PADA 24 Mac 2010, program Jom Kenali Sasterawan Negara Ke-10 Dato’ Dr. Anwar Ridhwan telah diadakan di Pentas Legar Utama, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan oleh Dawama Sdn. Bhd dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung sejak 19 hingga 28 Mac 2010. Program tersebut bermatlamat untuk mendekatkan khalayak peminat sastera serta masyarakat umum dengan Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Ke-10 pada 20 Oktober 2009. Menerusi program tersebut, khalayak pengunjung PBAKL didedahkan dengan peribadi SN Anwar Ridhwan seperti latar keluarga, latar pendidikan serta latar kerjaya beliau sebagai penulis yang begitu mementingkan nilai kualiti berbanding kuantiti.
Program yang berlangsung sekitar satu jam itu telah dimulakan dengan tayangan klip video (Jejak Kreatif SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan) yang turut memuatkan rakaman wawancara ringkas bersama beliau. Selepas tayangan, khalayak pengunjung dan tetamu kehormat dihiburkan dengan persembahan Baca Naskhah oleh Pelajar ASWARA. Persembahan dimulakan dengan bacaan puisi “Air yang Kuminum” dan “Melawan”, bacaan cerpen “Tik! Tik! Tik!” serta fragmen drama “Pulang” yang merupakan hasil karya SN Anwar Ridhwan sendiri. Setelah itu, sesi diteruskan dengan nyanyian lagu puisi oleh siswa Fakulti Muzik ASWARA.
Acara diteruskan dengan sesi Temu Bual Sasterawan Negara yang dimoderatorkan oleh Uthaya Sankar SB. Sesi tersebut dimeriahkan lagi dengan interaksi antara Sasterawan Negara Anwar Ridhwan bersama-sama penonton. Beberapa soalan dikemukakan oleh pengunjung yang terdiri daripada murid sekolah dan pencinta sastera, sama ada dari generasi muda mahupun warga berusia. Melalui sesi tersebut, beberapa persoalan seperti harapan selepas bergelar Sasterawan Negara dan latar permulaan kerjaya beliau sebagai penulis terbilang berjaya dikupas.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung PBAKL tersebut diakhiri dengan sesi mendapatkan autograf SN Anwar Ridhwan. Dalam masa yang sama, program berkenaan memberi peluang kepada peminat sastera dan SN Anwar Ridhwan untuk mendapatkan karya-karya beliau dengan diskaun harga yang lebih murah melalui sesi pameran dan jualan buku.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar