Minggu, 27 Februari 2011
7 Tips Untuk Kurus
Pertama :
Jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar.Korang mesti menggunakan pinggan yang kecil.Dengan cara ini korang akan dapat mengelakkan diri korang daripada makan berlebihan.Lagi pon Islam menggalakkan kita bersederhana.Selain itu makanan kita akan kelihatan seperti banyak sedangkan ia tidak.
Kedua :
10 minit sebelum makan amalkan minum air kosong 2 hingga 4 gelas.Ini kerana ia akan membuatkan korang merasa kenyang sebelum makan.Jika korang makan ketika terlalu lapar mungkin korang akan mengambil 3 ke 4 pinggan nasi dan menyebabkan makanan yang berlebihan daripada keperluan badan bertukar menjadi lemak.Ini yang perlu dielakkan.
Ketiga :
Ketika korang makan amalkan mengunyah dengan lama dan pastikan korang melengahkan masa korang menikmati hidangan ini kerana otak kita lambat memberi respon yang kita dah kenyang.Jadi dengan cara ini kita akan merasa kenyang walaupun kita hanya makan sepinggan kecil nasi.Lagi pon sistem penghadaman kita akan menjadi bagus jika kita mengunyah dengan perlahan.
Keempat :
Kongsi makanan korang.Selalu makan makanan yang senang dikongsi.Contohnya snek,salad dan makanan berat seperti yong tau fu dan sebagainya.Jika korang makan sendiri elakkan makan dengan banyak,simpan makanan itu untuk waktu makan seterusnya.Perasaan tamak kadang-kadang akan membuatkan kita mengambil makanan tanpa memikirkan implikasinya.
Kelima :
Sentiasa memberi tumpuan ketika makan.Tabiat makan sambil menonton tv adalah kurang sihat ini kerana korang akan makan tanpa henti selagi rancangan atau drama yang korang tengok belum habis.Ingat makan perlu dikawal barulah korang dapat menurunkan berat badan korang.
Keenam :
Sentiasa makan dengan kerap.Jika anda bekerja dalam waktu yang lama pastikan di pejabat anda sentiasa ada bahan kudapan untuk dimakan.Namun harus diingatkan pengambilan yang kerap tidak bermakna kuantiti yang banyak.Kuantiti yang sedikit sudah mencukupi.Ini adalah cara terbaik untuk tabiat pemakanan yang sihat.
Ketujuh :
Selalu mahukan kepuasan dan bukan kekenyangan.Setiap makanan yang korang makan adalah untuk puas bukan untuk kenyang.Jika anda makan untuk kenyang pola pemakanan anda akan jadi tidak teratur.Snek pon boleh menjadi nasi bagi korang.Jadi pelbagaikan makanan korang supaya korang tak jemu untuk makan makanan yang sama.Barulah ada kepuasan bukan mengambil untuk menjadi kenyang tetapi untuk mengisi perut daripada lapar.
Diharapkan tips ni berguna untuk korang.Ubah tabiat pemakanan korang sekarang sebelum terlambat.Aku ucapkan selamat mencuba!
Senin, 21 Februari 2011
Samsung Versus LG
Salam semua readers.Hari ni aku nak perkenalkan 2 model handset baru yang mungkin akan membuat korang jatuh hati khasnya bagi mereka yang memang meminati dan mengikuti perkembangan smartphone.Di Malaysia model ni memang belum memasuki pasaran tapi ape yang aku bace kat artikel mengenai gadget dan IT kemungkinan akan ada permintaan di Malaysia dan mungkin memasuki pasaran pada suku ketiga tahun ini.Model handset jenama Korea ni memang banyak kelebihan berbanding dengan model smartphone sebelum ni.Spek yang lebih menarik dan lebih application pasti menjanjikan kepuasan pada pengguna.LG Optimus 2X merupakan keluaran LG yang bakal menggegarkan pasaran smartphone.Berikut merupakan speknya :
- GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
- HSDPA 900 / 2100
- 123.9 x 63.2 x 10.9 mm
- 139g
- 4" TFT capacitive touchscreen, 16M colours
- 3.5mm Jack
- 8 GB storage, 512 MB RAM
- microSD, up to 32GB
- GPRS
- EDGE
- WiFi
- Bluetooth
- 3G
- microUSB
- Camera - 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
- O/S Android OS, v2.2 Froyo, upgradable to v2.3
- CPU - Dual-core 1GHz ARM Cortex-A9 proccessor, ULP GeForce GPU, Tegra 2 chipset
- Stereo FM radio with RDS
- A-GPS
- HDMI port
- Digital compass
- DivX/Xvid/MP4/H.264/H.263/WMV player
- MP3/WAV/WMA/eAAC+ player
- Organiser
Selain itu ia merupakan smartphone dual core yang pertama menggunakan operating system 2.2 Froyo.Touchscreen yang agak pantas dan bentuk yang menarik cukup membuatkan ia hanset pintar yang menawan.Selain itu screen 4 inci yang besar dengan teknologi hibrid TFT LCD memberikan kecerahan sempurna.Ia juga dilengkapi dengan resolusi HD pasti memberi kepuasan sebenar untuk pengguna menonton tv,bermain game dan juga menonton video di mana-mana website ataupun file video.8 MP kamera menambahkan lagi kelebihan pada hanset ini.
- HSPA+ 21Mbps/ HSUPA 5.76Mbps
- EDGE/ GPRS Class 12
- Quad band GSM 850/900/1800/1900
- Quad band UMTS 850/900/1900/2100
- 125.3X66.1X8.49mm
- 4.3" WVGA SUPER AMOLED Plus *
- 1GB RAM, 16GB/32GB
- MicroSD (up to 32GB)
- 8MP AF with LED Flash + 2MP Front
- Wi-Fi a/b/g/n
- BT v3.0+HS
- USB 2.0 OTG
- MicroUSB, 3.5mm Ear Jack
- * May not be applicable in some regions.
- * Display: "4.27" in actual measurement
- 1650mAh
- Android OS Gingerbread
- SMS/MMS (OMA v1.2)
- Email (POP3/IMAP/SMTP, SSL/TLS)
- Exchange ActiveSync Email
- MP3, OGG, AAC, AAC+, eAAC+, AMR-NB,AMR-WB, WMA, WAV, MID, AC3, IMY, FLAC, XMF
- Video
- MPEG4, H.264, H.263, WMV, DivX, Xvid, VC-1
- Recording & Playback 1080@30fps
- JPEG, PNG, GIF, WBMP, BMP, AGIF
- A-GPS
- Easy Set-up (WPS PIN/PBC, Wi-Fi Direct)
- AllShare (DLNA1.5)
- Samsung Kies 2.0, Samsung Kies air
- 4 Hubs
- Social Hub / Readers Hub /
- Music Hub / Game Hub
- TouchWiz
- Google Mobile Services
Handset ini juga mempunyai dual core processor.Menggunakan operating system 2.3 Gingerbread dan mempunyai screen super AMOLED.Ini merupakan kelebihan pada handset ini kerana amat jarang smartphone menggunakan teknologi screen seperti ini.Tahan lasak dan juga calar,screen ini memang begitu unik berbanding yang lain.
Minggu, 20 Februari 2011
Darah dan Insentif
Kalo korang nak tau World Health Organization mensasarkan matlamat pada tahun 1997 pendermaan darah adalah 100 peratus daripada mereka yang sukarela menderma tanpa apa-apa bayaran.Namun pada tahun 2006 hanya 49 daripada 124 negara yang ditinjau mencapai standard atau piawaian ini.Setengah daripada penderma Plasmaferisis di Amerika adalah masih berbayar.Beberapa negara masih lagi bergantung kepada penderma berbayar untuk mengekalkan bekalan darah.Berbeza dengan sesetengah negara,Tanzania pula telah mencapai satu anjakan dalam pendermaan darah apabila penderma tidak berbayar meningkat secara mendadak iaitu 20% pada tahun 2005 ke 80% pada tahun 2007 manakala tinjauan WHO hanya sesetengah negara yang menunjukkan peningkatan kecil iaitu 68 daripada 124 buah negara yang ditinjau.Di Brazil pula menerima sebarang bayaran atau ganjaran dalam menderma darah,tisu dan sebagainya adalah salah di sisi undang-undang di negara itu.
Bagi manusia yang mengalami zat besi berlebihan,menderma darah adalah kaedah terbaik dalam mengelakkan pengumpulan toksik dalam badan.Di Australia pendermaan darah digalakkan bagi manusia normal atau pun pesakit hemochromatosis.Ini kerana hemochromatosis adalah disebabkan genetik dan tidak memberi sebarang kesan pada darah yang didermakan.Menderma darah juga dikatakan baik untuk mengelakkan penyakit jantung kepada lelaki namun kajian itu masih lagi belum mendapat pengesahan untuk dijadikan pengetahuan pada umum.Di Itali pula penderma darah mendapat insentif sama seperti bekerja waktu cuti.Majikan juga membenarkan cuti pada mereka yang menderma darah.Sama seperti Malaysia pelbagai lagi insentif yang diberikan di sana seperti t-shirt pecuma,peti kecemasan di rumah,pen dan sebagainya bagi menarik minat masyarakat untuk menderma darah.
Dan terdapat juga mereka yang menjadikan derma darah sebagai amalan mulia tanpa meminta sebarang bayaran atau pampasan.Pada aku menderma darah ni sangat menguntungkan korang.Kenapa?Pertama sebab kita boleh beramal itu satu kaedah baik dalam memastikan pembentukan diri kita sihat dari aspek spiritual.Kedua ialah amalan ni hampir sama manfaatnya dengan berbekam. Berbekam adalah sunnah rasullulah iaitu satu proses mengeluarkan darah kita yang kotor.Sama seperti menderma darah ia membuang darah yang mengandungi toksik berlebihan dan hasilnya kita akan mendapat darah yang baru - manfaat dari segi fizikal.Ketiga Kementerian Kesihatan akan memberikan pelbagai insentif berguna untuk masa depan kita seperti rawatan percuma apabila kita memerlukan - manfaat dari segi perancangan masa depan.
Dan yang paling akhir ialah kita menjadi insan yang prihatin dan berguna pada masyarakat - manfaat dari aspek kesihatan mental.Jadi kalo dah tau banyak manfaat mengapa kita perlu memberi alasan untuk menderma.Mesej ini hanya sebagai pandangan untuk kebaikan bersama.Oklah sampai sini jer.Jumpe lagi.(^^,)
Senin, 14 Februari 2011
PUISI MENGENANG MERAPI
(setelah berlalu menjejak tahun baharu)
semua jadi kelabu
dibalut debu beribu
disambar duka dan pilu
dalam ribut panas menderu
Merapi, datang dengan benci
setelah lama menjadi saksi
noda kelam manusia alpa
marah dendam tiada tara
Merapi, merampas tawa menjadi sendu
menduga iman di celah buntu
dan fikir menggugah nurani,
apakah perlu meratap pilu
atau, bangkit mencari restu
WARDAH MUNIRAH
Bandar Baru Selayang
Berita Minggu, 13 Februari 2011
PENGAWASAN ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Beberapa hari yang lalu, saya mengunjungi Taman Metropolitan, Selayang. Pagi yang indah dan cerah, memang nyaman untuk merehatkan minda. Ketika sendiri berjalan, saya mendengar esak tangis seorang kanak-kanak. Saya menoleh ke belakang dan saat itu saya lihat susuk seorang anak kecil lelaki yang sudah bengkak matanya. Ya, anak kecil itu memang sudah saya lihat berjalan sendirian sebelum itu. Saya fikir, memang dia sudah biasa berjalan sendirian. Terdetik juga di hati saya betapa berani kanak-kanak itu, berjalan sendirian.

Aris ketika mula-mula saya menegurnya
Walau bagaimanapun, ketika melihat dia menangis maka saya segera mendekatinya. Saya bertanya akan sebab dia menangis. Akan tetapi, dia masih gementar. Dia hanya menggeleng sambil mengesat air matanya. Saya menjadi gusar. Tidak tahu apa-apa yang perlu saya lakukan. Sungguh, saya tidak pernah berdepan dengan situasi begitu. Saya yakin, anak kecil itu sudah kehilangan ibu dan bapanya.
Setelah puas memujuk, barulah dia memberitahu namanya. Aris, nama anak kecil berbaju kemeja kuning itu. Saya bertanya lanjut tentang dia lagi. Aris berusia lapan tahun. Dia datang ke taman itu bersama ibu, ayah dan seorang adiknya. Katanya, dia kehilangan ibu dan ayah apabila ayahnya berlari lebih laju. Dia ketinggalan di belakang.
Saya menjadi gusar, saya tidak boleh meninggalkan Aris di situ. Saya sedar saya bertanggungjawab untuk mencarikan Aris ibu dan ayahnya. Namun demikian, keadaan geografi Taman Metropolitan yang luas itu membuatkan saya susah hati sekiranya mereka tidak ditemui. Lantas, saya memegang tangan Aris dan terusa sahaja berjalan. Siapa tahu saya dan Aris akan bertemu ibu dan bapanya?

Cikgu Norhana menyambung soal siasat atas Aris
Menurut Aris, ibunya memakai baju berwarna merah. Maka, setiap wanita yang memakai baju berwarna merah menjadi sasaran pandangan saya. Saya bertanya akan kereta ayahnya, akan nombor telefon ayahnya dan beberapa maklumat lazim. Sayang sekali, Aris tidak tahu. Nah, bukankah ini satu hal yang membimbangkan?
Secara peribadi saya beranggapan bahawa anak-anak kecil memang sukar dikawal. Mereka mempunyai kedegilan dan keaktifan tersendiri. Ibu bapa yang seharusnya lebih peka dan prihatian akan anak masing-masing. Jangan salahkan anak-anak apabila mereka hilang daripada pandangan. Apatah lagi, anak-anak itu tidak diajar untuk menghafal maklumat penting seperti nombor telefon ibu bapa! Bukankah kecuaian ini akan menyusahkan diri sendiri.
Kami berjalan sehingga ke hujung taman. Sebaik-baik tiba di kawasan parkiran kereta, Aris menjerit apabila melihat kereta proton biru. Katanya, itu ialah kereta ayahnya. Hati saya menjadi lega. Sekurang-kurangnya saya tahu ibu dan ayah Aris masih berada di kawasan itu. Tentunya sedang risau mencari anak kecil itu.
Kami menunggu agak lama di situ. Tidak lama kemudian, saya terlihat lagi seorang wanita berbaju merah di kawasan permainan kanak-kanak. Segera saya tunjukkan Aris wanita itu. Aris lantas menjerit memanggil 'Ibu'. Nah, benarlah itu ibu Aris. Saya menjadi tambah bersyukur. Aris kembali kepada ibunya.
Ahad yang lalu, saya menemui kes yang hampir sama dengan Aris. Bezanya, anak kecil lelaki itu berjalan jauh di hadapan dan ibunya tinggal jauh di belakang. Saya memimpin tangan anak kecil itu dan menyerahkannya kepada ibunya. Saya katakan kepada ibunya pengalaman saya dengan Aris. Pengalaman saya dengan Aris membuatkan saya selalu gusar apabila melihat anak-anak kecil berjalan sendirian tanpa kelibat ibu dan ayah di samping mereka.

