ADALAH pada suatu masa mentari menggalah tinggi R, seorang wanita gagah meniti merentasi sebuah padang berdekatan institusi. Sebagai tanda waspada, R mengarahkan temannya yang masih belia, F untuk menjadikan pelepah pohon pinang yang berselerakan di jalanan sebagai perisai bagi menghalau gangguan makhluk penyalak.
Lalu dua wanita itu terus berjalan sehingga tiba di tengah padang yang luas, F diasak jeritan tiba-tiba wanita gagah itu. Bingit dan nyaring bunyinya sehingga membuatkan F hampir terjatuh.
"aaaaaaaaaa"
F yang turut terkejut lantas menggagahkan diri dan menjadikan tongkat keramat yang berwarna merah untuk menentang sebarang bencana.
"Tolong, tolong! Cicak bodoh! Cicak bodoh!"
Begitu jeritan R. Dan di tengah padang luas dan di terik mentari itu, R terus menjerit meminta F menghalau seekor cicak yang gemuk tubuhnya yang entah dari mana hinggap ke bahagian atas jilbabnya. F tidak mampu berbuat apa-apa dan tergaman buat seketika.
Melihatkan F yang hanya mampu memandang, R pantas mencabut tudungnya lalu dicampakkan ke tanah. Mujur dalam beg bimbit R tersedia sehelai selendang biru lalu diambil untuk menutup kepalanya.
"Cicak bodoh! Cicak bodoh!" Begitu lagi jeritan R membuatkan F tidak mampu berbuat apa-apa melainkan ketawa.

F cuba menghasut R agar tinggalkan sahaja tudung itu di tengah padang itu. R juga seperti bersetuju tetapi bibirnya mengatakan tidak.
"Tudung mahal tu! Cicak bodoh! Tudung mahal!"

Lalu, F pun dengan susah payah menggunakan tongkat keramatnya untuk menyelak 'tudung mahal' yang terdampar itu untuk memastikan si cicak bodoh telah pergi. Hampir 15 minit, padang yang luas itu dibingitkan dengan jeritan R sambil titisan air matanya mula mencurah.
Hahaha.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar