Sebagai mahasiswa mereka berhak untuk mendapat hak pelajar.Bagi aku menyuarakan pendapat pelajar adalah perlu dalam memacu universiti ke arah yang lebih dinamik.Tapi di universiti mereka hak pelajar sering diabaikan seperti peruntukan kewangan,pentadbiran yang tidak licin dan banyak lagi kesulitan yang mereka alami.Tindakan mereka adalah sangat bertepatan kerana kesatuan pelajar merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk menegur pentadbiran universiti jika ada perkara yang dirasakan tidak betul.
Aku bukanlah nak menyokong mana-mana pihak ataupun nak menggalakkan mereka ini protes tapi jika segala pentadbiran yang dilakukan itu dirasakan tidak adil maka inilah cara yang sesuai untuk membangkitkan isu di universiti.Ini lebih baik daripada menggunakan kekerasan atau melakukan segala bentuk tindakan yang berunsur agresif.Samalah situasinya di tempat kerja apabila majikan sudah mula melupakan kebajikan pekerja ini juga cara yang paling sesuai dan efektif.Kesatuan memang berguna pada sesuatu komuniti kalo nak harapkan seorang untuk bersuara nampaknya suara hanya tinggal suara haha.Mogok adalah cara terakhir kalau tiada apa-apa tindakan susulan dilakukan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar