Tampilkan postingan dengan label Pembaka Reban Telok Mas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pembaka Reban Telok Mas. Tampilkan semua postingan

Kamis, 05 September 2013

Outbreed..inbreed..dan linebreed (Part 1)

Ini adalah sharing saya buat rakan-rakan yang baru dalam breeding serama. Untuk kawan-kawan hok lama-lama, saya rasa tak perlu bacalah sebab pengalaman mereka ini adalah lebih luas dan mendalam berbanding apa yang saya tahu.

Jadi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menternak ayam serama di reban saya. Kalau ada yang berbeza pendapat, ini hanyalah kaedah yang berbeza dengan kawan-kawan semua.

Olay...salah satu soalan yang paling kerap saya terima dari sahabat sahabat yang datang berkunjung di reban Telok Mas dan juga di-sms-kan ke hpone saya adalah tentang kaedah mengacuk/breeding yang digunakan dalam menghasilkan ayam serama. Hendak menjawap di dalam bentuk sms nanti agak susah sedikit dengan ruangan yang terbatas. Jadi saya berkongsi sedikit informasi yang telah saya gunakan di reban saya sepanjang 2tahun yang lepas. (harap memberi manfaat)

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah 'breeding' yang digunapakai oleh penternak dan peminat ayam serama. Jadi kaedahnya juga agak subjektif. Mana-mana boleh digunakan asal ianya sesuai dengan impian yang ingin kita capai. Dan menternak dan menghasilkan produk reban kita memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi (ini yang selalu gagal dimiliki oleh peminat baru). 

Ramai breeder baru kerap mengeluh apabila baru sahaja menternak ayam serama di reban mereka. Pertamanya kerana hasil anak yang belum mencapai sasaran seperti hasil otai-otai yang lama. Saya pernah terbaca satu tulisan seorang breeder berpengalaman iaitu Hj Iskandar Keramat yang mengatakan, paling kurang 1.5 tahun dalam menghasilkan serama yang berkualiti. Itulah... PALING KURANG setahun setengah. Tetapi saya rasa lebih baik kalau saya  sebut 2 tahun.

Ini kerana, hasil pertama (1st batch) selalunya agak kurang memberangsangkan. Pertama saya perhatikan kerana selalu orang baru akan menggunakan jantan muda dan induk yang muda. Jadi ada banyak masalah dan hasil kurang mantap. Saya lihat, semakin matang jantan dan betina induk, hasilnya juga semakin elok dan berkualiti (andaian baka yang elok dan molek). Kerana itu, susah kita dapat lihat otai menjual jantan atau induk matang yang mereka gunakan. 

Dan...inilah tempuh yang selalu gagal ditekuni dengan baik oleh peminat baru kerana hasil pertama mereka yang mendukacitakan......

Mengacuk atau memproses ayam serama adalah satu proses yang berterusan. Maksudnya, dari kita mula membeli sepasang pembaka sehinggalah kita mengacukkan hasil-hasil yang telah disebutkan sebelum ini. Kerana itu kita kena balik pada asas kita hendak ternak serama. Apakah tujuan kita...?

Macam saya, matlamat adalah menghasilkan serama yang sesuai untuk dibawa ke tengah atau dimeja pertandingan. Mengikut citarasa dan cantek dari sudut pandangan mata saya sendiri (Lain orang lain citarasanya).

Langkah pertama adalah memilih pembaka dan induk reban. Langkah ini paling penting sebab jika pemilihan tidak sesuai maka ia akan membuang masa dan tenaga kita serta merugikan wang pembelian kita. Memilih pembaka dan induk sangat penting. Bukan sekadar membeli hanya pada nama baka ayam tersebut tetapi sebaiknya mengetahui susur galur dan genetik yang dibawa oleh ayam tersebut. Selalunya, faktor ini akan menjadi pekara yang paling penting akan saya lakukan. Maksudnya pembaka yang dipilih mestilah memiliki salah satu yang pekara-pekara berikut...aksesori yang mantap atau gaya yang mengiurkan hahahaha.

Kalau kita boleh mendapat kedua-duanya memang bagus (tetapi selalu harga akan jadi mahal). tapi sekurang-kurangnya pembaka tersebut mempunyai salah satu dari krateria tersebut. Aksesori seperti yang kita inginkan atau gaya yang 'jahat" (ayam aktif kebas dan lonjak dada). Jadi kita kena pilih sama ada jantan ada gaya dan induk aksesori atau pun sebaliknya. Kalau boleh dapat ayam dari baka pure yang sudah mempunyai ciri-ciri yang bagus lagi baik dibuat pembaka...cuma ongkosnya selalu lebih mahal. Tapi pandangan saya, baka yang pure atau darah yang kuat genetik yang tertentu lebih baik dibuat pembaka berbanding darah/genetik yang tidak stabil.

Antara beberapa ekor pembaka reban 
Aksesori mantap...gaya kena charge lagi dengan induk sesuai
Aksesori dan gaya pilihan. tapi kena guna induk yang sesuai gak..

warna pilihan saya dan cuting yang saya suka.... dada tinggi..
Ini pembaka ara dengan aksesori klasik hehehe. Kating tinggi. Gaya kena adjust lagi

Gaya mantap...aksesori pun mantap...harap turun warisnya..


sambung artikel akan datang......



Selasa, 20 Agustus 2013

Baka sebagai satu jenama....

Assalam buat semua sahabat serama...
Salam lebaran..dan salam syawal yang mulia.

Selepas raya nie, ada beberapa bon besar yang akan dilangsungkan. Yang pasti Bon Jertih hujung minggu ini dan Bon Kenyir kalau tak salah sekitar 21hb Sept nanti akan menjadi perhatian dan tumpuan semua peminat tegar ayam serama (termasuk saya).

Untuk bon ini, saya memang tak dapat nak ke sana lantaran urusan perniagaan yang susah nak dilepaskan. Insya Allah, di kemudian hari mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk saya berjalan jalan sambil berjumpa kawan-kawan yang sama minat dan hobi ini.

Okay...untuk kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan. Ada ramai sahabat yang bertanya tentang baka atau susur galur ayam serama. Terutama semasa saya online di FB atau yang datang ke reban saya di Telok Mas.

Saya melihat baka ayam serama ini ibarat satu JENAMA dalam bidang ini. Bila kita sebut satu-satu baka akan ada peminatnya atau pengikutnya dan akan ada identiti yang menjadikan jenama itu terkenal dan dikenali dikalangan peminat ayam serama. Katakan kita sebuat baka A, maka akan terbayang-bayanglah bentuk dan rupa ayam baka A tersebut. Kebanyakan jenama (baca: BAKA) ini terkenal mungkin disebabkan kekerapan baka tersebut memenangi pertandingan, kemantapan aksesori dan gaya atau disebabkan 'marketing' yang baik oleh pemainnya.

Sama macam pelbagai produk barangan yang kita gunakan di dalam kehidupan kita setiap hari...kita membeli kadang kala disebabkan oleh pengaruh 'marketing' yang berjalan dengan baik oleh penggunanya dan ada kala disebabkan kekuatan jenama barangan tersebut. Tetapi ada juga JENAMA yang tidak terkenal tetapi diketahui mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Atau kurangnya 'exposure' oleh pengeluar barang tersebut itu sendiri. Jadi kita sebagai pengguna perlu bijak menilai dan meneliti sebelum membuat keputusan semasa membeli.

Sama situasinya dalam pembelaan ayam serama. Bila ada yang tanya saya baka yang saya gunakan, saya sebut nama orangnya, kebanyakannya tidak akan tahu kerana ada JENAMA yang tidak terkenal dan diketahui. Tetapi ia tetap satu JENAMA kerana produknya telah dikeluarkan 10 ke 15 tahun yang lepas. Dan hasil rebannya selalu dicari oleh peminat-peminatnya yang tersendiri. Cuma kurangnya marketing yang baik atau ada yang me-rebrandkan semua JENAMA tersebut selepas membeli menyebabkan bakanya tidak jadi sebutan.

