Jumat, 03 September 2010

PELANGI TERINDAH


SERING JUGA, kita dipertemukan dengan insan-insan yang begitu asing daripada kita untuk merawat luka. Untuk menghilangkan duka dan mencambahkan pengalaman di jiwa. Saya bersyukur kerana atas segala kekurangan yang ada, saya tetap dikurniakan insan-insan istimewa yang dijalinkan atas pertemuan yang diaturkan oleh-Nya. Ada rasa yang hilang tetapi tumbuh kembali atas pertemuan sebegini dan, saya akan terus mensyukurinya. Buat mereka yang sentiasa di dalam hati dan doa saya, terima kasih atas segala-galanya. Andalah pelangi terindah yang sentiasa istimewa buat saya. Hadirnya tidak selalu tetapi memberi kesan yang cukup bermakna dalam ingatan dan perasaan. Terima kasih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar