SAYA tidak pasti sama ada hadirin yang melihat saya mendeklamasikan puisi SN Anwar Ridhwan bertajuk Catatan Kota Purba dalam Empat Musim di Hari Penganugerahan ASWARA, Jumaat lalu sebenarnya agak terganggu. Seperti biasa, saya sebenarnya telah pun menghafal sajak tersebut sebaik-baik sajak itu saya terima. Namun, sewaktu saya mendeklamasikan bait-bait :
Waktu angin panas menyapa Banjaran Dinaric
Aku menerima tamu sekawan merpati
hinggap di bahuku
meneteskan darah daripada kembar sayapnya
kabut dan tak pasti
telah menutup kaki langit.
Ketika sampai di baris yang dimerahkan, pandangan saya tertancap pada seraut wajah seorang pensyarah yang pernah menjadi panel menemu duga saya untuk kemasukan ke sebuah IPTA pada pertengahan 2007. Memandangnya, emosi saya terus terganggu apabila saya terkenangkan wajah sinis beliau sewaktu menemu duga saya. Pada hari tersebut, saya telah mengambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk memenuhi sesi temu duga tersebut. Dari Selayang, saya menuju ke Shah Alam dengan menaiki teksi. Ketika itu, saya belum kenal dengan Komuter atau LRT. Itulah kali pertama saya menuju Shah Alam dan bayangkan sahaja tambang yang perlu saya bayar untuk pergi dan balik.
Ketika menerima surat hadir temu duga, sebagai calon saya telah diarahkan untuk membuat kajian perbandingan antara filem Melayu baru dengan filem Melayu lama. Saya telah memilih dan membeli DVD filem Cinta dan DVD filem Anak-ku Sazali. Bersandarkan pada elemen sastera dan kajian dalam KOMSAS yang saya pelajari, saya telah melakukan kertas kerja ringkas hampir 10 halaman. Namun, apabila berhadapan dengan beliau yang menganggu konsentrasi saya itu, kertas kerja saya itu langsung tidak dipandang. Malah, dua buah fail berisi sijil akademik dan kokurikulum saya juga tidak diambil perhatian. Tidak sampai lima minit, saya selesai ditemu duga.
Yang mendukacitakan, beliau seolah-olah memperkecilkan kemahiran berbahasa Inggeris saya sedangkan saya ini bukanlah tulu Inggeris. Saya mendapat band 3 dalam MUET dan ini membuktikan bahasa Inggeris saya tidaklah terlalu teruk malah soalan yang diberikan juga saya fikir kurang relevan. Situasi ini sangat berbeza dengan hari saya ditemu duga oleh panel penemuduga di ASWARA lalu. Soalan-soalan yang diberikan sangat wajar dan panel juga tidak memandang rendah kepada calon mentah seperti saya. Melihatkan wajahnya sewaktu saya membacakan puisi itu, memori tidak indah itu terus menerpa ingatan sehingga mengganggu emosi saya terhadap pembacaan.
Lalu, bersama dingin malam itu saya mengajar dan memujuk diri saya untuk melupakan dendam saya terhadap beliau yang kini turut mengajar di fakulti tempat saya menimba ilmu. Saya sedar, dendam dan rasa dukacita ekoran memori pahit itu telah menjunamkan fokus dan nilai emosi saya terhadap kerja yang perlu saya lakukan pada malam itu iaitu mendeklamasikan sajak. Saya berusaha memujuk hati dan minda saya untuk terus melupakan memori silam itu kerana yang pasti, saya sangat bahagia berada di Fakulti Penulisan, Aswara. Terima kasih.
P/S : Pengajaran buat diri agar kukuh daripada dipermainkan emosi. Usah emosi menganggu fokusmu. Terima kasih pengajaran.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar