Tampilkan postingan dengan label Snek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Snek. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Juni 2013

Resepi Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya merupakan seorang penggemar tempe. Apa salahnya mek Kelate makan tempe, sama je jugak dengan budu yang dah sampai ke international. Kalau dulu tak berapa jugak, tetapi setahun di JB, dan setahun di Batu Pahat, pastu geng pulak dengan kengkawan yang hantu tempe, apa lagi, naik tocang la saya. Saya memang suka kalau tempe digoreng garing, ratah gitu pun sedap. Pernah juga semasa di Yong Peng, kawan menggoreng tempe secara celup tepung dan dicicah dengan sambal kicap. Perghhhh... pelik tapi sedap!

Tetapi apa yang istimewa dengan tempe ni? Of course lah sebab ianya didatangkan dari daerah Jantho, Banda Acheh, yang mana ini juga merupakan hasil yang dibawa balik dari sana. Macam produk IKS la yang diusahakan oleh golongan wanita. Ianya dibuat dalam plastik memanjang. Tempe di sana tak ada bau macam tempe kita, saya simpan dekat seminggu dalam peti ais masih elok dan ok lagi.

Fikir2, teringat pulak member selalu masam macam ni, jadi saya pun cuba la buat. Mungkin jugak agak sama atau lebih kurang dengan yang korang pernah buat. Kalau nak cuba silalah...


TEMPE GORENG BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan - bahan :
1 bungkus tempe - hiris nipis
Ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam - tumbuk kasar

Cara membuatnya :
Gaulkan tempe dengan bahan yang telah ditumbuk kasar. Perap seketika
Goreng sehingga garing

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 22 Mei 2013

Sandwich Krakers Tuna Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesi menghabiskan sekut kering dengan inti tuna, belen buat tuna sandwich roll. Dah lama nak cuba sekut goreng macam ni tapi dok kiv memanjang, baru minggu lepas dapat cuba.  Bila sekut dah mula nak lemau, bila tuna dah tak boleh nak simpan, kena la jugak gagahkan diri untuk buat sebagai kudap-kudapan.


Agaknya adunan yang saya buat tu tercair kot, tak banyak tepung yang melekat pada biskut. Tapi apapun sedap jugak dok ngap-ngap sambil tengok tv. Cicip pulak dengan sos cili untuk kurangkan rasa muak  berminyak. Saya buat berbuka puasa, kenyang sampai ke pagi.



Buat yang nak mencuba saya copy semula resepi kat bawah. Kalau nak buat ejasmen terpulang la pada citarasa masing-masing. Tq pada Acha yang berkongsi resepi ni..

SANDWICH KRAKERS TUNA GORENG

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )
1 bungkus biskut cream cracker (tiger) saya guna biskut cap ping pong
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tin sardin (dihancurkan isi sardin nya)
2 sudu sos cili
1 sudu tepung kari
sedikit garam,perasa dan gula

Bahan lain:
tepung gandum, tepung beras, sedikit garam, pewarna kuning@serbuk kunyit
minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili
Kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula.
Setelah itu sapukan sardin ke ats cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.
buat smpi habis.
Dlm bekas lain tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng. Campur sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn sebuk kunyit.
Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng kedlm minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
Angkat toskan dan potong 2 seperti sandwich.sedap n simple...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 12 Maret 2013

Simple Salad & Fish Finger

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa macam pelik aje bila sesekali makan salad. Iyalah, tekak Melayu kan, mana nak lepas dengan nasi dan lauk pauk. Bukan apa-pun, kebetulan di rumah ada salad gulung, tu yang cuba. Digandingkan pulak dengan baki sosej dan crabstik. Kira ok lah jugak, kenyang dan menyihatkan.


Untuk sos nya cheq sue hanya gunakan sos cili Thai. Best jugak, cuma agak masam dan pedas sikit. Untuk kali pertama dulu cheq sue gunakan sos Thai dipping, tapi dah habis pulak. Bila guna sos cili Thai rasanya pun ok je. Tambah2 ada bijan sangai tu, pergggghhh lagi menyedapkan salad ringkas ni.


Sebenarnya fish finger tu sebagai pilihan sahaja. Kalau ada boleh, tak ada pun tak apa. Kalau guna nugget atau mash potato pun tak apa, bergantunglah dengan bahan yang ada di rumah. Cheq sue tu kebetulan beli sepeket, saja nak try. Dengan adanya fish finger tu dapatlah menambahkan tekstur pada salad ni.

Jadi pada sape yang nak cuba tu cheq sue lampirkan resepinya di sini. Senang dan murah, kalau ada masa tu cubalah ya.

SALAD RINGKAS & JEJARI IKAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
~Salad~
1/4 bahagian salad - hiris memanjang saiz sederhana
1 batang timun jepun (dadu saiz kecil)
2 batang sosej lada hitam - potong nipis menyerong
2 batang crabstick - potong dadu
2 sb bijan (sangai)
5 sb sos cili Thai

~Jejari Ikan~
1 peket jejari ikan segera (saya beli cap TESCO)
Sos cili + mayonis

Cara membuatnya :
Layukan sosej dan crabstick dengan sedikit minyak
Campurkan semua bahan untuk membuat salad dan gaulkan di dalam mangkuk. Kemudian tabur dengan bijan sangai
Untuk sos salad, boleh dilebihkan mengikut kesesuaian

***********************
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
 ~ Wassalam ~

Selasa, 05 Februari 2013

Apple Fritters

 
 
Menu minum petang, semalam punya. Dengan tekad nak menghabiskan sebiji epal hijau yang berumur 2.5 minggu. Ha...percaya? Silalah percaya, belen epal hijau yang cheq sue buat jus epal asam kulit limau tu masih ada lagi. Beli epal hijau, masamnya sangat-sangat. Tawakkal aja buat fritters ni, alhamdulillah tak la masam sangat. Cuma pada awal2 mula masak tu memang terkejut segala deria rasa di lidah, masam! Bila dah sejuk, makan pun rasa dah ok.

Sebiji epal yang tertinggal tu cheq sue kupas kulitnya dan belah kepada 8 bahagian. Sebenarnya resepi menggunakan nenas, tapi guna epal pun ok, rasanya kalau guna epal merah, yang kurang masamnya mesti lagi sedap. Oleh sebab kuantitinya yang sedikit, cheq sue makan gitu aje, tak menyempat nak beli aiskrim atau whip cream bagai. Yang penting habis stok epal.

Rasanya tak jauh beza dengan pisang goreng. Cuma kelainannya sebab resepi ni menggunakan tepung naik sendiri. Biasa kita guna tepung beras atau tepung gandum aje, kira ni ilmu baru lah. TQ pada ABM yang berkongsi resepi ni. Dalam sibuk2 belajar, sempat lagi dia memasak, memang salute betul... Semoga sukses dalam apa jua yang dilakukan. Wassalam...

 
PINEAPPLE / APPLE FRITTERS
Resepi :  blog video Sorted.

2 tin nenas gelang
150g tepung naik sendiri
300ml sparkling water / air soda bergas - disejukkan
1 genggam parutan kelapa - ABM pakai yg dipaket cheq sue tak masukkan
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA CARA
1. Asingkan nenas dan airnya. Seeloknya keringkan nenas gelang tu.
2. Didalam mangkuk, masukkan tepung, air soda dan parutan kelapa. Kacau sebati. Kacau sekejap je sebab tak mahu kehilangan buih2 tersebut.
3. Didalam minyak yang panas (pastikan minyak betul2 panas ye), masukkan nenas yang disaluti dengan adunan tepung. Goreng sehingga garing. Toskan. Buat sehingga habis.
4. Enak dihidang bersama krim putar atau ice cream.

Stylish Thankyou

Selasa, 22 Januari 2013

Mangga Asam Kulit Limau

 
 
Perghhh...lama giloss tak hapdate. Bajet bizi la ni. Memang la ya. Para cikgu cikgi ni tahu lah bila dah stat persekolahan, memang tak menang tangan dibuatnya. Banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan. Masak pun ala-ala aja, balik sekolah dah petang tak larat nak online. Kalau bukak lappy pun sekadar menengok apa yang kawan2 buat sambil menelan ayaq liur. Agaknya dah bermacam cerita hangat dan hangit yang cheq sue tertinggal.
 
Jadi sebagai nak mengisi kekosongan ni meh la lihat menu yang dah lama habis ni. Masih jugak tentang asam kulit limau. Penangan menskodeng blog orang. Kadang2 bila tengok je orang buat, terus kita rasa terliur, dan2 aje rasa nak buat. Tambah2 kalau asam macam ni, memang menjejeh air liur. Cheq sue sendiri pun asyik terbayang-bayang. Memang hantu asam pun, cuma menunggu nak membeli mangga tu yang susah nak dapat. Kebetulan pulak ada orang jual di pasar malam, terus aje cheq sue pilih yang masih belum masak. Pauh lemak ni bukan boleh kira, sila2 kita kata belum masak tapi rasanya manis.
 
 
Kat blog sape? Aduh korang ni... tu la tak pernah bw sangat. Ececeh...macam la kita ni kaki BW, padahal nak masuk blog sendiri pun terkejar-kejar, nak balas komen pun tak dapek. Resepi ni cheq sue jumpa di blog Kak Hana. Hmmmm, tak ada resepi pun sebenarnya. Macam try and error gitu. Masing2 ada citarasa sendiri, cuma bahan asasnya nak kena ada asam kulit limau. Buah2 ni pula boleh ditukar ikut kesukaan. Jambu boleh, epal pun boleh. Katanya lagi kalau nak manis boleh tambahkan gula.
 
Asam kulit limau tu hanya perlu dikisar sehingga halus dengan menggunakan blender kering ataupun food processor. Cheq sue hanya guna blender kat dapur aje, dah agak uzur kan tu yang gamaknya asam kulit limau tu tak halus betul. Tak apalah, baru 1st time buat. Next time nanti cantik la tu.
TQ pada Kak Hana yang sudi berkongsi resepi bondanya ni. Stok mangga ada lagi. Stok asam pun ada lagi. So... tunggu next time la buat pulak. Wassalam.
 
Stylish Thankyou

Kamis, 18 Oktober 2012

Cendawan Goreng Celup Tepung

 
 
Perghhh... ada yang terliur tak dengan  gambar tak seberapa ni? Saja nak propa aje ni. Dah buat lama jugak ni. Maklumlah tokeh cendawan, rasa sekarang ni tiap-tiap hari nak makan cendawan goreng. Bila dapat cendawan fresh, memang nak goreng celup tepung begini sebab rasanya memang sedap dan sangat memuaskan hati. Cicah pulak dengan sos cair yang masam manis pedas tu.
 
Selalu kalau buat cendawan celup tepung ni memang ada je yang tak kena, lembik dan berminyak. Tapi dengan menggunakan resepi ni memang menjadi. Alkisahnya resepi ni dikongsi oleh kaunselor sekolah kami iaitu Kak Lia yang pada masa itu membuat ikan celup tepung. Jadi bila kami-kami ni makan, memang kena betul la hidangan tu untuk digantikan dengan cendawan.
 
Jadi TQ bebanyak pada Kak Lia yang berkongsi resepi ni. Memang maveless dan menjadi sesangat. Mudah pulak tu nak menyediakannya. Kawan-kawan kalau ada kelapangan tu boleh la cuba. Wassalam...
 
 
CENDAWAN GORENG TEPUNG
Resepi : Puan Norlia Bt Abd Hamid
 
Bahan-bahan :
2 bahagian marjerin
3 bahagian gandum
Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Secubit garam
Air secukupnya
Cendawan tiram yang telah disiat mengikut saiz dikehendaki
 
Cara-cara :
Campurkan marjerin, gandum, pewarna, garam dan air secukupnya. Biar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair
Campurkan ke dalam  cendawan yang telah disiat, gaul hingga rata
Bolehlah digoreng menggunakan api besar supaya tidak menyerap minyak 
 
Stylish Thankyou

Rabu, 11 April 2012

Ayam Dinasour & Tepung Salut Serbaguna



 
 
Petang tadi, terdapat gegaran kuat di Acheh sehingga dikeluarkan amaran tsunami
Gegaran kuat itu dirasai di kebanyak negara termasuklah kawan2 rumah flat di kuarters cheq sue ni
Gegaran tu terasa 2 kali, kelihatan air dalam gelas bergoncang
Beliau dan keluarga turun ke bawah mengelak sebarang kemungkinan
Na'uzubillah, semoga segalanya dalam keadaan baik

Cerita tentang ayam dinasour @ ayam rangka ni pulak memang glemer sangat masa belajar dulu
Kalau dapat makan ni macam dapat makan KFC
Beli seekor dan makan ramai2 memang best
Kebetulan member cheq sue kata ada rangka ayam di rumahnya
Suaminya tu berkawan dengan tokey kedai makan, so daripada buang dibagi pada suaminya
Mula2 dok plan nak buat soto, tapi terfikir nak goreng tepung
Cheq sue memang dah selalu guna bancuhan tepung goreng berempah Kak Besah ni
Biasanya buat setengah adunan, bila nak guna dah ready mix
Simpan dalam peti sejuk supaya tepungnya tak masuk angin
Nak goreng udang ke, sotong ke, ayam ke, celup aje dalam telur dan salutkan dengan tepung tu
Cheq sue jarang sangat beli tepung segera tu
Bila dah goreng, xde beza pun dengan yang beli kat pasar malam tu
Malah yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya
Nak makan pun tak segan
Pada sape yang suka makan2 bende bercelup tepung ni bolehlah bancuh tepung ni
Memang berbaloi
Tq Kak Besah
Wassalam...





 TEPUNG SALUT SERBAGUNA
Adaptasi : Sotong Rangup Berempah Kak Besah
 
Bahan-bahan
1 kg sotong besar - cuci,potong bulat 1cm tebal & tos kan atas penapis.
7 ulas bawang putih - ditumbuk*, 2 sudu mkn rempah kari ikan* & 1/2 sudu mkn garam*
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
4 sudu makan rempah kari ikan cheq sue masukkan serbuk cili
1 sudu teh garam
*semua dimasukkan dlm bekas bertutup lalu digoncang2 supaya bercampur rata. 
Cheq sue tambahkan sedikit serbuk cajun
2 biji telur dikacau ringan & minyak utk mnggoreng terendam.

Cara-cara
gaul sotong yg tlh dihiris bulat bersama bahan2bertanda* - ketepikan.
pastu, celup sotong satu persatu dlm telur & terus golekkan dgn tepung campuran tadi.paling senang, goncang je bekas bertutup tu supaya tepung menyaluti sotong dgn rata.cheq sue golekkan aje dalam tepung tu
seterusnya goreng lah sehingga keperangan. jangan goreng terlalu garing nanti sotong akan jadi liat.


Minggu, 12 Februari 2012

Homemade Plain Pretz + Chocolate Dip

 
 
Resepi ni boleh tahan lama jugak dok bersemadi dalam buku resepi. Dari buku lama yang dah terkopak kulitnya, sampai ke buku yang baru, dari tahun berganti tahun, baru sampai masa nak mencubanya. Tengok ke bahan-bahannya tu senang sangat, xde bahan yang kebaboom pun, cuma nak kena rajin bila sampai tang nak memotong adunan yang dicanai.
 
Tengok dalam MyR tu, nampak macam snek 'gettah' @ 'akar nyor' aje kalau kat Kelantan. Ada juga yang dip dengan sos. Cheq sue ni kebetulan ada lebihan coklat untuk topping mini chocolate eclair, sedap jugak bila dicicah. Tapi sebenarnya makan gitu pun sedap, rasanya tak tumpah macam biskut tawar lemak. Lain kali nak buat versi petak la...mesti jadi biskut tu.

Pretz ni cheq sue pernah nampak Noorsha buat dengan perisa almond. Sebenarnya nak jugak buat yang ada perisa tapi bila fikir2 nak dip dengan coklat, tu yang cheq sue buat plain aje. Kalau nak dijadikan kudapan time2 tgk tv tu memang sesuai sangat la ni.. Xde nak bimbang pasal kolestrol ke lemak ke ape...

Nanti kalau ada masa tu boleh la cuba, memang berbaloi baloi baloiiiii. Wassalam...






 
HOMEMADE PRETZ
Resepi : Kak Yani @ MyR
 
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula kastor
100ml air
2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan cheq sue ganti dengan minyak jagung

2 sudu kecil serbuk pati ayam * ( atau 1/2 kiub ayam)
3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *

Bahan-bahan yang bertanda (*) boleh ditukar dgn bhn lain yg sesuai ikut citarasa sendiri.. spt serbuk ikan bilis, udang ke.. serbuk kari ke atau apa saje ikut kreativiti sendiri

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong memanjang. Untuk langkah2 penuh boleh rujuk sini
Panaskan oven sehingga suhu 170'C. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.

Kamis, 09 Februari 2012

Mini Chocolate Eclair



 
 
He he he... Sehari x ada n3, tq pada semua yang sudi berkunjung ke blog cheq sue nih. Semalam mood berblog terjun ke laut...x bukak pun, terbiar sepi macam tuannya aje. Sesekali bila mood tak tentu, payah jugak nak timbulkan kembali... Mesti korang pun pernah alami camni kan?
 
Berbalik pada resepi kali ni, mini choc eclair MCE, sebenarnya dibuat minggu lepas. Memang dah lama nak cuba, tunggu masa yang sesuai aje. Kebetulan berlepak2 di rumah member, seronok sikit nak makan-makan bila ada ramai yang dok tunggu. MCE ni sesuai sangat dibuat untuk minum petang ataupun kudapan anak-anak. Ringkas, mudah dan senang. Memang memuaskan dapat buat dan makan sendiri. Satu adunan tu tak dapat banyak pun, bila makan tup-tup tengok dah habis licin..

Untuk MCE ni, yang mula2 cheq sue bakar tu agak terhangit sikit di bawahnya. Sebab... cheq sue guna loyang pembakar hitam, jadi kat bawah dah hangit, tapi di dalam belum masak lagi. So untuk yang seterusnya cheq sue bakar di atas baking sheet. Dapatlah MCE tu masak sempurna dan xde masalah hangit lagi. Cumanya MCE cheq sue ni tak berapa nak kembang, tak la macam cream puff tu. Tapi insyaAllah cheq sue nak cuba buat lagi ni.

Untuk sapa yang belum terfikir nak buat apa tu, boleh la cuba resepi ni. Memang berbaloi tau. Memang puashati. Gerenti satu adunan ni tak cukup! Cuba tau. TQ Kak Fida shared this recepi... Wassalam...




MINI CHOCOLATE ÉCLAIR

Bahan-bahan ( 35 - 40 keping )
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1/4 cawan mentega (1/4 buku)
1 sk gula halus
1/2 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur
1/2 sk esen vanilla

INTI CUSTARD :-
550 ml susu segar
90 g gula pasir
60 g tepung custard
1 sb mentega/majerin

CHOC. GLAZED :-
100g dark chocolate
30 g mentega

Cara-cara :
Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.
Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.
Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :)
Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,

Rabu, 18 Januari 2012

Kacang Dal Goreng Rangup

 
Time petang2 camni, memang masyuk kalau dapat mengudap jajan kan? Apa kata korang try kacang dal goreng ni, tapi kena pastikan gigi korang tu penuh dengan kalsium la ya... Kalau agak2 nanti korang sakit gigi dek kacang ni cheq sue x mo tanggungjawab.

Memula plan nak buat sambal dengan kacang dal ni, tapi at last tetiba nak cuba goreng sebab dah pernah makan dulu camni cuma tak ingat kat mana. Memang ralik dok mengunyah benda ni tau. Tapi kena pastikan kacang dal tu jenis yang lembut, yang boleh hancur, bukan yang sejenis lagi tu, kalau guna yang tu patah gigi agaknya! Apapun, korang tengok lah dulu, mana tau boleh buat untuk makan-makan.... (*_*)
Wassalam...



 
KACANG DAL GORENG RANGUP
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 genggam kacang dal - rendam 2 jam hingga kembang
2 tangkai daun kari
5 biji cili kering - hiris
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Gaulkan dengan secubit garam kacang dal yang telah dibersihkan
Panaskan minyak, goreng kacang dal 2 3 minit, kemudian masukkan daun kari dan cili kering. (Tak perlu goreng lama-lama nanti kacang tu overcook dan jadi keras)
Angkat dan toskan minyak.
Dah siap pun.......

Kamis, 10 November 2011

Chicken & Prawn Popcorn

 
 
Popcorn ni cheq sue buat petang semalam, sebagai kudapan dinner. Dalam hati ni terasa sangat nak makan kek tapi ada pulak bahan yang xde. Bila memikirkan ada ayam dan udang, terus teringat popcorn cicken yang pernah Kak Ida tunjukkan. Cuma macam biasalah cheq sue ejas sikit bahan2nya tu. Jangan marah ye kak...

Popcorn ayam dan udang ni memang sesuai sgt dimakan gitu aje, cicah dengan sos cili Thai, kejap aje boleh habis. Alaaaaa...macam kita makan popcorn time tgk wayang la...dok suap aje tgk2 dah habis. Macam Kak Ida bagitahu, boleh jugak kalau nak dibuat sebagai lauk sampingan. Kalau budak2 memang suka la buat camni. Budak2 macam cheq sue lagi la suka.
 




