USMAN AWANG, lebih dikenali sebagai penyair romantis. Namun, menelusuri liku kehidupan allahyarham, kita akan lebih kenal kekentalan arwah dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Dalam kelembutan, ada kelantangan. Merenung foto arwah ini, terasa kasih kian membunga buat sasterawan negara yang begitu berjasa. Al-Fatihah buat Allahyarham Usman Awang, Tunas Cipta, April 2011.
Sifat sastera yang hidup adalah menggambarkan keadaan hidup rakyat yang sebenar dengan nyata dan ini sudah ada bayangannya dalam corak kesusasteraan kita baik dari segi penghidupan mahupun dari segi perjuangan rakyatnya. Tetapi kalau hanya corak yang telah dan sedang dibayangkan, ini belumlah bererti dan tidak dapat dibanggakan lagi, malah masih berasa kurang dan kekurangan inilah yang mesti diisi dan dipenuhi oleh pendukung-pendukung seni sastera dengan tidak perlu lagi menjerit dan membanggakan "aku menulis mengikut faham seni untuk seni" atau "aku menulis adalah seni untuk masyarakat".
Salam semua. Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu bende yang cukup menarik bagi aku iaitu ramalan-ramalan teknologi paling gagal pernah diungkap oleh mereka-mereka yang berpengaruh.
1."Next christmas the iPod will be dead,finished,gone,kaput."Sir Alan Sugar,2005 2."No need for a computer at home." Ken Olsen,Pengasas Digital Equipment,1977 3."Nuclear-powered vacuum cleaners will probably be a reality within ten years." Alex Lewyt,Presiden Lewyt Corp syarikat vakum,1955 4."TV won't last because people will soon get tired of staring at a plywood box every night." Darryl Zanuck,1946
5."There will never be a bigger plane built." Jurutera Boeing,1933 selepas kemunculan Kapal terbang 10 sit,Boeing 247
6."We stand on the threshold of rocket mail,"General Postmaster Amerika,Arthur Summerfield,1959 7."Nobody would ever need more than 640 kilobytes of memory on their personnel computer." Bill Gates,1981
8."The Americans have need of the telephone,but we do not .We have plenty of messenger boys." Sir William Preece,Ketua Jurutera Pejabat Pos British,1878 9."Spam will be solved."Bill Gates,2004
10."X-rays will prove to be hoax (penipuan)." Lord Kelvin,Presiden Royal Society UK,1883
Selepas menyambut hari ulangtahun yang ke-8 kerjayanya sebagai penyanyi pada 22 Mac yang lalu,Se7en telah mengambil keputusan untuk pergi ke luar negara untuk bertemu dengan peminat.
YG Entertainment mengumumkan,"Se7en sudah melawati China dan Thailand pada masa lalu.Se7en sekarang dijadualkan untuk menuju ke Singapura dan Malaysia pada April ini.Dia juga akan membuat kemunculan di TV tempatan,melakukan aktiviti yang pelbagai dan bersembang bersama peminatnya yang setia."
Se7en membuat debutnya sejak 2003 dengan album "Just Listen" yang merupakan satu pencapaian yang begitu besar dalam industri muzik Korea.Sekarang dia bercadang untuk mengembangkan populariti sekali lagi dengan melawati beberapa buah negara.
Salam semua. Untuk post kali ni aku cuma nak berkongsi tentang fakta penting mengenai vitamin D.Rata-rata mengetahui yang vitamin D boleh diperolehi melalui pendedahan kepada sinaran matahari.Namun terlalu lama terdedah kepada matahari akan menyebabkan masalah kepada kulit.Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapat kebaikan sinaran matahari tanpa memberi sebarang risiko kepada kulit?
Kurangnya vitamin D dalam badan akan membawa kepada penyakit-penyakit kronik seperti osteoporosis (penyakit tulang rapuh),diabetes(kencing manis),hypertension(darah tinggi) dan juga cancer(barah).Dan apa yang lebih memburukkan lagi ialah hasil dalam kajian terbaru yang dijalankan,orang dewasa yang tidak mendapat vitamin D atau lebih dikenali sebagai Sunshine Vitamin dengan kadar yang cukup mempunyai kebarangkalian sebanyak 26 peratus untuk mati lebih awal. Bagaimanapun kajian 12 tahun yang melibatkan hampir 13,000 orang dewasa ini tidak menentukan salah satu sebab kematian adalah disebabkan vitamin D kerana implikasi kekurangan vitamin D adalah sangat luas dan sukar untuk diperincikan kata Dr Michal Melamed,seorang penolong profesor perubatan di Kolej Medical Albert Einstein.
Berapakah jumlah matahari diperlukan?
Terdapat banyak kekeliruan tentang jumlah masa yang sesuai untuk terdedah kepada matahari dalam mendapatkan vitamin D.Jawapannya adalah dalam jumlah yang kecil sahaja.Jumlah pancaran UV yang diperlukan oleh kita adalah berubah-ubah,tapi sebagai langkah berjaga-jaga kepada sesiapa yang mempunyai kulit sederhana atau sensitif maka mereka hanya perlukan 6-8 minit dalam masa 4-6 kali seminggu.Pendedahan ini haruslah dilakukan di antara pukul 10 pagi - 2 petang dan anggota badan yang terlibat ialah muka,tangan,dan lengan menurut Agensi Osteoporosis Australia.Masa pendedahan ini kebiasaannya tidak akan memberi sebarang reaksi buruk kepada kulit seperti kemerahan dan apa yang perlu dielakkan oleh golongan ini ialah waktu puncak UV.Kepada mereka yang berkulit gelap pula mereka memerlukan lebih kurang 15 minit setiap sesi.Kumpulan yang tinggi risiko untuk kurangnya vitamin D adalah mereka yang berkulit gelap,memakai baju jubah dan pakaian keagamaan,orang yang suka duduk di rumah dan orang tua.
Hubungan Tulang dan Vitamin D
Vitamin D meningkatkan daya penyerapan kalsium,oleh itu apabila ianya kurang ia akan menyebabkan masalah osteoporosis.Masalah penyakit tulang rapuh ini merupakan masalah yang banyak dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia.Menurut penyelidik lagi masalah penyakit tulang osteoporosis pada pinggul akan melanda masyarakat Asia sebanyak 50 peratus pada tahun 2050.
Sumber Vitamin D
Sumber utama adalah matahari namun ia juga boleh diperolehi daripada ikan-ikan laut yang besar seperti salmon,hati dan juga telur.Makanan supplement juga ada sebahagian yang mempunyai vitamin D.Vitamin D boleh disimpan di dalam badan dalam tempoh 30-60 hari. Sekian sahaja info kesihatan untuk kali ini.Harap korang dapat gunakan pengetahuan ni sebaik mungkin untuk kesihatan korang.Jumpa lagi!
ALHAMDULILLAH, setelah hampir tiga minggu membuat persiapan akhirnya seminar selamat dilangsungkan semalam. Terlibat secara penuh dalam persiapan kali ini memberikan saya pengalaman baharu. Membantu apa-apa untuk sebarang program fakulti sudah menjadi kebiasaan. Namun demikian, gelar pelajar dan kakitangan membuka ruang fikir yang berbeza. Gelar kini memberikan saya lebih pengalaman tentang kehidupan. Tentang manusia, tentang kepentingan dan tentang KERJASAMA.
Ada pihak yang boleh memberikan kerjasama dengan baik. Melihat acara sebegitu sebagai acara bersama dan memberikan yang terbaik untuk kebaikan bersama. Ada juga yang berkira-kira tenaga dan fikir. Ada juga yang hanya tahu duduk, melihat segala yang pincang tetapi enggan tampil memberi bantuan atau teguran, melainkan bicara kosong dengan kawan-kawan sefikiran.
II
Seminar ini membincangkan kewujudan dan peranan sastera pelbagai kaum. Segelintir pihak berpendapat bahawa sastera itu satu. Tiada beza dalam sastera. Tiada nama sastera kaum ...., atau sastera kaum .... Ya, memang sastera itu sifatnya sarwajagat. Isu yang diketengahkan hampir sama. Walau bagaimanapun, sastera pelbagai kaum bermaksudkan karya sastera yang dihasilkan bagi mewakili pemikiran, budaya, bahasa dan garapan berdasarkan worldview kaum itu sendiri. Seperti yang dikatakan, tema dan pemikiran tidak mempunyai perbezaan yang besar namun garapan, bahasa, budaya dan worldview itulah yang menjadi aspek pengkelasannya.
III
Saya masih teringatkan Dr. Goh Hin San. Ketinggian bahasa Melayu yang digunakan amat mengagumkan saya. Hampir 10 minit beliau berucap, tiada langsung bahasa asing yang digunakan. Malah, penggunaan bahasa Melayunya juga sangat teratur. Saya jatuh sayang dengan sikap dan hormat individu seperti beliau terhadap bahasa Melayu.
Teringat juga saya pada kata-kata YB Dato' Seri Utama Rais Yatim, masyarakat sekarang lebih senang menggantikan baik dengan okey. Jadi, dengan sodan beberapa contoh lagi. Namun, jika dilihat golongan yang arif melakukan penggantian itu ialah vvip dan vip yang sering muncul di kaca tivi, terutamanya dalam segmen berita. Walau bagaimanapun, saya gemar dengan retorik dan penggunaan bahasa YB. Tidak hairanlah beliau mempunyai gaya sebegitu kerana beliau sendiri ialan mantan guru bahasa satu ketika dulu. Sekiranya para menteri yang lain dapat mencontohi beliau dalam berbicara sama ada di khalayak ramai atau melalui media elektronik, tentu lebih baik. Seperti pepatah 'ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi', bahasa Melayu akan semakin dihormati rakyat apabila pemimpin sendiri memulakan langkah menghormati bahasa Melayu dengan serius.
