Sehari dua ni asyik hujan aje kat kampung, dah jadi macam musim bah pulak, sesetengah tempat ada air atas jalan, nak ke mana-mana pun tak selesa. Dok makan tidur aje. Apapun, hujan rahmat, rezeki Allah pada semua makhlukNya. Bila hujan cuaca pun tak la panas, kalau tak rasa nak balik CH je. Boleh gitu? Kali ni nak bercerita tentang murtabak raja. Sejujurnya, dah hampir 33 tahun di muka bumi ni, baru bulan lepas (Januari) Cheq sue dapat merasa murtabak raja. Sebelum ni memang sering dengar tentang kehebatannya, tersohor serata alam. Alangkah malunya kan, nama aje orang Kelantan tapi tak boleh cerita tentang juadah hebat ini. Tetapi suka dinyatakan bahawa n3 ini adalah berkaitan pendapat sendiri sahaja, dan saya kira kita semua mempunyai pandangan yang tidak sama.
Saya tak tahulah nak kata macam mana. Agaknya yang menyebabkan murtabak ini istimewa adalah kerana isi / fillingnya yang banyak. Memang banyak sungguh, kalau makan tak hengat ada jugak rasa muak. Yang di dalam gambar ni adalah murtabak ayam, lupa pula nak tanya berapa harganya. Cheq sue kirimkan kepada makcik yang berkenduri di Perak hari tu. Jangan tanya, cheq sue tak tahu di mana ada jual. Serius! Agaknya belah-belah KB banyak la kot. Sebiji murtabak ni berat jugak, mahu dekat sekilo gamaknya. Cheq sue cuma panaskan dalam non-stick. Yang satu lagi cheq sue panaskan di dalam oven tetapi ambil masa lebih lama untuk garing. Bila guna non-stick tu nampak banyk sangat minyaknya... Kiranya daripada apa yang dimakan tu, memang berbaloi la dengan harganya. Tetapi sejujurnya cheq sue lebih suka murtabak yang biasa, agaknya sebab dah selalu makan yang itu. Tetapi iyalah, selera masing-masing, tentu tak sama.
Ok, tang kuahnya pulak.... Orang kata selain inti / isinya, apalah murtabak tanpa kuah yang sedap. Cheq sue tak pasti kuahnya ni campuran apa. Kalau nak dibandingkan dengan murtabak biasa, kuah ni lagi sedap, warnanya pulak agak pucat. Kalau yang pertama kali cheq sue makan tu langsung tak ada warna. Cuma macam pelik jugak bila tengok dalam kuah tu ada hirisan cili, selalu kan bawang aje... :)
Demikianlah sedikit perkongsian tentang murtabak raja ni. Kalau ada kesempatan, nak cuba lagi. Kawan2 pun kalau ada peluang jangan lupa cuba tau. InsyaAllah tak rugi punya.. Wassalam

Tidak ada komentar:
Posting Komentar