik terutama bagi seseorang yang minat dengan cabaran.

Bloodline Submerin : Ciri dada besar, bulu kuning keemasan dan  cutting  yang agak tinggi.
Susunan ekor juga menarik (aksesori yang mantap)
Balung cirinya mungkin perlu diperbaiki sekarang
-sebahagian ciri sahaja -
(Sumber : Blog Parit Buntar)

Submerin. Ciri yang hampir sama dengan di atas. Ayam lebih halus sahaja
(Sumber : Blog Serama Jalan Day)

Baka Lang : Ciri-ciri : Warna ara, kaki dan paruh kuning, dada besar dan bulu berkilat.
Makin tua akan muncul bulu-bulu warna coklet  (Maaf Cik Man jika salah)

Sami G : Bulu kemas dan rapat. Warna Kuning dgn kelopak mata keputihan. Muka garang. Ekor tersusun rapi
Dada besar. kaki hijau..Balung mantap (kecil), Cutting : Tinggi sederhana. Gaya lonjak dada
(Gambar Sami Gila asal yang pertama kali menang BOTB Bon Titiwangsa Tahun 2010)

Cuba tengok Sami Gila yang baru sahaja diambil gambar oleh Rosli Anak Johor (Okt 2012)
Sama sahaja ciri aksesorinya. Cuma Balung semakin halus heheheh
(bandingkan dengan gambar tahun 2010. Hampir sama)
Tok Uban. Warna Ara, balung tanduk rusa, Ekor tersusun kemas, cutting agak tinggi.
Dada keputihan semasa kecil tetapi akan hilang apa bila matang. Makin tua makin selam...
PS : Ini HANYA berdasarkan permehatian penulis. Jika ada sebarang kekeliruan atau percanggahan, ia hanyalah sekadar pandangan peribadai penulis yang masih lagi belajar memahami ayam serama

Senin, 22 Oktober 2012

Muka putih...

Semalam STM ada upload 3 ekor bakal induk reban yang ada ciri-ciri putih dekat mukanya. Hari ini STM kongsikan pula 2 ekor jantan yang mempunyai ciri yang sama di mukanya.

Tak tahu macam mana jadi ayam nie. Tunggu je lah. 

Ini pembaka bloodline Tok Uban yang setia di reban STM (ekor tengah meluruh).  Insya Allah
ada masa, STM upload gambar induk-induk pure dari bloodline ibu tempang Tok Uban Syawal... 

Minggu, 21 Oktober 2012

Induk STM

Inilah induk-induk yang sudah hampir 'siap' untuk dimasukkan dengan pembaka STM. Tahap 'berlunjur' sahaja. Tapi STM ambil induk ini kerana ciri-ciri bloodline yang ada pada darahnya. Balung sederhana, bulu rapat dan bersih, cutting yang sederhana dan kena dengan citarasa STM.

Jadi atau tidak bukan kerja kita..tapi usaha dan sedikit ilmu yang ada Insya Allah mampu memberikan hasil yang boleh diharapkan.

Cukup syarat... tapi balung ada sikit besar. Bloodline dia balung sesuai dengan muka.
Cuba dulu
Dengan yang bawa sama bapak dan ibu. Jenis tinggi sikit dan bulu kemas.

Kalau perasan, ketiga-tiga induk ada putih di keliling muka. Tapi bloddline dia dah cross
Inilah bapak muda yang sama bloodline dengan induk di atas.  Tapi STM masukkan induk -induk di atas dengan Bapak pembaka yang lain. 

Kamis, 11 Oktober 2012

Jalak

Salam...

Jalak ini ayam saiz A. Memang jenis aktif kebas atas meja. Pernah no 2 kategori ABS bon Melaka (jan).
Baru sahaja lepas keluar dari Induk. Insya Allah dalam bon terdekat ini kalau sempat memang nak bawa keluar bon...