Salam semua. Untuk entri kali ni aku nak timbulkan sikit isu yang aku rasa patut diketengahkan.Sepanjang apa yang aku nampak sistem pendidikan negara sudah pun berkembang pesat.Apa yang bagusnya ialah kita sudah semakin matang dan tidak terikut-ikut dengan acuan sistem pendidikan barat.Bagaimanapun aku cuma agak risau dengan senario yang berlaku kat dalam negara kita nih.Memang matlamat pendidkan negara tu amat murni sekali kalau nak dilaksanakan tapi bagaimanapun terdapat banyak lopongnya.Seperti yang kita ketahui sistem pendidikan negara sekarang mensasarkan 60 peratus pelajar sekolah menengah mengambil jurusan sains.Memang tak salah kalo kita nak ramai memilih jurusan sains.Sektor pekerjaan pon memang banyak memerlukan pelajar Sains.
Tapi kalau kita fikir-fikirkan apa yang berlaku sekarang ni ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang di dalam PMR tapi terkandas semasa SPM.Kalo nak cakap UPSR tu lagilah.Selepas cemerlang dalam PMR mereka mengambil jurusan yang mereka tak minat contohnya Biologi.Kemudian semasa SPM diorang kecundang.Jadi kemana mereka nak pergi lepas nih.Itu menjadi isu kat sini.Sistem kita kurang terbuka sebenarnya.Memang pihak sekolah tak memaksa mereka memilih jurusan Sains tapi apa yang aku tengok rata-rata sekolah harian biasa mengamalkan sistem streaming di mana pelajar yang cemerlang semasa PMR terus dimasukkan ke aliran sains.Pada pendapat aku mereka sepatutnya membiarkan pelajar itu sendiri yang membuat keputusan barulah ada sikap keterbukaan.Kemudian ada juga sekolah yang tak pernah mendedahkan tentang kerjaya kat luar sana.Asyik2 doktor,jurutera,akauntan dan lawyer.Jadi skop untuk memilih kerjaya amatlah sempit.Bagi aku semasa umur diorang dalam lingkungan 14 tahun lagi diorang sepatutnya dah mula serius untuk memilih kerjaya mereka.Kalau kita lihat sistem pendidikan negara sudah semakin merosot.Memang berita kat mana-mana cakap keputusan SPM meningkat tapi kualitinya macamana.
Kalau 50 tahun dahulu pelajar di Malaysia yang cemerlang mudah diterima dan tawaran biasiswa luar negara sangat luas tapi kenapa sekarang ramai yang cemerlang tapi tak dapat pergi melanjutkan pelajaran kat luar.Apapun ni isu yang berbeza jadi aku tak nak membuat kesimpulan selanjutnya.
Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini kita terlalu taksub dengan sistem Gred.Sebenarnya berapa A yang diperolehi daripada peperiksaan tu bukan penentu kejayaan seseorang,kalau kita lihat kebanyakan kat Malaysia ni ramai graduan menganggur tapi sebab apa.Sebabnya bagi mereka ijazah tu merupakan satu keperluan dan mendapat SPM berpuluh A itu adalah menjadi satu kemestian untuk mencari peluang dalam kerjaya.Tapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih penting iaitu Kebijaksanaan ataupun Wisdom.Pandai atas kertas tak semestinya bijak untuk hidup. Apa yang aku perhatikan kita masih lagi pentingkan gred dan ijazah,tapi cuba kita berfikir luar daripada kotak pemikiran kita kenapa ramai yang tak mempunyai ijazah boleh lebih berjaya daripada yang ada ijazah.Contohnya Bill Gates yang tak sempat menghabiskan ijazah tapi boleh berjaya.Kenapa?Cuba kita lihat pula sistem pendidikan kat Jepun dan Korea,sistem pelajaran diorang banyak yang terbuka jadi skop diorang pon lebih meluas kerana disediakan kelas yang berbagai-bagai.
Apa yang aku lihat kat Malaysia ni pelajar yang miskin tak berpeluang nak menunjukkan bakat atau kelebihan yang diorang ada.Berapa ramai pelajar Malaysia yang pandai main violin,piano,cello,saxophone dan seruling.Mungkin ada tapi dalam lingkungan 100 orang pelajar hanya sorang jer yang tahu.Bende ni bagi sesetengah orang merupakan perkara yang remeh tapi ini sebenarnya kayu ukur kepada kualiti pendidikan negara.Mungkin mereka tak pandai dalam bidang sains tapi mana tahu kalau2 mereka ada bakat yang lebih besar,who knows? Samalah dengan bidang usahawan,tak semestinya kalau mereka tak pandai fizik diorang tak boleh berjaya.Kalau dah minat berniaga pergi jer kursus perniagaan,buat apa nak paksa diri melanjutkan ijazah dalam bidang kejuruteraan.Kalau lulus oklah tapi kalau sangkut?
Jadi pendedahan amat penting kat sini sejak dari bangku sekolah dan sistem pendidikan kita pon seharusnya berubah dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih kerjaya masing-masing.Pemuzik,ahli sukan,tukang masak,ahli bomba dan pelakon pun dikira sebagai kerjaya.Kerana tradisi pendidikan kita,pelajar-pelajar hanya nampak kerjaya doktor,jurutera,akauntan,lawyer dan arkitek tapi akhirnya bekerja sebagai guru (KPLI) kerana susah mendapat pekerjaan.Bukannya nak menghina sesiapa cuma realiti memang macamtu,anyway baguslah kalau dah rezeki kat situ tapi kalau ada yang memilih kerja pula,mereka terpaksa hidup menganggur kerana mereka sendiri tak tahu kelebihan yang mereka ada.Kalau boleh itu yang kita harus hindarkan.Jadi kesimpulannya sistem kita perlulah lebih terbuka barulah pendidikan kita berkualiti dan unggul.Apepun topik kali ni sekadar ingin berkongsi pendapat dan takde kene mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah mati.Apapun thanks for reading.Jumpe lagi dalam entri seterusnya k!
Salam semua. Baru tadi aku terbaca tentang berkongsi trafik dengan Bangku Kosong.Pastu tak lengah aku sign in blogger sebab nak buat entri pasal Trafik Bangku Kosong sebab nanti boleh masuk bloglist dia.Memang hobi aku nak masuk bloglist blog yang otai-otai ni hehe.So ni lah entri yang aku dah buat. Terlebih dahulu biar aku perkenal diri aku serba sedikit.Aku lelaki yang bujang berumur 22 tahun,pekerjaan aku....hehe blogger sepenuh masa kot..Aku sekarang tinggal kat Melaka Negeri Bersejarah.Cerita kegemaran semua jenis cerita korea dan k-pop.Tapi taklah taksub sangat just biase2 jer. Mengapa aku perlukan trafik dan pengunjung ke blog aku.Kenapa ye agaknyer?Mestilah kene...Walaupun aku suka menulis itu tak bermakna aku ni menulis untuk syok sendiri.Bila ade trafik atau pengunjung barulah blog ni rasa meriah.Ape-ape yang aku tulis ade feedback dan respons.Barulah semangat aku menulis bertambah-tambah.Haa...lagi satu kenapa kita nak buat blog kalo kita sendiri yang baca,baik buat diari jer...hehe just melawak.Oklah aku rasa itu jer alasan aku nak trafik.Tapi kalo pasal nuffnang tu aku rasa susah sikitla sebab nuffnang aku pon baru ade 50 hinggit,3 bulan berblog itu jer aku dapat,sian aku..Kalo cakap pasal trafik untuk income aku da surrender awal2 dah. Ape lagi, kalo korang nak join aku ade letakkan link ke blog dia kat bawah nie :
Hi guys.Today i just wanna share with you some health info that might be useful to us.I hope we can practice it and make it as our lifestyle.So read this carefully cause it will change our perception about diet. Hunger is a major barrier if you're trying to drop a few kilos.Instead of simply eating less while dieting try to stock up on foods that fill you up for a small amount of calories.Low-density foods are typically high in water and fiber. Follow these six easy tips: Stock up on veggies:Eat plenty of leafy green,lettuce,tomatoes,green beans,squash and onions.Don't like the taste?Stash them in stews,soups,pasta sauces,pizza or meatloaf.They're high volume,high-satisfaction,low-calorie superstars. Limit dry food:Avoid crackers and chips.Dry foods lack water and can pack a lot of calories into a small portion. Water works:Aim for a half of your total fluid intake to come from a plain water.If you want to make things more interesting,try soda and sparkling mineral waters,diet soft drinks or herbal teas.Remeber,too,that fresh and fresh veggies contain lots of water - another reason to stock up on them.
Say yes to startes: Sensible entrees plough into your appetite,so should lower the energy density of your main meal.Choose vegetable soups or a garden salad with low-fat dressing. Load up on protein:There's plenty to choose from in this food group,including lean red meat,poultry,fish,eggs,dairy beans,soy and grains.Protein makes you feel full for longer,having a limiting effect on the amount of other foods you eat.
Wholegrain goodness:At least half your breads and cereals should contain wholegrains. I hope you will follow these simple tips for a better health and beauty.Thanks for reading!
Salam semua. Topik kali ini agak menarik dan sedikit pelik kalau nak difikirkan secara logik.Betul ke buah-buahan boleh kuatkan kereta dan menjimatkan minyak?Ini persoalan yang bermain di minda apabila melihat sahaja kepada tajuk post kali ini.Jawabnya ya,boleh.Aku harap lepas ni korang dah bersedia untuk naik pisang bergerak ataupun wagon nenas, hehe just melawak jer.Artikel ini aku terbaca baru jer lagi lepas tuh terus aku share dengan korang.Biasalah kalau bende-bende interesting ni aku terus jadi excited nak share.
Apapun artikel ni mengatakan Saintis di Brazil telah menemui satu penemuan yang luar biasa di mana kajian yang dilakukan selama beberapa tahun menunjukkan respon yang positif.Mereka menemui cara baru dengan menggunakan fiber ataupun serat daripada buah-buahan untuk dijadikan plastik yang lebih kuat dan ringan Plastik ini juga bakal digunakan sebagai bahagian pada kenderaan. Jelas Alcides Leao,Ketua Projek daripada Sao Paulo State University, plastik yang diperbuat daripada serat buahan amat mengagumkan.Ia ringan tetapi sangat kuat lebih kurang 3 kali lebih ringan dan 4 kali lebih kuat.Leao juga percaya bahagian seperti dashboard,bumper,side panel akan dihasilkan daripada serat buah bersaiz nano pada masa hadapan.Hanya untuk satu sebab kukuh pengusaha kereta berbuat demikian kerana masing-masing ingin meringankan kereta mereka agar ia boleh menjimatkan minyak. Produk ini hampir sama dengan Kevlar yang digunakan dalam vest kalis peluru kata Leao semasa hadir di Persidangan Kebangsaan dan Persatuan Bahan Kimia Amerika untuk mempersembahkan kertas kerja beliau yang berlangsung selama hampir dua hari. Di antara tumbuhan yang terlibat untuk menghasilkan bahan mentah untuk serat ini adalah daun dan batang pokok nenas,tempurung kelapa,pisang,agave,tanaman paya seperti mengkuang dan sebagainya. Selain daripada ringan dan kuat,plastik ini juga adalah tahan haba,kalis air serta gasolin berbanding plastik konvensional kata penyelidik. Ia mungkin akan digunakan dalam masa 2 tahun lagi.Pembiayaan kajian ini datangnya daripada kerajaan Brazil sendiri,Pematic,Toro Industri,Comercio Ltd dan syarikat yang lain kata saintis.
p/s : akan datang kereta jadi lebih ringan untuk jimat minyak,takut-takut ada yang salah-guna kelebihan ni jadi Alonso (^^,)
Hari ni entri ingin menceritakan tentang sedikit pengalaman baru-baru ni menggunakan Terminal Bersepadu Selatan.Sebenarnya di sebalik bangunan yang lawa ni ade ceritanya yang tersendiri.Kalo korang nak tahu terminal bersepadu selatan ni antara yang tercanggih di Asia Tenggara.Namun apa yang aku lihat ianya belum beroperasi secara menyeluruh.Aku nampak masih banyak lagi bas yang tidak menggunakan terminal bersepadu selatan sebagai stesen Bas Ekspress.Mengapa ye agaknyer?Aku kadang rasa curios atau ingin tahu.Adakah kerana lokasinya yang agak berjauhan dengan lebuhraya,terminalnya yang terlalu complicated ataupun ada masalah yang dirahsiakan daripada pihak Terminal dan juga perusahaan Bas Ekspress.Apa pon aku tak nak membuat kesimpulan selanjutnya untuk isu ini.
Cuma apa yang aku nak sampaikan usaha membangunkan negara dengan menyediakan kemudahan seperti ini seharusnya dipuji.Mungkin masa baru-baru ni orang akan berkata 'ala...ini just stesen bas,buat apa nak canggih-canggih',tapi percayalah 5-6 tahun lagi korang pasti akan terkejut dengan kemajuan negara-negara jiran yang semakin bersaing untuk mengejar pembangunan dan kecanggihan teknologi.Kemudahan ini lambat laun akan menjadi kebiasaan bagi korang sebab bila negara semakin maju banyak lagi pembaharuan akan diketengahkan.So nanti korang jangan menyesal pulak kalau orang kata kita ketinggalan.Sebabnya buat ape nak marah bila kita yang salah coz awal-awal tak nak take-part dalam perkembangan dan pembaharuan yang berlaku dalam negara kita sendiri so kenalah terima sindiran orang.Apa pun aku rasa berbangga walaupun ada banyak lagi yang kita ketinggalan dengan pesaing utama kita - our rival iaitu Singapura namun atleast adalah effort daripada pemimpin kita untuk menaikkan nama negara.Really appreciate it!
Jadi aku harap korang gunakanlah kemudahan yang ada dengan penuh berhemah sebab kita ni bangsa bertamadun.Jangan kita pulak yang jadi perosak ataupun ulat vandalisme ni.Sebagai penutup cintailah Malaysia hehe....So sampai sini jelah.See Ya!
Salam semua.5 hari yang lepas Samsung dan Blackberry telah melancarkan dua lagi tablet yang bakal menggegarkan pasaran.Tablet canggih yang dilancarkan oleh Samsung dan Blackberry nyata akan memberikan saingan hebat kepada pasaran tablet kerana kecanggihan dan spesifikasi terbaru yang dipertaruhkan dalam memasuki pasaran gadget dan telefon mudah alih tidak dapat kita nafikan lagi.Bayangkan walaupun di Malaysia Ipad 2 baru dilancarkan pasaran telah pun melonjak tinggi kerana permintaan yang banyak dan persaingan promosi daripada syarikat gergasi telekomunikasi seperti Digi,Celcom mahupun Maxis.Apapun ini adalah senario yang cukup sihat kerana masing-masing mahu memberikan perkhidmatan terbaik dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi di Malaysia.
Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah model yang dipertaruhkan oleh Samsung,Syarikat Pengeluar Telefon Bimbit kedua terbesar dunia.Ia menawarkan spek yang terkini seperti Operating System Terbaru dan Rekabentuk elegan serta mudah dikendalikan. Selain itu Blackberry pula memberi saingan yang begitu mantap dengan menawarkan Playbook yang begitu unik serta lebih banyak application berbanding model sebelum ini.Jika dulu blackberry lebih memfokuskan kepada pengguna dari sektor perniagaan dan kegunaan pejabat namun model Blackberry Playbook ini amat berbeza kerana ia dikatakan sudah mula berjinak-jinak dengan aplikasi hiburan serta games.
