Jus Pegaga
Jom berhari minggu dengan menikmati jus kesihatan yang dibuat sendiri. Masih lagi bercerita tentang n3 lapuk yang berderet di dalam draft. Tak apalah, janji ada sesuatu yang boleh dikongsi. Masa ada n3 dan kelapangan ni bolehlah update sokmo...kan? Meh nak tanya, ada siapa tak kat sini yang suka jus pegaga? Selain dimakan segar sebagai ulam, atau dimasak gulai, pegaga jugak sedap tau dibuat minuman. Cheq sue memang suka jus pegaga ni. Kalau ada memang akan buat jus sebegini. Mudah, murah dan berkhasiat sangat. Minum macam tu pun sedap, kalau sejukkan dalam esbox lagi la sedap. Kadang2 ada rasa macam air tebu, eh susah jugak nak describe kat sini, kalau korang ada pegaga yang lebih2 digulai dengan udang tu sila la cuba ya. Memang tak rugi... Wassalam JUS PEGAGAResepi : Cheq Sue Bahan-bahan : Segenggam daun pegaga (kalau ada bahagian lain pun boleh guna)2 cawan air masak1/2 biji limau nipis - perah airnya3 sb gula Cara membuatnya :Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar beberapa minit sehingga halusTapis ke dalam gelas. * kuantiti bahan2 tu terpulanglah pada citarasa, mana nak lebih atau nak kurang, dipersilakan* untuk jus ni, cheq sue lebih suka tapis sebab macam terganggu je dengan hampasnya. 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar