Minggu, 05 Desember 2010

Carrie Underwood - There's A Place For Us - Narnia Soundtrack - Official...

Plaza Low Yat : Christmas Promotion

Lokasi : Plaza Low Yat Tarikh 4.12.2010
Banyak betul promosi Christmas taun ni.Rase mcm nk jer beli tpi xde duit..


So sempat gak jln2 kt Low Yat tgk gadjet2 yang murah......persaingan antara syarikat yg terkenal mmg bnyk skali....Low Yat mcm da jadi tmpt berperang da kot

Sempat survey SAMSUNG GALAVY S ORI 

huh harga die mak datok MYR 2400...tu la yg plh murah.......aii trpaksa la tggu bile harga dier trun. Bile tnya NOKIA C7 ori 

pon harga die MYR 1300.........cmner la ni xder duit ni...tpi tpaksa sabar kalo ade rezeki adela.....Sempat g karaoke dgn kawan kt RED BOX

biasela,saje bosan2....

pastu g tgk pokok Christmas lak...hehe terase mcm kt US lak.....tinggi pokok nih.....

ade pulak TM Streamyx wat promotion dgn artis alala ADAM AF

tpi mmg seronok survey kt Low Yat ni walau xder duit.....bukan aper atleast kite update la dgn teknologi yg latest so kite pon bnyk belajar drpd situ....Ok smpi sini jer bye.....=)

The Chronicles of Narnia : The Voyage Of The Dawn Treader

Location : Berjaya Times Square Date : 4.12.2010


Yesterday i went to the Times Square to watch Narnia 3D....The movie is not bad.So for those are not yet watch  this movie i'll suggest it to watch 3D...Overall i give 3 and half star...So dont miss it.





So this is the summary of Narnia

The Voyage of the Dawn Treader centres on Edmund and Lucy Pevensie,along with their pesky cousin Eustace Scrub.


The trio find themselves swallowed into a painting and on to a fantastic Narnian Ship headed for the very edges of the world.

Joining forces once again with their royal friend Prince Caspian and the warrior mouse Reepicheep,they are whisked away on a bewitching voyage that will test their spirits, they will face magical Dufflepuds,sinister slave,roaring dragon and enchanted merfolk.

Only an entirely unchanted journey to a Aslan's country - a voyage of destiny and transformation for each of those aboard the Dawn Treader - can save Narnia,and all the astonishing creatures in it,from an unfathomable fate.

Derma Darah Lagi....

Bertempat di Sogo Shopping Complex 4.12.2010


Derma darah ni tak bagus sebenarnya.Siapa kata?Derma darah ni mmg la menakutkan tapi sebenarnya ia mmg bagus untuk badan kita yang berlebihan dengan Zat Besi. Zat besi terhasil daripada makanan yang berbentuk daging dan terdapat juga dalam makanan laut.Bagaimana zat besi berlebihan dalam badan?Jawapannya mudah apabila seseorang itu tidak menjaga pemakanan yang seimbang  mereka cenderung untuk mengambil daging yang berlebihan.Itu selalunya berlaku kepada mereka yang terlalu obses dengan daging(penggemar daging) jadi dengan kaedah menderma darah kita akan dapat membuang segala zat besi yang tidak diperlukan dan akhirnya badan kita akan menjadi sihat seperti sediakala.....



Saya telah pun menderma 13 kali...bukan nak berlagak...Secara jujurnya saya memang takut tapi bila memikirkan dengan cara ini kita boleh membantu mereka yang memerlukan dan disamping itu memberi manfaat kepada kita jadi apalah salahnya.Jadi fikir-fikirkan lah.

Sabtu, 04 Desember 2010

CATATAN TERTUNDA

SUDAH AGAK lama saya tidak aktif berblog seperti dahulu. Minggu-minggu akhir November agak sibuk dengan urusan menyempurnakan projek akhir dan ketibaan musim peperiksaan terakhir. Kini, segala-galanya sudah selesai. Hanya menanti masa untuk dinilai. Sepanjang November, ada banyak hal yang menarik saya fikir. Pada 15 November 2010, kami iaitu saya dan empat lagi rakan fakulti telah ditemu ramah oleh tiga orang panel MQA di Bilik Mesyuarat Utama.

Hari itu, kami tidak pun bersedia memandangkan kesibukan kami adalah untuk menyempurnakan urusan Seminar Cereka yang berlangsung pada hari berikutnya. Ketika diminta oleh beberapa pensyarah untuk ditemu ramah oleh panel MQA, kami agak terpinga-pinga. Apatah lagi terpaksa membiarkan masa hampir dua jam yang seharusnya dimanfaatkan untuk menyiapkan urusan berkaitan seminar perlu pula dipinjamkan untuk sesi temu ramah berkenaan.

Walau bagaimanapun, sesi temu duga berjalan dengan sangat lancar dan menyeronokkan. Tiga panel MQA mengajukan pelbagai soalan kepada kami untuk dijawab. Alhamdulillah, setiap soalan dan pandangan yang diberikan dapat kami jawab. Barangkali, panel menganggap kami ialah pelajar yang dipilih khusus dan telah diberi taklimat awal sehingga membolehkan kami menjawab setiap soalan yang diajukan, maka seorang panel wanita berkata kepada rakan pegawainya dengan nada tidak puas hati "I think they're choosing the right person. I tak puas hati ...". Akan tetapi, panel yang lebih berusia itu berkata "It's okey," sambil tersenyum.

Satu provokasi yang agak menarik juga apabila panel lelaki bertanya apakah kami tidak berasa tertekan dengan subjek silibus dan kepadatan jam kredit? Oh, sudah tentu kami tertekan dengan tugasan yang banyak dan jam kredit yang banyak. Semester tiga saya dan rakan-rakan tamsilkan bagai berenang di dalam lumpur dan bernafas di dalam api. Walau bagaimanapun, saya percaya itu semua ialah latihan awal untuk kami membiasakan diri dengan persekitaran pekerjaan yang menuntut banyak tarikh mati pada masa yang berdekatan. "Memang kami tertekan juga, tetapi itu semua mengajar kami untuk berdepan realiti pekerjaan sebenar dengan date line yang banyak." Panel lelaki itu mengangguk dan berkata "betul, sekarang saya ada 100 dateline untuk saya siapkan."

Memang sesi itu sangat menyeronokkan sehingga membuatkan kami tidak sedar bahawa hampir dua jam kami 'beku' di Bilik Mesyuarat Utama itu. Kami ditanya tentang projek Latihan Ilmiah kami. Tentang beberapa silibus dan kewajarannya dengan pengajian kami. Kami ditanya tentang perasaan dan persepsi kami terhadap fakulti dan apakah kami sedia menganjurkan rakan-rakan lain menyertai fakulti kami.

Soalan terakhir itu saya jawab, sudah tentu saya akan menguar-uarkan kewujudan Fakulti Penulisan, ASWARA kerana manfaat yang saya dapat di sini begitu besar. Malah, telah ada juga kenalan dalam dunia penulisan yang mengikuti sesi temu duga untuk kemasukan yang lepas dan berjaya. Cuma, halangan keluarga membuatkan mereka tidak dapat mendaftarkan diri dan terpaksa memilih bidang yang direstui keluarga. Saya berasa sangat gembira melalui sesi temu ramah dengan panel-panel dari MQA itu. Berkongsi hal-hal yang menggembirakan dan memberi pencerahan terhadap pelbagai persoalan yang mereka berikan sangat menyeronokkan.

Pada 16 November 2010 pula, Seminar Cereka berlangsung dengan jaya seperti yang dirancang. Penat lelah membuat persiapan terasa begitu berbaloi. Saya tertekan seperti biasa setiap kali ingin berucap di depan ramai. Insomnia berlaku beberapa hari sebelum seminar. Alhamdulillah, sebaik-baik tiba giliran saya untuk membentangkan kertas kerja "Strategi Kuasa dan Penguasaan Tersembunyi dalam Hering", ada sejalur rasa gembira dan keseronokan untuk membentangkan kertas kerja itu sehingga saya lupa pada gemuruh. Cuma, saya berasa agak terganggu seketika apabila beberapa orang panel MQA masuk ketika saya berada di pertengahan pembentangan.

MF Kencana, Wardah Munirah, Zizie (moderator) Asrul Sany, Siti Fairuz

Seminar anjuran kami itu turut dihadiri oleh En. Baharuddin Kahar, Dr. Khalid Salleh dan beberapa jemputan luar. Saya sangat tertarik dengan satu soalan yang diajukan oleh seorang pensyarah berkenaan kerelevanan kritikan kami terhadap karya yang dikritik dan kepentingan kritikan. Saya berpendapat betapa kritikan adalah satu cabang dalam bidang kesusasteraan. Tanpa kritikan, sebuah karya yang baik hanya akan berlegar pada lapisan makna pertamanya dan tidak dapat menyelongkar aspek dalaman karya. Namun demikian, ilmu pengetahuan dan daya pemikiran yang kritikal untuk menganalisis juga sangat penting dalam menghasilkan kritikan yang bermutu dan mampu menarik perhatian khalayak pembaca, khususnya pembaca aktif sekali gus mengangkat martabat sastera di persada negara mahupun seantero dunia.

Sewaktu membentangkan kertas kerja

Cikgu Baharuddin Kahar yang terkenal dengan karya malar segarnya "Senjakala" diapit En. Zakaria Ariffin dan SN. Dato' Dr. Anwar Rihdwan

Pada 29-30 November pula ialah tarikh peperiksaan terakhir yang saya jalani sebagai siswi. Tiga tahun berada di kampus, saya sangat gembira dengan peperiksaan. Pengalaman menduduki peperiksaan di kampus sangat berbeza dengan sewaktu berada di sekolah dahulu. Kita berhadapan dengan subjek-subjek yang benar-benar kita minat, maka peperiksaan ialah medan untuk saya menguji pemahaman dan kejituan pengetahuan terhadap ilmu yang saya pelajari. Meskipun tidak dinafikan peperiksaan tetap mendatangkan tekanan, namun tekanan itu akan hilang sewaktu tiba di meja peperiksaan. Hati saya berasa sayu meninggalkan dewan peperiksaan di Dewan Serbaguna, bangunan baru ASWARA pada hari terakhir itu. Hati saya melambai ke arah medan peperiksaan di kampus yang akan saya tinggalkan tidak lama lagi.

Semuanya akan berakhir pasti.

Jumat, 03 Desember 2010

DI DAERAH KELAM


“Sememangnya, anda bijak sekali dalam mewujudkan saya. Ya, saya suka sekali dengan watak gadis Melayu yang sudah bosan dengan kemelayuannya. Sudah bosan dengan segala batasan tatasusila yang hanya menyekat segala tingkah dan keinginan. Seperti yang awak ujarkan untuk saya dalam adegan saya bersama Shawn di Dataran Merdeka, “Aku bukan gadisLink tipikal yang seperti dahulu. Tidak tahu membawa diri seperti yang dikendaki musim berganti. Aku gadis yang tidak layu tetapi tahu perubahan dunia, tidak ketinggalan mengecap nikmat kemajuan tanpa sempadan, dan aku .. tidak akan sesekali membiarkan diri diperdaya segala bentuk batasan yang hanya membuatkan aku ketinggalan”. Ah, saya memang sangat menggemari dialog itu.”



Tunas Cipta, Disember 2010

Kamis, 02 Desember 2010

Playful Kiss


drama korea ni mmg best kalo spe yg x tgk lg.......jln cerita ringan dan mmg sume lapisan sesuai......genre romantik komedi ari ni mmg semakin menjadi kesukaan ramai..so ape lg download r citer ni....=)