Tampilkan postingan dengan label Juadah Pulut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Juadah Pulut. Tampilkan semua postingan

Minggu, 28 Juli 2013

Cendol Pulut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah ada cendol...mestilah kena buat sesuatu kan. Masa berbuka, terasa sangat nak makan cendol pulut. Bukan makan sejuk (berais) tapi makan macam tu je. Dah sejuk sangat di CH tak ada kerja pulak saya nak minum air sejuk. Sebenarnya masa berbuka, elok kalau minum air suam atau air panas. Saya sendiri pun masih bertahan tanpa ais walaupun di kampung.

Bagi cendol yang dibuat baru2 ni, saya jadikan ala-ala pengat. Yang mana saya masak menggunakan santan dan daun pandan, kemudian masukkan cendol. Pulutnya saya tanak berasingan. Kira halallah ya untuk cendol pulut. Melepas kempunan katanya... Kalau nak tambah jagung ke, kacang ke boleh jugak. Tentu lagi meletup rasanya.


Resepi? Tak payahlah..... *_*

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 16 Juli 2012

Pengat Durian & Pulut



 
 
 Hai semua. Selamat bertemu kembali. Lama sungguh rasanya tak ada cerita di sini. Terima kasih pada semua yang sudi bertandang ke "ABC" walaupun tiada cerita-ceriti hangit dari dapurku.  Balik dari perkhemahan bersepadu, ada pulak beberapa tugasan yang menunggu. Ditambah pula dengan mood yang agak down dan ke'blur'an tak tahu nak cerita apa....bila nak edit post terus xde idea.

Pengat durian dan pulut ni sebenarnya projek minggu lepas lagi. Dah ada durian yang dibawa dari kampung, sebenarnya nak buat serawa dimakan dengan serabai, tapi xsempat nak search resepi, ini ajelah yang mapu dibuat. Pengat macam ni memang dah biasa sangat, memang sedap dimakan dengan pulut.



 
Stok durian ada lagi dalam peti tu, insyaAllah nak cuba jugak satu hari nanti buat serabai + serawa, moga2 tercapai keinginan ni. Wassalam..
 
Note : Abes idea sungguh, tak tahu nak cakap apa.... -_-

Stylish Thankyou

Jumat, 13 Januari 2012

Pulut Pagi, Pagi Sabtu

 
 
Salam hujung minggu semua. Dah bangun ke belum weh? Moh le bangun pagi2 sikit, murah rezeki tau. Tengok cam cheq sue ni, pagi2 dah bangun, dan sekarang tengah menikmati pulut pagi ni. Dah lama sebenarnya nak buat, memang teringin sangat nak makan. Kat sini memang xde orang jual. So bila ternampak masa skodeng di INTAIDAPUR dulu, makin berkobar2 nak buat. Cuma biasalah bila 1st time buat, memang ada x jadi kat mana-mana. InsyaAllah kali kedua nanti akan jadi lebih baik.

Cheq sue buat ni dalam 2 cawan pulut dan 5 keping nisse (kecil). Oleh sebab pulut tu ditanak, maka kelihatan agak hancur sebab selalu dikacau. Maklumlah guna nisse fresh from icebox, jadi agak keras. So untuk sebatikan nisse dengan pulut tu kenalah selalu kacau. Lain kali cheq sue nak buat cara kukus pulak tgk camana hasilnya. Apapun alhamdulillah, suka sangat sebab dah dapat makan. Korang kalau rasa2 nak cuba tu bolehlah buat ya. Wassalam...

 
PULUT PAGI
Resepi : Liza@Intaidapur
 
Bahan-bahan :
Beras pulut - cuci 2 cawan
Air - utk tanak pulut
Nise / gula melaka 5 keping
Kelapa putih 1/2 biji ~ kulit hidup
Garam
 
Cara-cara :
- masukkan beras pulut dan air secukupnya ke dlm periuk dan tanak macam biasa.(sukatan air utk masak pulut mesti lah kurang dr sukatan beras pulut).
- bila dah 3/4 masak,bubuh nise /gula melaka dan perlahankan api.
- gaul sebati bila nise dah mula mencair.
- biarkan pulut masak sempurna dan warna pulut kecoklatan.
- tutup api,biasanya pulut ni sedap mkn masa sejuk.
- kukus kelapa pth dlm 5 minit utk mengelakkan dpd cepat rosak.
- angkat dan gaul dgn sdkt garam.
- sedia dihidang bersama pulut td..

Selasa, 06 Desember 2011

Ayam Pulut Kukus @ Loh Mai Kai

 
 
Ayam pulut kukus, kedengaran agak pelik. Sebelum ni x pernah makan pulut yang 'sebegini'. Selalunya makan dengan kelapa, bergandingan dengan bubur atau cendol. Tapi bila dimasak ala claypot ni macam pelik aje. Sungguh...memang sedikit 'darat' pada tekak Melayu cheq sue nih. Apapun pulut ni memang sedap dan lembut aje. Kalau dimakan selalu gerenti dapat kulit cantik dan gebu macam Kak Diana...
 
Sebenarnya masakan ni adalah sejenis chinese food. Menurut Kak Ros, ianya dipanggil LOH MAI KAI. Cuma bila cheq sue tgk, ada la sedikit perbezaan dari segi penyediaannya tu jika dibandingkan dengan cara Kak Diana ni. Ewah ewah ewah... Sekarang ni bukan main ye, sekejap menu western, sekejap chinese food, bila dah boring pekena pulak kampung style. 


Untuk pulut ni cheq sue buat sikit aje, dalam 1/3 cawan pulut dan 5 ketul ayam + leher. Memang cukup2 la makan sekali habis. Cheq sue ikut aje cara kak diana tu dan dikukus dalam caserol pot dan ramekin. Ingat nak masukkan aje dalam pot tu tapi takut pulut tak sempat kembang pulak. Cuma yang cheq sue buat ni sedikit terhitam, agaknya tersurah banyak sikit kicapnya. Lagipun cheq sue guna kicap biasa aje.
 

Mmmm, arini adalah hari terakhir untuk mengawas peperiksaan SPM. Bagi kebanyakan sekolah yang tiada calon pelajar Cina dan India, ramai yang telah merdeka. Selepas pukul 1 ni, giliran cikgunya pulak yang merdeka. Ehhhh...korang bila lagi nak cuba pulut ni. Rugi wooooo kalau tak cuba... Jangan nak mintak yang cheq sue punya ni pulak, semua dah selamat di hadam okay... Jumpa petang nanti eh. Wassalam...
  
AYAM PULUT KUKUS

Bahan – bahan :
1 keping peha ayam _ d potong kecil
1 cawan beras pulut _ d cuci dan toskan
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ rendam dalam air panas dan  hiris halus x masukkan
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya.
3 ulas bawang putih _ d cincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit Garam

Bahan-bahan A :
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 1/2 tbsp minyak bijan
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1/3 cawan air

Cara-cara :
Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai
( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ). cheq sue kukus biasa aje, dalam 1 jam
Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.

Jumat, 11 November 2011

Tuhan Ambil, Tapi Tuhan Beri...

 
 
Sesuai sungguh tajuk tu dengan apa yang terjadi pagi ni. Sesungguhnya kalau bukan rezeki, dah ada dalam mulut pun x sempat ditelan. Apabila telah disuratkan yang sesuatu itu bukan untuk kita, janganlah kita berangan untuk memilikinya. Dan bila pula kehilangan, janganlah pula kita merasa duka. Dalam hidup ini pun begitulah juga... Tuhan tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi Dia memberikan apa yang kita perlu...
 
Semalam, cheq sue buat tau foo fa, menggunakan resepi Adik Nonie. Tengah bekukan dalam peti ais. Bangun pagi tadi, terus rebus air gula. Bila aje buka peti ais, tiba-tiba aje keluar bekas tau foo fa tu, terus ke lantai..belen susu cair setengah tin pun dan habis keluar (agaknya dari malam tadi). Malah kek coklat yang cheq sue buat setengah adunan pun sama terjun dari peti. Pinggan pengalas pun pecah dua. Rasanya semalam dah letak elok-elok. Aduhhhhh memang rasa nak nangis. Dua benda tu dah lama cheq sue dok teringin nak makan. Bila fikir2 kot silap letak, sabar aje lah.
 



Tengah dok fikir2 nak sarapan apa, Aisyah datang menghantar kaserol seramik cheq sue, dulu ada buat makaroni dan dihantar ke rumahnya. tengok2 ada pulut ikan kering dan kelapa manis. Eh, semalam baru terliur di rumah Kak Rose, harini dah ada orang bagi. Terima kasih pada Kak Rini. Ada yang dengar rupanya... Jadi begitulah ya, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...
Wassalam...

Rabu, 14 September 2011

Ketupat Palas & Ketupat Dakap

Assalamualaikum & salam sejahtera


Bersempena dengan tuan rumah yang menyambut raya enam, tak sah kalau xde ketupat dihidangkan. Alhamdulillah dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman, cheq sue berjaya membuat ketupat palas dengan sendirinya. Mula2 nak buat ketupat jagung, tapi ketupat palas yang terjadi. Nasib baik lah dah menuntut ilmu dari ibunda, sekarang dah yakin nak buat sendiri.

Untuk sekilo beras pulut, cheq sue dapat dekat 50 biji ketupat je sebab daun2 yang ada semuanya pendek2, kalau yang pendek ni cheq sue tak berapa reti sikit nak buat, selalu sungguh mek yang buat sebab langkah2 nya lain sikit. Selebihnya tu cheq sue bungkus menggunakan daun pisang dan jadilah pula ketupat dakap.

Kat bawah ni cheq sue ada tunjukkan gambar2 step by step la konon2nya cara nak buat pulut tu, tapi maaf lah sebab baru 1st time guna photoscape, view nampak ok tapi bila apload jadi macam blurr pulak. Mmmm xpelah janji boleh nampak. Kita belajar xde cikgu ni gitu la.... lama baru nak pandai


Daun palas ni dikirim pada member yang kebetulan turun ke Gua Musang (rugi pulak tak bawak dari kampung), tak banyak yang boleh digunakan tapi alhamdulillah mana yang ada tu bolehlah dibuat ketupat. Daunnya kecik2 aje, daun 4 dan 6 kebanyakannya
 


Ini adalah step bahagian pertama. Lepas pulut tu masak dikukus, ia akan dicampur dengan santan pekat (+ garam) sehingga rata. Kalau kat kg kami panggil ni pulut "ara" (gitulah kot bunyinya...payah pulak nak describe eh). Masa nak buat ni lebih baik guna senduk kayu rata yang panjang sikit supaya pulut tu tak terlekat di tangan


Okeh...yang ni pulak untuk bahagian keduanya. Bila dah siap dikukus kali kedua, ia akan di campur dengan gula halus dan akan dikacau @ di ara sekali lagi supaya sebati dengan manisnya.  

Jika ingin membuat ketupat lemak @ tawar, tak perlu lagi dimasukkan gula. Tunggu sehingga pulut sejuk dan bolehlah dibungkus. Jika ingin membuat pulut panggang @ pulut lepa pun boleh. Kalau pulut tu diwarnakan kuning, jadilah ianya pulut kuning!


Kalau dilihatkan pada gambar terakhir kat atas ni, nampak macam pulut tu berlemin2 sikit sebab gulanya belum kering (di kampung disebut "sering"). Pada masa ni pulutnya masih lembik dan lembut

Diharapkan dengan  adanya n3 ni dapat memberi sedikit panduan kepada kawan2 yang ingin mencuba. *_^. 

Catatan : Makanan berprofil tinggi!

Wassalam...


KETUPAT PALAS
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 1 kg beras pulut - rendam 5-6 jam
- 2 1/2 cawan santan pekat - dari 2 / 3 biji kelapa
- 1 3/4 cawan gula
- 2 sudu besar garam kasar
- daun palas secukupnya - dalam 50-60 biji jika saiz daun besar
- daun pisang sebagai alternatif jika tak cukup daun palas

Cara-cara :
- campur santan pekat dengan garam dan kacau sehingga garam hancur
- panaskan kukusan sehingga air mendidih **sediakan santan dahulu sebelum mengukus pulut
- masukkan beras pulut ke dalam kukusan yang telah di alas dengan jala atau kain untuk mengelakkan pulut jatuh ke bawah (bagi kukusan yang berlubang besar). Kukus selama 20-30 minit atau sehingga pulut "naik wap" (keluar wap air pada bahagian tutup kukusan) atau sehingga pulut masak
- bila sudah masak, masukkan ke dalam mangkuk / besen bersesuaian, kacau sebentar dan masukkan santan yang telah dicampur dengan garam tadi
- kacau menggunakan senduk kayu supaya santan sekata pada pulut dan tiada ketul2 pada pulut
- setelah sebati dan santan telah diserap oleh pulut, masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus sekali lagi selama 20-30 minit
- bila sudah "naik wap" sekali lagi, masukkan semula pulut ke dalam mangkuk / besen dan tuangkan pula gula
- kacau sehingga gula hancur dan pulut bergaul mesra (pada masa ni pulut sedikit berair)
- sementara menunggu pulut sejuk, bolehlah dikacau sesekali untuk menghilangkan air gula pada besen yang digunakan dan memastikan air gula dapat diserap sepenuhnya oleh pulut. (Kalau masa ni pulut agak lembik tapi jangan risau ianya akan mengeras bila sejuk)
- bolehlah dibungkus menggunakan daun palas atau daun pisang... InsyaAllah cara2nya dalan n3 akan datang