Satu kajian baru telah membuktikan bahawa manusia yang lebih lama terdedah kepada cahaya matahari dan manusia yang mempunyai paras vitamin D yang tinggi mereka adalah golongan yang kurang cenderung kepada pembentukan penyakit MS ataupun lebih dikenali sebagai Multiple Sclerosis.MS ialah penyakit kronik berkaitan dengan otak dan tulang belakang.Kebiasaanya penyakit ini mempunyai simptom berulang.Bermula dengan beberapa fasa simptom peyakit ini akan berulang dengan tanda-tanda yang sama berterusan sehingga berminggu-minggu.Kajian sebelum ini menunjukan bukti yang sama namun perbezaannya dengan kajian terbaru ini ialah ia dikaji ke atas pesakit-pesakit yang baru mengalami gejala pertama dan mereka ini belum lagi disahkan mengalami sakit MS kata penulis kajian Robyn Lucas dari Universiti Kebangsan Australia Canberra.
Kajian-kajian sebelum ini mengkaji pada mereka yang telah menghidap penyakit MS,jadi amatlah susah untuk kita mencari kaedah rawatannya sama ada mereka perlu mengubah tabiat mereka dalam pendedahan matahari ataupun dari segi pemakanan mereka tambah Lucas.
Penyelidikan secara menyeluruh melibatkan 216 orang berusia di antara 18-59 tahun yang mengalami penyakit itu dari gejala pertama MS.
Para pesakit ditemuduga tentang berapa lama mereka terdedah kepada matahari mengikut tahun ke tahun untuk mendapatkan data mereka terdedah kepada matahari mengikut setiap perubahan umur mereka.Penyelidik juga mengukurnya daripada keadaan kerosakan kulit mereka iaitu jumlah melanin bawah kulit.Manakala kadar vitamin D,penggunaan suplemen dan pemakanan diukur melalui ujian darah.
Dalam kajian ini membuktikan orang yang mengalami kerosakan kulit yang tinggi mempunyai kemungkinan yang rendah iaitu 60 % lebih rendah berbanding mereka yang kurang terdedah pada matahari.Serta mereka yang mengalami paras vitamin D yang tinggi juga menunjukkan kemungkinan yang kurang untuk mengalami gelaja MS.Jadi mana satu kita nak pilih lebih terdedah kepada matahari atau mengubah tabiat pemakanan iaitu makan makanan yang mengandungi vitamin D.Kalau tak nak kulit korang rosak jadi eloklah korang ubah tabiat pemakanan korang.Barulah susah nak dapat penyakit MS ni.Terdedah kepada matahari terlalu lama mungkin membantu untuk mengelakkan penyakit MS tapi implikasinya kepada kulit amatlah buruk.Jadi terserah pada kita untuk memilih gaya hidup yang sihat.Sekian jer untuk entri kali ini.Aneyoong and have a good day.
Pictures : Google
Tidak ada komentar:
Posting Komentar