SAYA sangat cinta akan sastera dan bahasa Melayu. Bagaimana mungkin saya mampu menyembunyikan rasa kasih saya yang mendalam terhadap dua perkara dalam satu akar yang sama itu? Nyata, sukar untuk saya lakukan walaupun mungkin menimbulkan rasa tidak selesa sesetengah pihak yang mendengar bicara atau membaca himpunan aksara saya. Baru-baru, saya berkesempatan berkenalan dengan seorang rakan yang juga turut menjalani Latihan Industri di Dewan Bahasa dan Pustaka. Bezanya, rakan saya itu bertugas di Bahagian Majalah (Dewan Masyarakat) dan saya pula di Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan.
Beberapa hari mengenalinya, saya cuba mempraktikkkan 'cemin diri' yang pernah disebutkan oleh pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Pentingnya untuk kita mengenali diri melalui pihak lain. Lebih baik, pihak lain yang ingin dijadikan cermin itu ialah pihak yang kurang erat dengan kehidupan peribadi kita. Hal ini kerana kebiasaanya, 'cermin' diri sebegini lebih luhur dalam memberikan tafsiran tanpa memikirkan apa-apa kepentingan.
Rakan yang saya perihalkan secara ringkas tadi merupakan mahasiswi jurusan komunikasi dan bercita-cita menjadi seorang wartawan dan editor yang berjaya. Dari cara percakapan dan luahan buah fikirnya, saya melihat dia sebagai seorang yang futuristik. Pemikirannya jauh ke hadapan. Insya-Allah, saya yakin rakan baru saya ini akan berjaya mencapai cita-citanya. Pada satu hari, usai Syarahan Agung Sasterawan Negara dan Seniman Negara, kami berkesempatan untuk berbual lebih lama sedikit. Tanpa saya minta, rakan ini mengatakan betapa ada ketika dia berasa malu untuk berbicara dengan saya lantaran saya yang dilihatnya terlalu teratur dalam mengeluarkan patah-patah. Ketika itu, secara spontan saya menjawab "Saya cinta akan bahasa Melayu."
Dalam hal ini, saya sebenarnya bukanlah tidak boleh berkompromi dengan penggunaan bahasa Melayu harian. Memang dalam bahasa Melayu itu sendiri punya banyak kategorinya. Ada bahasa basahan, bahasa kiasan, bahasa baku tulisan, bahasa baku lisan, bahasa kolokial dan pelbagai lagi. Cumanya, dalam kebanyakan situasi formal, saya sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu baku dengan sebutan baku. Itu merupakan gaya pengucapaan yang lahir secara semula jadi sejak saya berada di tingkatan enam. Malah, saya mula berucap dalam acara formal dengan menggunakan bahasa Melayu dengan sebutan baku sejak menjadi pengerusi majlis perhimpunan mingguan ketika menyandang jawatan Timbalan I Ketua Pengawas Sekolah.
Rasa cinta saya terhadap bahasa Melayu bermula apabila saya mula mempelajari sejarah asal usul bahasa Melayu ketika di tingkatan enam bawah. Ketika itulah saya mula mengenali sejarah asal usul bahasa Melayu secara lebih luas. Tambahan pula, guru saya ketika itu iaitu Cikgu Noor Aishah Abdullah merupakan seorang guru yang begitu jitu rasa cinta dan semangatnya dalam mengimarahkan bahasa Melayu. Saat itulah saya benar-benar menikmati rasa cinta dan kagum dengan kehebatan bahasa Melayu.
Berbeza sekali dengan apa-apa yang saya fikir tentang bahasa Melayu ketika berada di peringkat sekolah menengah. Memang saya sering mendapat A untuk peperiksaan mahupun ujian yang melibatkan bahasa Melayu. Malah, sejarah keputusan peperiksaan bahasa Melayu saya sering tercatat sebagai A baik untuk UPSR, PMR mahupun SPM. Apabila saya mendapat keputusan A1 untuk kertas bahasa Melayu SPM, saya tidak berasa teruja pun kerana bagi saya, biasalah. Orang Melayu kalau tidak dapat A memang bukan Melayulah. Jadi saya langsung tidak berasa apa-apa dengan status A itu.
Walau bagaimanapun, hanya setelah saya berada dalam tingkatan enam rendah barulah saya mula benar-benar jatuh cinta dan menghormati bahasa ibunda ini. Sukar sekali untuk saya mengkhianati bahasa ini terutamanya dalam apa-apa situasi formal. Saya sedar, ada segelintir rakan mahupun kenalan yang mempersendakan saya setiap kali saya mengacarakan majlis dengan menggunakan bahasa Melayu baku dengan sebutan baku. Malah, ada juga tenaga pengajar (bukan daripada Fakulti Penulisan) yang mempersenda cara pengucapan saya. Bagi saya, saya tidak akan berundur daripada prinsip kecintaan saya ini. Katakanlah apa-apa atau persendakanlah tingkah saya. Selagi kata-kata dan sendaan mereka tidak menyebabkan saya terkulai layu di unit rawatan api, saya akan tekal dengan cara saya. Baik dalam bentuk penulisan, mahupun dalam bentuk lisan bagi situasi-situasi yang sewajarnya.

BAHASA MENCERMINKAN PERIBADI
BAHASA JIWA BANGSA
HILANG BAHASA, PUPUSLAH BANGSA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar