Selasa, 17 Agustus 2010

'BACALAH DIRI SENDIRI'

SUDAH agak lama blog ini tidak saya sendiri kunjungi. Kadangkala, saya menulis apa-apa yang ada di sini apabila hati dan fikir saya benar tersentuh. Semalam, hati saya disentuh oleh catatan seorang yang sentiasa saya ingat dan ada di dalam doa saya. Sebaik-baik membaca catatan itu, saya menjadi tergamam. Dan dalam ria, tawa dan ceria sepanjang hari itu sebenarnya fikir dan rasa saya terikat pada catatan berkenaan. Catatan itu ringkas, sekadar bertinta "Buat T-ha yang rajin membaca. Sesekali, "Bacalah" juga diri sendiri."

Barangkali saya semakin lupa untuk membacanya lantaran alpa akan perkembangan ceritanya? Apakah memang saya lupa membacanya lagi atau saya kelihatan terlupa untuk membacanya? Maka, begitukah?

dan ... catatan ringkas daripada insan yang saya hormati itu terus berlegar di benak fikir dan ruang rasa saya ...

Rabu, 11 Agustus 2010

Bus Sekolah Dengan Aksinya Yang Unik

Bus Sekolah Dengan Aksinya Yang Unik...

Pria Nekat Di Lintasan Kereta Ketika Kereta Melintas

Pria ini nekat benar, entah apa motifnya sehingga dia begitu berani melompat di lintasan kereta tepat ketika kereta sedang jalan...
Untung selamat, tetapi akhirnya dia ditangkap polisi...

Senin, 09 Agustus 2010

AHLAN WA SAHLAN RAMADAN KARIM


Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua guru, kenalan, sahabat dan teman. Mohon diampunkan segala kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan terhadap kalian. Semoga Ramadan kali ini dapat kita jalani dengan lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Semoga, Ramadan kali ini benar-benar mendidik hati untuk menjadi hamba yang lebih diredai-Nya.

Ahlan wa sahlan Ramadan Karim.

Selasa, 03 Agustus 2010

KENDERAAN AJAIB

SEMALAM, saya menemani emak ke Hospital Selayang untuk memenuhi janji temu bersama doktor pakar. Sesi menunggu agak lama kerana giliran pertemuan yang seharusnya berlangsung pada jam 11:30 pagi berubah pada Boldjam 1:00 tengah hari. Kawasan menunggu saya dan emak bersebelahan dengan kawasan menunggu bagi sakit puan dan perbidanan. Sambil menunggu, saya raghib memandang para ibu muda yang lalu-lalang di situ. Saya suka melihat bentuk perut ibu-ibu itu. Sangat menarik. Remove Formatting from selection

Ketika itu juga, saya teringat akan pertemuan saya dengan penyelia saya minggu lalu untuk berbincang mengenai masa pertemuan mingguan. Penyelia mengucapkan terima kasih atas kiriman sebuah e-mel daripada saya mengenai kenderaan yang digunakan manusia dari mula hayat sehingga ke akhir hayatnya. Kata penyelia "Anda tertinggal satu kenderaan yang lebih awal dan lebih hebat lagi."



"Apa dia ya?" tanya saya meminta kepastian.

"Kenderaan yang paling selamat dan ajaib ialah perut ibu. Di dalam rahim ibu."

Begitu kata penyelia saya dan saya mengakuinya. Satu perkara yang sangat tersembunyi. Lantas, apabila melihat ibu-ibu mengandung itu saya seolah-olah melihat pergerakan sebuah kenderaan ajaib yang menyembunyikan penumpangnya jauh dari dasar penglihatan. Sungguh menakjubkan.