Berikut adalah spek perbandingan antara ketiga-tiga model ini :
p/s : Untuk korang yang nak beli tablet pastikan korang survey dahulu sebelum korang membeli.Pastikan korang membuat keputusan yang betul dan tak terburu-buru.Korang juga dinasihatkan berhati-hati semasa membeli kerana model sekarang ni banyak yang AP daripada Original.
Hi readers.Untuk review lagu kali ini ialah sebuah lagu baru dari CN Blue.Lagu yang agak rancak ini sememangnya lagu yang wajib didengari kerana lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri hasil karya daripada leader CN Blue sendiri iaituYonghwa.Lagu bergenre pop rock ini mempunyai melodi yang mudah diterima serta agak berkualiti.Dari segi latar belakang guitar yang penuh skill serta vokal yang mantap,lagu ini bukan sahaja menjadi tumpuan ramai malah sekarang sudah hangat diperkatakan di kebanyakan negara.
Kali ini CN Blue menawarkan lagu yang begitu agressif untuk mengembalikan kegemilangan lagu Retoria atau I'm A Loner yang pernah menjadi Hit sejak tahun 2010.Walaubagaimanapun lagu Intuition ini boleh dibanggakan kerana dikatakan setaraf dengan lagu-lagu Billboard US kerana alunan muzik yang menaruhkan vokal dan bakat pemuzik sebenar tanpa sebarang penambahan muzik effect dan rentak elektonik.Sekiranya korang dengar lagu ini korang mungkin dapat melihat beberapa persamaan dengan artis international Maroon 5 kerana jenis muzik yang dibawa boleh dikatakan mempunyai keserasian di antara kumpulan CN Blue.Untuk mendengar sendiri lagu ini korang boleh saksikan video di bawah ini yang disertakan dengan lirik.Hope you'll enjoy! ROMANIZATION :
Uh come on yeah
naega nal ddeonal georan jikgami wa (Don’t give up) jakkuman ireon jeoreon pinggyaedeulman (Don’t give up) neukkimi dallatdeon ssaneulhan Bye Bye (Don’t give up) nan bonael su eobseo (Because I love you)
narul saranghanda hal ddaen eonjego ijae waseo Why you say goodbye idaero bonael sun eobseo (because I love you)
iyuh anin iyuro narul ddeonagaryeo hajima
Please don’t go go go jebal ddeonakajima hanbeonmanirado nal dorabwajullae Please don’t go go go seulpeun insanun shireo neol saranghanikka dashi dorawa
Step by step one two three Dipdi daridu gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman Step by step one two three Dipdi daridu nan haru haruga gotongilgeoya
neowa nan kkutiranun jikgami wa (Don’t give up) jakkuman ireonjeoron jjajungdeulman (Don’t give up) gihweeman yeotboda chagaun Bye Bye (Don’t give up) nan bonael su eobseo (Because I love you)
geojit gateun sarangi jeomjeom narul apeukeman hae
Please don’t go go go jebal ddeonakajima hanbeonmanirado nal dorabwajullae Please don’t go go go seulpeun insanun shireo neol saranghanikka dashi dorawa
Step by step one two three Dipdi daridu gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman Step by step one two three Dipdi daridu nan haru haruga gotongilgeoya
Uh nae ibsureun ibyeoreul malhagil wonhae nae nunbicheun narul piharyeogo manhae I ready know nan ajuh jikkamjeokeuro (I don’t wanna say goodbye) Don’t say goodbye ibyeoreul malhajima Don’t say bye bye narul ddeonajima sarangeul ddeonaseo naran saramaege ireojima (Because I love you)
Don’t say no no no nae nuneul pihajima han georeum han georeum wae meoreojiryeo hae Don’t say no no no keureon pyojeongeun shireo nunmullo ireohkae aewonhajanha
Please don’t go go go jebal ddeonagajima Don’t break my heart Don’t you break my heart narul ddeonajima yeah, still loving you
Please don’t go go go seulpeun insanun shireo neol saranghanikka dashi dorawa
Step by step one two three Dipdi daridu gingin shigandeuri neorul jiweogagetjiman Step by step one two three Dipdi daridu maeil maeili akmongilgeoya
ENGLISH:
Uh come on yeah
I get a feeling that you’ll leave me (Don’t give up) You keep giving me all these excuses (Don’t give up) Your cold Bye Bye that felt different from before (Don’t give up) I cannot let you go (Because I love you)
You told me you love me but now, why you say goodbye? I cannot let you go like this, never (because I love you)
Don’t try to leave me with only an excuse
Please don’t go go go, Please don’t go Can you please look back at me just once? Please don’t go go go, I don’t like sad good byes Please come back to me, because I love you
Step by step one two three Dipdi daridu Long, long times will erase you away Step by step one two three Dipdi daridu But each day will be a torture for me
I get a feeling that you and I are over (Don’t give up) You keep complaining about this and that (Don’t give up) A cold Bye Bye after waiting for the chance (Don’t give up) I cannot let you go (Because I love you)
This trashy love is hurting me more and more
Please don’t go go go, Please don’t go Can you please look back at me just once? Please don’t go go go, I don’t like sad good byes Please come back to me, because I love you
Uh Your lips want to say good bye Your eyes keep trying to avoid me I already know through my intuition (I don’t wanna say goodbye) Don’t say good bye, don’t say good bye Don’t say bye bye, don’t go Don’t leave love and do this to me (Because I love you)
Don’t say no no no, don’t avoid my eyes Step by step, why are you trying to get farther away from me? Don’t say no no no, I don’t like that kind of a look I am pleading like this with tears
Please don’t go go go, please don’t go Don’t break my heart Don’t you break my heart Don’t leave me, yeah, still loving you
Please don’t go go go I don’t like sad good byes Please come back to me, because I love you.
Step by step one two three Dipdi daridu Long, long times will erase you away Step by step one two three Dipdi daridu But everyday will be a nightmare
Salam semua readers.Hari ni entri ingin berkongsi tentang kebaikan buah ceri.Persoalannya adakah buah ceri makanan yang sihat?Untuk pengetahuan korang buah ceri adalah buah yang kaya dengan anti-oksida,ia membantu mencegah risiko kanser,masalah keradangan dan juga penyakit jantung.Buah ceri juga adalah kurang lemak dan juga kalori dan apa yang menarik ialah ia mempunyai kandungan air yang tinggi di dalamnya.Ceri juga adalah makanan yang paling sesuai untuk dimakan bersama-sama hidangan manis mahupun masam kerana rasanya yang mempunyai keenakkan tersendiri. Musim buah ceri adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk di Amerika.Bukan sahaja terkenal dalam hidangan cherry pie tetapi juga ia sering dimakan bersama yogurt di waktu pagi,menjadi sos untuk hidangan dan masakan serta ia juga akan ditinkan sewaktu musim sejuk.Tapi apa sebenarnya kebaikan buah ceri ni? Kebaikan buah ceri adalah terlalu banyak kalau nak diselongkar.Untuk pengetahuan korang juga doktor dan pakar pemakanan menganggap buah ceri sebagai makanan yang unik kerana tinggi dengan anti-oksida yang melawan penyakit malah kajian juga menunjukkan Ceri mengurangkan risiko kanser payudara,penyakit jantung dan keradangan seperti arthritis.Ceri juga mengandungi melatonin yang berupaya melambatkan proses penuaan dan juga meningkatkan kualiti tidur anda.
Terdapat banyak vitamin di dalam buah Ceri.Salah-satunya ialah vitamin C yang baik untuk kulit,malah buah ini juga kaya dengan nutrien seperti potassium dan beta carotene.Kaedah Diet bersama buah ceri membuktikan membantu mengurangkan lemak,kolestrol dan keradangan.Jadi bagi pesakit jantung buah ceri sememangnya diperlukan dalam diet. Berapa agaknya kalori dalam Ceri?Sebiji Ceri hanya mengandungi 4 kalori dan untuk secawan ceri lebih kurang 74 kalori.Selain kurang lemak dan tinggi kandungan air kajian juga menunjukkan kandungan air dalam ceri dapat menambah tenaga serta meningkatkan kadar metabolisme badan.Bukan itu sahaja apa yang paling menarik ialah ia adalah diet yang sangat baik dan mudah.
Nutrien Buah Ceri
Vitamin C
Vitamin A
Bioflavonoids
Asid Ellagic
Anthocyanins
Melatonin
Kebaikan Buah Ceri
Membantu melawan kanser
Pencegah penyakit jantung
Pengubat untuk penyakit arthritis,gaut dan pening kepala
Mengurangkan simptom penyakit Sindrom Fibromyalgia
Cara yang praktikal dan selamat untuk meningkatkan Melatonin dalam badan.
Buah Ceri juga mempunyai rasa yang enak seperti manis dan masam.Sesuai dimakan begitu sahaja ataupun menjadi pencuci mulut atau dijadikan buah kering sebagai snek.Untuk snek malam korang boleh mencuba roti bakar dan jam ceri.Pakar berpendapat melatonin paling mujarab beberapa jam sebelum tidur.Oklah thanks for reading.harap korang suka artikel ni k.Jumpa lagi!!
Post kali memaparkan video tentang seekor monyet yang mempunyai kerenah yang agak luar biasa.Sampaikan pelancong pon rasa serba salah nak layan kerenah monyet ni.Korang saksikanlah sendiri k.Hope you will enjoy this video!Bye ^_^
Hi readers,untuk pengetahuan korang baru-baru ini CN Blue telah melancarkan album rasmi yang pertama iaitu First Step pada 21 Mac yang lalu. Album yang mempunyai 12 track lagu ini kebanyakannya ditulis sendiri oleh mereka bersama menjadikan album ini begitu unik dan berkualiti kerana lagu-lagu yang dihasilkan mempunyai tarikan tersendiri dan penuh dengan pembaharuan melodi.Ini merupakan satu anjakan baru dalam arena muzik indie band di Korea.Lagu baru mereka ini telah menjadi tumpuan ramai malah lagu One Time dan I Don't Know Why sudah mula bertapak di Jepun dan menduduki ranking dalam Carta Oricon. Judul Track Intuition yang bercirikan alunan guitar yang kuat menjadikan rentak lagu ini menjadi bertenaga jika sesiapa mendengarnya tambahan pula dengan suara vokal yang sangat agresif.Leader Jung Yonghwa antara penyumbang dalam album ini terlibat dengan menulis,mencipta dan penyusunan rentak lagu Love Girl manakala Lee Jong Hyun terlibat dengan Lagu Love Rides the Rain dan Thank You.Lagu Just Please yang pernah di debutkan di Japan juga ditulis sendiri oleh Yonghwa.Kalau korang nak dengar lagu baru diorang boleh klik kat bawah.
