Kamis, 10 Januari 2013

Terbeli???

 
 
Terbeli? Rasanya bukan cheq sue saja yang mengalami masalah ni.. He he he... plan nak beli benda lain tapi bila ternampak, terus aje beli. Haiiiiii...macam tulah kan orang perempuan ni, asyik2 terbeli aje secara tak sengaja. Pasal Pyrex 1.7L Oblong Caserole Set ni pun tak sengaja jumpa lah sampai terbeli ni. (Sila percaya...)
 
 
Cheq sue belum ada lagi kaserol transparent macam ni. Memang la ada rancangan nak beli, tapi nak tunggu dulu. Nak buat camana, pergi JJ hujung tahun lepas, ada pulak promosi bagi pemegang AEON Card, yang mana dengan pembelian lebih RM100, dapat beli Pyrex ni dengan harga RM45.90 errrr, mahal ke murah? Cheq sue ambil ajelah , dah alang2 jumpa tu. 
 
Lepas ni kalau nak buat makaroni bakar ke (harap2 lebih semangat la nak masak bila dah ada gajet ni..), nak buat makan2 ke boleh la guna set ni. Nampak la kelass sikit. *_* Yang tak tahannya menengok lobster di kotak tu, macam nak meleleh ayaq liuq. Entah bila nak dapat ni tak tahu... Oklah...Sampai jumpa lagi.. Wassalam

Stylish Thankyou

Tidak ada komentar:

Posting Komentar