Untuk membina JENAMA dalam ayam serama ini pun perlukan kaedah yang sama digunakan dalam marketing produk biasa di pasaran. Perlu kerap membuat promosi dan mendapatkan testimoni yang baik dari pengguna. (Dalam serama, perlu kerap keluar ke pertandingan dan dapatkan kedudukan yang baik-ranking- dalam pertandingan tersebut)

Jadi, nasihat saya....jangan mudah keliru dengan populariti sesuatu jenama kerana yang paling penting, kita kena kenal jenama yang ada dan dalam masa yang sama , sila lihat jenama yang tidak sangat ke depan di pasaran kerana bukan semua BAKA mempunyai nama, ada BAKA yang memang tidak mempunyai JENAMAnya. Cuma ia dikenali dengan nama pemternaknya sahaja..
(TIPS: Apabila seseorang breeder sudah menternak dalam tempuh yang panjang dengan menggunakan baka-baka yang terpilih dan kawalan kacukan, selalunya kestabilan genetik akan terbentuk dan akan terhasil indentiti ayam serama di reban mereka. Ini sebenarnya juga ibarat satu BAKA cuma ia tidak diberi nama)

Dan selalu kena tahu apa yang kita inginkan kerana setiap JENAMA mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.....

Antara anak reban yang nampak cutting...







Senin, 22 Juli 2013

Gambar..

Pembaka sami
Br nak masuk muda
Pembaka ekor kelabu..pembaka yang berjasa
Tetap maintain gaya
Aksi tak pernah gagal dr pembaka teras

Kamis, 18 Juli 2013

Lagi pembaka untuk reban...

Alhamdulillah...dalam bulan puasa ini ada sedikit masa untuk duduk lama sikit kat reban. Sempatlah Stm kemaskan sikit mana-mana reban yang dah mula rosak. Dan yang Stm tak sangka, ada juga sahabat peminat yang datang jengok reban Stm di bulan puasa ini. setakat ini kebanyakannya 'orang baru' yang baru mula berjinak dengan hobi ini.

Di bawah ini, Stm kongsi beberapa keping gambar seekor pembaka yang baru masuk di reban Telok Mas. Memang Stm sudah lama berhajat nak guna pembaka dari bloodline Submerin. Ada beberapa breeder yang rekomen Stm guna sebab mereka kata submerin mempunyai kerangka tubuh yang lebih kukuh. Wallahu allam. Ini untuk mengatasi masalah ayam yang mempunyai kating yang bagus tetapi ada masalah tubuh yang senget.

Bonusnya, pembaka ini berdarah submerin sebelah Sri Palas dan Botb Hairi Sik..

Alhamdulillah, setakat ini reban Stm ada hampir 6-7 pembaka utama yang memang aktif turunkan anak. Ada juga beberapa ekor jantan muda yang boleh dijadikan pembaka. Stm rasa nak lepaskan 2-3 ekor muda tu. jadi bagi yang berminat nak cari pembaka boleh hubungi Stm.

Pembaka yang aktif dan bergaya...


Muda..boleh bawa ke bon atau stand-by untuk jadi pembaka. Berminat hubungi segera...

Senin, 18 Maret 2013

Pembaka dan pelapis...

Jaguar- Salah sekor dari Pembaka reban. Ada induk ara dan induk kuning yang bakal disatukan.
Induk sama bloodline dan ada induk jauh darahnya sikit.
Spartacus tengah meluruh

2 muda sedang ber-adu. Sekor ara (ayam kawan Stm) dan sekor lagi kuning

Ada dah kwan2 yang merisik ayam nie, tapi memang Stm nak simpan di Telok Mas je.
Jaguar nie lah pelengkap pembaka Ara Stm. Ada 3 ekor pembaka ara (warna gelap). salah
seekornya adalah bapak pada Jaguar nie- Black Star...
Ini sekor lagi muda yang nampak mula datang perangai. Cutting dah ada..
perangai je belum konsisten. Mengalah banyak ayam nie dengan "senior" dia ...
Ayam nie kawan Stm punya. Kalau ada yang berminat boleh  sms Stm.
Kena harga dia nak lepas....

Rabu, 20 Februari 2013

Antara pembaka reban

Di reban Telok Mas sekarang ini, Stm hanya menggunakan 2 bapak pembaka untuk menghasilkan pelapis serama berwarna 'gelap'- (warna Ara dan Manisan Hangus).  Kedua bapak ini Stm 'cross' dengan induk-induk yang pelbagai jenis bloodline. Dari yang dekat (inbreed) hingga dengan pasangan yang jauh darahnya (outbreed).

Dua bapak teras ini mempunyai cutting dan aksesori yang agak berbeza walaupun darah asalnya kemungkinan dari reban breeder yang sama. Stm memang minat dengan susuk tubuh pembaka "BS" nie dari sudut aksesori yang menawan dari pandangan mata Stm lah. Orang lain mungkin ada pandangan dan citarasa yang tersendiri. 

Cuma bagi Pembaka Cobra pula, Stm memang terpikat dengan perangai aktif kebas dan buah lonjaknya. Jadi masing-masing ada ciri-ciri yang Stm cuba ambil dan hasilkan dalam reban Stm. 

Memang semenjak dari awal Stm mula 'main' serama nie, Stm cukup minat gila dengan warna yang 'gelap-gelap' nie. Terutama ayam dari reban Mie Bukit , Pendi Dungun dan juga Kodik. Sekarang ini Stm perasan, Abg Madzi (Mesra Serama -FB) pun ada banyak peluru yang warnanya gelap duduk ranking di bon-bon.
Black Star (Bintang Hitam)
Sekarang cuba cross dengan 3 induk. 
Cobra
Setakat ini hanya 2-3 ekor je pewarisnya yang dapat Stm simpan.
Salah seekor serama berwarna gelap yang Stm suka tengok.
Peluru yang selalu membawa tuah kepada Hairi Sik.
Tapi sayang, ayam ini hilang semasa menyertai salah satu bon baru-baru ini

Minggu, 14 Oktober 2012

Pembaka Ara Reban TM

Inilah bapak pembaka yang STM gunakan untuk 'proses' produk reban STM untuk warna ara. Bapak nie asal rumah kawan STM di Dungun. STM paling suka 'perangai'-nya yang aktif kebas dan lonjak.

Walaupun baru sahaja STM keluarkan dari induk, tetapi aktif kebas yang STM perhatikan menjadi ciri-ciri aslinya. Cutting 'slim' tapi tinggi sederhana sahaja.

STM silangkan dengan induk dari darah yang dekat dengan pembaka ini.  Yang pasti induknya dari susur galur aksesori yang menarik.

Nanti STM 'update' perkembangan hasil 'breeding terkawal' ini...


Jumat, 21 September 2012

Pembaka Reban STM...

Ayam ini biasa-biasa sahaja. STM simpan untuk jadi pembaka di reban khusus untuk teras bloodline di reban STM. Ada lagi 2-3 ekor dari darah yang sama dengan pembaka ini di reban sebagai pelapis. Induk pun tengah adjust sikit lagi....

Ayam ini mempunyai bloodline  Sami di'cross' dengan induk Tok Uban.
Sedarah bapak dan induk dengannya ada sekor di reban STM. Warna hampir
sama tetapi ekor bukan kelabu. STM simpan jadi pelapis..

Ini 'darahnya' sudah campur. (SOLD)
Hehehe..ini STM sayang.

Selasa, 15 Mei 2012

Pembaka - Sri Patih

Salam...

Sambil duduk petang-petang, tak tahu apa nak buat. So, saya kongsi sekeping dua gambar pembaka di reban Telok Mas yang baru sahaja saya snap.

Sri Patih. Sekarang sedang di 'cross' dengan induk dari Kuala Ibai. Tenguk macam mana hasilnya nanti....




Jumat, 20 April 2012

Cobra

Insya Allah kalau datang perangai si Cobra ini, boleh cuba bawa untuk Bon Melaka minggu depan....