Check This Out ! 01.Intuition (Title Track)
02.Love Girl
03.Imagine 04.I Don't Know Why 05.Loves Rides the Rain 07.One Time 11.Thank You
Anak ayam silkie untuk dijual.. anak induk sendiri.. menetas 19 ekor tapi sekarang tinggal 7 ekor aje yang belum ditempah..insyallah akan up coming a few lagi...akan datang.. Nie ada attach skali gambar induk. Harga sangat berpatutan. Seekor hanya RM 35.00 umur 3 minggu..
Video Terbaru oleh Sungha Jung kali ni adalah lagu Rivers Flow in You versi piano.Lagu Yiruma yang dimainkan semula oleh Sungha betul-betul punya keunikan tersendiri.Relaks dan layan lagu ni,mesti korang akan jadi lebih tenang dan selesa.Rest your mind while hearing this.Hopefully you'll enjoy!
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama PERSPEKTIF akan menganjurkan SEMINAR SASTERA PELBAGAI KAUM. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :
Tarikh : 29 Mac 2011 (Selasa) Masa : 8:30 pagi - 5:30 petang Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 KL
Telefon : 03-26965766
Pembentang Kertas Kerja SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Dr. Goh Sang Seong Dr. Chew Fong Peng Dr. Krishnan Maniam Dr. Henry Banting Dr. Jayum Jawan Pn. Wan Patanah Wan Yusoff Pn. Susilawati Kamaruzzaman
Penyertaan terhad kepada 200 peserta. Sila maklumkan kehadiran kepada norsiah@aswara.edu.my dan darlina@aswara.edu.my .
Hi guys.Here are another tips of life.The purpose i post this entry is to remind us that life is just like a wheel,continuously rotates so don't ever forget the past because it happen again and again.Take some time out to read this beautiful words.It might be useful to us.
Salam semua.Kali ini post ingin menceritakan penemuan baru daripada kajian yang dilakukan rentetan daripada Gempa Bumi yang berlaku di Sendai yang mencatatkan 8.9 magnitud pada Jumaat yang lalu dan 6.5 magnitud semalam di Honshu.Saintis di Pasadena mengatakan data yang diperolehi daripada temblor menunjukkan pergerakan plat bumi yang tergelincir termasuk di kawasan Barat Laut US Pasifik.Gempa yang berlaku pada hari Jumaat lalu telah mengelincirkan putaran bumi daripada paksinya serta menurut saintis lagi kejadian ini menyebabkan panjang hari telah menjadi lebih pendek berbanding sebelumnya.
Maklumat luar biasa yang diperolehi ini datangnya daripada jaringan sensor yang diletakkan di beberapa tapak di Jepun selepas Gempa Bumi yang berlaku di Kobe pada tahun 1995 setinggi 6.8 magnitud yang membunuh lebih 6,000 orang kerana gempa yang berlaku berhampiran dengan penempatan yang padat.Jepun adalah negara yang mempunyai maklumat seismik yang terbaik di dunia kata Lucy Jones,ketua saintis US Geological Survey pada persidangan di Pasadena.Rekod data gempa yang dikumpul daripada Jepun adalah rekod Gempa Besar terbaik pernah dicatatkan tambahnya lagi.
Berikutan Gempa yang berlaku di Sendai telah membangkitkan gempa di Honshu,para saintis juga memberi amaran Gempa yang mungkin akan berlaku di beberapa kawasan di Barat Laut Pasifik kerana mengikut rekod sejarah Barat Laut Pasifik pernah mengalami Gempa yang dahsyat pada tahun 1700.Saintis menganggarkan gempa ini lebih dahsyat daripada gempa yang berlaku di Sendai.Kata saintis lagi gempa besar di Barat Laut Pasifik adalah suatu yang tidak dapat dielakkan berikutan ia sudah lama tidak aktif.
Peluang untuk ia muncul kembali adalah amat besar.Ini jelas menerangkan mengapa penduduk di Barat Laut Pasifik perlu bersedia dengan apa yang bakal mereka hadapi ujar saintis.Sekian sahaja untuk post kali ini sehingga bertemu lagi di post yang akan datang.
Salam semua.Hanya nak kongsikan detik-detik duka Gempa di Sendai dari lensa wartawan.30 fotosnap yang diambil kelmarin cukup membuatkan kita sedar akan kebesaran-Nya.Marilah sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini.
”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)