Saya, Cikgu Julia dan Dr. Shafik (teman persekolahan) di parkiran
Bayangkan perkara yang boleh menimpa mereka sekiranya mereka terus hilang, diculik? Bayangkan ketakutan anak-anak itu menunggu ibu dan bapa mereka menjejaki mereka? Semoga setiap ibu bapa akan lebih prihatin dan peka dengan keselamatan anak-anak ketika berada di luar rumah. Jangan sesekali memandang enteng isu ini kerana sudah terlalu banyak kes sadis menimpa anak-anak yang hilang daripada ibu bapa mereka. Ajarkan anak-anak untuk menghafal maklumat penting agar sekiranya mereka jatuh ke tangan individu bertanggungjawab maka mereka dapat dibantu dengan mudah.
Mahu berekreasi, mahu bersantai; silakanlah tetapi pastikan anak-anak anda sentiasa dalam pengawasan dan pengamatan berpanjangan.
wallahua'alam.
Sabtu, 12 Februari 2011
Baru di Panggung : X-Men First Class
Latar belakang filem diambil pada tahun 1960 dan jalan ceritanya lebih memfokuskan tentang hubungan Profesor X dan Magneto yang merupakan founder dalam group Brotherhood Mutants.
Dibintangi oleh James Mc Avoy sebagai Profesor X dan Michael Fassbender sebagai Magneto.
Ia juga turut dibintangi oleh Kevin Bacon dan Sebastian Shaw,yang merupakan watak antogonis dalam movie ini.Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini adalah seperti January Jones,Rose Byrne,Jennifer Lawrence dan Lucas Till.
Pengambaran filem ini diambil hampir keseluruhannya di England dan beberapa tempat di Amerika.Fox meletakkan filem ini sebagai filem trilogi baru yang pertama.
Sinopsis Filem :
Charles Xavier dan Erik Lensherr menukar namanya kepada Profesor X dan Magneto setelah dua pemuda ini mengetahui yang mereka mempunyai kuasa yang amat luar biasa.
Musuh paling ketat dalam sejarah X-Men ini adalah merupakan kawan rapat sebelum ini,bekerja bersama dengan Mutants yang lain untuk menghalang segala bentuk ancaman di dunia.Dalam proses itu terdapat beberapa percanggahan dan perkara itu akhirnya membawa kepada kerenggangan mereka dan disinilah mereka memulakan peperangan di antara mereka.
POLITIK DAN KEPOLITIKAN
Barangkali, 30 tahun yang lalu khalayak yang didendangkan dengan berita arus perdana seperti media elektronik memang mudah mempercayai setiap inci berita yang disampaikan. Akan tetapi, saya fikir tidak lagi sekarang. Masyarakat telah semakin bijak untuk menilai kedudukan sesebuah berita yang disampaikan. Hatta, remaja sekolah yang cenderung terhadap persekitarannya juga sudah boleh membezakan antara berita benar dengan berita palsu. Apatah lagi, teknologi maklumat memberi ruang untuk masyarakat mendapatkan maklumat yang lebih jelas daripada pelbagai sumber. Hal ini memanglah satu hal yang baik akan tetapi khalayak tetap memerlukan satu penyaringan agar tidak tenggelam dalam lambakan maklumat berkenaan.
Tidak lagi semua masyarakat akan mempercayai segala ceritera politik kotor yang diperlihatkan sebagai 'politik suci' di media. Beritakanlah apa-apa sahaja. Pihak A memberi yang terbaik kepada jelatanya. Pihak B begitu gagal dalam melakukan pembaharuan setelah masa diberikan dan sebagainya. Hakikatnya, hanya masyarakat di negeri berkenaan atau manusia waras akal saja akan mendengar dan menganalisis berita-berita tersebut secara rasional. Analisis, perhatian terhadap persekitaran, pertimbangan maklumat dan sebagainya itu membuatkan masyarakat yang tidak melulu dalam mempercayai berita akan senyum sinis melihat, mendengar dan membaca berita-berita arus perdana atau mana-mana tabloid yang sering mensensasikan isu politik, sama ada politik kotor yang 'disucikan' atau politik suci yang 'dinajiskan'.
Kadang-kadang, masyarakat boleh menjadi bosan dan jelek dengan sikap pemain politik arus perdana ini. Di dalam media, mereka begitu mesra rakyat, begitu tegas dalam berjanji dan begitu mulia memperlihatkan peribadi diri tetapi sebenarnya ialah manusia yang tegar memperkosa kepercayaan jelata dan agama yang memberi amanah kepada mereka terhadap kepimpinan mereka. Pada masa-masa pilihan raya kecil atau umum, mereka benar-benar menjadi jaguh rakyat. Memberi janji demi janji. Bersusah payah meredah banjir dan bahang mentari. Akan tetapi, setelah kemenangan diperoleh maka mereka pun ketawa melihat kepercayaan melulu dan kedangkalan marhaen yang mempercayai lakonan mereka.
Ya, politik itu penting. Politik menggerakkan kehidupan tetapi politik juga begitu menjengkelkan apabila terlalu dimomokkan dengan dendam, kecintaan terhadap dunia, harta dan takhta, kezaliman, kuku besi, penindasan, saling memburukkan dan sebagainya. Kesucian politik yang mampu meningkatkan taraf diri pemain politik sekali gus memberi keharmonian kepada rakyat seperti angan-angan yang tiada arah destinasi.
Politik dan media
Media dan politik
Media oh media.
betapa tersasar sungguh fungsinya yang sebenar
menyampaikan maklumat dengan tepat, padat dan berkesan
hanyalah moto yang tidak lagi dijadikan kenyataan.
Sungguhpun begitu jengkel politik akhir zaman ini, namun kecintaan saya terhadap politik tidak boleh saya padam. Saya akan terus memerhatikan para pemainnya. Terus menganalisis janji dan manifesto politikus dan terus tidak akan berdiam dan membuat keputusan sambil lewa apabila membuang undi pertama saya, tidak lama lagi.
Jumat, 11 Februari 2011
Drama Korea Paling Complicated Pernah Aku Tengok!
Drama ni dibarisi oleh pelakon-pelakon mantap menceritakan kehidupan sebenar nasib isteri-isteri pertama yang menderita kerana keinginan suami untuk mencari pasangan hidup yang lain.Bagi siapa yang memang dah tengok cerita ni,aku salute korang sebab bagi aku korang memang penyabar giler sanggup menonton citer yang complicated ni biasenya takde orang sanggup tengok.Pada yang belum tengok lagi aku sarankan korang cepat-cepat ikut citer ni kat astro sekarang ni baru episod 57 rase aku.
Tiap hari isnin-jumaat,pukul 4.30 petang then ade ulangan malam.Citer ni memang best ade lawak,sedih,sakit hati dan gembira.Yang uniknya pasal drama ni,walaupun terlalu panjang 104 episod namun masih mampu mendapat ranking yang tinggi di Korea kerana jalan cerita yang baik,pelakon yang memang handal,dan skrip yang begitu teliti.Jadi bagi sesiapa yang minat drama citer ni memang begitu menarik untuk ditonton.Ni ialah ranking drama di Korea dan antarabangsa :
Kamis, 10 Februari 2011
5 Syarat Melakukan Maksiat
Pesan Ibrahim Adham kepada Abu Ishak :
1.Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan makan rezeki-Nya.
2.Kalau mahu bermaksiat jangan tinggal di bumi-Nya.
3.Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
4.Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanalah kepadanya ketepikanlah kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.
5.Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti janganlah engkau ikut bersamanya.
Rabu, 09 Februari 2011
Ayam Silkie Jantan Untuk Dijual..
Afiez ada stock empat ekor ayam silkie jantan untuk dijual. Harga runtuh sekor rm50.. ade warna perang dua ekor, dan masing-masing warna hitam dan putih seekor.. Kalau nak sms afiez dekat no nie 0194255338 .. Mai amik dekat bukit mertajam sendiri erk..huhu
IPAD 2 LAGI GEMPAK
Hampir 5 billion dollar keuntungan hasil daripada penjualan iPad dalam suku ketiga sejak dari ia dilancarkan.Seperti model iPhone yang sentiasa mengeluarkan model baru setiap tahun iPad juga dikatakan harus diperkembangkan dan ia dijangka dilancarkan pada 3 April 2011.
Model prototaip iPad 2 pada minggu lepas telah pun dipamerkan kepada beberapa wartawan majalah gadjet dan IT.
Dikatakan juga kilang pembuatan iPhone dan iPad di China telah pun diarahkan untuk menyediakan komponen dan barangan untuk menghasilkan iPad 2 sebelum Febuari.
Daripada beberapa wartawan dunia gadjet mereka menjangkakan iPad 2 akan memberi lebih kepuasan dengan bentuk yang lebih elegen dan mudah,application yang sangat tiptop dan kamera depan muka untuk video conference.
Apa yang menjadi persoalan adakah iPad 2 dapat menandingi iPad yang hanya berbeza dari segi bentuk dan penambahan kamera?Mungkinkah iPad 2 ini ada slot SD card?Bagaimana bentuk dan teknologi yang disisipkan terus menjadi pertanyaan ramai sehingga kini.So just nantikan jelah April ini.Mana tau April fool ker..hehe.That's all for today.Thanks for reading.Don't forget to like my fanpage in Facebook.Bye and Aneyoong! (^_^)
Just The Way You Are : Acoustic Version
Makanan Diproses,Berlemak Punca Kebodohan Anak
Ini adalah fakta benar kerana manusia yang pada awal tiga tahun pertama,otak manusia berkembang dengan pantas.Waktu itulah nutrien amat penting dalam mempengaruhi perkembangan otak dan juga kognitif.
Para saintis telah menemui bukti yang mengatakan diet yang tidak sihat mempengaruhi penurunan IQ semasa zaman kanak-kanak.
Ibu-bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka untuk mengamalkan makanan yang sihat sejak awal lagi.Kita semua sedia maklum yang makanan mempengaruhi perkembangan fizikal dan pembesaran tapi ia juga penting untuk meningkatkan kemampuan mental.
Dalam kajian ini juga saintis telah mengenalpasti 3 jenis diet basis yang diberikan pada anak-anak.Pertama yang diproses,tinggi gula dan garam.Kedua diet tradisional iaitu memberi anak mereka makan makanan yang kaya dengan sayuran dan daging.Ketiga ialah makanan yang seimbang iaitu buah-buahan,sayur-sayuran seperti salad dan pasta atau nasi.
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun apabila diberi makanan yang diproses akan ketinggalan 8.5 tahun peningkatan IQ berbanding kanak-kanak biasa kerana mereka mengalami penurunan IQ yang tinggi.Setiap tahun anak mereka akan menurun 1.67 poin IQ.Manakala merka yang memberi makananan yang seimbang pula mereka akan mengalami peningkatain IQ sebanyak 1.2 poin.Walau bagaimanapun kajian ini hanya dibuat pada kanak-kanak berumur 3 tahun.Kanak-kanak yang berumur 4,5 dan 7 pula menunjukan tiada kesan terhadap pemakanan pada IQ mereka.
Saintis juga membuktikan kanak yang mengamalkan pemakanan yang kurang sihat biasanya mempunyai kesan yang teruk seperti keupayaan fizikal yang lemah,tingkah laku yang kurang cergas dan lemah dalam kemahiran sosial.Junk food atau makanan segera sememangnya menjadi pilihan ibu-bapa berikutan kemampuan pendapatan mereka dan kesenangan daripada menyediakan makanan yang kaya nutrien.Namun mereka sebenarnya meletakkan masa depan anak mereka dalam risiko.
Makanan yang dimasak sendiri serta berkhasiat akan menjurus kepada perkembangan otak yang sihat pada kanak-kanak dan meningkatkan kecergasan dan pembesaran.Jadi sebagai ibu-bapa ini amatlah penting untuk anak anda membesar dengan baik dan pada korang yang bujang kalau nanti dah berumah tangga anak korang berilah yang terbaik agar nanti jadi genius barulah Malaysia ramai saintis hehe.Sekian dulu dari aku.Thanks for reading.Aneyoong!Adios!
Selasa, 08 Februari 2011
Apabila Pelajar U Protes...
Sebagai mahasiswa mereka berhak untuk mendapat hak pelajar.Bagi aku menyuarakan pendapat pelajar adalah perlu dalam memacu universiti ke arah yang lebih dinamik.Tapi di universiti mereka hak pelajar sering diabaikan seperti peruntukan kewangan,pentadbiran yang tidak licin dan banyak lagi kesulitan yang mereka alami.Tindakan mereka adalah sangat bertepatan kerana kesatuan pelajar merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk menegur pentadbiran universiti jika ada perkara yang dirasakan tidak betul.
Aku bukanlah nak menyokong mana-mana pihak ataupun nak menggalakkan mereka ini protes tapi jika segala pentadbiran yang dilakukan itu dirasakan tidak adil maka inilah cara yang sesuai untuk membangkitkan isu di universiti.Ini lebih baik daripada menggunakan kekerasan atau melakukan segala bentuk tindakan yang berunsur agresif.Samalah situasinya di tempat kerja apabila majikan sudah mula melupakan kebajikan pekerja ini juga cara yang paling sesuai dan efektif.Kesatuan memang berguna pada sesuatu komuniti kalo nak harapkan seorang untuk bersuara nampaknya suara hanya tinggal suara haha.Mogok adalah cara terakhir kalau tiada apa-apa tindakan susulan dilakukan.

Sungha Jung Live Grenade
Lebih Matahari dan Vitamin D Kurangkan MS
Senin, 07 Februari 2011
Imej 3D Matahari Yang Pertama
Satelit STEREO (Solar TErrestrial Relations Observatory) kepunyaan NASA telah berjaya menyediakan gambar atau imej tiga dimensi matahari yang pertama.Kalau korang nak tau STEREO ni macam satu unit khas dalam NASA untuk mengkaji tentang matahari dan segala perhubungan yang berkait antara matahari dengan bumi.Untuk pertama kalinya para saintis akan dapat melihat struktur matahari dalam tiga dimensi.Dengan pandangan baru ini dijangka dapat membantu keupayaan para saintis untuk memahami segala sifat fizik matahari disamping itu memberi lebih ruang untuk mereka meningkatkan ketepatan dalam ramalan cuaca.Imej ini boleh dilihat dengan menggunakan kacamata 3D yang berwarna cyan dan biru.
Imej penuh matahari.Dikiri ialah imej 2D dan di sebelah kanan adalah imej 3D.Dengan hanya melihat warna ilustrasi 3D kita dapat menentukan suhu pada matahari :
Imej di atas menunjukkan kutub selatan bagi matahari.Dengan siri gambar 3D ini kita dapat melihat imej mozek ultraviolet ekstrem.
Imej ini menerangkan tentang kawasan aktif pada matahari.Setiap warna dalam imej ini mampu menyelongkar tentang bahagian aktif pada matahari berserta dengan suhunya.
Aneyoong!
Adios!
Imej diambil daripada IBNlive