Kekuatan fiksyen ini terletak pada pemilihan elemen jalur dan latar masa yang dipilih penulis. Awal cerita ini dimulakan dengan teknik imbas kembali (2009 – 1970 – 1963 – 1958 – 1970-an – 1980-an – 1990-an – 2000 - 2001 – 2008) yang berterusan hinggalah kembali pada latar masa terkini. Setelah kematian Syed Munawir dalam keadaan bertaubat kepada Allah, Rohana menuntut pertemuan dengan Aziz yang juga kematian Shazlin pada awal tahun perkahwinan mereka di Ithaca. Cinta yang terpisah selama lebih dua dekad bersatu kembali apabila Aziz yang menjawat jawatan besar di sebuah syarikat farmasi antarabangsa di Amerika pulang ke Malaysia dengan tawaran sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah perbankan antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur.Kamis, 17 Januari 2013
CITRA CINTA DUA JIWA
Kekuatan fiksyen ini terletak pada pemilihan elemen jalur dan latar masa yang dipilih penulis. Awal cerita ini dimulakan dengan teknik imbas kembali (2009 – 1970 – 1963 – 1958 – 1970-an – 1980-an – 1990-an – 2000 - 2001 – 2008) yang berterusan hinggalah kembali pada latar masa terkini. Setelah kematian Syed Munawir dalam keadaan bertaubat kepada Allah, Rohana menuntut pertemuan dengan Aziz yang juga kematian Shazlin pada awal tahun perkahwinan mereka di Ithaca. Cinta yang terpisah selama lebih dua dekad bersatu kembali apabila Aziz yang menjawat jawatan besar di sebuah syarikat farmasi antarabangsa di Amerika pulang ke Malaysia dengan tawaran sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah perbankan antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur.Minggu, 23 September 2012
KUASA KRITIKAN DALAM KESUSASTERAAN
Novel Juara ialah novel sarat konflik politik desa yang menjadi imejan perkembangan sistem politik tempatan. Novel yang telah diadaptasi ke medium layar dengan judul Jogho ini dikritik oleh Abdul Rahman Napiah menerusi judul “Juara Dalam Teori Teksdealisme” yang mencari citra keunggulan yang cuba dibawa pengarang baik terhadap karya mahupun keperibadian pengarang sendiri. Teori ini melihat Juara sebagai karya yang kurang menyerlah berbanding novel-novel pengarang yang lain terutamanya dari aspek penyelidikan. Namun, teks ini dikesan memperlihatkan pengukuhan daripada kesedaran pengarang berserta daya naratif yang kukuh. Kamis, 24 Mei 2012
PEREMPUAN NAN BERCINTA, PENEROBOSAN WACANA DUA FIKRAH
Penderaan bapa terhadap ibunya, Tengku Melor turut memberi implikasi terhadap Tengku Idora untuk menentang kuasa patriaki dan percaya bahawa kuasa matriaki mampu mengatasi kekuasaan lelaki. Bagi Tengku Idora, lelaki ialah penyebab pada kesengaraan dan penderitaan wanita seperti yang dialami ibunya. Pengalaman pahit itu melahirkan Tengku Idora sebagai aktivitis wanita yang berusaha memberi kekuatan mental khususnya kepada wanita walaupun dengan cara memutar belit fakta yang telah diturunkan oleh Allah SWT menerusi al-Quran Karim. Bagi Tengku Idora, golongan wanita terlalu dimomokkan dengan mitos-mitos terutamanya dari Barat betapa wanita (Hawa) ialah tunjang utama lelaki (Adam) mendekati kebatilan, sekali gus wanita mendapat label sebagai pendorong kejahatan yang dilakukan pihak lelaki.Minggu, 25 Desember 2011
DUNIA SEORANG PEMUDA : KONSERTO TERAKHIR
Malang, hajat murni kedatangan Hilmi tidak disenangi oleh Dato’ Johari malah mendapat tentangan hebat oleh isteri Dato’ Johari iaitu Datin Salmah. Bagi Dato’ Johari, kedatangan Hilmi seolah-olah cuba memaksa kenangan silam yang telah dilupakannya bertandang semula. Kenangan tentang dia meninggalkan isteri yang baru dikahwini atas desakan keluarga sebaik-baik menikmati ‘malam pertamanya’.

Rabu, 31 Agustus 2011
PERJUANGAN DALAM KESEMPITAN: CERITA DALAM CERITA PENTAS OPERA

Selasa, 30 Agustus 2011
DILEMA PERAWAN TUA DALAM CINTA SUCI ZAHRANA

Sabtu, 27 Agustus 2011
KEKUATAN MAZNI DALAM BADAI SEMALAM
Kamis, 25 Agustus 2011
RAKAMAN KEHIDUPAN DALAM SEROJA MASIH DI KOLAM

Kamis, 10 Maret 2011
EVA DUARTE DALAM 'EVITA'
Permulaan filem muzikal ini dilangsungkan melalui adegan di pawagam. 1952, malam itu pawagam dipenuhi rakyat yang cinta akan Evita Peron telah dikejutkan dengan khabar kematian Eva Peron. Pengumuman yang dilakukan oleh pegawai itu menyebabkan pengunjung pawagam menangis dan kesedihan terus menyelubungi suasana. Tanpa mengira usia, rakyat Argentina menangisi pemergian serikandi yang mereka puja itu. Dalam kesedihan itu, Che (Antonio Banderas) yang bertindak sebagai narator mempunyai pandangan sinis terhadap kematian Eva Duarte. Bagi Che, kematian itu tidak harus di tangisi dan hal ini digambarkan melalui lirik lagu Oh What A Circus oleh Che. Dalam masa yang sama, Oh What A Circus membawa khalayak ke dunia kanak-kanak Evita. Kesedihan Evita yang tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya lantaran lahir sebagai anak tidak sah taraf menjadi pencetus keinginan Evita untuk keluar daripada kepompong kemiskinan hidup dan status kelas bawah yang diduduki :
Oh what a circus, oh what a show
Argentina has gone to town
Over the death of an actress called Eva Peron
We've all gone crazy
Mourning all day and mourning all night
Falling over ourselves to get all of that misery right
...
Pada usia 15 tahun, Eva Duarte menjalin hubungan dengan seorang penyanyi tango iaitu Augustin Magaldi. Eva mendesak Magaldi agar membawanya ke Beunos Aires walaupun tidak dipersetujui Magaldi. Walau bagaimanapun, Eva akhirnya terpaksa meninggalkan Magaldi apabila lelaki itu telah pun mempunyai keluarga di Beunos Aires. Namun demikian, hakikat bahawa Eva sudah menjejakkan kaki ke Beunos Aires dimanfaatkan sebaik mungkin. Eva telah bertemu dengan beberapa lelaki yang berjaya menjadikan Eva sebagai model, pelakon dan penyanyi terkemuka di Argentina. Walau bagaimanapun, Che menentang sikap Eva yang dilihat sebagai bijak memanipulasikan pihak yang ada di sisinya demi memenuhi kehendak diri sendiri.

Eva Peron berkempen untuk suaminya, Juan Peron
Kejadian gempa bumi di San Juan menjadi landasan yang baik kepada Juan Peron, menteri yang cuba memenangi hati rakyat untuk menaiki takhta Presiden Argentina. Pertemua Peron dengan Eva dalam sebuah majlis menjadi medan Eva mendekati Peron. Eva meyakinkan Peron betapa dia mampu menjadikan Peron seorang Presiden. Sebaik sahaja hubungan mereka terjalin, Eva terus mengatur strategi untuk menjadikan Peron sebagai Presiden yang disayangi rakyat.
Kisah hidup Eva yang bermula sebagai masyarakat kelas bawahan yang sudi dikahwini Peron meyakinkan masyarakat betapa Peron seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Che terus mengkritik perbuatan Eva. Bagi Che, segala tindakan Eva bukanlah untuk rakyat atau Peron sendiri malah untuk keuntungannya semata-mata. Pertemuan Che dan Eva dalam Waltz for Eva and Che telah membawa pertelingkahan muzikal antara mereka. Bagi Eva, dia menegaskan betapa dia tidak bersalah sedangkan Che mengkritik dengan sinis tindakan Eva. Adegan itu telah mencetuskan Eva untuk menubuhkan Yayasan Eva Peron. Penubuhan Yayasan Eva Peron menambah kepercayaan masyarakat terhadap Eva dan Peron.
Walaupun Eva sangat disayangi dan dihormati rakyat bawahan dengan aliran sosialis yang dibawa, hakikatnya Eva tidak disukai oleh masyarakat atasan hatta menteri-menteri dalam kabinet Peron. Bagi mereka, Evita telah memperalatkan Peron. Bagi mereka, Peron tidak ada apa-apa tanpa Evita. Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya, Eva berhajat untuk menyertai pemilihan Naib Presiden. Namun demikian, perkara itu tidak dipersetujui oleh kabinet dan askar Argentina. Eva akhirnya mengalami kejatuhan apabila diserang penyakit barah. Seluruh rakyat mendoakan Eva agar kembali sihat. Dalam masa yang sama, sakit yang dialami Eva memberi khabar gembira kepada golongan atasan yang menentangnya. Namun demikian, kesakitan yang dialami menyedarkan Eva akan cinta Juan Peron kepadanya. Eva insaf betapa Peron mencintainya bukan kerana dia yang menaikkan Peron tetapi sebaliknya Peron benar-benar mencintainya. Kematian Eva ditangisi seluruh rakyat Argentina :
You Must Love Me
Why are you at my side?
How can I be any use to you now?
Give me a chance and I'll let you see how
Nothing has changed
...
Keistimewaan filem muzikal ini terteletak pada keupayaan filem ini bergerak tanpa diikat dengan dialog. Boleh dikatakan keseluruhan cerita (book) dalam filem ini wujud dalam bentuk lagu. Hampir tiada dialog di dalam filem ini. Sebagai sebuah filem biografi, kekuatan Evita terletak pada konflik yang dicipta Evita untuk mengecap kejayaan. Evita, seorang anak tidak sah, pernah menjadi pelacur, model, pelakon dan penyanyi akhirnya diterima negara-negara besar di luar Argentina. Kekaguman filem ini juga dapat dilihat pada elemen 32 buah lagunya. Kemunculan Che dalam pelbagai watak tetapi masih menjadi pengkritik Eva membentangkan idea penentangan yang menarik.
Sesungguhnya, Evita memperihalkan perjuangan seorang wanita kelas bawah untuk keluar dari kesusahan kelas bawahan dan berjuang untuk beroleh 'kemerdekaan' diri. Dari satu sisi, Evita memang seorang yang bijak memanipulasi orang lain. Juga, dari satu sisi Evita bertindak sebagai manusia yang tidak kenal putus asa dan berserah pada nasib semata-mata.
Filem Evita tetap mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dari satu segi, filem ini dikritik hebat oleh penganut Kristian Katolik yang menyifatkan adegan menyanyikan lagu keagamaan sambil menari sedih dan beberapa rakium lain sebagai bertentangan dengan agama dan menjatuhkan nilai agama itu sendiri.
Don't Cry For Me Argentina
When I try to explain how I feel
that I still need your love after all that I've done
You won't believe me
All you will see is a girl you once knew
Although she's dressed up to the nines
At sixes and sevens with you
I had to let it happen, I had to change
Couldn't stay all my life down at heel
Looking out of the window, staying out of the sun
So I chose freedom
Running around, trying everything new
But nothing impressed me at all
I never expected it to
Chorus:
Don't cry for me Argentina
The truth is I never left you
All through my wild days
My mad existence
I kept my promise
Don't keep your distance
And as for fortune, and as for fame
I never invited them in
Though it seemed to the world they were all I desired
They are illusions
They are not the solutions they promised to be
The answer was here all the time
I love you and hope you love me
Don't cry for me Argentina
Have I said too much?
There's nothing more I can think of to say to you.
But all you have to do is look at me to know
That every word is true
P/s : Andrew Lloyd Webber sentiasa memberikan lagu-lagu yang terbaik!
Selasa, 01 Maret 2011
POLITIK 'JOGHO'
Di Pattani, Pak Mat yang mempunyai kemahiran melatih lembu jantan menggunakan kepakaran itu untuk menyara kehidupannya. Lebih daripada itu, Pak Mat bukan sahaja menganggap pekerjaannya itu sebagai tanggungjawab untuk menyara keluarga. Sebaliknya, kerjaya sebagai 'jogho' ialah tanggungjawab peribadi yang perlu dilaksanakan.
Filem ini bermula dengan menggunakan teknik imbas kembali. Lima minit pembukaan filem, khalayak dipersembahkan dengan majlis pengebumian jenazah Pak Lazim diikuti babak Minah dan anak-anaknya berlari menuju rumah untuk memaklumkan kematian Pak Lazim kepada Pak Mat yang sedang mengira wang hasil kemenangan Calet (lembu) dalam perlagaan. Babak ini dipersembahkan dengan misteri kerana khalayak masih belum diberitahu mengenai sebab Pak Lazim dibunuh dan kaitan antara Pak Lazim dengan Pak Mat. Sebagai sebuah filem yang bernilai tinggi, teknik yang digunakan ini berjaya memancing minat khalayak aktif untuk bertanya sebab akan tindakan Minah, kaitan antara Mamat dengan Lazim dan pihak yang membunuh Pak Lazim.
Pada babak seterusnya, khalayak mula diperkenalkan dengan watak Isa lakonan Wan Hanafi Su. Pak Isa yang berasa tidak puas hati atas kemenangan Calet telah menembak Pak Lazim sewaktu masih di arena. Dengan falsafah "Hutang darah dibayar darah", Pak Mat, Jali (Sabri Yunus), Sani (Adlin Aman Ramli) dan Salim (Ijoy) berusaha menjejaki Pak Isa dan Dolah Mundok untuk membalas dendam.
Meskipun tidak mendapat sokongan keluarga sepenuhnya, Pak Mat tetap mempertahankan tanggungjawab yang wajib dipikul sebagai jogho. Minah (Normah Damanhuri), isteri kepada Pak Mat tetap setia meskipun tidak bersetuju dengan tindakan Pak Mat menjadikan judi dan laga lembu sebagai mata pencarian. Kegilaan Pak Mat terhadap laga lembu menyebabkan Pak Mat lupa akan tanggungjawabnya sebagai ayah. Malah, Pak Mat sanggup bergadai segala harta semata-mata untuk menjaga lembu atau berlaga lembu. Pertentangan pendapat antara Minah dan Mamat hanya menjadi medan untuk Mamat meneguhkan pendiriannya sebagai jogho yang juga dianggap sebagai perjuangan murni :
Mamat : Aku tahu kau isteri yang setia. Tapi aku ini orang perjuangan. Kau kena faham.
Minah : Kalau politik itu perjuangan, berlaga lembu tu apa pula?
Mamat : Kau memang susah nak faham. Main politik dengan laga lembu itu serupa saja. Kalau menang politik, kita boleh jadi orang besar. Bila jadi orang besar, rezeki banyak. Sama juga dengan laga lembu. Kalau menang, dapat duit. Lagi pun, berlaga lembu saja yang aku tahu.
Pada dasarnya, Mamat sedar akan kekurangan yang dimiliki. Tanpa pendidikan tinggi, dia tidak mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik. Oleh sebab itu, Mamat menaruh harapan tinggi terhadap anak lelaki tunggalnya iaitu Jusoh yang dihantar belajar di Kelantan. Dia berharap agar Jusoh tidak mewarisi kekurangannya dan berjaya menjadi manusia berpendidikan tinggi. Perbezaan latar fikiran menjadikan Mamat mempunyai pertentangan pendapat mengenai dasar "hutang darah dibayar darah" dengan Jusoh.
Mamat : Hutang darah dibayar darah.
Jusoh : Ayah, kita ada undang-undang, mana boleh kita jadi hakim sendiri. Biarlah mereka bunuh orang, kita jangan ayah. Serah ke polis saja.
Mamat : Ini hal maruah. Hal keluarga.
Jusoh : Menambahkan dosa.
Mamat : Rasa dah besar sungguh kamu, Jusoh.
Jali, Seman dan Sani yang tidak sanggup menunggu lama untuk membalas dendam telah pergi ke Kelantan untuk menjejaki Pak Isa. Di Kelantan, mereka berjaya menemui anak Pak Isa lalu membunuhnya. Ekoran daripada itu, Pak Mamat yang masih sakit akibat ditanduk lembu Aral telah ditahan pihak berkuasa Thailand atas tuduhan membunuh.
Walau bagaimanapun, Pak Mamat masih tetap mahu mempertaruhkan Aral. Atas desakan itu, Mak Minah berusaha mendapatkan wang untuk menjamin Pak Mat. Pada hari pertarungan, Pak Isa telah muncul dan mahu menuntut bela atas kematian anaknya. Satu das tembakan terkena lengan Pak Mat. Pak Mat yang berjaya merampas sepucuk pistol tidak pula melepaskan tembakan balas ke arah Pak Isa. Bagi Pak Mat, dia tidak mahu darah sesama orang Melayu tumpah. Namun demikian, Sani yang merampas pistol daripada Pak Mat telah menembak Pak Isa hingga mati. Ketika polis datang, Pak Mat mengaku bahawa dialah yang membunuh Pak Isa demi melepaskan Sani daripada pertuduhan.
Jogho membawa kisah politik dalam kalangan orang Melayu. Mereka yang ingin kuasa dan nama sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta membunuh sesama saudara. Dalam filem ini, kematian Pak Isa dan penahanan Pak Mat membawa satu simbolik betapa perebutan kuasa dan nama serta dendam yang tersimpan antara mereka tidak membawa apa-apa kejayaan untuk mana-mana pihak. Kerugian bukan sahaja kepada mereka yang terlibat secara langsung malah turut mengundang kesulitan buat keluarga dan masyarakat setempat.
Filem adaptasi daripada novel Juara karya S. Othman Kelantan ini memerlukan penghayatan yang tinggi untuk difahami ekoran daripada penggunaan dialek Kelantan dan Pattani yang agak kuat. Walau bagaimanapun, aspek bahasa itu bukanlah kelemahan karya ini sebaliknya menjadi kekuatan yang disuguhkan lagi oleh watak Pak Mat, Minah dan aspek sinemtografi yang berkesan. Penggunaan bunyi meskipun agak perlahan namun masih dapat membangkitkan variasi emosi khalayak.
Sekali lagi, Jogho membawa khalayak untuk berfikir tentang manusia dan kemanusiaan, antara lembu jantan yang dijadikan simbol politik manusia seharian juga, antara kepercayaan dan pengkhianatan.
Festival Filem Malaysia Ke-14
Filem Terbaik Keseluruhan Filem
Pengarah Terbaik : U-Wei Hj Saari
Pelakon Lelaki Terbaik : Khalid Salleh
Lakon Layar Terbaik : U-Wei Hj Saari
Poster Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Anugerah Skrin 1999
Filem Terbaik Keseluruhan Filem
Pengarah Terbaik : U-Wei Hj Saari
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Khalid Salleh
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Normah Damanhuri
Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998 (Taipei)
Pelakon Lelaki Terbaik : Khalid Salleh