 Sebenarnya bila kita buat sendiri popcorn ni memang puashati sgt. Dah terjamin kebersihannya, dan makan pun tak bercatu. Macam cheq sue buat ni, rasa2 macam sikit aje tapi nak menghabiskan sorang memang kekenyangan betul. Idea nak buat menggunakan udang ni timbul bila cheq sue tgk udang tu kulitnya x berapa tebal. Kalau guna udang besar kena lah buang dulu kulitnya.
 



 CHICKEN & PRAWN POPCORN
Resepi : Kak Ida, Japan
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan :
5 keping boneless chicken cheq sue guna dalam 2 ketul aje, dah potong dalam 1/2 cawan
4 ulas bawang putih*
1/4 labu bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 - 1 sk serbuk pati ayam
1/2 sk serbuk lada sulah
2 sb mayonis
1 cawan tepung tempura cheq sue ganti dengan tepung jagung
1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan breadcrumb / serbuk roti....boleh letak lebih
Garam secukup rasa
Cheq sue tambah 1 biji telur, serbuk cajun, bijan hitam dan minyak bijan

Cara membuatnya:
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu
Kisar bahan bertanda * cheq sue tumbuk aje
Gaul ayam dengan bahan *, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, mayonis dan garam secukup rasa....perap ayam seketika 
Bancuh tepung tempura bersama air, garam, dan campurkan breadcrumb.......kacau sebati  #
Gaul ayam bersama bancuhan tepung di ata s#
Panaskan minyak 
Goreng ayam di dlm minyak yg banyak hingga masak dan garing. Selamat mencuba.

Selasa, 13 September 2011

Popcorn Bersalut Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera


Suka makan popcorn? Pernah buat? Pada sape yang pernah buat memang mudah aje, cuma amik masa yang agak lama (pada pengalaman cheq sue lah). Cheq sue dah banyak kali jugak buat popcorn ni...sejak memula belajar berpandukan resepi Aludra di MyR...terus cheq sue jatuh chenta dan berkongsi pula cara2 membuatnya dengan kawan2.  Kalau selama ni asyik dok derma aje pada penjual, konon2 nak support IKS tapi bila dah tau cara xde nak beli2 dah. Beli aje jagung kering tu sepeket sampai terbaring kekenyangan buleh makan... Hi hi hi


Mula2 buat tu cuba jugak salutkan popcorn ni dengan karamel (manis) tapi seingat2 cheq sue, dalam banyak2 kali buat tu hanya ada sekali je yang berjaya. Tapi, serius ni cakap, kalau buat plain aje pun sedap, terasa lemak2 masinnya tu... Cuma kali ni cheq sue salutkan dengan coklat sebab dah ada sedikit coklat cair belen buat almond (yang akhirnya telah siap)

Macam yang korang dah baca di n3 ni... meh cheq sue kongsikan pulak resepinya mengikut cara cheq sue


POPCORN BERSALUT COKLAT
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 1 cwn minyak masak
- 1 cawan planta / majerin
- jagung kering secukupnya
- coklat yang telah dicairkan secukupnya

Cara-cara :

 - panaskan minyak dan mentega hingga cair & mendidih sedikit

- tuangkan 1 senduk ke dalam kuali (api sederhana) dan masukkan jagung kering agak2 memenuhi ruang minyak tu tadi cheq sue lebih suka menggunakan kuali sebab bahagian bawahnya yang 'membulat' memudahkan untuk jagung kering digoreng

- tutup kuali dan tunggu sehingga keluar bunyi 'pop' (nyaring) sehinggalah bunyi itu habis ini menandakan jagung kering sudah habis menjadi popcorn. jika masih ada jagung kering yang belum pecah, kemungkinan besar minyaknya tak cukup

- bila hendak diangkat kuali popcorn tu, tapiskan terlebih dahulu minyaknya barulah dituangkan ke dalam bekas yang di alas dengan tisu. ulang langkah2 ni untuk jagung goreng seterusnya cheq sue selalunya goreng popcorn ni sedikit2 sebab dulu pernah buat banyak sekaligus, jagung x kembang dengan sempurna dan hasil popcorn tak berapa cantik (mungkin sebab tak pandai2 lagi kot.......)
- bila dapat jumlah popcorn yang diingini, bolehlah dipaipkan dengan coklat cair ke atasnya dan digaul menggunakan senduk kayu untuk mendapatkan hasil yang sekata

- kalau boleh tu salutlah dengan coklat tu sedikit2 sebab kalau nak tunggu banyak2 nanti lemau pulak pocornnya. Bila dah siap tu terus simpan dalam bekas kedap udara.