PEMBERIAN ISTIMEWA yang ayah beri saya simpan baik-baik. Maksud saya bukan baik-baik sehingga membuatkan pemberian itu berdebu, akan tetapi maksud saya - saya simpan baik-baik sehingga pemberian itu akan memberi manfaat untuk saya dan juga untuk ayah selaku pemberinya.
Terima kasih kerana ayah tidak lupa kepada saya. Meskipun abang-abang dan kakak-kakak tidak tahu tentangnya dan saya tidak berupaya mengisytiharkan pemberian ayah itu kepada mereka dengan penuh gembira, saya terima. Saya faham. Ayah seorang bapa yang baik dan tidak mahu membuatkan abang-abang dan kakak-kakak terasa hati apabila saya mendapat pemberian yang sangat bermakna itu daripada ayah. Ayah kesayangan kami.
Jadi, saya nukilkan saja di laman saya ini sebagai tanda gembira dan bersyukur atas pemberian ayah itu. Saya berjanji pada diri, pemberian ayah akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Bukan hanya untuk saya, tetapi untuk ayah juga.
Terima kasih, ayah. Saya sangat sayang akan pemberian ayah itu. Terima kasih, ayah yang sangat baik.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar